Sunday, 5 August 2012

ZURIAT NABI saw dan KESULTANAN MELAYU 2..sultan melaka masuk agama islam


see.. part 1


..kita sambung kisah2 miracle di tanah air ..

..Setelah kesultanan samudera-pasai menjadi malap..Allah gantikan pula dengan kesultanan melaka..

Lokasi Alam Melayu Nusantara..terletak dipertengahan jalan perdagangan antara negara Arab dan negeri Cina..menjadikan ia buah mulut pedagang2 islam. Pedagang arab yang datang melalui selat melaka telah mendirikan penempatan2 dialam melayu..sementara menunggu angin monsoon bertiup bagi membolehkan kapal2 mereka belayar kenegeri cina..atau kembali ke jazirah arab.

Dalam sekitar abad ke 9 masehi..islam mula mendapat tempat dan menapak dikalangan penduduk tempatan..mereka tertarik dengan jati diri para pedagang yang sekali gus berperanan sebagai pendakwah.

Namun, Islam berkembang secara sistematik dan besar2an..hanya selapas pengislaman kerajaan samudera-pasai...atas titah syarif mekah..dari 13-15 masihi..kemudian diikuti olih kerajaan melaka pada 15 masihi..



Kemunculan ahlul Bait dibumi Nusantara..Melaka

Sebagaimana Pasai, ahlul-bait rasulullah saw juga  berperanan  dalam keSultanan Melayu Melaka..istimewanya dalam peristiwa pengislaman Raja Melaka yang bergelar Raja Kecik Besar..sekitar awal abad ke-15 masehi.

Raja Kecik Besar adalah anakanda Sultan Iskandar..ia itu Parameswara. Mengikut sesetengah sejarawan, Parameswara menganut islam ketika usianya 80 tahun dan baginda tidak memerintah keluarga dan rakyat masuk islam.. baginda hanya  menitah seluruh keluarganya dan rakyat jelata untuk masuk islam serta menjadikan syariat islam sebagai dasar pemerintahan Raja-Raja Melaka...setelah pengislaman anakandanya, Raja Kecik Besar.

Kesultanan Melaka ketika itu, mempunyai hubungan kekeluargaan yang erat dengan Raja Pasai..Parameswara telah berkahwin dengan putri Sultan Samudera Pasai ke-5.



Mengikut catatan SEJARAH MELAYU..Tun Sri Lanang..

..setelah beberapa lamanya baginda diatas kerajaan, maka baginda bermimpi pada satu malam berpandangan dengan keelokan hadrat nabi mustafa rasulullah saw. Maka sabda rasulullah saw pada Raja Kecik Besar..

..ucap oleh mu..Asy hadu alla ilaa ha illah wa asy hadu anna muhammadar rasulullah.

Maka oleh Raja Kecik Besar seperti sabda rasulullah saw itu diturutinya. Maka sabda rasulullah saw kepada Raja kecik Besar..

..adapun namamu sultan Muhammad Shah. Esok hari apabila asar, datanglah sebuah kapal dari jeddah,turun orangnya solat dipantai melaka ini, hendaklah engkau ikut barang katanya.

Maka sembah Raja Kecik Besar..Baiklah tuanku, yang mana sabda junjungan itu tiada hamba lalui.

Maka nabi saw pun ghaib lah.

Setelah siang hari, maka Raja Kecik Besar pun terkejut dari beradu, maka dicium baginda tubuhnya bau narawastu dan dilihat baginda kalamnya pun seperti sudah dikhatankan.
Pada hati Raja Kecik Besar..' bahawa mimpi aku ini ..Asy hadu alla ilaa ha illah wa asy hadu anna muhammadar rasulullah.'

Maka segala orang pun datanglah kedalam istana baginda..sekeliannya pun hairan mendengar yang disebut Raja itu. Maka kata Raja Perempuan..' entah kena syaitan kah Raja ini, atau gilakah raja ini gerangan? Baik segera memberitahu Bendehara.'

Maka dayang2 pun pergi memberitahu Bendehara. Maka Bendehara pun segera datang lalu masuk kedalam istana. Maka dilihat Bendahara, Raja tiada berhenti2 daripada
Asy hadu alla ilaa ha illah wa asy hadu anna muhammadar rasulullah.

Maka kata Bendahara..' bahasa mana yang disebut Raja ini? '

Titah Raja..' semalam Beta mimpi berpandangan dengan keelokan hadrat junjungan rasulullah saw.' Maka segala mimpi baginda itu semuanya dikatakan kepada bendahara.

Maka kata Bendahara..' jikalau benar mimpi Raja, apa alamatnya? '

Maka titah raja Kecik Besar..' Kalam beta dikhatankan orang, ia itu tanda sah hamba bertemu dengan rasulullah saw..dan sabda baginda pada hamba, asar nanti akan datang sebuah kapal dari Jedah..turun orangnya dipantai Melaka itu solat..hendaklah turut oleh mu barang katanya.'

