Saturday 27 July 2013

DONATION ANDA DALAM PERJALANAN..


klik..aid-for-syria...

Misi sulung IKRAM 4 Syria.. 




..telah berlepas pada malam semalam pada jam 0030 ke Istanbul sebelum mengambil penerbangan tempatan ke Gaziantep dan melalui perjalanan darat ke kem pelarian Syria di Kilis di Turki, seterusnya menuju ke Syria


Sama-sama kita doakan permusafiran mereka di dalam lindungan Allah 'Azza wajal, diterima amal kebajikan mereka dan selamat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing sesudah menyempurnakan amanat tersebut.Allahu musta'an.
.



SubhanAllah wal hamdulillah,

Amanah penderma-penderma budiman dari Malaysia inshaAllah telah ditunaikan dan digunakan untuk membeli beberapa keperluan ..makanan, perubatan dan pendidikan...

dengan kerjasama NGO dari Turki .. جمعية عطاء للإغاثة والتنمية - Ata'a for Relief and Development

..alhamdulillah berikut merupakan pek makanan ifthar untuk keperluan satu keluarga selama 2 minggu.



Semoga Allah memberkati sumbangan anda ... teruskan menderma melalui Tabung Kasih Ummah Pertubuhan IKRAM Malaysia.... untuk kita jalankan misi akan datang, inshaAllah.

Tabung Kasih Ummah Syria


Bank Islam Malaysia Berhad


12029010063512


(Pertubuhan IKRAM Malaysia)




" Alhamdulillah kami telah selamat sampai di Antartuk international airport. Update dari semasa ke semasa akan berkurangan selepas ini atas faktor keselamatan

Semuga Allah permudah MISI 1 ini...aamiin



"Syam..Syria...bumi cucu cicit pahlawan islam.... bumi yang sering di sebut di mana akan berlaku pertempuran yang dasyat antara kaum Muslimin dan musuh2nya..." Syaikh Al 'Arifi.




Basyar is God..





History of the Islamic Caliphate

Prophecy of the return of the Khilafah upon the Prophetic example

تَكُونُ النُّبُوَّةُ فِيكُمْ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةٌ عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا عَاضًّا فَيَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا جَبْرِيَّةً فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ثُمَّ سَكَتَ
"There will be Prophethood for as long as Allah wills it to be, then He will remove it when He wills, then there will be Khilafah on the Prophetic method and it will be for as long as Allah wills, then He will remove it when He wills, then there will be biting Kingship for as long as Allah Wills, then He will remove it when He wills, then there will be oppressive kingship for as long as Allah wills, then he will remove it when He wills, and then there will be Khilafah upon the Prophetic method" and then he remained silent.
(Ahmed)

Thursday 25 July 2013

AID FOR SYRIA

SYRIA...bumi anak-cucu para sahabat nabi saw..



MISI BANTUAN..

Konvoi pertama IKRAM 4 Syria inshaAllah akan berlepas ke Syria pada 26 Julai 2013.
 Team kami masih mensasarkan jumlah RM1juta dana bantuan untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan untuk bantuan dari segi makanan, perubatan dan lain-lain keperluan.

 Krisis kemanusiaan di Syria yang berlarutan selama lebih 2 tahun merupakan antara krisis kemanusiaan yang terburuk pernah terjadi dalam sejarah peradaban dunia, yang menyaksikan berjuta-juta rakyat Syria menjadi pelarian manakala ratusan ribu yang lain pula menjadi mangsa pembunuhan regim laknat Bashar Assad.

 Kami menyeru penderma budiman untuk meringankan beban mereka bersempena Ramadhan.
 InsyaAllah wang ini akan kami bawa bersama dalam MISI pertama kami Jumaat ini (26 Julai).
 Hulurkan bantuan dan sumbangan anda melalui :

 Tabung Kasih Ummah Syria Bank Islam Malaysia Berhad 12029010063512

 (Pertubuhan IKRAM Malaysia)

Syria menderita. Syria berduka. Syria terluka. Dan Syria memerlukan bantuan anda..dari segi material dan spiritual.  iman untuk meringankan beban mereka bersempena Ramadhan.







