Showing posts with label famili ku. Show all posts
Showing posts with label famili ku. Show all posts

Wednesday, 21 September 2011

AIDILFITRI 2011



Posted by Maryam Musfirah Nordin

Assalaaamualaykum! 

...maka muncullah lagi saya di kertas yang sama~ macam blog sendiri pulak jadinye... mana taknye, dah dijadikan amanah untuk berceloteh di “titik blog” ibunda nih..

*mayam buat ni,mak…mayam buat niih!! XD*

So, ada apa dengan RAYA 2011??  Macam-macam ada~!

 Raya kali ni lebih kurang sama dengan raya2 yang lepas.Cuma ada satu kelainan atau mungkin boleh dikatakan penambahan?? 

YEzza~! Inilah ceritanya…eh,xde cerita pun..gamba je..hehe..

Pagi raya, plan awal2 sebelum bertolak balik ke Kg Manjoi, Jelapang, Ipoh ialah untuk ziarah kubur arwah anek selepas solat sunat raya aidilfitri. Yang dapat join, just family Angah n kami yang bujang2 ni ha..yang lain sume da balik ikut isteri2 tersayang ke kampung halaman mereka..uhuhu~

.. So tunggu la angah pagi tu dari PJ.. dah solat raya dan setel  makan2 sume, gerak la pi ke kawasan perkuburan Ulu Klang..dekat masjid Ar Ridwan.

Bukan promote bag..ada banyak buku Yasin dalam tu! ..kat belakang kami tu kubur arwah.*tak nampak sebab kami beSAU~*


    Anas !! simpan lidah dalam mulut..Baca al-fatihah untuk paknik..

Walaupun raya kali ini terasa kehilangan yang teramat sangat, namun hidup mesti diteruskan. 

Yang pergi takkan kembali..tapi kenangan bersama, masih di hati..in loving memory....eh, macam bermadah pulak..


 Secara jujur, inilah kali pertama kami menziarahi kubur pada pagi raya. Even ibunda pun jarang membawa kami ziarah kubur atuk, *ade la sekali kot, time sekolah menengah rasanya*


 Alhamdulillah, bila kita sentiasa ziarah kubur, kita akan rasa betapa dekatnya kematian. Lagi2, bila tiap kali kita datang, ada je kubur ditambah yang masih fresh tanahnya di sekeliling, sepanjang ramadhan

 
Sepanjang raya hari tu, asyik terkenang gelagat arwah..bila teringat.. semua kesenyuman .. yelaa..pak lawak antarabangsa !..nyaman..rasaaa rindu...gugur juga beberapa titis air hujan. 

Semoga roh arwah sentiasa dilimpahi rahmat dan berada di kalangan orang2 soleh. Ameen~

 And Thank you,Allah, mengurniakan kepada kami seorang dari hambaMu yang sangat istimewa..walaupun buat seketika..

Syukran, syukran, ya Rabbana..




Then, Ipoh Mali~!

Sampai je rumah opah, jumpa maksu sefamily, dok tunggu kami...nak suroh raso lomang nya...fuih! meleleh abes!!

Depa dok menanti kami dari malam... sekali kami tak jadi balik malam tu, abeh muncung memanjang maksu kami tu....

haish..sorry morry la maksu ek??? hehehe..


Raya kedua, kami dijemput beraya ke rumah atok kakDe dekat2 dengan lapangan terbang..

..ntah.jangan tanye kat mane..xde airport pun teman tengok..

..seperti biase,makan manyak Masyuuuuk woo~

adoi..anak sapo ni, makan mcm tikuih?? penuh pipi!


uda..host..sedang layan tetamu vip

Eh! lupo nak kabo..Ayahanda takdo time ni. Ta'mau ikut kami.. kata dia, nak pi openhouse kengkawan surau kat KL..geng2 pencen..

..so ibunda pun buat lagak macam bujang, konon muda.kekeke...rayo2 ni..ampun maaf, ibunda.

