Tuesday, 8 October 2013

10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH














10 hari pertama bulan Zulhijjah adalah hari2 terbaik disisi Allah swt sebagaimana terbaiknya 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Allah azza wa jalla telah menyediakan barakah serta pahala istimewa untuk muslimin muslimat yg beramal di masa2 itu..

 


Pada bulan Zulhijjah, terdapat padanya satu ibadah yang sangat istimewa yg besar pahalanya di sisi ALLAH `Azza wa Jalla.. iaitu ibadah  haji.  

 Rasulullah saw bersabda..

..dan haji yang mabrur, tiada balasan baginya nya kecuali Syurga.”

(HR al-Bukhari & Muslim)
 Firman Allah SWT:

 وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَش  Demi fajar dan malam yang sepuluh......Al-Fajr
Berkata Ibnu Kathir... Yang dimaksudkan di sini ialah 10 malam yang pertama pada bulan Zulhijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. [HR: Imam Bukhari].

Dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW telah bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ، الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ  -يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ- قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟

قَالَ: وَلا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، إِلا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ ... رواه اأحمد، والترمذي، واللفظ له.


 “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang 10 ini.” 
Para sahabat bertanya... Walau berjihad di jalan Allah?
Rasulullah saw bersabda:.. “Walau berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).” [HR: Ahmad, At-Tirmizi].
Firman Allah SWT:

 وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ. [سورة الحج: 28]


Hendaklah kamu menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan.[Surah Al-Haj: 28].
Kata Ibnu Abbas RA: Maksudnya ialah hari-hari yang 10 itu.
Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللهِ، وَلا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنْ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ الْعَشْرِ، فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ


[رواه أحمد 5446-صحيح]
 Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari
 hari-hari yang 10 ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.
Para salafussoleh merebut kelebihan yang terdapat pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah dengan menghidupkan siang dan malam mereka dengan amalan-amalan soleh dan ibadah-ibadah sunat.
AMALAN-AMALAN YANG BAIK DILAKUKAN PADA HARI-HARI TERSEBUT:
1. SOLAT.
Disunatkan keluar cepat menuju ke tempat solat fardhu (berjemaah) dan memperbanyakkan solat sunat kerana ianya sebaik-baik amalan.
Thauban RA berkata.. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda... “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu.” [HR Muslim].
Hadith Ini umum untuk semua waktu.
2. PUASA.
Dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari setengah isteri-isteri Rasulullah SAW berkata: “Rasulullah SAW berpuasa pada hari sembilan Zulhijjah, pada hari Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.” [HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei]
Kata Imam An-Nawawi: Berpuasa pada hari-hari 10 adalah sunat yang sangat digalakkan.
3. TAKBIR, TAHLIL dan TAHMID...
Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illaLlah), bertakbir (mengucapkan Allahu-Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah).”
Kata Imam Bukhari:  “Ibnu Umar dan Abu Hurairah RA menuju ke pasar pada hari-hari 10 dan bertakbir. Orang ramai yang mendengarnya kemudian turut bertakbir sama.”
Katanya lagi: “Ibnu Umar sewaktu berada di dalam khemahnya di Mina bertakbir, apabila orang ramai yang berada di masjid dan pasar mendengarnya, mereka turut bertakbir sama sehingga Mina riuh dengan suara takbir.”
Ibnu Umar RA bertakbir di Mina pada hari-hari tersebut selepas mengerjakan solat, pada waktu rehat, di dalam majlis dan di semua tempat. Maka sunat mengangkat suara sewaktu bertakbir berdasarkan perbuatan Sayyidina Umar, anaknya dan Abu Hurairah RA.
Adalah patut sekali para muslimin sekarang menghidupkan kembali sunnah yang telah dilupakan pada hari ini, sehinggakan orang-orang yang baik pun telah melupakannya, tidak seperti  orang-orang soleh yang terdahulu.
Antara lafaz-lafaz takbir yang diriwayatkan oleh para sahabat dan tabiin:

الله أكْبَر. الله أكْبَالله أَكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر كَبِيْراً.

الله أكْبَر. الله أكْبَر. لا إِلهَ إِلا الله وَالله أكْبَر.

الله أكْبَر. وَلِلّهِ الْحَمْد.

الله أكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر.

 لا إِلهَ إلا الله وَالله أكْبَر.

ر . وَلله الْحَمْد.

4 PUASA PADA HARI ARAFAH..

Pada 9 Zulhijjah yang mana pada hari tersebut para jemaah haji akan melakukan Wuquf di bukit Arafah.. aka disunatkan bagi yang tidak mengerjakan ibadah haji untuk berpuasa pada hari tersebut...

