Ruh orang mu'min
Dari 'Amru bin Dinar ; Berikutan kematian seorang lelaki, maka Nabi saw bersabda
Lelaki ini telah pun meninggalkan dunia..dan sesungguhnya dia meredhainya. Kerana itu, dia tidak lagi ingin kembali kedunia sebagaimana seseorang kamu tidak ingin untuk kembali kerahim ibunya.
Dari Al-Bara' bin 'Azib RA, katanya:
Kami telah keluar bersama-sama Nabi saw mengiringi jenazah seorang lelaki dari kaum Ansar, lalu kami sampai ke kuburnya yang disediakan.
Rasulullah saw pun duduk lalu kami duduk disekelilingnya dengan keadaan tidak bergerak dan membisu seolah-olah ada burung yang hinggap di atas kepala kami, manakala baginda saw pula mencucuk-cucuk tanah dengan seranting kayu yang ada di tangannya.
Setelah itu Baginda saw mengangkat kepalanya lalu bersabda:
"Mintalah kamu perlindungan kepada Allah dari azab kubur"
diulanginya sabdanya itu dua atau 3kali.
Kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi:
Kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi:
"Sesungguhnya hamba Allah yang mukmin, apabila dia berada dalam keadaan terputus dari dunia dan sedang menghadapi akhirat (sakarat), akan turun kepadanya malaikat-malaikat dari langit, putih bersih muka mereka, seolah-olah matahari, dengan membawa bersama mereka kain-kain kafan dari syurga, dan haruman yang ada di syurga, sehingga mereka duduk bersamanya dengannya, berbaris sejauh mata memandang.
Kemudian datang Izrail a.s lalu duduk di sisi kepalanya sambil menyerunya dengan berkata:
Kemudian datang Izrail a.s lalu duduk di sisi kepalanya sambil menyerunya dengan berkata:
"Wahai jiwa yang baik! Keluarlah kamu dengan keampunan dan keredhaan Allah".
Baginda saw bersabda lagi:
"Kemudian roh orang itu keluar... mengalir seperti mengalirnya setitik air dari mulut bekas air, lalu malakul maut menyambutnya. Para malaikat tadi tidak membiarkan roh itu ditangan Malakul maut walau sekelip mata.. mereka mengambilnya, kemudian meletakkannya di dalam kain kafan dan haruman tersebut... dan keluar pula dari roh itu bau yang harumnya seperti haruman kasturi."
Baginda saw bersabda lagi :
"Kemudian mereka membawanya naik ke langit... mereka tidak melalui mana-mana kumpulan malaikat melainkan kumpulan malaikat itu berkata:
"Roh yang baik ini roh siapa?"
"Roh yang baik ini roh siapa?"
Mereka menjawab: "Roh si fulan anak si fulan"
dengan menyebut sebaik-baik namanya yang biasa mereka menamakannya di dunia...sehingga berakhirlah perjalanan mereka membawanya ke langit yang pertama;
Setelah itu mereka meminta dibukakan pintu langit untuknya.. lalu dibukakan pintu untuk mereka.. kemudian malaikat-malaikat yang berkedudukan istimewa di sisi Allah dari tiap-tiap lapisan langit menghantar roh itu beramai-ramai hingga ke langit yang berikutnya, sehinggalah mereka berhenti membawanya di langit yang ke7
Setelah itu Allah 'Azza wa Jalla berfirman kepada para malaikat :
"Simpanlah catatan amal hambaKu ini dalam 'Illiyyin.. tempat simpanan catatan amal orang-orang saleh dan bawalah dia balik ke bumi, kerana sesungguhnya Aku telah menciptanya dari bumi, dan ke bumi juga Aku kembalikan mereka, dan dari bumi pula Aku keluarkan mereka sekali lagi".
BERSAMBUNG..
No comments:
Post a Comment