Showing posts with label KISAH JENAZAH. Show all posts
Showing posts with label KISAH JENAZAH. Show all posts

Tuesday, 20 September 2011

GOOD-BYE DUNIA Part 5

>> from part 4

Roh melihat tempatnya disyurga..


gambar perhiasan saja














Didalam riwayat lain, Rasulullah saw menceritakan kisah  roh ketika di Arash...

Dari Ibn Abbas ra, dia berkata..Sekali peritiwa ketika Rasulullah saw sedang duduk2, baginda membaca ayat berikut :

 "...dan sekiranya kamu melihat orang2 yang berdosa itu didalam penderitaan sakaratul-maut, dan para malaikat mengembangkan tangan2 mereka, sambil berkata..Keluarkanlah nyawa kamu!..pada hari ini, kamu dibalas dengan azab yang hina disebabkan kamu mengatakan perkara2 yang tidak benar terhadap Allah dan kamu menyombong diri terhadap ayat2 Allah."   (surah Al an'am :93)
















Kemudian baginda saw bersabda :

"Demi jiwa Muhammad yang berada didalam genggamanNya! tiada satu jiwa yang berpisah dengan dunia  melainkan dia dapat  melihat tempatnya di syurga dan neraka. Ketika itu para malaikat akan berbaris dua barisaan antara Timur dan Barat, wajah2  mereka bercahaya seperti matahari..lalu dia melihat kepada mereka...di tiap tangan mereka, ada kain kafan, dan wangian.


Jika dia itu seorang mu'min, mereka akan mengembirakannya dengan masuk Syurga, seraya berkata :

"Keluarlah wahai jiwa yang baik, kepada keridhaan Allah dan syurgaNya. Sesunggunnya Allah telah menyediakan untuk kamu satu kemuliaan yang mana ianya lebih utama dari dunia dan segala isinya."

Mereka terus-menerus mengembirakannya dan mengalu2kannya, sedang sikap mereka lebih lembut dan lebih penyayang dari seorang ibu kepada anaknya.

Kemudian, mereka pun menarik rohnya dari bawah setiap kuku dan tulang-belulangnya, lalu matilah satu demi satu anggota2 itu dengan senang, walaupun kamu melihat keadaannya amat sukar sekali, hinggalah sampai ke kerongkongnya.
.
Baginda saw menyambung :

Disitu, amat berat sekali keluarnya roh dari jasad, lebih berat dari keluarnya bayi dari rahim ibunya..maka tiap malaikat berebut2 hendak menariknya, sehingga malakat-maut menguasai penerimaannya..

Baginda saw pun membaca firman Allah:

" Katakanlah: kamu akan diwafatkan oleh malaikat-maut yang telah diserahkan untuk kamu... kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan." (As Sajdah: 11)

Malaikat-maut menyambut roh itu dengan kain kafan yang putih, lalu dirangkul roh itu ketubuhnya, dimana rangkulan itu lebih erat daripada rangkulan seorang ibu kepada anaknya.

Kemudian, tercium dari roh itu, bauan yang sangat wangi dari bauan misk, lalu para malaikat berkata : 

Selamat datang..dengan jiwa yang baik dan roh yang baik. Ya Allah ya Tuhan kami, turunkanlah rahmat Mu keatas roh ini, dan  keatas jasad yang ia keluar daripadanya !.

Para malaikat itu pun membawanya keatas, sedang Allah azzawajalla punyai ramai makhluqNya diudara, tiada siapa pun yang mengetahui bilangannya selain Dia. Wangi-wangian tadi merebak dan dihidu oleh semua makhluq2 itu, lalu mereka terus-menerus memohon rahmat Allah untuknya dengan penuh perasaan gembira.

Pintu2 langit pun dibukakan untuknya, lalu dipohon rahmat setiap malaikat yang dilalui oleh roh itu sehigga dia menghadap Allah azzwajalla..maka akan sujudlah para malaikat..dan sesudah itu akan bersujudlah roh..lalu Allah azzawajalla menyambutnya :

"Selamat datang, wahai jiwa yang baik  dari jasad yang baik."


Tatkala Allah azzawajalla mengatakan saja "Selamat datang!" niscaya setiap makhluk-Nya akan mengucapkan ucapan yang sama, dan ketika itu akan terhapuslah dari roh itu segala yang menghimpitkannya (penderitaan didunia).

