Showing posts with label misteri mimpi. Show all posts
Showing posts with label misteri mimpi. Show all posts

Saturday, 22 September 2012

TELINGA KU PROBLEM

..dah lama tak update..sampai kene sound ngan pembaca2..bukan apa..tak dapat nak focus...ilham datang pun, aku terpaksa lepaskan..

  ..soo occupied with my SELF..tersangat sibuk melayan diri..melayan kerenah telingaku..yang kanan tu..

Sepanjang hidupku, waktu terjun sungai, masuk laut..tak penaah ada masaalah apa2 ngan telinga ni..

..tapi tu laaa..bila Allah berkehendak..tiba2 aje..sound telingaku ni hilang serta-merta..diganti dengan desingan angin n seruling cengkerik dan unggas.

Dah pi jumpa' specialist kat HUKM ..depa pun cek sana cek sini..takdakpa masaalah..so depa pun pi hantaq buat MRI..kot2 ada tumour ka , apa ka dalam otak..takdak jugak..so depa pun habaq laa..

..'we are sorry..there's nothing else we can do..we'll give u vitamins n see u every 6 months'...hmmmm..

Baru2 ni..sebab selsema..telinga kananku ku gatal2..so aku pun korek2 laa..dengan putik kapas..esoknya telinga aku bengkak n sakit..

Kebetulan..aku terjumpa kawanku..seorang doktor..dia dok gaduh2, takut kuman telinga tu masuk dalam otak..

.." relax la doc "..

..esoknya dia call.."saya baru habis solat isya...teringat kat akak"..

.. adui,tersentuh hatiku..

.." akak, pi la klinik, takut akak dapat meningitis"..hatiku cair dengan keikhlasannya..

..k k esok akak pegi..

..meningitis ni penyakit meracau..macam orang kena sampuk..boleh bawak maut..sebab kuman serang selaput otak..

Esoknya..kakiku heret aku keklinik tempatan..rupa2nya..aku diheret dengan berbagai masaalah selepas itu..

Lepas makan ubat..muka ku, telingaku gatal2.. merenyam..miang..non-stop..
Aku terpaksa pegi HKL..aku dicucuk dengan ubat lain..anti-allergic..

Subuh esoknya..aku tak boleh bukak mata..seluruh mukaku bengkak..mcm kene gigitan tebuan satu battalion!!

Apo la doktor ni..dah aku allergic ngan ubat awal2 tu..hati2 la sikit..diorang kasi sampai 8 dos ubat anti-allergic masa cucuk tu!!!

Now darah ku dipenuhi racun..jantungku berdebar2..kulitku kuning..sendi2ku sakit..mata dah blurr..aku pegi jumpa doctor tu semula..dia tekejut beruk..sebab anti-allergic tu penawar, tak sepatut ada reaksi macam tu..dia pun bincang2 ngan doktor2 lain..diorang dah tak tau nak buat pa..so diorang pass aku kat pakar KULIT..... see Harmful Side Effects of Antibiotics

Pakar kulit ni pun jadi konfius..lama interview aku..nak cari clue..tak dapat..dia pun panggil geng2 pakar dia..bincang depan aku pulak tu..gelihati aku tengok gelagat diorang...diorang pun blank..diorang dah takut nak bagi apa2 ubat kat aku..ketua pakar pun saran.."do'nt give her anymore chemical..just saline water "..akhirnya diorang bagi saline water je..air garam..hahha..apo lah!!























Malam tu, aku rasa semacam..resah gelisah..ntah apa2 lagi...aku dapat detect, sang jin sedang ambik kesempatan diatas kelemahanku..aku pun salat hajat..then aku pun hentam jin2 tu dengan ayat2 Allah..tarik keluar n campak2 diorang masuk Bermuda Triangle..aku sms tokguru ku tentang jin jahat tu.....see Bermuda Triangle

..Lepas tu.. aku rasa tenaang sangat n tidur nyenyak sampai pagi...aku bangun dalam pukul 5 pagi..terus aku tercakap..

..NYAMAN NYA..terus aku ternampak pantai diwaktu pagi..air laut menggenangi pasir pantai..tenaaang..takde ombak..pokok2 n daun2 tidak bergerak..nyamaaan..coool..

..aku pun rasa segar..fresh..hingga pukul 7.45pagi..masih lagi dalam keadaan munajat dan zikrullah..aku dapat sms dari tokguru ku..

.. " dlm sejarah betul..saya kene serang teruk lepas dapat msg dr makcik semalam.. kepala saya berpusing mcm saya nak pitam,balik rumah terus pengsan..badan berpeluh2 "..

