TALKINKANLAH ORANG2 MATI KAMU MEMBACA LAA ILAAHA ILLALLAH
Banyak kali aku ditanya tentang bacaan talkin ni..
lately, bacaan talkin ini menjadi isu controversial dikalangan masyarakat yang rajin hadhiri kuliah2 agama..
dilembah kelang terutama..
Aku pun seperti mereka..punyai teman2 yang menganggap bacaan talkin pada simati itu sebagai amalan bid'ah...tidak diamal oleh nabi saw...sehingga ada sorang temanku...bergelar ustazah.. yang menghalang qariah masjid bacakan talkin untuk ibunya ketika dikuburkan...jadi isu panas laa lepas tu..
Mengikut teman2ku..bacaan talkin itu hanyalah untuk orang2 hidup yang mengiringi jenazah saja,sebagai peringatan dan pengajaran.. ..tidak berguna lagi untuk simati...
Bagi mereka, hadith talkin itu lemah (hadith tu ada kat bawah tu)..
Ini juga hujah mereka....Menurut al-imam Abu Hanifah dan hambali..sunat diajarkan 2 kalimah syahadat kepada seseorang yang hampir mati..bukan selepas dikuburkan.
Pada mulanya aku tak ambil kisah sangat hal ni..hal2 khilaf fiqh ni tak payah la nak jadi isu besar..tetapi apabila anakku mendapat gangguan dan meninggal secara mengejut..baru laa aku tercari2....Disini ku turunkan hadith rasulullah saw ..
Didalam kitab Mu'jam at Tabari..bertaraf dha'if..dari Abu Umamah, katanya...telah bersabda rasulullah saw..
'Apabila mati seorang kamu dan telah diratakan kuburnya..maka hendaklah seorang kamu berdiri diatas kuburnya seraya berkata.."wahai fulan bin fulanah !"
..nanti simati akan mendengar tetapi tidak boleh menjawab.
Kemudian hendaklah kamu berkata lagi.."
wahai fulan bin fulanah !"....simati akan bangun dan duduk.
Kemudian hendaklah kamu berseru lagi..
."wahai fulan bin fulanah !"
Kini simati akan menjawab..
" tunjukilah aku..moga2 Allah merahmati kamu ! "
.....akan tetapi kamu sekelian tidak dapat mendengarnya.
Kemudian hendaklah kamu berkata lagi..
..."ingatlah sesuatu yang kerananya kamu keluar dari dunia ini...iaitu syahadat..laa ilaha illallah wa muhammadar rasulullah dan engkau redho Allah sebagai tuhan..muhammad sebagai nabi dan Quran sebagai pimpinan....niscaya Munkar dan Nakir berundur dari situ sambil berkata..." mari kita pergi dari sini..tak perlu lagi kita disini, orang ini dah diberitahu hujah2 kita...Allah dan rasul akan jadi pelindungnya."
Kemudian seseorang berkata.."wahai rasulullah..kalau kita tidak tahu nama ibunya?"
Baginda menjawab "serulahlah namanya dengan dibinkan kepada ibunya Hawwa."
Mengikut Ibn Qayyim al Jauzi....walaupun hadith ini tidak sabit sahihnya, namun perbuatan orang2 mu'min mentalkin, telah tersebar luas dan tidak diingkari oleh para alim...itu saja dah cukup menjadi bukti untuk diamalkan...
Abu daud telah meriwayatkan satu hadis didalam sunannya ..
Nabi saw pernah menghadiri satu jenazah..setelah selesai jenazah itu dikebumikan..baginda bersabda..
"doakan bagi saudara kamu ini supaya dia teguh kerana sekarang dia sedang disoal."
Mengikut imam as Shafie dan imam Hambali, sunat membaca talkin keatas mayat yang mukallaf dan orang yang membaca talkin duduk dibahagian kepala kubur.
Kisah dibawah ini dapat menjelaskan keadaan orang yang telah mati...
Didalam sahih bukhari dan muslim, terdapat riwayat bahwa nabi saw pernah menyuruh kumpulkan mayat2 quraish dimedan badar untuk dilontar kedalam lubang besar..kemudian baginda berdiri dimulut lubang itu seraya menyeru mereka dengan nama2 mereka..
wahai fulan bin fulan ! wahai fulan bin fulan ! apakah kamu mendapati janji tuhan kamu itu benar? Sesungguhnya aku mendapati apa yang dijanjikan Tuhanku itu benar !
Baginda telah disampuk oleh Umar bin Khattab...
"wahai rasulullah ! apakah engkau bertutur kepada kaum yang sudah jadi bangkai?"
Jawab nabi saw..
" demi tuhan yang telah mengutusku dengan kebenaran...kamu tiadalah lebih mendengar terhadap apa yang aku katakan tadi daripada mereka..akan tetapi mereka sudah tidak boleh jawab lagi !
Dari Aisyah ra..bersabda rasulullah saw...
."Tidaklah seseorang itu datang menziarahi kubur saudaranya, kemudian duduk disisinya melainkan mayat didalam kubur itu akan merasa bahagia dengannya dan menjawab segala tutur bicaranya sehinggalah orang itu pulang.."
Ada banyak lagi nas2 dari rasulullah saw......
Bagiku,pemergian seseorang itu, bukanlah end of a story...kita tetap boleh communicate dengannya..kita tak dengar response dia saja.. begitulah yang dikehendakki Allah...
cuma, jangan la over sangat..nanti syaitan join sekali....ambillah hadith2 nabi saw sebagai panduan...walaupun dha'if..ia tetap datang dari nabi saw..
Diriwayat lain yang sahih dari nabi saw..bahwa simati itu dapat mendengar tapak kaki orang2 yang mula beredar pulang dari kuburnya....
InsyaAllah akan ku kisahkan riwayat tu..next time...
>> sambungan ..
No comments:
Post a Comment