Sunday, 25 December 2011

RUMAH BERHANTU



Kisah seram dan suspen ni ku petik dari blog anakku...kisah pengalamannya berkongsi rumah dengan hantu dll...mana ada orang yang tak takut bila berdepan dengan hantu..tapi kreatifnya anakku ni...cerita berat menjadi ringan..
Setelah lama menyelami selok-belok dan memahami kekuatan dan kelemahan hantu2 ni... now.. alam hantu dan jin ni jadi gedung toysrusnya...smuga Allah melindungi anakku ni disetiap kerdipan mata dan setiap hembusan nafasnya...amin ya rabbal alamin..

ni kisahnya..
Bagi aku standard la kalau dalam rumah ni ada jin or hantu..cuma kita je yang tak tau mereka ni ada. Ramai yang bila dengar jin or hantu takut sampai terkancing gigi, kadang2 smpai tgk cerita hantu pun takut.. 


Realitinya hampir dalam setiap rumah orang yang tidak ada 'NUR" didalamnya berpotensi mendapat penumpang tidak diundang. Hantu betul JIN ni !! dah la masuk rumah kita, makan minum tidur kat rumah kita, yang paling aku marah tak bayar SEWA pulak tu...hish hish ...ada ka patut...

 Ada satu kes..ehheh,jgn marah ya makcik ,saya tumpang cerita sekali...makcik msg kat aku , dia tanya apa ada dalam bilik tu ...makcik dengar suara menyanyi lagu " we wish u a merry chrismas '3 x beturut...ada hantu kristian ke? tanya makcik tu...saya kata adala tu, apa lagi, kasi hantam la hantu tu...makcik tu pun tanya, masuk bilik tu baca yasin boleh tak? nanti dia tak serang ke...? aku pun jawab la , kalu dia serang kasi fire la balik...lepas 2-3 jam makcik tu msg aku balik, dah bakar dah semua hantu tu,sempat diorang pulas tangan kiri makcik..mengantuk terus,KO la jugak...hehehe, gitu la kisah dia lebih kurang...


 Nak tau umah makcik tu kat mana? ini bukan cerita rumah jauh pendalaman dalam hutan..ni tengah BANDAR KEY ELL.. SO ,anda2 yang berada di KEY ELL..hati2 yooo, jgn ingat yang berpenunggu tu hanya di pendalaman...

SOalanya ada lah ....Bagaimanakah kita ingin mengetahui di dalam rumah kita ada JIN or HANTU... jeng jeng...ini KISAH BENAR ye... di bumbung rumah selalu dengar bende jalan mcm mengesot...seramnya..hantu dia muka macm JO ON.... Tangga selalu berbunyi orang melangkah..

..teringat kisah silam aku ketika kanak-kanak ribena..masa tu kecik lagi ,sekolah menengah lagi...ayah aku ni ustaz, siang mengajar di UKM , mlm orang datang mengubat...so tau2 je la kan, , nama pun mengubat..mestilah orang yg dtg berubat tu bawak hantu kan kan kan..ayah aku memang la terel tak kene kacau ngn jin2 or hantu orang tu, tapi yang jadi mangsa kami adik beradik la...setiap mlm kene usik..aku masa tu duk bilik tingkat atas..tangga tu jenis kayu...hampir seetiap malam aku akan dengar bunyi tangga tu di pijak orang..ek uk euuk ek uk,bunyi tangga tu..makin lama, makin meninggi bunyi tu ( maksudnya lembaga tu nak smpai tingkat atas la tu ) ..lepas tu bunyi tu hilang....lepas 2-3 jam berbunyi ek uk ek uk balik...(mcm lirik lagu la pulak )..korang bayangkan la betapa bedegup jantung ku


 ..maka keesokan hari tu aku kira berapa anak tangga kat rumah aku tu...ada 20 anak tangga...esok aku kira bunyi tapak kaki tu balik...hampir setiap malam aku dengar bunyi tapak kaki tu...aku pun kira..1..2...3....4...5...6...7...8...9..
..senyap..fuh..selamat,tak smpai naik atas lagi...
..eh berbunyi lagi la..10...11...12...mampus aku! ..ni..dah nak dekat ni...nak lari mana ni? 
kalu nak turun bawah kene lalu tangga tu jugak......last2 masuk dlam selimut...

