Showing posts with label SURAH ALKAHFI. Show all posts
Showing posts with label SURAH ALKAHFI. Show all posts

Wednesday, 4 December 2013

SURAH AL KAHFI ..siri 2

klik disini..asbab & fadhilat surah kahhfi

Kesimpulan surah

Surah Al Kahfi adalah diantara surah terawal yg diturunkan ketika nabi saw berdakwah di mekah.

TAJUK SURAH

Surah ini diberi nama Al Kahfi ..dinisbahkan kpd sebuah gua di Jordan..yg menempatkan beberapa  pemuda  yg  meninggalkan kesenangan dan kemewahan dunia demi menyelamatkan agama Allah yg mereka anuti.

Walaupun pemuda2 ini tidak sehebat nabi Musa as....baginda nabi dan rasul pilihan, kalimallah...dan Khidir yg Allah kurniakan ilmu mengatasi nabi Musa as, namun Allah memilih kisah mereka sebagai tajuk utama surah ini.

Allah telah memuji dan mengangkat nama mereka dan Dia menghendakki mengabadikan kisah mereka ..

Demikian lah sebagai pengajaran..dalam keadaan apa sekalipun Allah tetap akan memelihara kaum mu'min yg ikhlas dalam ketaatan dan ubudiah kpd Nya.

"Mereka adalah pemuda2 yg beriman kpd Allah dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka. "

ASBAB SURAH


Surah ini diturunkan untuk menjawab soalan orang2 kafir Quraisy.Walaupun motif soalan mereka hanya untuk menghina dan memalukan nabi saw serta mendustakan kerasulan nabi saw dan atas dasar kebencian, Allah tetap melayan mereka.

Hakikatnya, itu lah adab yg harus dimiliki para pendakwah...tidak wajar bagi mereka untuk 'brush-off' soalan2 yg di ajukan oleh para penanya.Semuga jawapan yg benar dan ikhlas diatas dasar kasih sayang akan memberi manafaat kpd penanya..

Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:


Ilmu itu seperti gudang,  dan kuncinya adalah bertanya. 


Maka hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberi rahmat oleh Allah Taala.


Maka sesungguhnya dari satu pertanyaan itu diberi pahala akan empat orang. 


1 orang yang bertanya. 


2 guru yang menjawab.



3 orang yang mendengar jawapan itu. 

4 orang yang cinta kepada mereka´.]]


(Hadis Riwayat Abu Naim)

KANDUNGAN UTAMA SURAH


Didalam Surah alKahfi, banyak diceritakan kisah2 ..bagaimana materialisma dan keduniaan dapat meninggikan iman dan sebalik nya dapat merosakkan iman...iaitu kisah pertembungan antara materialisma dan keimanan..

  Di antara kisah2 didalam surah ini,4 adalah paling utama

1 Ujian agama..the fitnah of religion

  Kisah pemuda2 berketurunan bangsawan, berjawatan tinggi didalam istana bilamana mereka terpaksa memilih antara jawatan dan agama...mereka memilih agama..dan apabila Raja ingin membunuh mereka disebabkan iman mereka kpd Allah swt, mereka lari menyelamatkankan agama mereka.
Mereka menyembunyi didalam gua dan Allah telah memelihara mereka.

2 Ujian harta..the fitnah of wealth

  Kisah pemilik kebun ..apabila kemewahan menguasai hati dan menjadikan nya ujub dan sombong dan kufur terhadap Allah dan lupa bahwa  kemewahan nya adalah milik Allah swt..dan akhirnya Allah musnahkan kebun nya

3 Ujian ilmu...the fitnah of knowledge

   Ilmu bolih memusnahkan seseorang jika ilmu itu membuatnya ujub, sombong...tetapi Allah menceritakan keadaan nabi Musa yg merendahkan diri nya ketika menuntut ilmu dengan Khidir dan disebabkan sifat tawadhu'nya, Allah tinggikan kebijaksanaan nya dan darjat nya.

4..Ujian Kuasa...the fitnah of Power

   Kisah Raja Zulqarnain di uji dengan nikmat kekuasaan....mulkin mulukiah...bagaimana baginda memerintah dan menguasai rakyat
dan kemewahan.. dan baginda berjaya kerana dia sedar diatas nya ada RAJA yg MAHA AGUNG

PENGAJARAN

Iman yg mantap saja dapat menyelamatkan seseorang dari penipuan dajjal...



Tanda iman yg mantap

..Apabila bagi seseorang itu, nilai emas dan batu sama saja
..Apabila bagi seseorang itu, nilai dugaan dan nikmat sama saja
..Apabila bagi seseorang, kurang dan tambah nya harta sama saja

 sebabnya ialah dia tidak melihat nilai dunia dgn mata zahir..dia melihat dunia dgn mata hati iaitu mata iman

Iman juga boleh bertambah dan berkurang
..al imaanu yaziidu wa yanqus...



Tuesday, 3 December 2013

SURAH AL-KAHFI..siri 1

Kelebihan Surah Al-Kahfi


Dari Abu Ishaq... ia pernah mendengar al-Barra’ bercerita...