Maka Bendahara pun hairanlah melihat kalam baginda seperti dikhatankan orang.
Maka kata Bendahara..' jikalau sungguh datang kapal asar ini..benarlah mimpi Raja itu..
jikalau tiada..maka syaitanlah mengharu Raja.'

Maka titah baginda..'benar seperti kata bapa hamba, Bendahara.'

Maka Bendahara pun kembali kerumahnya.

Setelah hari pun asar lah..maka datanglah sebuah kapal dari Jedah..serta ia datang berlabuh..maka turunlah makhdum dari kapal itu..Sayyid Abdul Aziz namanya..lalu ia solat dipantai melaka itu.
Maka hairanlah segala orang Melaka melihat dia. Maka kata segala orang itu..

' mengapa orang itu tonggang-tonggek?'

Maka berebutlah orang yang melihat itu..sesak..penuh..tiada bersela lagi..dan haru-biru
bunyinya sampai kedalam.



Maka Raja pun segeralah naik gajah..lalu berangkat keluar diiringkan oleh segala Orang Besar-Besar. Maka dilihat Raja kelakuan Makhdum solat itu.. nyatalah seperti yang didalam mimpinya itu. Maka titah Raja kepada Bendahara dan pada segala Orang Besar-Besar...

..' nyatalah demikian seperti dalam mimpi kita.'

Setelah sudah makhdum itu solat..maka Raja pun menderumkan gajahnya..makhdum dibawa baginda naik gajah..lalu dibawa baginda masuk kedalam negeri.
Maka segala Orang-Orang Besar..semuanya masuk islam..sekalian isi negeri lelaki perempuan..tua muda..kecil besar..sekaliannya masuk islam dititah baginda.

Maka Raja pun bergurulah pada makhdum akan tertib solat..baginda digelarnya seperti sabda nabi saw..iaitu Sultan Muhammad Shah.
Adapun Bendahara bergelar Seri Wak Raja...



Seterusnya, baginda telah meletakkan ulama' ahlul-bait rasulullah saw..jawatan agama yang paling tinggi dan penting. Sayyid Abdul Aziz telah dijadikan baginda guru agama peribadi..anaknya sayyid yusuf dan cucunya sayyid munawar telah dilantik sebagai kadhi melaka..mereka ber-2 telah berkesempatan membimbing hal2 agama dan pemerintahan bercorak islam..kepada hampir semua raja2 melaka..seperti sultan muzaffar shah,sultan mansur shah, sultan alaudin riayat shah, sultan mahmud shah 1..

Ada disebut

1..kisah seorang sayyid keturunan rasulullah saw..membantu sultan mansur..membantutkan cita2 kerajaan Siam untuk menyerang Melaka

2..seorang ahlul-bait yang mendoakan pembesar Melaka sehingga terselamat dari bencana kapal karam..

3..kisah nakhoda sayyid Ahmad membantu raja Melaka mendapatkan Tun Teja, anak bendahara Pahang yang terkenal cantik paras rupanya.

Dalam tempoh masa yang begitu panjang..tamadun melayu beraja berasaskan ajaran islam..telah meninggalkan pengaruh dan legasi yang amat besar pada umat..

..dengan bantuan golongan sayyid dan syarif dari bumi hijaz, india dan parsi serta para mubaligh dan ulama'-ulama' arab..agama islam acuan ahlul-bait rasulullah saw..yang bersifat lembut, ihsan,fasih, halus berseni, menusuk qalbu, konservatif serta cenderung pada kesufian.. telah membantu dalam membentuk identiti dan jatidiri bangsa melayu yang unik..

Raja-raja Melaka hampir kesemuanya berguru dengan ulama' ahlul-bait..mempelajari ilmu2 kesufian daripada mereka.



Kesimpulannya, jika kesultanan Pasai menumpahkan jasa yang besar dalam memberi pernaungan dan authority politik..hingga mampu menarik penghijrahan ahlul-bait gelombang pertama..secara besar2an..untuk menyebar islam dialam nusantara..

..maka jasa yang disumbangkan oleh kesultanan melaka pula ialah..menyerap gaya, kaedah dan aliran pemikiran ahlul-bait..dalam  pembentukkan tamadun melayu islam BERAJA..memasyhurkan bangsa melayu dengan identiti kejiwaan islam yang unik..
MELAYU ITU ISLAM...sehingga tidak ada kuasa yang dapat memisahkan keduanya.




ALLAHU AKBAR..hiduplah bangsa ku..kibarkan panji2 Allah dibumi bertuah ini..dipimpin oleh Raja-Raja berdaulat..



Daulat Tuanku..smuga Allah  kembalikan kedaulatan Raja2 melayu..amiin


 
21 ramadhan 1433..Qiam di istana sultan muhammad ke5..Raja bersama rakyat..Allahu Akbar..


Apabila Allah menghendakki sesuatu...KUN FA YAKUUN
ulama' n umara'....berkasih-sayang kerana Allah. ..nasihat menasihati...

... bersambung...

see..imam mahdi by nostradamus



No comments:

Post a Comment