...SEKARANG bila aku dah jadi Super Saiya, baru la aku tau, jin tu warna hijau, badan gemuk besar, patut la tangga aku berbunyi..
..aiyoooo JIN, pegila SEWA umah lain...

 Bilik selalu terbuka sendiri tu or tingkap buka sendiri tu, standard la kan, orang bodoh je kata takda hantu kalau umah dah kene smpai mcm tu sekali kan...tu tanda dia buka pintu nak masuk la..ada 2 cara kalu nak tau jenis jin or hantu yang boleh buka pintu ni..
1.. kalu dia buka slow je..ha..tu tanda dia nak mengacau orang dlam bilik or dalam rumah..
2.. dia buka laju2..tu tanda dia tak tahan nak masuk toilet..hehehhe

.. tanda2 biasa ialah bila kita pegi satu2 kawasan dalam rumah kita tu, kita rasa meremang semacam je...perasaan seram tu datang kat kita..tu pun tanda dia ada lahhh...



 selalu tidur kene tindih..itu pun tanda ada la ..selalunya yang suka menindih ni HANTU RAYA ..ish serammmm, BADAN dia dia bebulu hitam..macam siamang tu la..tapi lagi besar ..selalu kalau dia kacau aku, aku bakar bulu dia ..kasi dia NAKEEDD ...tapi kalu dia himpit aku masa aku tidur , mmg aku cincang terus

...teringat balik memori daun pisang aku masa mengubat kawan aku yang kena santau...masa tu aku baru super saiya tahap 1 je...maksudnya masa tu rambut aku belum panjang sampai ke punggung la bila jadi saiya tu...selepas aku bergelut dengan HANTU2 RAYA yang berkumpulan tu, dan selepas kedatngan NGAUMAN SILUMAN HARIMAU di luar rumah..real ckp lu..BUNYI ngimau mengaum...semua orang dengar..smpai aku baca doa pun suara aku jadi mengggeletar... 


Maka selepas settle mengubat, aku pun balik rumah, lepak dalam bilik sorang2, sebab masa tu wife aku balik kampung...tengah2 baring mengereng ke kanan, aku mula rasa lain mcm...aku pun ngereng ke kiri..mak oiiii.besarnya hantu raya tengah baring sebelah aku sekali...kaki dia terlebih dari katil aku sampai ke dinding bilik,tangan dia panjang berbulu..tak sempat aku nak menjerit dia terus peluk aku n nak smack down aku...sesak nafas aku dia buat nya...nak menjerit pun suara tak keluar...ngeri betul bila ingat balik..bukan apa ,ketiak dia busuk..heheh..gurau je... dia mmg nak kasi aku KO..tapi nasib baik la Allah tolong...selamat juugak la..kalu tak takda la korang semua dapat baca coretan TOK SAID lagI...

 Tanda2 lain yang ada di rumah, ialah suami isteri selalu bergaduh, anak tak suka duk dalam rrumah...bayi suka menangis tengah malam...selalu ternampak kelibat...nampak benda melayang warna putih (puntianak la tu)... so, nasihat aku, kalau ada benda2 ni semua, tanda2 mengerikan baik halau la semua, panggil la orang yang pandai datang pagar dan buang...jangan sayangkan duit...sayangkanla anak isteri..yang penting banyakkan la NUR di dalam rumah...


 Banyakkan NUR bukan maksud kawin dengan nur elya ke,kawin ngn Nursuhaila ke..kang balik rumah cerita ngn isteri, tok said suh tambah nur la..abg ingat abg nak tambah Nursalmah janda jiran hujung tu la..bukan apa, nak halau Jin dalam rumah...eh eh eh..lain pulak poinyo..den suruh banyakkkan solat n zikir n mengaji la...

cr: bentengjiwa




klik..rasukan-syaitan-dlm-manusia.html


Sunday, 18 December 2011

BACAAN TALKIN

Bersabda rasulullah saw..

TALKINKANLAH  ORANG2 MATI KAMU MEMBACA LAA ILAAHA ILLALLAH















Banyak kali aku ditanya tentang bacaan talkin ni..
lately, bacaan talkin ini menjadi isu controversial dikalangan masyarakat  yang rajin hadhiri kuliah2 agama..
dilembah kelang  terutama.. 