..ya ampuuuun!! jin yg aku buang tu CRASH-LANDING KAT TOKGURUKU!!...

..patut la aku rasa nyaman!! ..badan ku dah dikosongkan..semua jin dah pindah..cari rumah baru..tokguruku !!

...KESIAN TOKGURU KU !!

...berani bangang jin tu..diorang tak kenal siapa tokguru tuuh..

..nasib korang laa jiinnn!!.. jangan main2 ngan tokguru tu..DIA LIPAT2 korang !!

..hmm..apa laa agaknya nasib jin2 tu ..kena kerat seribu.. dua ribu ???

..beribu ampuun la tokguru,yo  ..hehe..sekurangnya tokguru dapat rasa penderitaan ku..bukan calang2 jin yang selalu menyerangku..

..hehe..ampun sekali lagi, tokguru !!

..Minggu lepas..telingaku sakit semula..rasa ditusuk..rasa ada benda gerak2 kat dalam..tension!!tak dapat nak garu..muka pun bengkak ..seluruh badan gatal..bintil2 mcm gigitan nyamuk selaputi seluruh tanganku.. pi beraya open-house..itu pun sebab terpaksa pegi..takut depa tekejut tenguk mataku..terpaksa pakai clip-on sunglass..

..depa dok tanya.." pasai pa pakai sunglass dalam rumaah "


haha..lawak.....mcm org buta..

..dalam musibah ni..dapat jugak aku pinjam n hafal doa nabi ayub as..

" Rabbi inni massaniyadurru.. wa anta ar hamarraahimiin"..al anbiyya' ayat 83
" Rabbi inni massaniyasy syaitan bi nusbin wa azaabin..."    saad ayat 41

..kena sabar mcm nabi ayub as....

Monday, 9 January 2012

MIMPI NABI...sambung

>> 4 jan 2012

..telah bersabda rasulullah saw...

Aku melihat seorang umatku sedang menepis2 bahang api dan percikan2nya dari mukanya, lalu menjelmalah sedekahnya..maka sedekahnya itu menabiri mukanya dan kepalanya dari bahaya api itu.

Aku melihat seorang umatku sedang diseret oleh malaikat zabaniah kemerata tempat..lalu menjelmalah amar ma'ruf dan nahi munkarnya..lalu menyelamatkannya dari cengkaman malaikat zabaniah dan diserahkannya kepada malaikat rahmat.

Aku melihat seorang umatku sedang merangkak2 ..antaranya degan Allah ,dipasangkan tabir..lalu menjelmalah akhlaq mulianya ie budipekertinya..lalu memimpinnya sehingga dibuka tabir dan masuklah ia kehadrat Allah swt.

Aku melihat seorang umatku terheret kesebelah kiri oleh buku catatannya..lalu menjelmalah perasaan takutnya kepada Allah..lalu menukarkan haluannya kesebelah kanan.

Aku melihat seorang umatku terangkat timbangannya keatas..lalu menjelmalah anak2nya yang mati kecil..lalu menekan timbangan itu sehingga menjadi berat.

Aku melihat seorang umakku sedang berdiri dipinggiran jahannam..lalu menjelmalah perasaan gerunnya terhadap siksa Allah..lalu membawanya jauh dari tempat itu.

Aku melihat seorang umatku terjerumus kedalam api neraka..lalu menjelmalah air matanya yang mengalir kerana  Allah..lalu menyelamatkannya dari api itu.

Aku melihat seorang umatku sedang meniti sirat (titian) sedang seluruh tubuhnya menggigil seperti goncangan dedaun yang ditiup angin..lalu menjelmalah sangkaan baiknya (husnul-zan) terhadap Allah..lalu mententeramkan gigilannya..dan mudahlah ia meniti hingga kehujung titian.

Aku melihat seorang umatku meniti sirat ..kadang2 dalam keadaan merangkak dan kadang2 dalam keadaan meniarap..lalu menjelmalah selawatnya keatasku..lalu memegang tangannya dan membimbingnya berdiri serta mengapitnya hingga kepenghujung titian.

Aku melihat seorang umatku sudah hampir kepintu syurga..tiba2 pintu2 itu tertutup..lalu menjelmalah syahadahnya..lalu membukakan pintu2 syurga itu untuknya sehingga ia masuk kedalamnya.

..Berkata al-Hafiz Abu Musa..hadith ini adalah hadith hasan yang diriwayatkan dari Said Musayyib,Umar bin Zar dan Ali bin Zain bin Jad'an.