 Kemudian Allah berkata pada jiwa yang baik itu:

Masukkanlah dia ke dalam syurga, dan tunjukkanlah kepadanya tempatnya di dalam syurga! Kemudian nampakkanlah kepadanya apa yang telah Aku sediakan untuknya dari segala macam penghormatan dan kenikmatan! Kemudian kembalikanlah dia ke bumi, sebab Aku telah putuskan bahwasanya Aku telah menciptakannya daripada tanah, dan kepadanya Aku akan kembalikannya, dan daripadanya juga Aku akan keluarkannya sekali lagi.

Sambung baginda saw lagi:

 "Demi jiwa Muhammad yang berada di dalam genggamanNya.. ketika itu, jiwa itu sangat sukar untuk dikeluarkan daripada syurga, sesukar ia hendak dikeluarkan daripada jasadnya."

Jiwa itu terus protes : 

"Kemana kamu (wahai para malaikat) hendak membawa aku lagi? Apakah kepada jasad, yang baru tadi aku keluar daripadanya?"

Jawab para malaikat:

" Kami diperintahkan untuk berbuat begitu, dan tidak boleh tidak kamu mesti kembali kepadanya."

Maka para malaikat pun membawanya turun... ketika itu, jasadnya baru saja habis dimandikan dan dikafankan, maka mereka pun memasukkan roh itu ke dalam jasadnya dan diantara kafannya....

KISAH JENAZAH PART 1




Saturday, 10 September 2011

GOOD-BYE DUNIA Part 4 (JENAZAH KAFIR)

>>from part 3

Roh orang kafir disoal Munkar dan Nakir..

Kemudian roh itu akan dihumban kebumi.

 Rasul saw membacakan firman Allah swt..surah Al Haj : 31

"Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka adalah ia seolah2 jatuh dari langit , lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ditempat yang jauh."

Kemudian roh itu dikembalikan kejasadnya, dan datanglah dua malaikat, Munkar dan Nakir, duduk disisinya dan bertanya kepadanya :

Siapa Tuhan kamu?

Dia akan menjawab : Aku tak tahu.

Malaikat akan tanya lagi :Siapa manusia yang diutus kepada kamu?

Dia akan menjawab : Aku tak tahu.

Ketika itu akan terdengar satu suara dari langit ...

HambaKu ini seorang pendusta! Hamparkan baginya neraka, dan bukakan baginya pintu keneraka.

Maka tiba2 datanglah kepadanya kepanasan dan bahang.. dan kuburnya mula menghimpitnya..hingga berkecailah tulang belulangnya.
Kemudian datanglah kepadanya seorang yang berwajah buruk, berpakaian buruk dan bau yang amat busuk seraya berkata:

Terimalah segala yang mencelakakan kamu! Inilah hari yang pernah dijanjikan kepada kamu!

Dia pun bertanya : Siapa kamu? Wajah kamu adalah wajah yang membawa kecelakaan!

Orang itu menjawab : Akulah amalan jahat kamu !

Maka dia pun memohon : Ya Allah, Janganlah kau datangkan Kiamat itu !

(Hadith riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud...dan disetujui semua golongan ahli sunnah dan ahli hadith)

Dari Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah saw telah bersabda,

...adapun sikafir itu, apabila dicabut nyawanya dan setelah dicampak kebumi, akan berkata seisi bumi :

"Kami tak pernah menghidu bauan sebusuk ini."

....Lalu dibawa roh itu kebumi yang paling bawah.

>> bersambung part 5




Thursday, 8 September 2011

GOOD-BYE DUNIA Part 3 ( KISAH JENAZAH)

>>  from part 2

Roh mu'min disoal Mungkar dan Nakir..

Rasulullah saw pun membaca ayat berikut.. surah To Ha: ayat 55
"Daripadanya (tanah) Kami ciptakan kamu, dan kepadanya Kami kembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi."
Bersabda Rasulullah saw ,

Apabila mayat seorang mu'min itu diletakkan pada lubang lahadnya (kuburnya), maka akan berkata bumi kepadanya:

"Sesungguhnya kamu amat dicintai semasa berada diatas dadaku, kini kamu berada didalam perutku... akan ku tunjukkan kepadamu apa yang akan ku lakukan kepadamu !"

