Saturday 29 September 2012

AYAT KURSI

Ayat Kursi telah diturunkan pada satu malam selepas hijrah.

Menurut riwayat,  Ayat Kursi diturunkan sambil diiringi  beribu-ribu malaikat .. kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan mereka..

Sebaik sahaja ayat yang agung ini diwahyukan kepada Rasulullah swt, baginda serta-merta memerintah  penulis al-Quran iaitu Zaid bin Thabit..  menulis dan menyebarkannya.

Mengikut riwayat..Barang siapa yang sering membaca Ayat Kursi akan dikasihi dan dilindungi oleh Allah SWT sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW. Sebagai tambahan kepada mereka yang beramal dengan bacaan Ayat Kursi .. akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah SWT daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Terdapat 95 buah hadith nabi saw yg menjelaskan fadhilat ayat ini...saya cuma nak turunkan kisah2..

Dari kitab Khawasul-Quran imam al Ghazali

..ibn Kutaibah meriwayatkan satu peristiwa di negeri Basrah..seorang pedagang kurma bernama Kaab..mencari tempat penginapan tetapi semuanya telah dipenuhi oleh pedagang2 lain. .kemudian dia ternampak sebuah rumah kosong..dipenuhi sarang labah-labah.

Kaab pun menemui tuan-rumah itu dan sampaikan hajatnya untuk menyewa selama seminggu..

Tuan-rumah pun bercerita.. rumah itu sgt aneh..telah menjadi buah mulut orang .. rumah itu didiami JIN IFRIT..ramai yg menginap disitu telah binasa.

Kaab berkata..meski pun demikian, kerana tempat lain tidak ada, saya bersedia tinggal ditempat itu..sekiranya tuan izinkan.

Tuan rumah pun berkata...baiklah, saya tidak keberatan dan saya tidak akan pungut apa2 sewa..

Kaab pun tinggal dirumah itu tanpa berasa takut..ketika waktu tengah malam..tiba2 kaab ternampak jelmaan lembaga hitam dengan dua biji mata bernyala2 saperti api..

...( agaknya itulah jin yg aku nampak dahulu..yg aku bagi nick-name BIGFOOT......2012/06/misteri-mimpi-ku.html )

..ia mendekati Kaab..maka segera Kaab bangun dan baca ayat kursi..lembaga itu turut sama membaca ayat kursi itu..sehingga hampir akhir ayat..

Apabila Kaab membaca .. walaa ya uuduhu.. hingga akhir..suara jin itu tidak kedengaran lagi..Kaab berasa hairan..diulanginya baca..namun tidak kedengaran lagi suara jin itu.. lembaga hitam itu pun telah lenyap dari pandangan nya.. dia terhidu bau saperti ada sesuatu terbakar.. Kaab pun terus tidur tanpa ada gangguan lagi..

Di pagi hari..Kaab terlihat di satu sudut rumah itu abu dan  bekas2 sesuatu yg telah terbakar..disaat itu, Kaab terdengar satu suara..

" Hai Kaab..engkau telah membakar JIN IFRIT yg ganas."

Kaab berasa hairan lalu berkata .." dengan apa aku membakarnya? "

Jawab suara itu.." dengan firman Allah..walaa ya uuduhu hifzuhuma wa huwal aliyyul azim ."

(..story line pun sama la..so..BIGFOOT ialah JIN IFRIT....

(...sampai ayat..walaa ya'uduhu hifzuhuma..terus dilepaskanya aku serta merta..terhempas badanku..takde hati perut langsung!!..) )



Dari kitab tafsir AI-QUDSI..

..Seorang pedagang sedang melalui padang pasir menuju  sebuah negeri untuk menjual barang dagangan nya.. dia selalu diekori oleh rombongan perompak..setiap malam..ia akan membaca ayat kursi sebanyak 7 kali dengan i'tikad membuat pagar sekitar dirinya dan barang2 dagangan nya sebelum tidur...hingga lena..

..satu pagi , dia ditemui oleh beberapa orang yg tidak dikenalinya..

..mereka berkata.." wahai pedagang! pada mu ada rahsia ajaib...ketika kami, diwaktu malam hendak merompak harta benda kamu dan membunuh kamu....kami melihat pagar besi yang tidak boleh ditembusi. disekeliling  tempat tidur kamu.. berkali2 kami datang..kami tetap melihat adanya pagar tersebut..kami ingin tahu amalan mu dan kami berjanji tidak akan lakukan pekerjaan yg jahat ini lagi asalkan kamu beritahu amalan apa yg kamu kerjakan..