Semuga riwayat tadi dapat menjadi check-list untuk kita..mana2 amal penyelamat yang belum kita laksanakan..agar kita tidak tersadai dimana2 roadblock pun.Hanya amal tu sajalah yang menjadi pas..no pas no entry !!..
Pas tu pulak hanya boleh ditempah didunia sahaja..dah masuk je alam barzakh..takda turning back.. NO U-TURN !!
Harus juga kita ingat.. penjaga2 roadblock tu tidak menerima rasuah macam didunia ni..no way!!..penjaga2nya adalah para malaikat yang sifat mereka, diceritakan oleh Allah swt didalam surah at-Tahrim ayat 6..
..penjaganya malaikat2 yang kasar dan keras..maksudnya..rude and stern..yang tidak pernah mendurhakai perintah Allah ..dan sentiasa mengerjakan apa yang diperintahkan..

Ya Allah..kurniakanlah kepada kami taufiq dan hidayah Mu supaya kami tidak tenggelam dan hanyut didalam dunia yang fana ini..amiin ya rabbal alamin

Thursday, 5 January 2012

MIMPI NABI saw

Mimpi para nabi adalah juga wahyu dari Allah swt.

Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Musa al Madini serta diilatkan didalam kitab at Targhib wa Tarhib..
Diriwayatkan dari al Faraj bin Fudhalah..katanya..telah berbicara kepadaku Hilal Abu Jabalah..drpd Said bin al Musayyib..drpd Abdul Rahman bin Samurah..katanya..' Telah datang rasulullah saw kpd kami..sdg kami berada diSuffah dkt dgn Kota Madinah..lalu berbicara kpd kami..

'Sesungguhnya aku telah bermimpi ajaib malam tadi.
Aku telah melihat seorang dari umatku didatangi Malaikat maut utk mengambil nyawanya..lalu menjelmalah ketaatannya kepada ke2 ibubapanya..lalu menghalang Malaikat maut itu.

Aku melihat seorang dari umatku dikerumuni syaitan2..lalu menjelmalah zikrullah..maka terusir syaitan2 itu drpdnya.

Aku melihat seorang dari umatku diseret malaikat azab..lalu menjelmalah solatnya..maka terlepaslah tangannya dari mereka.

Aku melihat seorang dari umatku sedang ditimpa dahaga yang amat sangat..setiap kali ia menghampiri sebuah perigi..dia dihalangi utk meminumnya..lalu menjelmalah puasanya..sehingga dia dapat minum sepuasnya.

Aku melihat seorang dari umatku yang mengunjungi kumpulan para nabi..setiap kali ia mendekati mereka..ia diusir..maka menjelmalah mandi junubnya..memimpinnya kekumpulanku serta mendudukkannya disisiku.

Aku melihat seorang dari umatku dikabusi gelap gelita..dihadapannya gelap, dikanannya gelap, dikirinya gelap, diatas kepalanya gelap,dibawahnya juga gelap..sedang ia didalam keadaan bingung..lalu menjelmalah haji dan umrahnya..maka ia mengeluarkannya dari suasana gelap itu kepada suasana terang benderang.

Aku melihat seorang dari umatku berbicara kpd kaum mukminin..akan tetapi tidak seorang pun melayaninya    ..lalu menjelmalah silatur rahimnya..seraya menyeru kaum mu'minin itu..' wahai kaum mu'minin..sesungguhnya orang ini sangat suka membantu kaum kerabatnya..sambutlah bicaranya..maka mereka pun berbicara dangannya serta bersalaman dengannya.

insyallah, nanti akan ku sambung lagi hadith yang panjang ini...

>> sambung mimpi nabi saw

Sunday, 27 November 2011

MISTERI MIMPI unveiled..

...sambung kisah misteri mimpi >>
>>dated Saturday, 24 September 2011



Lama aku pause kisah mimpi ni ..berbulan2 aku ulangkaji buku tulisan Ibnul Qayyim al Jauzi tentang roh dan mimpi..cuba untuk memahaminya..tetapi terlalu complicated bagiku...bahasa buku itu dalam terjemahan bahasa indonesia..bukan bahasanya yang bermasaalah tetapi susunan dan gaya bahasa penulisnya..berbelit dan bersimpul,bagiku yang simple-minded ni..berminggu2 aku cuba dan aku cuba meluruskan simpulan2nya ..mencantumkan fakta2..akhirnya dapat jugak la aku nukilkan dalam blogku ni...kesan kusutan tu masih ada..semuga Allah mengampuni kesilapan2 yang tidak ku sengajakan dan memberi petunjukNya kepada kebenaran..ameen ya Rabbal Alamin