Gambar ini adalah pemandangan terkini di Zaatari Camp for Refugees di sempadan Jordan-Syria.

Kem pelarian yang kedua terbesar di dunia ini menempatkan pelarian dari serata Syria dan kini ia terlalu padat, dimana ia menempatkan sejumlah 1.25juta pelarian (sehingga Mei 2013). Apabila konflik di sesuatu kawasan di mana-mana wilayah Syria berlaku, kem ini akan menerima kebanjiran pendatang sehingga mencecah 4,000 orang sehari.




Sekolah ini menempatkan kanak-kanak yang sebahagian besarnya merupakan yatim piatu - yakni anak-anak mangsa perang







Boynuyogun, berhampiran sempadan Syrian-Turki : 
Suatu masa dahulu Rasulallah SAW pernah berkata bahawasanya rakyat di Bilad Shams(Syria) merupakan manusia yang terpilih dan dirahmati, dan baginda SAW sesungguhnya mengatakan sesuatu yang benar.
Dalam keadaan darurat, negara mereka dilanda perang, serba kekurangan dan ditimpa pelbagai kesusahan, mereka memastikan kewajipan mereka terhadap Allah tetap terlaksana.


DI Syria, kanak-kanak telah mengambil peranan orang dewasa dan membantu dalam upacara pengebumian. Kanak-kanak lain di sekitar dunia sedang bergembira, tertawa dan bermain, akan tetapi kanak-kanak di Syria sedang diseksa, dibunuh dan menjadi anak-anak yatim, hanya kepada Allah kita mengadu dan hanya Allah sebaik-baik pemberi balasan.





Pemandangan ini adalah "biasa dan normal" di kem-kem pelarian Syria sama ada di sempadan Turki, Jordan atau Lubnan. Roti yang sudah mula berkulat, akan dijemur untuk dimakan lagi. 

Krisis kekurangan bahan keperluan asas seperti pakaian, air, makanan dan tempat perlindungan kini memang sudah sangat meruncing buat lebih sejuta pelarian Syria di sempadan ketiga-tiga negara tersebut.


.Ma'dameah, pinggir Damascus - beginilah keadaan mangsa perang di Syria untuk meneruskan kehidupan mereka setelah kediaman mereka dimusnahkan oleh tentera laknat Bashar Assad. Mereka hanya tinggal di jalanan - kawasan kejiranan mereka dikepung dan diputuskan dari bekalan elektrik, air bersih dan makanan. Mereka biasanya menemui ajal melalui 2 cara - yakni dibunuh oleh tentera laknat Bashar Assad ataupun mati kelaparan


Saat menyedihkan bagi seorang ibu ialah apabila dia terpaksa berpura-pura memasak makanan di hadapan anak-anaknya yang kelaparan dan tidak mengerti apa-apa,sedangkan dia hanya merebus batu dengan air dan berharap agar anak-anaknya akan tertidur sementara menunggu "makanan masak"






Di Syria, mereka yang "bernasib baik" adalah mereka yang meninggal dunia selepas serangan regim laknat Bashar Assad. Mengapa?
Ini kerana mereka yang masih hidup - nasib mereka masih lagi kabur dengan reaksi dunia yang seakan-akan "bisu, tuli dan pekak" ke atas apa yang menimpa mereka.
Terbaru, seramai lebih kurang 30 orang pesakit warga Syria yang tercedera dalam siri serangan dan pengeboman oleh regim laknat Bashar Assad yang ditempatkan di salah sebuah hospital di Tripoli, Lubnan, dihalau dari hospital sehelai sepinggang, dan tiada siapa peduli akan nasib mereka - hanya kerana mereka memegang label "warga Syri
Di bawah runtuhan bangunan yang telah dibom, kanak-kanak ini mengutip sisa makanan berupa kepingan roti untuk dijadikan makanan pada hari-hari seterusnya.