Aku pun seperti mereka..punyai teman2 yang menganggap bacaan talkin pada simati itu sebagai amalan bid'ah...tidak diamal oleh nabi saw...sehingga ada sorang temanku...bergelar ustazah.. yang menghalang qariah masjid bacakan talkin untuk ibunya ketika dikuburkan...jadi isu panas laa lepas tu..

Mengikut teman2ku..bacaan talkin itu hanyalah untuk orang2 hidup yang mengiringi jenazah saja,sebagai peringatan dan pengajaran.. ..tidak berguna lagi untuk simati...

Bagi mereka, hadith talkin itu lemah (hadith tu ada kat bawah tu)..
Ini juga hujah mereka....Menurut al-imam Abu Hanifah dan hambali..sunat diajarkan 2 kalimah syahadat kepada seseorang yang hampir mati..bukan selepas dikuburkan.

Pada mulanya aku tak ambil kisah sangat hal ni..hal2 khilaf fiqh ni tak payah la nak jadi isu besar..tetapi apabila anakku mendapat gangguan dan meninggal secara mengejut..baru laa aku tercari2....Disini ku turunkan hadith rasulullah saw ..

Didalam kitab Mu'jam at Tabari..bertaraf dha'if..dari Abu Umamah, katanya...telah bersabda rasulullah saw..

'Apabila mati seorang kamu dan telah diratakan kuburnya..maka hendaklah seorang kamu berdiri diatas kuburnya seraya berkata.."wahai fulan bin fulanah !"
..nanti simati akan mendengar tetapi tidak boleh menjawab.

Kemudian hendaklah kamu berkata lagi.."
wahai fulan bin fulanah !"....simati akan bangun dan duduk.

Kemudian hendaklah kamu berseru lagi..
."wahai fulan bin fulanah !"

Kini simati akan menjawab..
" tunjukilah aku..moga2 Allah merahmati kamu ! "

.....akan tetapi kamu sekelian tidak dapat mendengarnya.

 Kemudian hendaklah kamu berkata lagi..

..."ingatlah sesuatu yang kerananya kamu keluar dari dunia ini...iaitu syahadat..laa ilaha illallah wa muhammadar rasulullah dan engkau redho Allah sebagai tuhan..muhammad sebagai nabi dan Quran sebagai pimpinan....niscaya Munkar dan Nakir berundur dari situ sambil berkata..." mari kita pergi dari sini..tak perlu lagi kita disini, orang ini dah diberitahu hujah2 kita...Allah dan rasul akan jadi pelindungnya."

Kemudian seseorang berkata.."wahai rasulullah..kalau kita tidak tahu nama ibunya?"

Baginda menjawab "serulahlah namanya dengan dibinkan kepada ibunya Hawwa."

Mengikut Ibn Qayyim al Jauzi....walaupun hadith ini tidak sabit sahihnya, namun perbuatan orang2 mu'min mentalkin, telah tersebar luas dan tidak diingkari oleh para alim...itu saja dah cukup menjadi bukti untuk diamalkan...

Abu daud telah meriwayatkan satu hadis didalam sunannya  ..

Nabi saw pernah menghadiri satu jenazah..setelah selesai jenazah itu dikebumikan..baginda bersabda..

"doakan bagi saudara kamu ini supaya dia teguh kerana sekarang dia sedang disoal."

Mengikut imam as Shafie dan imam Hambali, sunat membaca talkin keatas mayat yang mukallaf dan orang yang membaca talkin duduk dibahagian kepala kubur.

Kisah dibawah ini dapat menjelaskan keadaan orang yang telah mati...

Didalam sahih bukhari dan muslim, terdapat riwayat bahwa nabi saw pernah menyuruh kumpulkan mayat2 quraish dimedan badar untuk dilontar kedalam lubang besar..kemudian baginda berdiri dimulut lubang itu seraya menyeru mereka dengan nama2 mereka..

wahai fulan bin fulan ! wahai fulan bin fulan ! apakah kamu  mendapati janji tuhan kamu itu benar? Sesungguhnya aku mendapati apa yang dijanjikan Tuhanku itu benar !

