Showing posts with label i love my prophet. Show all posts
Showing posts with label i love my prophet. Show all posts

Friday, 5 December 2014

Fadhilat Selawat ..

 بسم الله الرحمن الرحيم                                                     

اللهم صل على محمد وآل محمد                                             



.Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi(1). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya(2).”  (Surah Al-Ahzab: 56).

Mengikut tafsir ibn Kathir..berselawat ertinya.. 
1.Kalau dari Allah bererti memberi rahmat 
2.Kalau dari malaikat bererti meminta keampunan 
3.Kalau dari orang-orang yang beriman bererti berdoa supaya diberi rahmat 

 Mengikut Abul ‘Aliyah..
صَلاَةُ اللَّهِ ثَنَاؤُهُ عَلَيْهِ عِنْدَ الْمَلاَئِكَةِ

“Salawat Allah adalah pujian-Nya kepada baginda saw di hadapan para malaikat.” HR. Bukhari no. 10

Siti Aisyah ra. berkata..

 “Sesiapa yg mencinta Allah Taala, maka dia banyak menyebutNya dan hasilnya ialah Allah akan mengingati dia, juga memberi rahmat dan keampunan kepadanya, serta memasukkannya ke syurga bersama para Nabi dan para wali. Dan Allah memberi kehormatan juga kepadanya dengan melihat keindahan-Nya. 

Dan sesiapa mencinta Rasulullah SAW maka hendaklah ia banyak membaca selawat untuk Nabi SAW, dan hasilnya ialah ia akan mendapat syafaat dan akan bersama Rasulullah SAW di syurga.”
.
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda

“Sesiapa yg membaca selawat untukku kerana memuliakan ku, maka Allah Ta’ala akan mencipta dari kalimat (selawat) itu satu malaikat yang mempunyai dua sayap, yang satu di timur dan satu lagi di barat. Sedangkan kedua-dua kakinya di bawah bumi sedang lehernya memanjang sampai ke Arasy. Allah Ta’ala berfirman kepadanya: “Bacalah selawat untuk hamba-Ku, sebagaimana dia telah membaca selawat untuk Nabi-Ku. Maka Malaikat pun membaca selawat untuknya sampai hari kiamat.”

 Antara hadis-hadis lain yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah SAW ialah..
  1. “Barangsesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. “ (Riwayat Tabrani)

  2. “Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali.  Dan sesiapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka.  Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid.” 
  3. [Riwayat At-tabrani].
 .
  1. ” Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku, maka aku mendengarnya. Barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” 
  2. (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).
 .
  1. “Sesungguhnya orang yang dekat kepadaku daripada kalangan kamu pada hari kiamat pada setiap tempat aku berada ialah orang yang lebih banyak berselawat kepadaku di dunia.”

Tiada seseorang pun yang memberikan salam kepadaku (setelah kewafatanku),melainkan Allah mengembalikan rohku sehinggalah aku dapat menjawab salam orang itu.”

 HR Abu Daud dan Ahmad,Riyadus Solihin -1398,Sahih menurut Imam Nawawi 

“Barangsiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” 

 Sahih Muslim-0408

“ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.”  HR An-Nasaie-1271 

“Seutama-utama manusia dengan aku di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” 
HR At-Tirmizi-0483 dan beliau berkata hadith ini adalah hasan Gharib. Riyadus Salihin -1395 ]
Hadith Sahih. Hussain bin Ali memberitakan daripada ayahnya Ali bin Abi Talib (ra)

.. bahawa Rasulullah (saw) telah bersabda :


”Apakah tidak lebih baik aku khabarkan kepada kamu tentang orang yang dipandang sebagai manusia yang paling bakhil?