Raya ketiga baru ayahanda datang, pi Kelantan esoknya..ikut lebuhraya Grik..sebab ado seseorang tu, tak sabau2 nak ikat tali~
Hensem ka?? eh jaga mataaa..dah berpunyo ~


haih..banyak lagi teman nak ceghita.. tapi nanti penuh page ni..biasa la raya~ kalo boleh sebulan tu nak raya pi sana sini, ye dak? hehe..nafsu semata-mata! Astaghfirullah~


wokeyh la! nak study~ nanti kena sound dengan ibunda..ya ampun!!

 orait orait..anak mak nak study la nih..nak pi dah ni..~

Wassalam.


Cucu2 Opah!! Bila la nak tambah lagi se..?

 
Ade style jadi camera-girl~

jejaka idaman malaya


 Phamilya~ Weehee~!
 OOOPs!! 

nanti dulu...nak tengok bakat terpendam yang memang "WALAWEY!!" ??

Anda yakin anda boleh lakukan perkara yang sama?? hehehe...

Hanya segelintir sahaja yang boleh lakukannya! Anda boleh??


..maka kalahlah anda dengan kanak2 ribena..

SAKSIKAN..

Tajuk Karya: Opahku Sayang..   Hasil Karya : Anas Muqaffa..  Effect : radial blurrr

Hadiah hari jadi opah...2 september..


SALAM AIDIL FITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN





Wednesday, 24 August 2011

From Diari Keluarga...Blockbuster Naim


73 Days BC







A long, long time ago in a kampung dusun far far away on the highest mountain between heaven and earth, there was a happy big family ...


One of the heir was born into the world of arts... he believes in 'peace'.
the only thing that kept him from evil is singing and music.. with such beautiful harmony from his instrumental playing..


the human race have lived their lives happily ever after, until....


one unfortunate day, came a darkness... Born a human-like creature from the center of the earth.. to destroy humanity... to him human are just ugly, "like the ugliest creatures in the world... let's say maggots for example, 

Ha ha ha ha ha..... he laughed.


As the story goes... fighting continues non stop between human and this creature.. filled with hatred, vengeance, violence...


... the fight continues...destruction, bloodshed, dead bodies all over the place..
No Human could defeat the slayer..


Until One day...emerged the leader of mankind, just about time...


when there was no chance of human remaining alive in the world...
came one man, a savior to kill the slayer.

(dah tkde idea) as soon as the slayer saw the handsome,sweet-looking man from the land of tabligh, he then ran away and killed himself... because Kindness terrifies him.. lol..

p/s : sori muadz..character ko mati cepat, haha..at least main character gk pe. :D

the land is now in peace


-the end-



casting

The Artist - Hadi Nordin
The Slayer - Mu'adz Shahrom
The Savior - Marlique Nordin

6 comments:


'adz said...
hahahah..mmg dongeng xblah bla mana ko amek gmba2 tu.. xtahan tgh lwn bole snyum dkt kamera tu..cmtula yg kt mahu.. lwn dlm akhlak islam..heheh xde darah,xde bom, hanya light saber akmal mirwana mainan punya je..dgn topeng darth vader
NaiM said...
aku amek gmba kt blog abg aku, http://appassionamento.com/ lame da aku save, saje belek² tnampak bahan lame, so wat cite mepek skit
Utubez said...
haha sempoi.. teruskan usha anda p/s : ha pasni boleh aku jadi watak tambahan *..*
Anonymous said...
Ade gambar Hadi... Tengah senyum/gelak pulak tu. Glad to know that he's well and "alive", perhaps? Kat sekolah dulu ada sorang kawan dia yang jealous gila dengan dia (sebab dia budak pandai, berbakat, dll.), sebab itulah dia berkelakuan agak zalim terhadap Hadi. Tapi orang tu dah menyesal tahap gila dah sekarang ni dan berharap agar Hadi dapat memaafkan dia. Dia juga berharap agar Hadi mengambil Al-Qur'an dan As-Sunnah sebagai panduan utama hidupnya.
'adz said...
sape kwn yg bkelakuan zalim dkt hadi tu??
NaiM said...
haha,, sape lah gerangan anda? seolah2 ade sesuatu ttg hadi? hmm,, Hadi skarnag kt kolej ape ah,, lupe plak.. hehe.. nnt tanye balek,, n sape lah kawan die yg dengki sangat tu ha? haha.. mmg JAHAT sugguh, mmg ketamakan dunia,.. ape lah sangat addunia alfaniah..