Baginda telah disampuk oleh Umar bin Khattab...

"wahai rasulullah ! apakah engkau bertutur kepada kaum yang sudah jadi bangkai?"

Jawab nabi saw..

" demi tuhan yang telah mengutusku dengan kebenaran...kamu tiadalah lebih mendengar terhadap apa yang aku katakan tadi daripada mereka..akan tetapi mereka sudah tidak boleh jawab lagi !

Dari Aisyah ra..bersabda rasulullah saw...

."Tidaklah seseorang itu datang menziarahi kubur saudaranya, kemudian duduk disisinya melainkan mayat didalam kubur itu akan merasa bahagia dengannya dan menjawab segala tutur bicaranya sehinggalah orang itu pulang.."

Ada banyak lagi nas2 dari rasulullah saw......















Bagiku,pemergian seseorang itu, bukanlah end of a story...kita tetap boleh communicate dengannya..kita tak dengar response dia saja..  begitulah yang dikehendakki Allah...

cuma, jangan la over sangat..nanti syaitan join sekali....ambillah hadith2 nabi saw sebagai panduan...walaupun dha'if..ia tetap datang dari nabi saw..

Diriwayat lain yang sahih dari nabi saw..bahwa simati itu dapat mendengar tapak kaki orang2 yang mula beredar pulang dari kuburnya....

InsyaAllah akan ku kisahkan riwayat tu..next time...



  >> sambungan ..


Monday, 12 December 2011

LUNCH BREAK

Suasana  LAPAR..

ORANG MISKIN : Nak makan apa hari ni?


ORANG MIDDLE-CLASS : Nak makan lauk apa hari ni?


ORANG KAYA : Nak makan kat hotel 5-star mana hari ni?


---------------------------------------------------------------------------

ORANG MISKIN BERIMAN : Alhamdulillah..berlapar menjinakkan nafsu kita..




ORANG MIDDLE-CLASS BERIMAN : Alhamdulillah..dapat jugak kita makan hari ni..ada orang tak dapat makan langsung..




ORANG KAYA BERIMAN : Kita bagi orang miskin makan..tak payah tunggu kenduri kawin ke.. kenduri arwah ke..

--------------------------------------------------------------------------------
ORANG KAYA MAKAN HARAM :
Kita nak makan siapa hari ni ?


Keadilan dan keluasan Islam

Firman Allah swt..
"Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan."
surah Al A'raf ayat 60

Sabda Nabi saw..
"Barangsiapa yang mati melarat sedang ia berada dikalangan orang2 kaya,maka terhindarlah orang2 kaya itu dari perlindungan Allah dan rasulNya ."

Pada suatu ketika, Umar ra menemui orang2 menganggur, lalu ia bertanya..
Umar.."Kamu ni golongan apa?"
Penganggur.."Kami semua bertawakkal kepada Allah"
Umar.."Kamu berdusta!..orang yang bertawakkal itu adalah orang yang menanam benih dibumi..kemudian dia bertawakkal kepada Allah..Tidak dibenarkan seorang pun dari kamu duduk dirumah dan meninggalkan usaha mencari rezki sambil berdoa kepada Allah..ya Allah, kurniakan kepadaku rezki..padahal dia tahu bahwa langit tidak pernah menghujankan emas atau perak." 

Pernah suatu ketika Umar ra memberi nasihat.."Wahai kaum fakir miskin! Berlumba2lah mencari kebaikkan..jangan sampai kamu menjadi beban kepada kaum muslimin.." 

..Pengangguran yang dibenarkan..golongan oku,usia tua, berpenyakit dsbnya.. muslim dan non-muslim..

..dan banyak lagi..later insyaAllah..

Sunday, 27 November 2011

MISTERI MIMPI unveiled..