”maka kami(para sahabat) menjawab : “Baik benar Rasulullah!
” Maka Rasulullah (selawat Allah dan salam ke atasnya) meneruskan: 
“ Orang yang disebut namaku di hadapannya, maka tiada ia berselawat kepadaku, itulah manusia yang paling bakhil.!”
[HR At-Tirmizi,Misykat Al-Masbih-3/299,no : 311.Riyadus Salihin -1440. Imam At-Tirmizi berkata hadith ini adalah sahih. Juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Ibnu Hibban dan Al-Hakim ]
Hadith Hasan. Ali bin Abi Talib (ra) berkata :

 “Doa seseorang itu terdinding (terhalang) sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya.”
[ kitab Al-Mu’jam Al-Ausat oleh Imam Ath-Thabrani. Hadith Hasan

 “Tiadalah suatu kaum berada di sesuatu majlis di mana mereka tidaklah menyebut nama Allah dan mereka tidak pula berselawat ke atas Nabi mereka.melainkan mereka pasti akan 
 ditimpa penyesalan di hari Kiamat; sekali pun mereka dapat memasuki syurga bagi pahala amalan-amalan lain yang mereka kerjakan.”  
[Musnad Imam Ahmad. Disemak semula sebagai Sahih oleh Imam Al-Hakim, Adz-Dzahabi dan Al-Haitami]

Sunday, 24 November 2013

SAYANG NABI


Pagi ni saya nak kongsikan beberapa kisah .. cinta para sahabat terhadap baginda rasulullah saw..

Dan juga cinta baginda saw terhadap umat nya...kita la tuuu..

Semuga bertambah2 lah cinta dan kasih kita terhadap baginda saw...

Saya pilih tazkirah ustaz Abdullah Khairi...budding ustaz..

Selamat menghayati....





.klik....


Saturday, 26 January 2013

ROSES FROM THE PROHET saw


بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Rasulullah s.a.w. bersabda:
  Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat
HR BUKHARI

so sweet ... 


" I know a man who grew up without his parents..
but he refused to be callad an orphan..

He married a woman whom he loved..opened his heart to..

shared his burden with..most loyal to her until her last breath.

Because of his profound message..

he faced many severe trials in his life..from others..
yet he always showed mercy..
even when in the position of power.

He was intelligent..wise and persistent..

he knew.. through the powerful spiritual traditions..
based upon divine priciples n social justice

His final Will said..to be kind to each other ..

for we are all..children of Adam n Eve.

He left 2 things as part of his heritage..

THE NOBLE QURAN AND HIS PURIFIED FAMILY

This man with his message was a mercy for all human-kind


This is our prophet Muhammad..

May God's peace shower upon him..
his family and his faithful companions "


Whoever calls people to the Truth.. will be rewarded like that of those who follow him..without detracting it in the least from their reward ..Muslim


pilot project...London




Pada suatu hari..beberapa hari selepas kewafatan nabi saw.. Abu Hurairah telah berjalan ke pasar... Dia melihat ramai orang sedang sibuk berjual beli.. Maka dihampirinya mereka ..

" Apa kalian buat disini? Mengapa kalian tidak kemasjid? Di masjid..orang sedang sibuk mengambil harta peninggalan nabi"

..Mendengar itu..maka bergegaslah mereka ke masjid.
Sampai disana..mereka hairan dan marah kerana tiada harta seperti yang diharapkan melainkan orang2 yang sedang belajar dan mengaji...

"Wahai Abu Hurairah, kami tidak pernah mengenali anda sebagai seorang penipu. Pembohongan apa yang sedang kau lakukan ini?"

Dengan tegas Abu Hurairah berkata ..

" Apakah kalian tidak mengetahui bahawa alim dan ulama itu adalah warisan nabi?
Adakah kalian melihat nabi seorang yang mengumpul harta? Sesungguhnya, semasa peninggalan nabi.. baginda tidak meninggalkan dirham atau dinar .. melainkan ilmu yang diwarisi para ulama'..


"Sesungguhnya para ulama' itu adalah pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidaklah mewariskan dinar mahupun dirham, tetapi mereka  mewariskan ilmu. Maka barangsiapa
yang mengambilnya (ilmu tersebut) bererti dia telah mengambil bahagian ilmu yang banyak".
Riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi





Semuga kisah ini dapat mengalih kriteria kita...keuntungan paling berharga adalah ilmu yg ditinggalkan nabi saw..berlumba2 lah merebutnya.. 