Kisah dizaman kita..

Kisah ini adalah kisah benar..kisah seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. ..Suatu malam wanita ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya.... ..dia mengambil jalan singkat untuk pulang kerana terlewat balek..Jalan yang diambil agak tersorok dan tidak ramai oryang lalu lalang pada masa itu...

Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut ..

Tiba-tiba dia ternampak seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding  tepi lorong itu. 
Dia mula rasa takut dan tak sedap hati...terus dia berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya.
Dia membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Ketika melepasi lelaki itu, dia sempat menoleh dan melihat muka lelaki itu.

Lelaki itu buat tidak endah dan wanita itu selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia lalui semalam... hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.

Wanita ini yakin lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. 

Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan,
polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi wanita ini hairan kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut . 
 Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol itu sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu

Why didn't you do anything to me that night?  You knew  I was alone !

Perogol tu menjawab...No, you were not alone. I saw two young man walking with you.

 One on your right side and the other one was by your left side. 
If you were alone of course you will be my victim !!

Wanita itu berasa amat terkejut mendengar penjelasan perogol tu.

 Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu..
.. berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

..semuga 3 kisah ini dapat dijadikan pengajaran...


Friday 28 September 2012

AL KARAM..SIFAT PEMURAH


Allah azzawajalla berfirman.. Al Hadid..ayat 10

وَمَا لَكُمْ أَلَّا تُنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ

Dan mengapa kamu tidak infaq pada jalan Allah padahal Allah  pewarisi langit dan bumi.



Al-Karam bererti mulia....iaitu segala sesuatu yang baik & terpuji,.

          وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ

  Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak2 Adam ...al-'Israa..70

Al-Karam juga bererti pemurah....

Berkata Hassan bin Ali bin Abu Talib ra..

 Maksud Al Karam atau Pemurah.. ialah menderma sesuatu yang baik dengan ikhlas dan sukarela sebelum diminta dan memberikan makanan pada masa senang atau kelaparan serta berkasih sayang kepada peminta dengan memenuhi permintaannya .”

Ali bin Husin ra berkata

 “ Orang yang mengeluarkan hartanya kerana diminta,tidak termasuk dikalangan orang yang pemurah. Yang disebut pemurah ialah mereka yang menunaikan hak-hak Allah atas kemahuan sendiri dan taat kepada Allah, tanpa tekanan ataupun harapan untuk ucapan terima kasih.”

Allah berfirman dlm Hadist Qudsi  yang maksudnya..

"Aku kasih  para  pemurah, tapi kasihKu lebih kepada si faqir yang pemurah."

Rasulullah saw bersabda..

"Apabila pemimipin2 kamu orang-orang mulia.. dan para hartawan kamu orang2 pemurah.. dan dalam urusan2 kamu, selalu bermusyawarah.. maka muka bumi lebih baik bagi kamu daripada perutnya." (riwayat Ibnu Majah).

..sebagai contoh

>> wang ringgit..diinfak dan digunakan untuk jalan Allah
>> harta kekayaan.. apa saja harta yang kita miliki, ada bahgian untuk digunakan dijalan Allah
>> tenaga.. kita utamakan kebaktian kepada Allah dari rehat dan bersenang2
>> masa..kita tidak peruntukkan masa kita untuk berpoya dan enjoy..semuanya untuk Allah
>> ilmu.. ilmu yang kita pelajari..disampai2kan melalui lisan dan tulisan kepada manusia


>>Sifat pemurah adalah sifat mahmudah  yang berada diantara bakhil dan boros.

Allah azza wa jalla berfirman..Al Isra'..ayat 29-30

Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan
jangan lah kamu terlalu menghulur hingga kamu jadi tercela dan menyesal.







>>Sifat pemurah ini tercetus dari hati yg mulia..

Al A'raf..58

Dan bumi yg baik mengeluarkan tanaman yg subur dgn izin Allah..dan tanah yg gersang..mengeluarkan tanaman yg merana. Demikian lah Kami ulangi tanda2 kebesaran kami bagi orang2 yg bersyukur.

