..kita yg non -jamaah disunatkan berpuasa..
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ
إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ
Kami datang Ya Allah..menyambut seruan Mu..
SEJARAH
Setelah Nabi Ibrahim membina Kaabah dan tawaf sebanyak tujuh kali.. Allah s.w.t mewahyukan kepadanya supaya menyeru kepada manusia untuk mengerjakan haji.
Dan serulah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan yang jauh.Nabi Ibrahim bertanya kepada Allah ..
Al-Hajj.ayat27
Wahai Tuhanku, sampai ke manalah suara ku?
Firman Nya
Hai Ibrahim! Tugas engkau menyeru dan Aku akan menyampaikannya. .
Maka naiklah Nabi Ibrahim ke atas Jabal Qubais, (ada yang kata di Safa, ada yang kata di atas batu maqam Nabi Ibrahim) dan menyeru
” Ya ibadallah ! Sesungguhnya tuhan kamu telah membina rumah dan menyuruh kamu mengerjakan haji, maka datanglah kamu untuk mengerjakan haji.”
Gandaan Pahala 100,000
Pahala satu Sembahyang di Masjidil Haram menyamai 100 ribu sembahyang. Pahala 1 puasa di Tanah Haram menyamai pahala puasa 100 ribu kali dan bersedekah 1 dirham mendapatkan pahala bersedekah 100 ribu dirham.
GANJARAN
sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ
“Dan haji mabrur tidak ada balasan yang layak baginya selain syurga.”HR. Bukhari dan Muslim
Apakah Haji Mabrur?
>> Para pakar fiqh mengatakan bahawa yang dimaksud haji mabrur adalah haji yang tidak dikotori dengan kemaksiatan pada ketika melaksanakan rangkaian manasiknya
>> Al Hasan Al Basri rahimahullah mengatakan,
“Haji mabrur adalah jika sekembali dari haji menjadi orang yang zuhud dengan dunia dan merindukan akhirat.”
>> Al Qurthubi rahimahullah menyimpulkan,
“Haji mabrur adalah haji yang tidak dikotori oleh maksiat ketika melaksanakan manasik dan tidak lagi gemar bermaksiat setelah balik haji.”
>> An Nawawi rahimahullah pula berkata,
“Pendapat yang paling kuat dan yang paling terkenal, haji mabrur adalah haji yang tidak dinodai oleh dosa.. diambil dari kata-kata birr yang bermakna ketaatan.
>> Ulama lain berpendapat bahawa haji mabrur adalah jika sekembali dari haji tidak lagi bermaksiat
>>Di antara tanda diterimanya haji seseorang adalah adanya perubahan menuju yang lebih baik setelah pulang dari pergi haji dan tidak membiasakan diri melakukan berbagai maksiat.
>> Ada pula yang mengatakan bahawa haji mabrur adalah haji yang tidak dicampuri unsur riya’.
>> Di antara bukti dari haji mabrur adalah gemar berbuat baik terhadap sesama insan.
Dari Jabir, ia berkata bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang haji yang mabrur. Jawapan baginda..
إطعام الطعام و طيب الكلام
“Suka bersedekah dengan cara memberi makan danmemiliki tutur kata yang baik”
HR. Hakim
Haji Di Akhir Zaman
Hadis riwayat Anas ibn Malik ra, nabi saw bersabda ..
Akan datang suatu zaman ketika itu..
.. orang kaya mengerjakan haji untuk melancong,
orang yang sederhana pergi haji untuk berniaga,
para ulama pergi haji kerana riak dan mendapat nama, orang fakir mengerjakan haji untuk meminta-minta.
SEMUGA KITA SEMUA MENDAPAT HAJI YG MABRUR..
AMIIN YA RABBAL AALAMIN
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ
إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ
click here..see more..labbaikallah..
click here..labbaikallaahumma-labbaik..part 2
No comments:
Post a Comment