Tuesday 11 August 2020

SEDEKAH PADA KELUARGA

Kita sering ingat infaq/sedekah kpd org lain (org2 miskin atau baitulmal atau pusat zakat) akan menjaminkan kita mendapat pahala yg tidak terhenti didunia dan diakhirat. Tetapi sebenarnya dlm islam, infaq/sedekah pd keluarga/adik beradik yg susah atau yg memerlukan lebih utama dan double ganjarannya.

Kita sering juga lihat ahli2 Jamaah2 Islam rajin bersedekah kpd orang lain tetapi isteri dan anak2  dan adik beradik hidup dlm kepayahan dan kesusahan...kena ikat perut nak bayar yuran sekolah, yuran U misalnya

 

Mari kita belajar dari hadith Rasulullah saw utk betulkan minda kita..

 

1. Sabda Nabi SAW 

 

 "Sedekah kepada orang miskin adalah sedekah, manakala sedekah kepada keluarga ada dua fadilat iaitu ganjaran sedekah dan ganjaran silaturrahim"

        (Hadis Riwayat Tirmizi)

 

2 Sabda Nabi SAW 

 

 "Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dilewatkan ajalnya, hendaklah dia mempereratkan ikatan kekeluargaannya." 

      (Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

3. Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda:

 

“Dan dinar (harta) yang kamu belanjakan di jalan Allah dan dinar yang kamu berikan kepada hamba (untuk membebaskan) dan dinar yang kamu sedekahkan kepada orang miskin serta dinar yang kamu sedekahkan kepada keluargamu. Maka, yang paling besar ganjaran pahalanya adalah yang kamu sedekahkan kepada keluargamu.”

    (Hadis Riwayat Muslim) 


Walau bagaimanapun, ini bukanlah bermaksud kita tidak perlu menyedekahkan wang atau memberikan makanan kita kepada orang lain. 


Hadis ini menekankan agar kita lebih mengutamakan ahli keluarga  berbanding dengan orang asing/kenalan yang tidak mempunyai kaitan darah.