Beginilah cara untuk meneruskan kehidupan bagi rakyat Syria khususnya puak Sunni yang mana kawasan kediaman mereka dikepung oleh tentera laknat regim Bashar Assad - mereka tidak boleh masuk atau keluar dari kawasan mereka dan ini menyebabkan sumber seperti gas memasak, air bersih dan makanan adalah sangat sukar didapati.






Kanak-kanak ini dilabel sebagai "kanak-kanak nombor 9" pada badannya. Beliau masih hidup namun mengalami kecederaan yang sangat serius pada hampir keseluruhan badannya - dalams atu siri pengeboman oleh regim laknat Bashar Assad di kawasan Bab Al-Hawa berdekatan wilayah Halab (Aleppo) baru-baru ini. 
Seluruh ahli keluarganya termasuk ibu, ayah dan adik beradiknya meninggal dunia dalam siri pengeboman tersebut dalam cubaan menyelamatkan diri masing-ma

Selalunya gambar/pemandangan sebegini kita lihat di negara-negara miskin seperti di Afrika, tapi kenyataannya, ini adalah gambar di salah satu kem pelarian Syria semalam semasa pengagihan makanan untuk berbuka puasa.

mereka kini "meraikan" ramadhan yang ketiga dalam suasana perang dan serba kekurangan.




Ringankan beban mereka dengan menghulurkan bantuan anda melalui Tabung Kasih Ummah Syria melalui Pertubuhan IKRAM Malaysia untuk meringankan beban mereka.

Bank Islam Malaysia Berhad 

120290 100 63512 

(Pertubuhan IKRAM Malaysia)


MUBALIGH KRISTIAN DAH MULA MENYUSUP..




klik...donation-anda-dalam-perjalanan...

Friday 5 July 2013

RAMADHAN KARIM 2013

Malam ni ..3 july 2013..telah berlangsung satu majlis ..Lovely Sisters Gathering...canggih sungguh nama ni..yg menghimpunkan beliawanis under 40..yg sedang mengikuti usrah dibawah kelolaan Wanita Ikram  Ampang Jaya.





Tumpang lalu, ya..nak begambar dgn penganjur n tetamu istimewa

















Anakanda Nahdia Arifin..selaku person-in-charge Beliawanis Ikram Ampang Jaya..telah merialisasikan 1st gathering untuk tahun ini..
..bertujuan untuk saling mengenali dan merapatkan ukhuwah dikalangan kumpulan2 usrah beliawanis Ikram Ampang Jaya..
..dan juga berkongsi semangat perjuangan di Palestin
..dan sedikit tazkirah...persediaan menghayati ramadhan yg mulia

Syabas Nahdia....satu usaha yg berani dan kreatif..

Alhamdulillah..segalanya adalah diatas kehendak Mu jua..






































.so..hari ni..1st time jumpa..

























Terima Kasih kpd Butik Tasbeeh Taman Permata...cantik dan selesa.

...terima kasih daun keladi..lain kali ajak la lagi..




Bermula lah tazkirah malam hari..
..Ramadhan yg dinanti2kan..

Penyeri majlis..Heliza sweet-sweet..

...bercerita pengalaman nya di Gaza, Palestin
...dengan lughat kedah nya
..memang interesting..
..mula2 duduk..then berdiri..hehe..panas panas!!
..nak cakap sampai pagi pun ..no problem
..kami sedia mendengar..

















Mengikut imam al ghazali..penentuan pahala bg setiap amal itu bergantung pd sebab2 yg menggerakkan
amal itu..

Sepertimana sabda nabi saw..


 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ


 مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ


 رواه البخاري ومسلم



Barangsiapa yg berpuasa ramadhan kerana didorong imannya dan semata2 mengharapkan ganjaran
 dari allah..niscaya diampuni segala dosa masa silamnya.

Barangsiapa yg mendirikan malamnya dibulan ramadhan...kerana didorong imanya dan semata2 mengharap ganjaran dari allah semata2...niscaya diampuni dosa2nya yg telah lalu.

....sahih Bukhari Muslim

klik disini..solat-tarawih

Puasa yg rugi

Bersabda nabi saw..