ROH BERSIAR2 MENGIKUT KEHENDAK ALLAH
  • Roh2 orang hidup selalu bertemu sesama mereka didalam tidur...sebagaimana juga roh2 orang hidup dapat bertemu dengan roh2 orang mati.
  • Orang yang tidur itu dapat melihat temannya yang hidup didalam mimpi ,berbicara dengannya, bersantai2 bersama2... padahal jarak antara kedua jasad mereka sangat jauh..dan kadang2 orang yang dimimpikannya itu tidak tidur..
  • Kadangkala seseorang itu dapat merasakan apa yang berlaku pada temannya..padahal jarak mereka sangat jauh... ini adalah kerana hubungan roh mereka itu sangat rapat.. selalu bertemu, selalu bersama..tanpa disedari oleh jasad2 mereka..



Berkata Amru bin Abdullah..

Sesungguhnya roh2 kaum mu'min itu bertemu pada jarak perjalanan satu hari... padahal jasad mereka tidak melihat antara satu dengan yang lain....kata2 ini dirafa'kan kepada nabi saw.

Berkata Ikrimah dan Mujahid..

Apabila manusia itu tidur, rohnya akan keluar berenang.. menuju ketempat2 yang ditakdirkan Allah..dimana sumber rohnya akan tetap berada didalam jasad..dan tetap tidur nyenyak. Apabila roh itu kembali kedalam tubuh, manusia itu pun tersedar dari tidurnya.

Roh itu diumpamakan dengan sinaran cahaya matahari yang menyinari bumi..dimana puncanya bersambung terus menerus dengan matahari itu sendiri.

Abdullah bin Mandah berkata...
Demikianlah perumpamaan roh itu, yang keluar ketika jasad sedang lena tidur...hingga ia menjangkau lapisan langit atau bersiar2 dimerata tempat ..dan kadang2 bertemu dengan roh2 orang yang sudah mati.



Apabila malaikat yang bertugas menjaga roh2 manusia menunjuk segala yang dikehendakki Allah..sekiranya jasad itu adalah seorang yang sempurna aqal, cerdik dan benar..niscaya ketika roh kembali kejasadnya..ia mencetuskan didalam hatinya kebenaran dan ia mendapat kebaikkan darinya.

Sebaliknya..sekiranya jasad itu seorang yang pemaksiat.. hidupnya dicampur adukkan dengan kebatilan..kelak apabila rohnya kembali..maka dia akan dipengaruhi belitan2 syaitan .. Mimpi itu tidak meninggalkan kesan kedalam hatinya dan tiadalah dia memahami apa yang dia lihat didalam mimpinya.




Sebagai analogy..seseorang yang menghadiri majlis ilmu.. setelah selesai, ia terus pergi ketempat2 maksiat, tempat2 yang melalaikan..dibukanya hatinya dengan khusyu'...kelak sesudah itu ilmu dan hikmah yang dipelajarinya akan bercampur aduk dengan kebatilan..dan ilmu itu kadang2 menyesatkannya lebih jauh ..

MALAIKAT MIMPI

Allah swt menyerahkan tugas mimpi ini kepada malaikat mimpi..lalu diajarNya malaikat itu mengenal setiap jiwa manusia ..fizikalnya ..namanya..tabiatnya..pegangan dunia dan agamanya..kenalannya.. dan segala2nya..sesempurnanya.  

Malaikat mimpi itu akan membawa selembar takdir dari ilmu ghaib Allah yang dipetiknya dari ummul kitab.

...lalu dicetaknya takdir itu,yang lepas atau yang akan terjadi , dalam bentuk perumpamaan2 dan kiasan2..
  • ada mimpi yang mengembirakan...diatas amal2 baik yang telah dilakukan atau yang akan dilakukan.
  • ada mimpi yang mengancam..diatas maksiat yang telah dilakukan atau yang sedang dirancang...
  • ada mimpi yang memberi petunjuk...akibat baik atau buruk dari satu2 keinginan..
  • ada mimpi yang Allah pertemukan seseorang dengan roh2 orang lain..sahabat2,guru2, wali2..berkenalan dan berbincang2..sehingga dia kembali kejalan Allah..
  • dan macam2 lagi sebagai kurnia dan ni'mat, rahmat dan belas-kasih Allah swt kepada manusia.

Betapa ramai manusia yang pangkal taubatnya, amal jariahnya, zuhudnya dan bermacam2 kebaikkan... di sebabkan peristiwa2 didalam mimpinya..

