Posted by: Abdul Fatah Nordin
KEBAJIKAN ANAKANDA HADI
Salam anakanda semua,
Menjadi kewajipan kita semua memikirkan perancangan masa pendek dan perancangan jauh untuk anakanda Hadi. Dia didalam kesusahan dan kekusutan.
Marilah kita cuba leraikan kekusutannya dan bagi vision untuknya.
Langkah pertama
1 Jinakkan hatinya dengan kekanda2nya. Make him feel you care.
Oleh itu bunda cadangkan tiap week-end, anakanda aziz, malek dan fatah bergilir ambik dia...planla week-end tu untuk dia. Ajak dia memasak pun ok. Dia suka. Satu week-end lagi tu, anakanda fatimah or aman take-over.
Ini bermakna tiap satu keluarga ambik dia sekali sebulan. Buatla apa-apa yang bermanafaat untuknya.
Paling penting mesti ajak dia solat, baca Yasin sama2 dan Doa2. Bawak dia masuk masjid, lagi baik, supaya iman serap semula kedalam hatinya.
Jangan sekali-kali lekakan dia dengan filem2 dan nyanyian2 syaitan. Itu akan mematikan iman nya yang hampir lemas.
Relax kan mindanya dengan ketenteraman Ilahi.
Langkah kedua
2 Masa depannya
Semuga setelah beberapa bulan. dapatlah kita tembusi jiwanya dan sama2 merancang masa depannya, insyaAllah.
So, harap anakanda semua,plan lah sama2, weekend mana anakanda boleh ambik dia
3 Setiap hari solat hajat dan doa untuk dia
Luangkan sedikit masa dalam 5minit sehari, solat hajat 2 rakaat (saja), mohon Allah sempurnakan imannya, taqdir yang baik untuk agama, kehidupan dunia dan akhiratnya.
InsyaAllah, doa yang paling afdhal ialah doa dari ahli keluarga.
SEMUGA KEKALKAN BUDAYA INI DALAM KELUARGA KITA TURUN TEMURUN.
BILA ADA MASAALAH, SEMUA MESTI BERSATU MEMIKIRKAN PENYELESAIAN.
Doakan Arwah Abdul Hadi Nordin
Posted by: Abdul Fatah Nordin
KEBAJIKAN ANAKANDA HADI
|
on Thursday, 14 July 2011 at 17:50
Saya ingin meminta para sahabat agar dapat memanjangkan doa senantiasa kepada adik saya, arwah Abdul Hadi Nordin, 21 tahun, ex-Al-Amin batch ke 13, agar dikurniakan kesejahteraan di alam baru yang ditempuhinya selepas ini.
Satu amanat daripada emak saya yang seharusnya saya terima lebih awal iaitu meluangkan lebih byk masa bersama beliau dan membantunya tidak dapat saya penuhi akibat kesibukan-kesibukan hidup.
Amanat ini akhirnya kembali kepada Empunya kuasa.
Amanat ini akhirnya kembali kepada Empunya kuasa.
Saya baru planning untuk meluangkan masa bersamanya pada minggu-minggu berikutnya terutama semasa bulan Ramadhan yg mendatang.
Namun sekarang saya hanya mampu berusaha mengajak semua ikhwah mendoakan kesejahteraan adik saya dan agar kalian menjadi saksi kepada arwah sebagai orang yang tergolong di kalangan org2 soleh dan berakhlak mulia.
Namun sekarang saya hanya mampu berusaha mengajak semua ikhwah mendoakan kesejahteraan adik saya dan agar kalian menjadi saksi kepada arwah sebagai orang yang tergolong di kalangan org2 soleh dan berakhlak mulia.
Kepada yang mengenali beliau saya mengajak agar marilah sama-sama kita mendengar dan menyahut segala nasihat, teguran dan tazkirah yang pernah beliau sampaikan kepada kita semasa hidupnya, semoga dgn ini pahalanya akan berterusan. Ameen.
Beliau meninggal dunia pada jam 3.00 pg (isnin malam selasa) di sebuah rumah berdekatan Taman koperasi Polis. Beliau disahkan meninggal dunia oleh doktor di hospital selayang jam 4.00 pg.
Asbab kematian, beliau terjatuh semasa satu pergelutan kecil, secara tidak sengaja terjatuh dan bahgian belakang kepalanya terhantuk di lantai jalan, mengalami pendarahan dalaman di bahagian belakang kepala. Selepas pergelutan tersebut beliau berehat dan tidur, tidak lama kemudian meninggal dunia semasa sedang tidur di atas katil.
