Thursday 25 July 2013

AID FOR SYRIA

SYRIA...bumi anak-cucu para sahabat nabi saw..



MISI BANTUAN..

Konvoi pertama IKRAM 4 Syria inshaAllah akan berlepas ke Syria pada 26 Julai 2013.
 Team kami masih mensasarkan jumlah RM1juta dana bantuan untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan untuk bantuan dari segi makanan, perubatan dan lain-lain keperluan.

 Krisis kemanusiaan di Syria yang berlarutan selama lebih 2 tahun merupakan antara krisis kemanusiaan yang terburuk pernah terjadi dalam sejarah peradaban dunia, yang menyaksikan berjuta-juta rakyat Syria menjadi pelarian manakala ratusan ribu yang lain pula menjadi mangsa pembunuhan regim laknat Bashar Assad.

 Kami menyeru penderma budiman untuk meringankan beban mereka bersempena Ramadhan.
 InsyaAllah wang ini akan kami bawa bersama dalam MISI pertama kami Jumaat ini (26 Julai).
 Hulurkan bantuan dan sumbangan anda melalui :

 Tabung Kasih Ummah Syria Bank Islam Malaysia Berhad 12029010063512

 (Pertubuhan IKRAM Malaysia)

Syria menderita. Syria berduka. Syria terluka. Dan Syria memerlukan bantuan anda..dari segi material dan spiritual.  iman untuk meringankan beban mereka bersempena Ramadhan.







Gambar ini adalah pemandangan terkini di Zaatari Camp for Refugees di sempadan Jordan-Syria.

Kem pelarian yang kedua terbesar di dunia ini menempatkan pelarian dari serata Syria dan kini ia terlalu padat, dimana ia menempatkan sejumlah 1.25juta pelarian (sehingga Mei 2013). Apabila konflik di sesuatu kawasan di mana-mana wilayah Syria berlaku, kem ini akan menerima kebanjiran pendatang sehingga mencecah 4,000 orang sehari.




Sekolah ini menempatkan kanak-kanak yang sebahagian besarnya merupakan yatim piatu - yakni anak-anak mangsa perang







Boynuyogun, berhampiran sempadan Syrian-Turki : 
Suatu masa dahulu Rasulallah SAW pernah berkata bahawasanya rakyat di Bilad Shams(Syria) merupakan manusia yang terpilih dan dirahmati, dan baginda SAW sesungguhnya mengatakan sesuatu yang benar.
Dalam keadaan darurat, negara mereka dilanda perang, serba kekurangan dan ditimpa pelbagai kesusahan, mereka memastikan kewajipan mereka terhadap Allah tetap terlaksana.


DI Syria, kanak-kanak telah mengambil peranan orang dewasa dan membantu dalam upacara pengebumian. Kanak-kanak lain di sekitar dunia sedang bergembira, tertawa dan bermain, akan tetapi kanak-kanak di Syria sedang diseksa, dibunuh dan menjadi anak-anak yatim, hanya kepada Allah kita mengadu dan hanya Allah sebaik-baik pemberi balasan.





Pemandangan ini adalah "biasa dan normal" di kem-kem pelarian Syria sama ada di sempadan Turki, Jordan atau Lubnan. Roti yang sudah mula berkulat, akan dijemur untuk dimakan lagi. 

Krisis kekurangan bahan keperluan asas seperti pakaian, air, makanan dan tempat perlindungan kini memang sudah sangat meruncing buat lebih sejuta pelarian Syria di sempadan ketiga-tiga negara tersebut.


.Ma'dameah, pinggir Damascus - beginilah keadaan mangsa perang di Syria untuk meneruskan kehidupan mereka setelah kediaman mereka dimusnahkan oleh tentera laknat Bashar Assad. Mereka hanya tinggal di jalanan - kawasan kejiranan mereka dikepung dan diputuskan dari bekalan elektrik, air bersih dan makanan. Mereka biasanya menemui ajal melalui 2 cara - yakni dibunuh oleh tentera laknat Bashar Assad ataupun mati kelaparan


Saat menyedihkan bagi seorang ibu ialah apabila dia terpaksa berpura-pura memasak makanan di hadapan anak-anaknya yang kelaparan dan tidak mengerti apa-apa,sedangkan dia hanya merebus batu dengan air dan berharap agar anak-anaknya akan tertidur sementara menunggu "makanan masak"