Dan ramai juga yang menjadi kaya raya dan memperolehi harta tersimpan disebabkan mimpinya.

Nanti akan ku ceritakan kisah mimpi sahabat2, tabiin2...insyaAllah

>>> continue..mimpi nabi

Sunday, 25 September 2011

MISTERI MIMPI unveiled..the IMAN way

Mimpi....Mimpi
lupa atau ingat..kita tetap bermimpi tiap hari..


Jika diformatkan ke mathematical formula hidup kita ini..jadilah ia begini..
Reality + Mimpi = Berjaga + Tidur = Kehidupun Harian



Ketika kita sedar, kita ada kehidupan..diisi dengan aktiviti2 fizikal..
Ketika kita tidur, kita berehat...diisi dengan aktiviti2 imaginary..


Rata2, kita terlalu dikongkong oleh sistem didikan sekular sehingga minda kita berat untuk menerima kebenaran dan hakikat keajaiban mimpi.Kita jarang  beri perhatian kepada mimpi kita..terlalu mysterious..illogical..tak penting..
Sebagai seorang yang beriman..Marilah kita kaji sedikit hal mimpi ini melalui ayat-ayat Allah, hadith2 nabi saw, pandangan2 sahabatnya, para tabi'in serta ulama’2 yang kita kasihi..so, ini dia..
AR-RUH...AL-IMAM IBNUL QAYYUM AL-JAUZI
..Surah Az-Zumar ayat 42..
Allah memegang jiwa (manusia) ketika matinya dan memegang jiwa (manusia) diwaktu tidurnya..lalu ditahanNya jiwa yang telah dimatikanNya dan dilepaskanNya jiwa yang lain2 hingga kewaktu yang dijanjikan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda2 kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.

>>maksudnya..ketika kita tidur,Allah keluarkan jiwa/roh kita dari jasad..macam mati laa..sehinggalah dikembalikan jiwa/roh itu ketika kita terjaga dari tidur.. <<
Dari Ibn Abbas ra,katanya..Telah sampai kepada ku berita bahwa roh orang hidup selalu bertemu roh orang mati diwaktu tidur, lalu mereka bertanya2 ..sehingga Allah menahan roh orang mati dan dilepaskannNya roh orang tidur kembali kejasadnya.
Bertanya Umar Al-Khattab ra kepada Ali bin Abi Talib..”Ya aba Hassan, ada orang suka pada seseorang padahal dia tidak pernah beri kebaikan kepadanya. Dan sebaliknya, ada orang membenci seseorang padahal orang itu tidak pernah berbuat jahat padanya“
Berkata Ali ra ..“Benar tu! Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda..Sesungguhnya roh2 itu bagaikan bala tentera yang ramai, mereka bertemu diudara sehingga mereka rasa bosan. Mana yang bermesra diantara mereka, bersatulah hati mereka..mana yang berselisih, niscaya berpecahlah mereka.”
>>maksudnya..instant liking atau instant dislike pada seseorang..ie..menyayangi atau membenci seseorang tanpa dipengaruhi akal (lebih kurang begitu la).. itu adalah disebabkan peristiwa ini<<


Bertanya Umar lagi..”Adakalanya seseorang sedang berbicara, tiba2 dia terlupa..kemudian diketika lain dia teringat semula..”
Berkata Ali ra..”Ya benar! Rasulullah saw pernah bersabda..Sesungguhnya diatas hati manusia itu, ada semacam awan, seperti awan yang menutup cahaya bulan..sedang kita melihat cahaya terang benderang bulan, tiba2  segumpulan awan hitam menyelubungi bulan, maka gelaplah bumi. Setelah awan itu beredar, sekali lagi  terang benderanglah bumi. Begitulah halnya dengan hati..sedang asyik ia berbicara, tiba2 datang semacam kegelapan menutupnya, maka terlupalah dia. Apabila terangkat kegelapan itu..maka dia akan teringat semula.”
Bertanya Umar lagi..”Adakala seseorang melihat sesuatu didalam mimpinya, adakah boleh dipercayai mimpinya?”
Berkata Ali ra..” Rasulullah saw bersabda..Tiada seorang yang tidur nyenyak melainkan rohnya melonjak naik kearah Arasy..sesiapa yang tersedar ketika rohnya masih diArasy, maka mimpinya boleh dipercayai.Dan sesiapa yang terjaga ketika rohnya jauh dari Arasy, maka mimpinya tidak boleh dipercayai.”
bersambung..