Berapa ramai yg berpuasa... mereka  tidak mendapat apa2 pahala kecuali berlapar sahaja dan berapa ramai yg qiam..mereka tidak dapat apa2 kecuali hanya berjaga sahaja

Bersabda nabi saw..

Bukan lah puasa itu menahan makan dan minum (semata)..sesungguhnya puasa itu menahan diri dari perbuatan sia-sia dan perkara2 keji.

Bersabda nabi saw..

من لم يدع قول الزور والعمل به فليس لله حاجة في أن يدع طعامه وشرابه

Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan dan amalan buruk..maka allah tidak berhajat dia meninggalkan makan dan minumnya.

Sama2 kita usahakan..Semuga kita tidak termasuk golongan ini...aamiiin

Puasa sebenar

Allah berfirman..Wahai orang2 beriman..diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaiman diwajibkan
atas orang2 sebelumkamu..agar kamu bertaqwa.

Sunnah puasa telah ditentukan dan diamalkan oleh org2 mu'min sejak dahulu kala lagi..

Dan tujuan atau puasa itu adalah supaya orang2 beriman bertaqwa pd Allah swt

Mengukut sayidina Ali ra .. Taqwa itu ialah..

 الخوف من الجليل... takut pd allah yg maha mulia

   والعمل بالتنزيل ... beramal dgn al Quran

  والقناعة بالقليل ... berpuas dgn yg sedikit


 والإستعداد ليوم الرحيل.. membuat persediaan utk hari pertemuan


..orang2 bertaqwa itu..sangat takut melanggar perintah Allah

..orang2 bertaqwa itu...akhlaq mereka indah...disenangi semua makhluq
..orang2 bertaqwa itu...lidah dan hati mereka sentiasa berzikir, beristighfar

..semuga berlalu ramadhan..dosa2 kita di ampuni semuanya..taqwa kita meningkat..

Seperti kembali dari Haji Mabrur..kembali suci bersih seperti bayi...

Tidak lah susah sangat nak memahami taqwa....Taqwa tu..tunduk di hadapan pencipta kita n tunaikan semua perintah Nya..tanpa alasan tanpa bantahan..

Konsep Puasa

Bersabda nabi saw,

الصيام جنة فلا يرفث ولا يجهل وإن امرؤ قاتله أو شاتمه فليقل إني صائم مرتين

Sesungguhnya puasa itu benteng..jika seorang dari kamu berpuasa..maka janganlah bercakap keji
..jangan berbuat bodoh..jika ada orang ingin bertengkar atau mencabar nya..katakan lah..
..aku sedang berpuasa.!!

Maksud puasa adalah..mengawal atau mencegah setiap anggota badan dari melakukan perkara2
 yg dibenci allah..

Puasa adalah perisai atau benteng bagi keinginan syahwat insaniah bermahara-lela..
...kerana didalam hati manusia ada pintu dan tempat2 untuk syaitan dan malaikat..masuk dan keluar..
..syaitan memasukki hati manusia dengan mengenderai syahwat insaniah..
..dan diantara laluan itu ialah perut yg terlalu kenyang..

))إن الشيطان يجري من ابن آدم مجرى الدم فضيقوا مجاريه بالجوع((

Maksudnya : “Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam badan anak adam melalui saluran darahnya, maka sempitkanlah laluan syaitan itu dengan berlapar.”

..hadith riwayat bukhari, muslim

Hendak lah dikawal tiap anggota dari diperguna oleh syaitan..

...meninggalkan makan , minum dan jima'
...menahan mata dari melihat dan memandang hal2 yg di benci allah
...menahan lidah dari mengucapkan kata-kata yg tidak bermanafaat dan yg dibenci allah
...menahan telinga dari mendengar perkara2 yg haram
..menahan kaki berjalan ketempat di benci allah
...menahan tangan dari perbuatan2 yg dibenci allah


Bersabda nabi saw,

Ada 5 perkara yg boleh membatalkan puasa..iaitu menipu, mengumpat, mengadu domba,
sumpah palsu dan melihat aurat dgn penuh nafsu.