Photo: Tanjung Jati ke Temenggor,
membeli ayak juga kicap;
Jadilah seperti buah anggur,
buahnya banyak rasanya pun sedap.

>>Sifat pemurah adalah tuntutan Allah dari hamba2Nya

Rasulullah saw bersabda..Berfirman Allah azzawajalla..


“ Ini adalah agama yang telah Aku redhai untuk diriKu sendiri, dan tidak dapat dijalankan kecuali mereka yang pemurah dan berakhlak baik.
Kerana itu muliakanlah dengan kedua sifat itu selama kamu menganutnya.”
>>Sifat pemurah adalah bukti keimanan seseorang

Sabda baginda lagi maksudnya ..

 "Tidak akan berkumpul sifat bakhil dan iman di hati seorang hamba."

 (Hadis Sahih Riwayat Nasa'i)

Sifat pemurah termasuk  akhlak para Nabi..
 Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia paling pemurah. Tidak pernah timbul rasa takut papa, pemberiannya tiada henti-henti 
Baginda saw merupakan antara pemuda yang terkaya kerana 1/5 daripada harta rampasan perang adalah milik Baginda. Namun baginda tidak meninggalkan apa-apa harta selepas kewafatan nya.

 Diriwayatkan bahawa baginda membahagikan harta rampasan perang miliknya dalam masa tidak sampai satu jam kepada sahabat-sahabat yang memerlukannya.
>>Si pemurah dikasihi Allah azzawajalla
Sabda Rasulullah S.A.W..

 "Orang yang pemurah itu dekat dengan Allah, dekat dengan manusia dan jauh daripada api neraka.

Orang yang bakhil itu jauh daripada Allah, jauh daripada manusia dan dekat dengan neraka.

Sesungguhnya orang yang jahil tetapi pemurah itu lebih disayangi Allah daripada seorang abid yang

bakhil."

(Hadis Riwayat Tirmizi)

>> Nabi Yahya as bertanya iblis la'natullah..

Ya iblis!!..ceritakan padaku..siapa yg kau suka dan siapa yg kau paling benci..

iblis menjawab...yg paling aku suka ialah mu'min yg bakhil dan yg paling aku benci ialah fasik yg pemurah

..nabi Yahya bertanya..kenapa?

Jawab iblis...kerana kebakhilan org bakhil itu dah cukup bagi ku.. sedangkan orang fasik yg pemurah,
aku bimbang kalau2 Allah membuka hatinya disebabkan kemurahannya dan kemudian
Allah menerimanya.

>> Sifat Pemurah sebagai pembenteng diri

Nabi Muhammad saw bersabda..

"Bentengilah harta kamu dengan zakat, ubatilah si sakit kamu dengan sedekah dan hadapilah gelombang cobaan dan derita dengan doa tadharru' ."
(riwayat Abu Daud).

>> Nabi saw bersabda..
Tidak akan berlalu sehari pun pada tiap2 pagi melainkan pasti akan ada 2 malaikat yg turun mendoakan hamba2 Allah..
..satu diantaranya berdoa..Ya Allah..berilah gantian kpd orang yg berinfaq
..yg satu lagi berdoa..Ya allah..berilah kerugian pada orang yg bakhil

HR. Bukhari & Muslim

>> Nabi saw bersabda..

Jgn kamu menyimpan apa2 yg ada ditanganmu..kerana Allah akan menyimpan pemberian Nya keatas  dirimu.

>> Nabi saw bersabda..

..nafkahlah atau berilah atau sebarlah..
..jangan lah kamu menghitung2 hingga Allah akan menghitung2 pemberian Nya
..jangan lah kamu menahan hingga Allah akan menahan pemberian nya pada mu.

Muttafaq alaih





>> Pembahagian infaq

Dinar yg paling utama adalah yg di infaq utk keluarganya,
dinar yg di infaq untuk tunggangan fi sabilillah dan
dinar yg di infaq utk sahabat2 fi sabiilillah


>>Akhir pesanan...Nabi saw bersabda,,

"Aku bersumpah dengan tiga perkara:

Tiadalah akan menjadi kurang harta seorang hamba karena bersedekah.

Tiadalah dizalimi seorang hamba dengan satu kezaliman, tapi ia sabar menerimanya, maka Allah akan menambah kemuliannya dengan sikapnya itu.