Saturday, 13 August 2011

From Diari Keluarga.....sharing is caring

Belajar jurus....?hmm..tokguru pendeka tu blaja dengan tokguru mana pulak? yang muda-muda tu ke?


Friday, 22 July 2011

AMANAT IBUKU...Selasa 19 april 2011..12.20 pm

Posted by: Abdul Fatah Nordin

KEBAJIKAN ANAKANDA HADI



Salam anakanda semua,

Menjadi kewajipan kita semua memikirkan perancangan masa pendek dan perancangan jauh untuk anakanda Hadi. Dia didalam kesusahan dan kekusutan. 

Marilah kita cuba leraikan kekusutannya dan bagi vision untuknya.



Langkah pertama

1 Jinakkan hatinya dengan kekanda2nya. Make him feel you care.

Oleh itu bunda cadangkan tiap week-end, anakanda aziz, malek dan fatah bergilir ambik dia...planla week-end tu untuk dia. Ajak dia memasak pun ok. Dia suka. Satu week-end lagi tu, anakanda fatimah or aman take-over.
Ini bermakna tiap satu keluarga ambik dia sekali sebulan. Buatla apa-apa yang bermanafaat untuknya.

Paling penting mesti ajak dia solat, baca Yasin sama2 dan Doa2. Bawak dia masuk masjid, lagi baik, supaya iman serap semula kedalam hatinya.


Jangan sekali-kali lekakan dia dengan filem2 dan nyanyian2 syaitan. Itu akan mematikan iman nya yang hampir lemas.


Relax kan mindanya dengan ketenteraman Ilahi.

Langkah kedua

2 Masa depannya
Semuga setelah beberapa bulan. dapatlah kita tembusi jiwanya dan sama2 merancang masa depannya, insyaAllah. 

So, harap anakanda semua,plan lah sama2, weekend mana anakanda boleh ambik dia


3 Setiap hari solat hajat dan doa untuk dia
Luangkan sedikit masa dalam 5minit sehari, solat hajat 2 rakaat (saja), mohon Allah sempurnakan imannya, taqdir yang baik untuk agama, kehidupan dunia dan akhiratnya. 


InsyaAllah, doa yang paling afdhal ialah doa dari ahli keluarga.


SEMUGA KEKALKAN BUDAYA INI DALAM KELUARGA KITA TURUN TEMURUN.
BILA ADA MASAALAH, SEMUA MESTI BERSATU MEMIKIRKAN PENYELESAIAN.
INI AMANAT BUNDA KE- 2.

SIMPAN DALAM ARCHIVE KELUARGA. 




Doakan Arwah Abdul Hadi Nordin

by Abdul Fatah Nordin 

on Thursday, 14 July 2011 at 17:50



Assalamualaikum wbt

Saya ingin meminta para sahabat agar dapat memanjangkan doa senantiasa kepada adik saya, arwah Abdul Hadi Nordin, 21 tahun, ex-Al-Amin batch ke 13, agar dikurniakan kesejahteraan di alam baru yang ditempuhinya selepas ini.

Satu amanat daripada emak saya yang seharusnya saya terima lebih awal iaitu meluangkan lebih byk masa bersama beliau dan membantunya tidak dapat saya penuhi akibat kesibukan-kesibukan hidup.

 Amanat ini akhirnya kembali kepada Empunya kuasa.

Saya baru planning untuk meluangkan masa bersamanya pada minggu-minggu berikutnya terutama semasa bulan Ramadhan yg mendatang.

 Namun sekarang saya hanya mampu berusaha mengajak semua ikhwah mendoakan kesejahteraan adik saya dan agar kalian menjadi saksi kepada arwah sebagai orang yang tergolong di kalangan org2 soleh dan berakhlak mulia.

Kepada yang mengenali beliau saya mengajak agar marilah sama-sama kita mendengar dan menyahut segala nasihat, teguran dan tazkirah yang pernah beliau sampaikan kepada kita semasa hidupnya, semoga dgn ini pahalanya akan berterusan. Ameen.

Beliau meninggal dunia pada jam 3.00 pg (isnin malam selasa) di sebuah rumah berdekatan  Taman koperasi  Polis. Beliau disahkan meninggal dunia oleh doktor di hospital selayang jam 4.00 pg.