Di Syria, mereka yang "bernasib baik" adalah mereka yang meninggal dunia selepas serangan regim laknat Bashar Assad. Mengapa?
Ini kerana mereka yang masih hidup - nasib mereka masih lagi kabur dengan reaksi dunia yang seakan-akan "bisu, tuli dan pekak" ke atas apa yang menimpa mereka.
Terbaru, seramai lebih kurang 30 orang pesakit warga Syria yang tercedera dalam siri serangan dan pengeboman oleh regim laknat Bashar Assad yang ditempatkan di salah sebuah hospital di Tripoli, Lubnan, dihalau dari hospital sehelai sepinggang, dan tiada siapa peduli akan nasib mereka - hanya kerana mereka memegang label "warga Syri
Di bawah runtuhan bangunan yang telah dibom, kanak-kanak ini mengutip sisa makanan berupa kepingan roti untuk dijadikan makanan pada hari-hari seterusnya.

Beginilah cara untuk meneruskan kehidupan bagi rakyat Syria khususnya puak Sunni yang mana kawasan kediaman mereka dikepung oleh tentera laknat regim Bashar Assad - mereka tidak boleh masuk atau keluar dari kawasan mereka dan ini menyebabkan sumber seperti gas memasak, air bersih dan makanan adalah sangat sukar didapati.






Kanak-kanak ini dilabel sebagai "kanak-kanak nombor 9" pada badannya. Beliau masih hidup namun mengalami kecederaan yang sangat serius pada hampir keseluruhan badannya - dalams atu siri pengeboman oleh regim laknat Bashar Assad di kawasan Bab Al-Hawa berdekatan wilayah Halab (Aleppo) baru-baru ini. 
Seluruh ahli keluarganya termasuk ibu, ayah dan adik beradiknya meninggal dunia dalam siri pengeboman tersebut dalam cubaan menyelamatkan diri masing-ma

Selalunya gambar/pemandangan sebegini kita lihat di negara-negara miskin seperti di Afrika, tapi kenyataannya, ini adalah gambar di salah satu kem pelarian Syria semalam semasa pengagihan makanan untuk berbuka puasa.

mereka kini "meraikan" ramadhan yang ketiga dalam suasana perang dan serba kekurangan.




Ringankan beban mereka dengan menghulurkan bantuan anda melalui Tabung Kasih Ummah Syria melalui Pertubuhan IKRAM Malaysia untuk meringankan beban mereka.

Bank Islam Malaysia Berhad 

120290 100 63512 

(Pertubuhan IKRAM Malaysia)


MUBALIGH KRISTIAN DAH MULA MENYUSUP..




klik...donation-anda-dalam-perjalanan...

11 comments:

  1. Kak Laili pi Syria ke?
    25 July at 10:31

    ReplyDelete
  2. tak..blm berani..huhu
    25 July at 10:33

    ReplyDelete
  3. Kalau tak berani pi, nanti jemput Ankel Bashar tu datang sini...boleh kita bagi pelempang sorang sedazz
    25 July at 10:34

    ReplyDelete
  4. teman pon nak berkongsi bagi lempang bulih dak?...
    25 July at 13:21

    ReplyDelete
  5. jangan lempang, luku je dah.. buleh buat dia separuh nyawa..kalo lempang kang, silap2 ke batu 2 dia
    25 July at 13:23 ·

    ReplyDelete
  6. Zaharatullaili Md Diah17 September 2013 at 22:27

    haaa..kak pun nk bg habuan
    25 July at 10:51

    ReplyDelete
  7. amboiiii..ganeh nyew komer...ni yang di katakan, tangan yang menghayun buaian bisa menghancurkan dunia...ewahhhh!
    25 July at 13:25

    ReplyDelete
  8. baling deroyan kat dia...bolih kut
    25 July at 13:28

    ReplyDelete
  9. hahahahaha...doyan tayah baling lew..tenyeh dengan tempoyak pun dah cukop
    25 July at 13:30

    ReplyDelete
  10. hihihi..takut kena tempoyak terus cakap perak.. hahaha
    25 July at 13:32

    ReplyDelete
  11. hihihi...Bashar jadi Bashiorr....!
    25 July at 13:33 ·

    ReplyDelete