الكلمة الحكمة ‏ ‏ضالة المؤمن ‏ ‏فحيث وجدها فهو أحق بها
Kata-kata Hikmah(wisdom) adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya.
Riwayat Tirmizi

SELAMAT MENIMBA ILMU .......

SELAMAT MENYAMPAIKANNYA......


klik..kewafatan-nabi-saw..saat-akhir-baginda part1

  


Wednesday, 2 January 2013

I LOVE MY PROPHET..mimpi al 'arif


klik..nasyid..






Diriwayatkan oleh At Tarmizi..dari Abdullah bin Mas'ud...Nabi saw bersabda..

Orang yg paling dekat denganku pada hari Kiamat ialah orang yg paling banyak berselawat kpd ku.

Telah diceritakan oleh seorang ahli arif - billah..

Pada suatu malam..sesudah solat isya'..aku terlupa berselawat...

Pada malam itu..aku mimpikan nabi saw...baginda bertanya..

'Ya fulan ! kenapa kau tidak selawat padaku malam ni?'

Kata orang arif itu...' Aku terlupa, ya rasulullah saw..disebabkan terlalu banyak memuji Allah swt'.

Jawab baginda saw .. ' Ya fulan, tidak kah kau tahu..Allah swt tidak akan menerima segala pujian kepada
                                 Nya..melainkan dengan berselawat juga padaku ? '

Kata orang arif itu..' Aku tidak dapat menjawab apa2.'

Lalu nabi saw bersabda..' Lupakah kau akan firman Allah swt..


.. Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat keatas nabi...wahai orang2 beriman..berselawatlah kepadanya dan berilah salam kepadanya sebaik2 salam '. surah al ahzab ayat 56

Berkata orang arif itu.. lalu lepas itu aku terjaga dari tidurku...



see..i love my prophet part 1

see..rahsia doa maqbul..

sambung..kewafatan nabi saw..saat akhir baginda


Friday, 21 December 2012

I LOVE MY PROPHET....



















Dari Anas bin Malik ra..bersabda Nabi saw..

Sungguh beruntung orang2 yg beriman kepadaku yang pernah melihatku.

(Nabi saw menyebut 1x)..

Sungguh beruntung orang2 yg beriman kepadaku yang belum pernah melihatku.

( Nabi saw mengulangi menyebutnya sebanyak 7x)

HR Ahmad


....bermaksud..bagi kita yang tidak sempat berjumpa dengan baginda saw..namun beriman kepada baginda saw..kita bertuah dan beruntung 7x ganda dari para sahabat...

ALLAHU AKBAR...beruntung nya kita !!!














Dari Anas bin Malik ra...bersabda Nabi saw..

Aku sangat ingin bertemu dengan saudara2 ku (my brothers)

Para sahabat bertanya..Tidakkah kami saudara2 tuan ?

Baginda saw menjawab...

Kamu adalah sahabat2ku...tetapi saudara2ku adalah orang2 yg beriman kepadaku..walaupun mereka tidak pernah melihatku.

HR Ahmad

ALLAHU AKBAR...apa lagi keuntungan yg lebih baik didalam dunia ini..dari menjadi saudara beradik baginda saw.
see....selawat dan salam..aw

Thursday, 9 February 2012

SELAWAT DAN SALAM..



Soon..pada 12 rabi'ul awal..bersamaan 4 feb..maulidurrasul..ie birth day rasulullah saw..

Walaupun tidak menjadi sunnah dan budaya para sahabat menyambut birthday baginda..para ulama zaman sekarang tidak pula membantah menyambutnya...

Apa salahnya kita meriahkan hari2 sebegini...dapatlah manusia merasakan kewujudan nabi kita saw..

Disini ku turunkan reminder... apa seharusnya kita ra'ikan mengikut sabda2 nabi saw sendiri..
Allah berfirman didalam surah al-ahzab ayat 56..

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya bersalawat keatas nabi...wahai orang2 yang beriman..bersalawatlah kamu keatas nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.



