Tuesday, 3 December 2013

SURAH AL-KAHFI..siri 1

Kelebihan Surah Al-Kahfi


Dari Abu Ishaq... ia pernah mendengar al-Barra’ bercerita...

'Ada seseorang yang membaca surah al-Kahfi, sedang diluar rumah terdapat seekor kuda, tiba-tiba kuda itu meronta2 (agitated )
 ... lalu ia melihat diluar ada awan seperti lampu2 (chandeliers) turun  didepan nya...apabila ia berhenti mwmbaca, lampu2 itu naik ke langit...
Lalu ia menceritakan hal itu kepada Nabi saw, maka baginda pun menjawab..
zaalikal sakiinah nazalat... itu adalah sakinah yg turun untuk mendengar bacaan mu.
Mengikut ibn Hajar, sakinah adalah malaikat

“Bacalah surah al-Kahfi, kerana sesungguhnya ia merupakan ketenangan/sakinah yang turun bersama dengan Quran, atau turun untuk al-Quran”.
HR Imam Ahmad

1..Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Muaz bin Anas dari ayahnya yang mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa membaca permulaan ayat al-kahfi dan penutupnya maka itu merupakan cahaya baginya dari hujung tapak kakinya hingga puncak kepalanya, dan barangsiapa membaca seluruhnya (surah al-kahfi) ia akan merupakan cahaya baginya yang akan terpancar antara langit dan bumi."

2..Diriwayatkan dari Al-Hakim dari abi Said bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat akan bersinar cahaya baginya selama masa 2 Jumaat. "

3..Dan diriwayatkan dari Abu Bakar Al- Baihaqy dari Abu Hashim bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa membaca surah al-Kahfi sebagaimana diturunkan maka ia akan menjadi cahaya baginya di hari Kiamat."

4..Diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda' bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa menghafalkan 10 ayat dari permulaan surah al-Kahfi, dia dilindungi dari Dajjal (fitnah dan tipu dayanya).

5..Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dengan sanad yang lain dari Abu Darda' bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa membaca 10 ayat terakhir dari surah al-Kahfi maka ia merupakan perlindungan baginya dari fitnah Dajjal."

SEBAB SURAH AL-KAHFI DITURUNKAN

Surah ini diturunkan sekaligus di Makkah...




 Kisahnya....
Pada awal da'wah nabi saw..ketika kaum musyrikin telah berusaha sedaya mereka utk menggagalkan dakwah nabi saw..tetapi semua nya tidak berjaya..malah hari demi hari ada saja yg mengikut agama baginda saw ..maka pembesar-pembesar Quraisy telah bermesyuarat dan bersetuju utk bertanya hal kenabian dan kerasulan kpd rahib2 yahudi di yathrib kerana agama yg dibawa muhammad ada kesamaan agama kaum Yahudi...motif mereka adalah utk mendustakan baginda saw..

Mereka pun mengutuskan beberapa orang untuk menemui  rahib Yahudi Madinah, 

Orang Quraisy..
"Kami datang kepada kamu, wahai ahli kitab untuk merujuk tentang kenabian Muhammad di dalam kitab Taurat."

Rahib Yahudi 
" Ajukan 3 pertanyaan kepada beliau. Jika beliau dapat memberi keterangan tentang 3 hal itu, maka benarlah dia seorang Rasul. Jika dia tidak dapat memberi keterangan itu, maka dia adalah seorang pembohong dan terserahlah kepada keputusan kamu untuk melakukan apa dengan beliau."

Tanyakan kepadanya tentang :

1. Pemuda-pemuda di zaman dahulu yang pergi berkelana dan tanyakan tentang pengakhiran kisah mereka.

2. Tentang seorang pemuda yang menempuh perjalanan keliling dunia dari timur ke barat. Tanyakan bagaimana kisahnya.

3. Apakah ruh itu?

Jika dia dapat memberikan keterangan untuk ketiga-tiga persoalan tadi, maka dia benar-benar seorang nabi dan ikutilah dia. Jika sebaliknya, maka dia hanyalah pereka agama dan terpulanglah kepada kamu untuk mengambil tindakan terhadap keatas nya.

Sekembalinya utusan Quraisy itu, berkatalah mereka kepada kaum mereka;

"Kami telah diajari oleh rahib-rahib Yahudi, untuk mengemukakan 3 pertanyaan kepada Muhammad. Jika dia dapat menjawab pertanyaan itu serta dapat memberi keterangan, maka benarlah dia seorang nabi..."

Betapa gembiranya mereka kerana kisah2 purba itu tentu tidak diketahui Muhammad kerana dia seorang yg buta huruf.

Maka segera mereka menemui nabi saw dan mengajukan soalan2 itu
Baginda saw meminta mereka datang pada keesokkan harinya utk diberi jawapan.  Baginda bersabda:

"Esok akan ku terangkan apa yang disoal oleh kalian."
( ukhbirukum ghadan 'amma sa'altum 'anhu).

Sejak hari itu, baginda saw menanti-nanti kedatangan Jibrail namun Jibrail tidak muncul. Baginda saw menunggu dan menunggu...
selama 15 hari
... sehinggakan baginda dirundung kesedihan kerana tiap hari orang2 Quraish menuntut jawapan dan tiap hari baginda terpaksa
mendengar ejekan dan cercaan mereka.

Selepas 15 hari, baru Jibrail muncul dan terus menyampaikan surah al Kahfi kepada baginda saw...


1 comment:

  1. Jazakillah khayr Kak Laili for the assabun nuzul..

    Would also like to share this lecture by Nouman Ali Khan on the people of the cave...
    http://youtu.be/NbH3Zxz9OpQ

    MasyaAllah... it really got to my heart.. and made a lot of difference in my life eversince..I set my daily target to accomplish the 3 areas highlighted by him - 1. Ilmu, 2. Worship and 3. Service.

    May Allah bless you and ustadz Nouman, and all... Jzkk

    ReplyDelete