 Maka bumi pun melapangkan baginya tempat didalam kuburnya sepanjang mata dapat memandang.


..kembali kepada kisah roh tadi..
Kemudian roh itu akan dikembalikan kejasadnya.Maka akan datang kepadanya dua malaikat (Munkar dan Nakir) dan duduk disisinya, seraya bertanya kepadanya :


Malaikat :"Siapa Tuhan kamu?"
Dia akan menjawab : "Tuhanku ialah Allah."
Malaikat : "Apa agama kamu?"
Dia akan menjawab : "Agamaku adalah islam."
Malaikat : "Siapa yang telah diutuskan kepada kamu?"
Dia akan menjawab : "Dia ialah Rasul Allah."
Malaikat : "Apa yang kamu tahu tentangnya?"
Dia akan jawab :"Aku telah membaca kitab Allah, lalu aku percaya dan membenarkannya."

Ketika itu terdengar satu seruan dari langit :

"Memang Benar kata hambaku itu ! Bentangkan untuknya hamparan dari langit dan bukakanlah untuknya pintu Syurga!"

Maka ketika itu akan tercium olehnya segala bauan yang wangi dari syurga dan kuburnya pun akan dilapangkan sepanjang2 mata memandang.

Kemudian akan menjelma seorang pemuda tampan, berpakaian indah dan berbau harum, lalu berkata kepadanya : "Bergembiralah kamu dengan apa yang menyenangkan hati kamu !
Inilah hari yang dijanjikan kepada kamu !"

Dia pun bertanya : "Siapakah kamu? Wajah kamu adalah wajah yang membawa kebaikkan."

Pemuda itu menjawab : "Aku adalah amalan soleh kamu."

Kemudian dibukakan baginya pintu keSyurga, maka dapatlah dia melihat tempat tinggalnya dan rumahnya dari kuburnya itu, hingga keHari Kiamat.

Dikatakan kepadanya.."Berehatlah dengan senang hati.."

Ketika itu dia akan merasakan tiada yang lebih dicintainya daripada ketibaan Kiamat.. 

>>bersambung...part 4

Sunday, 28 August 2011

GOOD-BYE DUNIA Part 2 (JENAZAH KAFIR)

Roh kafir berselerak..

Baginda S.A.W bersabda lagi:
"Dan sesungguhnya orang yang kafir (ketika sakarat) apabila ia berada dalam keadaan terputus dari dunia dan sedang menghadapi akhirat, akan turunlah kepadanya malaikat-malaikat dari langit, hitam muka mereka, dengan membawa kain-kain kasar seperti kain kadut, lalu mereka duduk jarak daripadanya sejauh mata memandang.

 Kemudian datang Malakal maut, lalu duduk di sisi kepalanya sambil menyerunya dengan berkata:
"Hai jiwa yang jahat! Keluarlah engkau menuju ke tempat kebencian dan kemurkaan Allah".
Baginda S.A.W bersabda lagi:
"Kemudian roh orang itu berselerak di merata jasadnya (kerana takut hendak keluar), lalu disentap rohnya itu oleh Malakul maut sebagaimana sebatang besi pembakar daging disentap dari segumpal bulu yang basah.

 Malakul maut pun mengambilnya, maka apabila ia mengambilnya, Malaikat-malaikat tadi tidak membiarkannya di tangan Malakul maut walau sekelip mata sekalipun sehingga mereka meletakkannya dalam kain kasar tersebut, dan keluar pula dari roh itu bau yang busuk, sebusuk-busuk bau bangkai yang ada di atas muka bumi. 

Kemudian mereka membawanya naik ke langit, maka mereka tidak melalui mana-mana kumpulan malaikat melainkan kumpulan malaikat itu berkata:

 "Roh yang jahat ini roh siapa?" 


Mereka menjawab: "Roh si fulan anak si fulan," (dengan menyebutkan seburuk-buruk namanya yang biasa dipanggil dengan nama-nama itu di dunia); (demikianlah halnya) sehingga berakhirlah perjalanan mereka membawanya ke langit dunia..

.. setelah itu mereka meminta dibukakan pintu langit untuknya, tetapi tidak dibukakan baginya.