 Dikatakan oleh Abul ‘Aliyah..
صَلاَةُ اللَّهِ ثَنَاؤُهُ عَلَيْهِ عِنْدَ الْمَلاَئِكَةِ
“Salawat Allah adalah pujian-Nya kepada baginda saw di hadapan para malaikat.” (HR. Bukhari no. 10)


Dari rujukanku..tafsir ibn kathir..
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Said bin Jubair bahwa Ibn Abbas ra berkata..

..Telah bertanya bani israil kepada nabi Musa as..

..'Apakah Tuhanmu berselawat,wahai Musa?'

Kemudian Allah wahyukan kepada nabi Musa as..

..'Katakanlah kepada mereka wahai Musa,

' Benar! Aku  dan para malaikatKu berselawat untuk nabi2Ku'...



Allah swt berselawat juga kepada hamba2Nya yang mu'min..surah al ahzab ayat 41-43

Wahai orang2 yang beriman..berzikirlah kepada Allah dengan sebanyak2 zikir..dan bertasbihlah memujiNya diwaktu pagi dan petang..Dia (Allah) berselawat untuk kamu..begitu juga para malaikatNya....















Begitu juga didalam surah al baqarah ayat 156-157

..dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar..iaitu orang2 yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan..inna lillahi wa inna ilaihi raajiun..Allah berselawat untuk mereka dan mengurniakan rahmatNya..dan merekalah orang2 yg mendapat petunjuk..



Diriwayatkan oleh imam Ahmad dari Amir bin Rabah yg mendengar ayahnya berkata..Aku telah mendengar rasulullah saw bersabda..
*Barangsiapa bersalawat kepadaku..maka para malaikat bersalawat kepadanya selama ia bersalawat kepadaku..maka terserahlah kepadanya untuk mempersedikit atau memperbanyak selawatnya kepadaku..

Diriwayatkan oleh at tarmizi dari abdullah bin mas'ud bahwa rasulullah saw bersabda..
*Orang yg paling dekat denganku pada hari kiamat ialah orang yg paling banyak selawatnya kepadaku.

Pada suatu hari,rasulullah saw dgn wajahnya berseri2 bersabda kpd para sahabat...

'Seorang malaikat datang kepadaku hari ini dan berkata..

Ya muhammad, tidakkah kau redha bahwa Allah berfirman...

*Tidak ada seorang pun umatmu berselawat melainkan Aku berselawat untuknya 10 kali dan tidak seorang pun dari ummatmu yg mengucap salam padamu melainkan Aku ucapkan salam untuknya 10 kali..

..maka aku pun berkata..bahkan (aku sangat redha).

Diriwayatkan oleh imam Ahmad..dari abu hurairah ra..rasulullah saw bersabda..

*Berselawatlah kamu untukku kerana ia pensuci bagi kamu
..dan mohonlah kepada Allah untukku al wasiilah
..ia adalah tingkat syurga tertinggi syurga yg hanya dikurniakan kepada seorang
..dan aku harap orang itu ialah aku.

Diriwayat juga oleh imam Ahmad dari abu hurairah..rasulullah saw bersabda..

*Barangsiapa memohon kepada Allah al wasiilah untukku..maka wajiblah ia memperoleh syafaatku di hari kiamat.

Diriwayatkan oleh imam ahmad dari aus as saqafi bahwa rasulullah saw bersabda..

*Diantara hari2 yg paling utama ialah hari jumaat...pada hari itu adam as diciptakan dan
..pada hari itu juga ia diwafatkan..
..pada hari itu sangkakala ditiup dan makhluk dikejutkan...
..maka perbanyakkanlah selawat untukku pada hari itu

..Para sahabat bertanya..Apakah juga setelah engkau wafat dan jasad mu telah hancur, ya rasulullah?

...Lalu baginda menjawab..Sesungguhnya Allah telah mengharamkan tanah memakan jasad2 para nabi.

Dari abu hurairah ra..bersabda rasulullah saw..

*Sesungguhnya orang yg paling kikir ialah orang yg tidak berselawat kepadaku ketika mendengar namaku disebut.





Oleh itu..khasnya untuk anak2ku ..meriahkanlah hidup kita dengan berselawat kepada baginda saw.

klik..i love my prophet..

klik...kewafatan-nabi-saw.....saat-akhir-baginda