Arwah dikebumikan hari selasa lps solat asar di masjid ar-ridhwan, ulu klang, bersebelahan ukay perdana.
Saya sendiri memegang kepala arwah, menurunkannya di liang lahad dan merapatkan wajahnya ke tanah mengarah kiblat.
Betapa saya merasakan nikmat memiliki keluarga dan betapa kita tiada apa2 di dunia ini. Allah Maha Kuasa. Allah Maha Kuasa. Tiada apa milik kita, tiada apa di bawah kuasaan kita.
Saya sendiri memegang kepala arwah, menurunkannya di liang lahad dan merapatkan wajahnya ke tanah mengarah kiblat.
Betapa saya merasakan nikmat memiliki keluarga dan betapa kita tiada apa2 di dunia ini. Allah Maha Kuasa. Allah Maha Kuasa. Tiada apa milik kita, tiada apa di bawah kuasaan kita.
Jazakumullah Khairan Kathira
Betapa cepatnya masa berlalu dan betapa banyaknya amanat yang sering kita terlepas pandang.
Seperti mana rezeki yg pelbagai bentuk datang tepat pada masanya.
Ajal pula datang tepat pada masanya, Innalillah.
Betapa cepatnya masa berlalu dan betapa banyaknya amanat yang sering kita terlepas pandang.
Seperti mana rezeki yg pelbagai bentuk datang tepat pada masanya.
Ajal pula datang tepat pada masanya, Innalillah.
- Ahmad Mustaqim Jinal semoga arwah Abdul Hadi Nordin tergolong di dalam golongan orang2 yang soleh..ameen
- 14 July at 17:52
- El Nazr Wyatt نذري ameen.
- 14 July at 18:08 ·
Nor Rasyidah Abu amin....14 July at 18:38- Ahmad Rashid Redha takziah buat keluarga.. moga rohnya ditempatkan bersama org beriman.. insyaa Allah..14 July at 19:01 ·
- Najah Farahin takziah buat keluarga pck nordin,moga ruh almarhum ditempat bersama para solehin14 July at 19:50 ·
- Hafsah Chah sedih arwah hadi da pergi..xsangke begitu awal..smoga dia d tempatkan bersama golongan orang2 yg b'iman..aminn15 July at 13:04
- Omega Sage Usamah ibn Zaid reported, "A daughter of the Prophet, peace be upon him, sent him a message to come to her house, because a son of hers had died. In response he sent her a message with his regards saying: 'Verily, to Allah belongs what He has taken, and to Him belongs what He has given. For everything He has set a term. So be patient and be content'.'' (Bukhari)15 July at 13:34 ·
- Mohd Khairi Samsudin Takziah diucapkan. Semoga rahmat Allah S.W.T. sentiasa bersama arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.15 July at 17:06
- HaKim El ABd Amin3....Allahummaghfirlah
u warhamhu wa'afihi wa'fu 'anhu.... Amin.. 16 July at 00:16 - rasa terkilan tu disebabkan perasaan kasih yang sangat mendalam,hati yang lembut,lunak..kurniaan Allah.Bukankah Allah itu maha pengasih?..anakanda fatah, yg lepas tu , biarkan ia berlalu... kesan yang ditinggalkan anakanda Hadi sangat besar impact nya kpd kite..dia telah mengikat hati2 kita anak beranak dengan simpulan yg sgt kuat.....kita selalu get together,memikirkan progrem2 utk gembirakan dia..bbq kat PD,bawak dia p sana sini masa weekend,baca yasin sama2(dia join skali walaupun uzur),tadabur Quran bersama, solat hajat n doa2 bersama,
- bawak berubat bersama..sehingga kini, apa saja masa yg available,kita get together..ziarah kuburnya,baca yasin,doa2,ziarah dan berdoa bersama perawat2nya....nikmat dan kebahgiaan terasa didalam hati..Allah gantikan segala kesusahan dan kepayahan yg sama2 kita lalui untuk selamatkankan dia dengan ketenangan dan ketenteraman jiwa..Allahu akbar..Alhamdulillahillazi
bini'matihi tatim mussolhat..Segala puji bagi Allah yg dgn nikmatNya sempurna lah segala kebaikkan..
- Anakanda Hadi yang kami sayangi,hidup mu dan pemergian mu,ujian Allah utk kami..berehatlah.. sehingga Allah ketemukan kita semula .....salaamun qaulan mirrab birrahim..
No comments:
Post a Comment