Hati juga wajib berpuasa...sedikit saja niat buruk hinggap di hati..boleh merosakkan puasa..

Puasa yang paling baik dan paling tinggi martabatnya adalah puasa yg dapat mencegah hati dari menyembah selain Allah. Caranya adalah dengan meninggalkan cinta dunia,mengharap dan menginginkan hanya cinta dan redha Allah ..kerana Allah ciptakan manusia  hanya untuk diriNya sahaja..

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون

Tidak Aku cipta jin dan manusia kecuali supaya mereka menyembah Ku


Hati manusia diciptakan untuk merindu Pencipta Nya..tidak mencintai dan tidak mengingini selain dari pencipta Nya..disitulah terletaknya hubungan rahsia antara manusia dengan pencipta Nya sebagaiman firman Allah ...

A024


Wahai orang-orang yang beriman, sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada sesuatu yg menghidupkan kamu.. dan ketahuilah sesungguhnya Allah membetengi manusia dgn hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan kembali.

Puasa hati akan terbatal jika ada cinta selain Allah...sebab  Allah berfirman didalam hadith qudsi..

 Dia meninggalkan makannya, minumnya dan syahwatnya kerana Aku..
 puasanya khas untuk Ku.. maka Aku sendiri yg akan memberikan ganjaran untuknya..
 Riwayat Al-Bukhari

klik disini...jewel-in-box...

Ganjaran Puasa

Dari sahal bin sa'ad r.a.. rasulullah saw bersabda ..

 فى الجنة ثمانية ابواب فيها باب يسمى الريان لا يدخله الا الصائمون

Di dalam syurga ada sebuah pintu yang disebut Ar-Rayyan. Orang-orang yang diperkenankan masuk ke syurga itu pada hari kiamat kelak hanyalah orang-orang puasa

..sedangkan yang lain-lainnya tidak diperkenankan.. mereka akan dipanggil..

Wahai orang-orang puasa! masuklah melalui pintu itu..

 Setelah orang yang terakhir masuk.. pintu itu segera ditutup dan dikunci sehingga yang lainnya tidak dapat melaluinya .. Muslim

Dari Abu said al-khudri ra, katanya Nabi saw bersabda.. 

 " Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh 70,000 musim"

klik disini...salam-alaika-ya-ramadan...

Makan Sahur..

..ia membezakan puasa kaum muslimin dengan puasa yahudi dan nasrani..

Daripada ‘Amru bin Al ‘Ash, sesungguhnya Nabi saw bersabda..

فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ

 Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahlul kitab adalah makan sahur..riwayat Muslim

.. pada sahur itu ada keberkatan..

Sabda Nabi saw,

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً

Bersahurlah.. kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan ...Bukhari dan Muslim

Sabda Nabi saw yang diriwayatkan oleh imam ibn hibban..

السَّحُوْرُ كُلُّهُ بَرَكَةٌ فَلاَ تَدَعُوْهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ

Sahur itu adalah berkat..maka itu janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air... 

فَإِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِيْنَ

..sesungguhnya Allah dan para malaikatnya mendoakan orang-orang yang bersahur.

Malam lailatul Qadar..


Malam Al-Qadar tu lebih baik dari seribu bulan.. Al-Qadr : 2
Disebutkan di dalam sebuah hadith..

Adalah nabi saw.. beribadat dengan ber sungguh2 di sepuluh malam terakhir ramdhan.. tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain.. riwayat Muslim

Sebuah lagi hadis menyebut..

انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Adalah nabi saw beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya ...riwayat al-Bukhari & Muslim

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
 Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya...Bukhari dan Muslim

klik...lailatul-qadar...




Mengakhiri majlis..Memanjatkan Du'a..semuga Allah ikatkan hati2 kami dengan kasih sayang fillaah..dan semuga dihimpunkan juga kami sekali lagi di syurga nya..besama al anbiyaa' wal mursaliin....aamiin









insya Allah..dimasa akan datang, kita sambung lagi..
Ma'as salaamah..