Kemudian Rasulullah S.A.W membaca (Surah al-A'raf ayat 40) 

  ".....Tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak dibenarkan memasukki syurga, sehinggalah unta  dapat memasukki lubang jarum."

Kemudian Baginda S.A.W bersabda lagi:

"Lalu Allah 'Azza wa Jalla berfirman kepada malaikat:

"Simpanlah catatan amal jahatnya di dalam neraka Sijjin (tempat simpanan catatan amal jahat orang-orang yang berdosa), yang letakkanya ditengah2 perut bumi. "

(HR Ahmad, Abu Dawud)

>>bersambung part 3





Sunday, 21 August 2011

GOOD-BYE DUNIA Part 1(kisah jenaza



Ruh orang mu'min

Dari 'Amru bin Dinar ; Berikutan kematian seorang lelaki, maka Nabi saw bersabda

Lelaki ini telah pun meninggalkan dunia..dan sesungguhnya dia meredhainya. Kerana itu, dia tidak lagi ingin kembali kedunia sebagaimana seseorang kamu tidak ingin untuk kembali kerahim ibunya.


Dari Al-Bara' bin 'Azib RA, katanya:

Kami telah keluar bersama-sama Nabi saw mengiringi jenazah seorang lelaki dari kaum Ansar, lalu kami sampai ke kuburnya yang disediakan.

Rasulullah saw pun duduk lalu kami duduk disekelilingnya dengan keadaan tidak bergerak dan membisu seolah-olah ada burung yang hinggap di atas kepala kami, manakala baginda saw pula mencucuk-cucuk tanah dengan seranting kayu yang ada di tangannya. 
Setelah itu Baginda saw mengangkat kepalanya lalu bersabda:

"Mintalah kamu perlindungan kepada Allah dari azab kubur"

diulanginya sabdanya itu dua atau 3kali.


Kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi:

"Sesungguhnya hamba Allah yang mukmin, apabila dia berada dalam keadaan terputus dari dunia dan sedang menghadapi akhirat (sakarat), akan turun kepadanya malaikat-malaikat dari langit, putih bersih muka mereka, seolah-olah matahari, dengan membawa bersama mereka kain-kain kafan dari syurga, dan haruman yang ada di syurga, sehingga mereka duduk bersamanya dengannya, berbaris sejauh mata memandang.


Kemudian datang Izrail a.s lalu duduk di sisi kepalanya sambil menyerunya dengan berkata:

"Wahai jiwa yang baik! Keluarlah kamu dengan keampunan dan keredhaan Allah".


Baginda saw bersabda lagi:

"Kemudian roh orang itu keluar... mengalir seperti mengalirnya setitik air dari mulut bekas air, lalu malakul maut menyambutnya. Para malaikat tadi tidak membiarkan roh itu ditangan Malakul maut walau sekelip mata..   mereka mengambilnya, kemudian meletakkannya di dalam kain kafan dan haruman tersebut... dan keluar pula dari roh itu bau yang harumnya seperti haruman kasturi."


Baginda saw bersabda lagi :

"Kemudian mereka membawanya naik ke langit... mereka tidak melalui mana-mana kumpulan malaikat melainkan kumpulan malaikat itu berkata:
 "Roh yang baik ini roh siapa?"

 Mereka menjawab: "Roh si fulan anak si fulan"
 dengan menyebut sebaik-baik namanya yang biasa mereka menamakannya di dunia...sehingga berakhirlah perjalanan mereka membawanya ke langit yang pertama;


Setelah itu mereka meminta dibukakan pintu langit untuknya.. lalu dibukakan pintu untuk mereka.. kemudian malaikat-malaikat yang berkedudukan istimewa di sisi Allah dari tiap-tiap lapisan langit menghantar roh itu beramai-ramai hingga ke langit yang berikutnya, sehinggalah mereka berhenti membawanya di langit yang ke7


Setelah itu Allah 'Azza wa Jalla berfirman kepada para malaikat :

 "Simpanlah catatan amal hambaKu ini dalam 'Illiyyin.. tempat simpanan catatan amal orang-orang saleh dan bawalah dia balik ke bumi, kerana sesungguhnya Aku telah menciptanya dari bumi, dan ke bumi juga Aku kembalikan mereka, dan dari bumi pula Aku keluarkan mereka sekali lagi".

BERSAMBUNG..