Friday, 20 March 2020

BAUAN MISTERI

Wed, Mar 18, 2020  5 : 54 PM

Peristiwa pelik...Ketika pertama kali masuk rumah baru


Pasal washroom ni. Since 1stMarch 2020 ie waktu pertama kali masuk rumah baru ni, asyik bau mildew kering atau kulat air je. Makin hari makin kuat bau. Tengit menusuk hidung. Nak muntah bau dia. Puas kami hidu2 mencari punca bauan tu. Si M n Y (my colleagues) asyik menonyoh je b/air tu day n night. Siram chlorox , bakar scent, letak humidifier n macam2 lg. Just name it, semua dah apply.
Lagi bengang, pada hari ada 2 patients datang. Pintu tu dah diturup rapi dari pagi selepas diharum2kan n diletak humidifier. Bau tengit tu ada diluar pintu !! Malu sungguh pada patients. Tengahari tu lepas patients balik, kami pun buka la pintu tu, nak tengok hasil  humidifier tu.

Mak aiii!!!! bau tengit n hancing tahap gaban.N lagi worse, bau hancing tu seolah berjalan kluar!!  Siapa pulak yang kencing niii?!! Suspicionku pun dah naik tahap gaban jugak. Tapi aku sabar je dulu.

Pastu pergi dobi lah, makan lah, hantar M balik lah...
Then dengar luahan tidak puas hati Y pasal rumah baru tu, basically sebab bau yg horrendous tu. Honestly, bau tu dah meresap kluar dari bilik air  ke merata tempat.

Aku dah naik geram berang!!!
Sesampai rumah, aku ambik limau2 nipis yg ada n terus buat Ruqyah halau jin n tarek jin degil kedalam limau . Ambik kau!!
Limau lain aku jampi ...mohon pada Allah agar serapkan bau n jin2 yg keras kepala masuk kedalam limau.
Aku potong limau tu jadi 5 bahagian, perah jus dalam 1/4 baldi air hingga air beraroma limau. Aku renjis2 bilik air dengan air limau tu, then siram seluruh lantai. Aku letakkan limau hirisan tu atas toilet pump{dalam gambar bawah} dengan hajat supaya limau jampi tu dapat menyerap semua unsur -ve [negatif]  kedalamnya.
Then pintu ditutup. Besok pagi baru la dibukak.


Maka tiba lah waktu pagi. Lepas solat, maka bermula lah upacara kemuncak...bukak pintu bilik air.

Fuhhh takde dah bau menyengit kuat tu.Tapi ada rasa seram2 sikit n ada bau sikit2 lg. On the whole, it works actually !! Tinggal like 5% je lagi.

Dengan penuh semangat, kami repeat procedure siram menyiram n sedut menyedut jin masuk limau tu. Pintu ditutup semula.
Beberapa jam kemudian, pintu dibuka.

Masya Allah !!  🌼💮🌸🌺🌹
Like magic ..
No more bau bau mildew tu. Bau limau mengharum je 🍋🍊🍋🍊
Amazing !!!! Real real amazing!!!

So the stinking smell tu apa sebenarnya??? Hohoho
Terima lah hakikat dan realiti...
Ada makhluk2 Allah yg tak dapat dilihat telah berkampung di bilik air tu.
Huhuhuuuu seramnya. Hadoiii.

Apapun kami bersyukur kepada Allah swt kerana sudi memakbulkan doa2 kami dan menyampaikan hajat kami.
Syukran laka ya Allah walhamdulillahi rabbil alamiin.


Thursday, 18 October 2018

Jin kekanak menagih kasih sayang

Semalam beberapa keluarga dari Trengganu datang berubat,,semua cousins. Pesakit nya  umur 10 tahun , dah 8 bulan tak boleh masuk kawasan sekolah. Sampai gate sekolah, dia akan rasa tercekik, gatal tekak, batuk n sesak nafas. Aku perhati dia, dia anak cerdik. Aku interview dia direct.. semua jawapan baik dan bernas.
Now ni duk rumah tok sebab duk rumah sendiri badan jadi ketar2 macam parkinsons tu.

Aku pun mula rawatan. Dia duduk melunjurkan kaki ke kiblat sambil baca AlFatihah. Kedua kakinya terus gerak2. "Bukan saya gerakkan" kata Aisyah. Aisyah ni nama samaran aku beri utk pesakit ku .
Aku scan ..tak dapat scan sbb tangan aku di tolak kekanan' Partnerku cakap, jin aisyah tolak.

Partner aku ni, dia nampak. .aku pulak tak nampak, boleh scan je.Jadi dia lah jadi mataku. Nama glamour dia N.

Teruskan cerita...

Aku scan, N kata ada makhluk besar bulu2 hitam n ada a child ,. Aku scan n confirmed "yes".
So aku tanya aisyah. Dia kata , dia pernah nampak binatang bulu tu ketika dia sujud solat isya.. n pernah juga nampak kekanak tu ..muka bulat2 , pipi pun bulat2.

Aku dan N pun tarek2 la makhluk2 yg goyangkan kaki dia. Ofkos la minta Allah yg tarekkan..mana mungkin kami dapat lakukan...Alhamdulillah, goyang2 tu berenti. Aisyah pun konfemkan, makhluk tu dah xde.

Next, kami buka hijab badan Aisyah... N nampak makhluk hitam bulu2 tu...dia yg tolak tangan aku tadi.. Kami pun pulangkan dia pada Allah swt....
Clear dah sekor.

Next, N nampak jin kekanak tu. Aku dan N bincang2 nak kluarkan macam mana... sebab dia menagih kasih sayang ibubapa aisyah...yatim piatu gamaknya jin kekanak ni. Sbb tu la kut xmo pegi sekolah... nak berkepit je dgn mak aisyah. Maybe jin bebulu tu pun ada pakatan... masa kat gate sekolah, dia gosok tangan bebulu dia kat tekak aisyah ..bagi aisyah batuk2 n sesak nafas....hmmmm..agaknya laa.

Dah  bincang2 skali lagi dgn N, kami pun decide, mak aisyah kena pujuk jin kekanak tu pulang pada Allah. N susun ayat memujuk sambil mak aisyah ikut. Aku mohon Allah bukakan tempat indah utk kekanak tu. Sambil mak aisyah lafaz kalimat memujuk keluar, aku juga memujuk dia, nak hantar ketempat cantek yg Allah sediakan untuk nya.'

Sambil aku tarek dia gently, aku dengar esakan..2 esakan. Hatiku berkata.."suara siapa ni?"
Beberapa saat kemudian, aku nampak air mata dari mak aisyah...sedih pilu dia. Aku lihat, aisyah juga sedang menangis sayu. With great effort la juga nak tarek jin kekanak ni... merayu2 dia..aku pun rasa kepiluannya..
Alhamdulillah, Allah telah mengambilnya pulang.

Aisyah kelihatan ceria selrpas itu...

Alhamdulilah happy ending.