 Dan tiadalah seorang hamba membuka pintu untuk orang yang meminta kepadanya, kecuali Allah akan membuka pintu baginya untuk dapat keluar dari kemiskinan."
 (riwayat Ibnu Majah).

click here fore more..sifat alkaram

click here..kisah abu dahdah


>

Saturday 22 September 2012

TELINGA KU PROBLEM

..dah lama tak update..sampai kene sound ngan pembaca2..bukan apa..tak dapat nak focus...ilham datang pun, aku terpaksa lepaskan..

  ..soo occupied with my SELF..tersangat sibuk melayan diri..melayan kerenah telingaku..yang kanan tu..

Sepanjang hidupku, waktu terjun sungai, masuk laut..tak penaah ada masaalah apa2 ngan telinga ni..

..tapi tu laaa..bila Allah berkehendak..tiba2 aje..sound telingaku ni hilang serta-merta..diganti dengan desingan angin n seruling cengkerik dan unggas.

Dah pi jumpa' specialist kat HUKM ..depa pun cek sana cek sini..takdakpa masaalah..so depa pun pi hantaq buat MRI..kot2 ada tumour ka , apa ka dalam otak..takdak jugak..so depa pun habaq laa..

..'we are sorry..there's nothing else we can do..we'll give u vitamins n see u every 6 months'...hmmmm..

Baru2 ni..sebab selsema..telinga kananku ku gatal2..so aku pun korek2 laa..dengan putik kapas..esoknya telinga aku bengkak n sakit..

Kebetulan..aku terjumpa kawanku..seorang doktor..dia dok gaduh2, takut kuman telinga tu masuk dalam otak..

.." relax la doc "..

..esoknya dia call.."saya baru habis solat isya...teringat kat akak"..

.. adui,tersentuh hatiku..

.." akak, pi la klinik, takut akak dapat meningitis"..hatiku cair dengan keikhlasannya..

..k k esok akak pegi..

..meningitis ni penyakit meracau..macam orang kena sampuk..boleh bawak maut..sebab kuman serang selaput otak..

Esoknya..kakiku heret aku keklinik tempatan..rupa2nya..aku diheret dengan berbagai masaalah selepas itu..

Lepas makan ubat..muka ku, telingaku gatal2.. merenyam..miang..non-stop..
Aku terpaksa pegi HKL..aku dicucuk dengan ubat lain..anti-allergic..

Subuh esoknya..aku tak boleh bukak mata..seluruh mukaku bengkak..mcm kene gigitan tebuan satu battalion!!

Apo la doktor ni..dah aku allergic ngan ubat awal2 tu..hati2 la sikit..diorang kasi sampai 8 dos ubat anti-allergic masa cucuk tu!!!

Now darah ku dipenuhi racun..jantungku berdebar2..kulitku kuning..sendi2ku sakit..mata dah blurr..aku pegi jumpa doctor tu semula..dia tekejut beruk..sebab anti-allergic tu penawar, tak sepatut ada reaksi macam tu..dia pun bincang2 ngan doktor2 lain..diorang dah tak tau nak buat pa..so diorang pass aku kat pakar KULIT..... see Harmful Side Effects of Antibiotics

Pakar kulit ni pun jadi konfius..lama interview aku..nak cari clue..tak dapat..dia pun panggil geng2 pakar dia..bincang depan aku pulak tu..gelihati aku tengok gelagat diorang...diorang pun blank..diorang dah takut nak bagi apa2 ubat kat aku..ketua pakar pun saran.."do'nt give her anymore chemical..just saline water "..akhirnya diorang bagi saline water je..air garam..hahha..apo lah!!























Malam tu, aku rasa semacam..resah gelisah..ntah apa2 lagi...aku dapat detect, sang jin sedang ambik kesempatan diatas kelemahanku..aku pun salat hajat..then aku pun hentam jin2 tu dengan ayat2 Allah..tarik keluar n campak2 diorang masuk Bermuda Triangle..aku sms tokguru ku tentang jin jahat tu.....see Bermuda Triangle

..Lepas tu.. aku rasa tenaang sangat n tidur nyenyak sampai pagi...aku bangun dalam pukul 5 pagi..terus aku tercakap..