 Syaitan Menjadi lebih kecil pada Hari Arafah 
Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tidak dilihat Syaitan pada mana-mana hari yang ia lebih kecil, lebih hina, lebih tertewas, dan lebih marah berbanding HARI ARAFAH, dari sebab apa yang ia lihat dari penurunan rahmat, pelepasan Allah Taala terhadap perkara-perkara yang besar, kecuali apa yang diperlihatkan kepadanya pada hari Badar.
 Maka dikatakan: Apakah yang ia lihat pada hari Badar? Baginda bersabda: Ia melihat Jibrail mengatur para Malaikat." 

klik..Maka Iblis pun tercengang-cengang kerana umat Muhammad sangat dikasihi Allah Al-Ghafurur Rahim.
PERINGATAN: Ini hanyalah disunatkan untuk orang  yang TIDAK mengerjakan haji sahaja. Tetapi bagi jemaah haji yang sedang berwukuf di Arafah tidak disunatkan berpuasa. 

5 HARI RAYA KORBAN 

(YAUM AN-NAHR), 10 ZULHIJJAH...hari menyatakan kesyukuran..
Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas solat supaya mendapat pengajaran daripadanya. 
6 Amalan kurban
Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq 11,12,13 Zulhijjah...ia merupakan sunnah Nabi Ibrahim ‘AS setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘AS tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih. 

Rasulullah saw bersabda..

“Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai ALLAH ialah menyembelih korban.  Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya.  Sesungguhnya ALLAH akan menerima penyembelihan korban itu sebelum darahnya tumpah ke bumi.  Maka, kamu hendaklah ikhlaskan diri semasa melakukan korban itu.”
 HR Ibn Majah dan at-Tirmizi
CARA MENYAMBUT HARI2 MULIA..
1. Setiap muslim hendaklah menyambut kedatangan musim mulia umumnya dengan bertaubat ..meninggalkan segala maksiat dan dosa  kerana dosa akan menyekat seseorang dari mendapat rahmat Allah swt dan menjauhkannya dari Tuhannya.
Nabi SAW bersabda.
“Sesungguhnya Allah mencemburui ( tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (Muttafaq ‘alaihi). 

2. Perbanyakkan amal soleh dan berharap bersungguh2 keredhaan Allah SWT.
Firman Allah SWT ..Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik. [Al-Ankabut: 69].

Perhatian kepada mereka yang ingin melakukan Ibadat korban!
Sabda Rasulullah SAw...
Apabila masuk sepuluh terawal bulan Zulhijjah dan seseorang itu telah berniat untuk menunaikan ibadat korban, maka janganlah dia membuang (memotong) bulu dan kukunya.
 [HR Muslim].
Kata Imam Nawawi rhm: “Para ulama’ berbeza pendapat tentang hukum hadis ini, Imam Ahmad dan sebahagian ulama’ Syafei mengatakan haram perbuatan menghilangkan bulu tadi, tetapi Imam Syafei dan ulama’nya yang lain mengatakan ia adalah makruh tanzih (iaitu makruh yang tidak sampai kepada haram).” [Syarah Sahih Muslim].
Maka sebaik-baiknya bagi kita adalah mengelakkan perkara tersebut dan melakukan persediaan pada awalnya lagi untuk menghadapi larangan yang besar ini.

                                          

                                         وصلى الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله وأصحابه أجمعين 



Wednesday, 11 September 2013

KEGERUNAN KUASA DUNIA...AL-IKHWANUL MUSLIMIN














Apabila musuh gerun..itu adalah bibit awal kemenangan islam..

surah al-anfal ayat 12
Ingatlah ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat..Sesungguhnya Aku menyertai kamu, maka tetapkanlah hati orang-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang yang kafir dengan perasaan gerun (ar-ru'ba).. oleh itu, pancunglah leher mereka dan potonglah tiap-tiap anggota mereka 


Remember thy Lord inspired the angels (with the message): "I am with you: give firmness to the Believers: I will instil terror into the hearts of the Unbelievers: smite ye above their necks and smite all their finger tips off them."



..klik video ini utk mendegar kebimbangan Barat..