'Ada seseorang yang membaca surah al-Kahfi, sedang diluar rumah terdapat seekor kuda, tiba-tiba kuda itu meronta2 (agitated )
 ... lalu ia melihat diluar ada awan seperti lampu2 (chandeliers) turun  didepan nya...apabila ia berhenti mwmbaca, lampu2 itu naik ke langit...
Lalu ia menceritakan hal itu kepada Nabi saw, maka baginda pun menjawab..
zaalikal sakiinah nazalat... itu adalah sakinah yg turun untuk mendengar bacaan mu.
Mengikut ibn Hajar, sakinah adalah malaikat

“Bacalah surah al-Kahfi, kerana sesungguhnya ia merupakan ketenangan/sakinah yang turun bersama dengan Quran, atau turun untuk al-Quran”.
HR Imam Ahmad

1..Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Muaz bin Anas dari ayahnya yang mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa membaca permulaan ayat al-kahfi dan penutupnya maka itu merupakan cahaya baginya dari hujung tapak kakinya hingga puncak kepalanya, dan barangsiapa membaca seluruhnya (surah al-kahfi) ia akan merupakan cahaya baginya yang akan terpancar antara langit dan bumi."

2..Diriwayatkan dari Al-Hakim dari abi Said bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat akan bersinar cahaya baginya selama masa 2 Jumaat. "

3..Dan diriwayatkan dari Abu Bakar Al- Baihaqy dari Abu Hashim bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa membaca surah al-Kahfi sebagaimana diturunkan maka ia akan menjadi cahaya baginya di hari Kiamat."

4..Diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda' bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa menghafalkan 10 ayat dari permulaan surah al-Kahfi, dia dilindungi dari Dajjal (fitnah dan tipu dayanya).

5..Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dengan sanad yang lain dari Abu Darda' bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa membaca 10 ayat terakhir dari surah al-Kahfi maka ia merupakan perlindungan baginya dari fitnah Dajjal."

SEBAB SURAH AL-KAHFI DITURUNKAN

Surah ini diturunkan sekaligus di Makkah...




 Kisahnya....
Pada awal da'wah nabi saw..ketika kaum musyrikin telah berusaha sedaya mereka utk menggagalkan dakwah nabi saw..tetapi semua nya tidak berjaya..malah hari demi hari ada saja yg mengikut agama baginda saw ..maka pembesar-pembesar Quraisy telah bermesyuarat dan bersetuju utk bertanya hal kenabian dan kerasulan kpd rahib2 yahudi di yathrib kerana agama yg dibawa muhammad ada kesamaan agama kaum Yahudi...motif mereka adalah utk mendustakan baginda saw..

Mereka pun mengutuskan beberapa orang untuk menemui  rahib Yahudi Madinah, 

Orang Quraisy..
"Kami datang kepada kamu, wahai ahli kitab untuk merujuk tentang kenabian Muhammad di dalam kitab Taurat."

Rahib Yahudi 
" Ajukan 3 pertanyaan kepada beliau. Jika beliau dapat memberi keterangan tentang 3 hal itu, maka benarlah dia seorang Rasul. Jika dia tidak dapat memberi keterangan itu, maka dia adalah seorang pembohong dan terserahlah kepada keputusan kamu untuk melakukan apa dengan beliau."

Tanyakan kepadanya tentang :

1. Pemuda-pemuda di zaman dahulu yang pergi berkelana dan tanyakan tentang pengakhiran kisah mereka.

2. Tentang seorang pemuda yang menempuh perjalanan keliling dunia dari timur ke barat. Tanyakan bagaimana kisahnya.

3. Apakah ruh itu?

Jika dia dapat memberikan keterangan untuk ketiga-tiga persoalan tadi, maka dia benar-benar seorang nabi dan ikutilah dia. Jika sebaliknya, maka dia hanyalah pereka agama dan terpulanglah kepada kamu untuk mengambil tindakan terhadap keatas nya.

Sekembalinya utusan Quraisy itu, berkatalah mereka kepada kaum mereka;

"Kami telah diajari oleh rahib-rahib Yahudi, untuk mengemukakan 3 pertanyaan kepada Muhammad. Jika dia dapat menjawab pertanyaan itu serta dapat memberi keterangan, maka benarlah dia seorang nabi..."

Betapa gembiranya mereka kerana kisah2 purba itu tentu tidak diketahui Muhammad kerana dia seorang yg buta huruf.

Maka segera mereka menemui nabi saw dan mengajukan soalan2 itu
Baginda saw meminta mereka datang pada keesokkan harinya utk diberi jawapan.  Baginda bersabda:

"Esok akan ku terangkan apa yang disoal oleh kalian."
( ukhbirukum ghadan 'amma sa'altum 'anhu).

Sejak hari itu, baginda saw menanti-nanti kedatangan Jibrail namun Jibrail tidak muncul. Baginda saw menunggu dan menunggu...
selama 15 hari
... sehinggakan baginda dirundung kesedihan kerana tiap hari orang2 Quraish menuntut jawapan dan tiap hari baginda terpaksa
mendengar ejekan dan cercaan mereka.

Selepas 15 hari, baru Jibrail muncul dan terus menyampaikan surah al Kahfi kepada baginda saw...