..NYAMAN NYA..terus aku ternampak pantai diwaktu pagi..air laut menggenangi pasir pantai..tenaaang..takde ombak..pokok2 n daun2 tidak bergerak..nyamaaan..coool..

..aku pun rasa segar..fresh..hingga pukul 7.45pagi..masih lagi dalam keadaan munajat dan zikrullah..aku dapat sms dari tokguru ku..

.. " dlm sejarah betul..saya kene serang teruk lepas dapat msg dr makcik semalam.. kepala saya berpusing mcm saya nak pitam,balik rumah terus pengsan..badan berpeluh2 "..

..ya ampuuuun!! jin yg aku buang tu CRASH-LANDING KAT TOKGURUKU!!...

..patut la aku rasa nyaman!! ..badan ku dah dikosongkan..semua jin dah pindah..cari rumah baru..tokguruku !!

...KESIAN TOKGURU KU !!

...berani bangang jin tu..diorang tak kenal siapa tokguru tuuh..

..nasib korang laa jiinnn!!.. jangan main2 ngan tokguru tu..DIA LIPAT2 korang !!

..hmm..apa laa agaknya nasib jin2 tu ..kena kerat seribu.. dua ribu ???

..beribu ampuun la tokguru,yo  ..hehe..sekurangnya tokguru dapat rasa penderitaan ku..bukan calang2 jin yang selalu menyerangku..

..hehe..ampun sekali lagi, tokguru !!

..Minggu lepas..telingaku sakit semula..rasa ditusuk..rasa ada benda gerak2 kat dalam..tension!!tak dapat nak garu..muka pun bengkak ..seluruh badan gatal..bintil2 mcm gigitan nyamuk selaputi seluruh tanganku.. pi beraya open-house..itu pun sebab terpaksa pegi..takut depa tekejut tenguk mataku..terpaksa pakai clip-on sunglass..

..depa dok tanya.." pasai pa pakai sunglass dalam rumaah "


haha..lawak.....mcm org buta..

..dalam musibah ni..dapat jugak aku pinjam n hafal doa nabi ayub as..

" Rabbi inni massaniyadurru.. wa anta ar hamarraahimiin"..al anbiyya' ayat 83
" Rabbi inni massaniyasy syaitan bi nusbin wa azaabin..."    saad ayat 41

..kena sabar mcm nabi ayub as....

Saturday 1 September 2012

OPEN HOUSE IKRAM KERAMAT 2012

HISYAJ KERAMAT

Posted By zaharatullaili on October 3rd, 2012

Event istimewa masa open house raya KERAMAT…7 sept 2012

Ceritanya..klaili nak buat pengumuman pada warga ikram ampang jaya ..anak2 klaili..abdul rahman n abdul mun’ain dah kahwin.

Tak sempat lagi nak buat walimah.. jadi..klaili fikir masa open house ikram ampang jaya tu, cantek la di umumkan..sambil santai2.

Since kjeriah, host untuk keramat, klaili bincang laa dengan dia...

Alhamdulillah, akhi mahabot pun setuju....mereka sarankan anak2 tu datang jugaklah.

No problem..tapi abd rahman tak dapat balik..dia kerja kat tabung haji penang..

...malam tu ada sambutan 1 malaysia..staf tabung haji kena hadirkan diri..


Masya Allah..akhi mahabot n kjeriah..mereka sediakan berbagai persiapan..ini lah hasil nya..

Ikhwah pun very sporting..akhawat mintak diorang selawat..mula2 protest..lepas tu diorang selawat ramai2.. sampai pengantin turun tangga n potong kek…

..cayala ikhwah!! ..hidup ikhwah ampang jaya!!!
hehe.. jgn marah..pinjam bahasa anak muda..


Thank you jeriah n akhi mahabot..jzkk..seronok sambutan secara ukhuwah fillah..


klaili pun sediakan bunga telur..atas meja tu..seronok dapat bunga telur... n door gift..cupcake dalam bakul2 tu..


Surprise!!!! wedding cake pun ada!!…haha..thank u je.. thank u..luv u


.sedang sakit mata laa…muka pun puffy mcm donat..


Semuga Allah limpahi rahmat dan berkat Nya kepada 2 couple ni..n kita semua..aamiin yarabbal aalamiin




PS..takde gamba ikhwah sebab fotografer..yambee.. malu nak pegi luar..
klik for more..

klik..masa bertunang...15/3/12