Asbab kematian, beliau terjatuh semasa satu pergelutan kecil, secara tidak sengaja terjatuh dan bahgian belakang kepalanya terhantuk di lantai jalan, mengalami pendarahan dalaman di bahagian belakang kepala.  Selepas pergelutan tersebut beliau berehat dan tidur, tidak lama kemudian meninggal dunia semasa sedang tidur di atas katil.

Arwah dikebumikan hari selasa lps solat asar di masjid ar-ridhwan, ulu klang, bersebelahan ukay perdana.

Saya sendiri memegang kepala arwah, menurunkannya di liang lahad dan merapatkan wajahnya ke tanah mengarah kiblat.

Betapa saya merasakan nikmat memiliki keluarga dan betapa kita tiada apa2 di dunia ini. Allah Maha Kuasa. Allah Maha Kuasa. Tiada apa milik kita, tiada apa di bawah kuasaan kita.

Jazakumullah Khairan Kathira




Betapa cepatnya masa berlalu dan betapa banyaknya amanat yang sering kita terlepas pandang.

Seperti mana rezeki yg pelbagai bentuk datang tepat pada masanya.

Ajal pula datang tepat pada masanya, Innalillah. 










































              • Ahmad Mustaqim Jinal semoga arwah Abdul Hadi Nordin tergolong di dalam golongan orang2 yang soleh..ameen

    • 14 July at 18:38

      • Ahmad Rashid Redha takziah buat keluarga.. moga rohnya ditempatkan bersama org beriman.. insyaa Allah..
        14 July at 19:01 ·

      • Ahmad Nizam Samsudin Dari Allah kita datang, dari Allah tempat kita kembali..
        14 July at 19:15


      • Najah Farahin takziah buat keluarga pck nordin,moga ruh almarhum ditempat bersama para solehin
        14 July at 19:50 ·

      • Hafsah Chah sedih arwah hadi da pergi..xsangke begitu awal..smoga dia d tempatkan bersama golongan orang2 yg b'iman..aminn
        15 July at 13:04

      • Omega Sage Usamah ibn Zaid reported, "A daughter of the Prophet, peace be upon him, sent him a message to come to her house, because a son of hers had died. In response he sent her a message with his regards saying: 'Verily, to Allah belongs what He has taken, and to Him belongs what He has given. For everything He has set a term. So be patient and be content'.'' (Bukhari)
        15 July at 13:34 ·

      • Mohd Khairi Samsudin Takziah diucapkan. Semoga rahmat Allah S.W.T. sentiasa bersama arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.
        15 July at 17:06

      • HaKim El ABd Amin3....Allahummaghfirlah​u warhamhu wa'afihi wa'fu 'anhu.... Amin..
        16 July at 00:16
            • rasa terkilan tu disebabkan perasaan kasih yang sangat mendalam,hati yang lembut,lunak..kurniaan  Allah.Bukankah Allah itu maha pengasih?..anakanda fatah, yg lepas tu , biarkan ia berlalu... kesan yang ditinggalkan anakanda Hadi sangat besar impact nya kpd kite..dia telah mengikat hati2 kita anak beranak dengan simpulan yg sgt kuat.....kita selalu get together,memikirkan progrem2 utk gembirakan dia..bbq kat PD,bawak dia p sana sini masa weekend,baca yasin sama2(dia join skali walaupun uzur),tadabur Quran bersama, solat hajat n doa2 bersama, 
                  • bawak berubat bersama..sehingga kini, apa saja masa yg available,kita get together..ziarah kuburnya,baca yasin,doa2,ziarah dan berdoa bersama perawat2nya....nikmat dan kebahgiaan terasa didalam hati..Allah gantikan segala kesusahan dan kepayahan yg sama2 kita lalui untuk selamatkankan dia dengan ketenangan dan ketenteraman jiwa..Allahu akbar..Alhamdulillahillazi​ bini'matihi tatim mussolhat..Segala puji bagi Allah yg dgn nikmatNya sempurna lah segala kebaikkan.. 

        • Anakanda Hadi yang kami sayangi,hidup mu dan pemergian mu,ujian Allah utk kami..berehatlah.. sehingga Allah ketemukan kita semula .....salaamun qaulan  mirrab birrahim..