THE RISE OF THE  ISLAMIC CALIPHATE

 
Kebimbangan Kuasa  Barat..satu analisa

..we have clearly seen, since january 23rd, an islamic resurgence in the middle east..
..it was the dismantling of the ottoman empire that inspired the creation of the islamic brotherhood
..in 1924, the islamic caliphate was dismantled by the west n that is why they hate the west
..in 1928,the islamic brotherhood was born..it spread to many countries namely..Algeria, syria,Lebanon n Egypt
..this arab spring which is seen as radical islamists, rise to power in egypt n across the region, has left israel iincreasinly isolated
..the islamic brotherhood is the most influential radical islamist group in the world
..this is not a moderate organisation...they refuse to recognise israel's right to exist
..thier world top leader called for the re-establishment of an islamic state.. a world-wide super-state where every muslim nation would be united into one all-powerful economic,military n political force to take on israel n the west..this is what they want, they are not moderate !!
..to dismiss this ideological group as non- violent, that they are just crooked..is a great mistake
..the islamists, when they get control, they will line-up against israel n we will see another war..as in 1967 and 1973
..the deputy head (of the muslim brotherhood) repeatedly said..they will not recognise israel under any circumstances
..Dr Basyar Bayuni said, israel is seen as the occupation entity n a criminal enemy
..the islamic brotherhood is a great threat to democracy
..i am keenly aware of the dangers of radical islamic influence in everyone of these (islamic) cuontries.
..it is a huge danger..the muslim brotherhood  in egypt is a great threat to democracy
..this is probably a most dangerous time that in recent memory in the middle-east..

..ALERT NEWS..HISTORY MADE !!..the middle-east this morning ..egypt will have a president..who is a member of the Muslim Brotherhood....



Kuasa Barat sebenarnya lebih mengenali Khilafah islam daripada umat Islam..kita  terlalu menyanjung sistem demokrasi Barat..sangat ghairah dgn semangat nasionalisme ..kita lupa tanggung-jawab memperjuangkan dan menegakkan agama islam serta menegakkan semula Khilafah islamiah.

Barat tidak senang duduk dengan kebangkitan Islam yg diperjuangkan oleh gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir. Barat sedar  sistem demokrasi tajaan mereka akan musnah dan kuasa mereka keatas negara2 islam akan berakhir jika Khilafah ditegakkan.. kerana itu, Dr. Mursi harus digulingkan.. dengan cepat ..utk menghalang sokongan pemimpin2 Islam lain dalam mengembalikan Khilafah.

klik sini..kenapa perlu jihad

Bangunlah dari tidur wahai muslimin .. dah tiba masa untuk kita  berganding bahu bersama perjuangan saudara kita di Timur Tengah ..jika tidak dgn nyawa,dgn wang ringgit kita..


Tabung Kasih Ummah Syria

Bank Islam Malaysia Berhad


12029010063512


(Pertubuhan IKRAM Malaysia)








At-Taifah al-Mansurah...kelompok yang mendapat kemenangan.

Bersabda nabi saw.. Akan senantiasa ada sekelompok umatku yang berperang di atas kebenaran. Mereka meraih kemenangan atas orang-orang yang memerangi mereka, sampai akhirnya kelompok terakhir mereka memerangi Dajjal..HR Abu Daud



tengok lah ni..musuh mana tak gerun ??
.
Sedang anak2 kita asyik bermain computer game,filem2 hiburan....anak2 ini diasyikkan dgn Kitab Allah dan dilatih berperang...

Rasulullah saw bersabda, "ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah" ..riwayat sahih bukhari/muslim

Begitulah Nabi mengajar umatnya agar senantiasa membangun keberanian, ketangkasan dan survival sejak kecil lagi...agar mereka menjadi generasi penerus da'wah.. menjadi  kuat dan cerdas bersiap menghadapi rintangan dan tentangan..



 inilah dia pemimpin ISLAM yang digeruni musuh 

Allah ghoyatuna..Allah matlamat kita
Ar-Rasul qudwatuna..Ar Rasul pemimpin kita
Al-Quran dusturuna..AlQuran undang2 kita
Al-Jihad sabiluna...Al jihad jalan kita
Al Mautu fisabilillah asma amanina..Mati dijalan Allah cita2 kita
..kita akan solat di Quds atau kita mati syahid di halaman masjid Aqsa

..Mesir adalah daerah strategy..dgn Mesir lah israel mencengkam dunia islam 
..Kuasa2 kafir tahu..dgn menguasai rakyat Mesir maka bererti menguasai umat islam
..mesir akan sentiasa menjadi benteng/fotress islam

'AYISY 'AZIIZAN AMIT SYAHIIDAN..hidup dlm kemuliaan islam, mati dlm syahid

pembantaian beramai-ramai oleh kerajaan haram Mesir, di Dataran Ramsis, Kaherah, pada hari Jumaat 16 Ogos 2013 

tentera Hamas di Gaza
MUJAHIDEEN SYRIA MUSNAHKAN TENTERA BASYAR AL-ASAD.


[8:15]
Wahai orang-orang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang mara menyerang, maka janganlah kamu berpaling undur dari menentang mereka. 

[8:16]
Dan barangsiapa yg berpaling undur dari menentang mereka pada ketika itu.. kecuali dia bergerak ke arah lain untuk menjalankan tipu muslihat peperangan atau hendak menyatukan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya dia tetaplah mendapat kemurkaan Allah dan tempatnya ialah Neraka Jahannam; sedang Neraka Jahannam ialah seburuk-buruk tempat kembali.