...sambung kisah misteri mimpi >>
>>dated Saturday, 24 September 2011



Lama aku pause kisah mimpi ni ..berbulan2 aku ulangkaji buku tulisan Ibnul Qayyim al Jauzi tentang roh dan mimpi..cuba untuk memahaminya..tetapi terlalu complicated bagiku...bahasa buku itu dalam terjemahan bahasa indonesia..bukan bahasanya yang bermasaalah tetapi susunan dan gaya bahasa penulisnya..berbelit dan bersimpul,bagiku yang simple-minded ni..berminggu2 aku cuba dan aku cuba meluruskan simpulan2nya ..mencantumkan fakta2..akhirnya dapat jugak la aku nukilkan dalam blogku ni...kesan kusutan tu masih ada..semuga Allah mengampuni kesilapan2 yang tidak ku sengajakan dan memberi petunjukNya kepada kebenaran..ameen ya Rabbal Alamin

ROH BERSIAR2 MENGIKUT KEHENDAK ALLAH
  • Roh2 orang hidup selalu bertemu sesama mereka didalam tidur...sebagaimana juga roh2 orang hidup dapat bertemu dengan roh2 orang mati.
  • Orang yang tidur itu dapat melihat temannya yang hidup didalam mimpi ,berbicara dengannya, bersantai2 bersama2... padahal jarak antara kedua jasad mereka sangat jauh..dan kadang2 orang yang dimimpikannya itu tidak tidur..
  • Kadangkala seseorang itu dapat merasakan apa yang berlaku pada temannya..padahal jarak mereka sangat jauh... ini adalah kerana hubungan roh mereka itu sangat rapat.. selalu bertemu, selalu bersama..tanpa disedari oleh jasad2 mereka..



Berkata Amru bin Abdullah..

Sesungguhnya roh2 kaum mu'min itu bertemu pada jarak perjalanan satu hari... padahal jasad mereka tidak melihat antara satu dengan yang lain....kata2 ini dirafa'kan kepada nabi saw.

Berkata Ikrimah dan Mujahid..

Apabila manusia itu tidur, rohnya akan keluar berenang.. menuju ketempat2 yang ditakdirkan Allah..dimana sumber rohnya akan tetap berada didalam jasad..dan tetap tidur nyenyak. Apabila roh itu kembali kedalam tubuh, manusia itu pun tersedar dari tidurnya.

Roh itu diumpamakan dengan sinaran cahaya matahari yang menyinari bumi..dimana puncanya bersambung terus menerus dengan matahari itu sendiri.

Abdullah bin Mandah berkata...
Demikianlah perumpamaan roh itu, yang keluar ketika jasad sedang lena tidur...hingga ia menjangkau lapisan langit atau bersiar2 dimerata tempat ..dan kadang2 bertemu dengan roh2 orang yang sudah mati.



Apabila malaikat yang bertugas menjaga roh2 manusia menunjuk segala yang dikehendakki Allah..sekiranya jasad itu adalah seorang yang sempurna aqal, cerdik dan benar..niscaya ketika roh kembali kejasadnya..ia mencetuskan didalam hatinya kebenaran dan ia mendapat kebaikkan darinya.

Sebaliknya..sekiranya jasad itu seorang yang pemaksiat.. hidupnya dicampur adukkan dengan kebatilan..kelak apabila rohnya kembali..maka dia akan dipengaruhi belitan2 syaitan .. Mimpi itu tidak meninggalkan kesan kedalam hatinya dan tiadalah dia memahami apa yang dia lihat didalam mimpinya.




Sebagai analogy..seseorang yang menghadiri majlis ilmu.. setelah selesai, ia terus pergi ketempat2 maksiat, tempat2 yang melalaikan..dibukanya hatinya dengan khusyu'...kelak sesudah itu ilmu dan hikmah yang dipelajarinya akan bercampur aduk dengan kebatilan..dan ilmu itu kadang2 menyesatkannya lebih jauh ..

MALAIKAT MIMPI

Allah swt menyerahkan tugas mimpi ini kepada malaikat mimpi..lalu diajarNya malaikat itu mengenal setiap jiwa manusia ..fizikalnya ..namanya..tabiatnya..pegangan dunia dan agamanya..kenalannya.. dan segala2nya..sesempurnanya.  

Malaikat mimpi itu akan membawa selembar takdir dari ilmu ghaib Allah yang dipetiknya dari ummul kitab.

...lalu dicetaknya takdir itu,yang lepas atau yang akan terjadi , dalam bentuk perumpamaan2 dan kiasan2..
  • ada mimpi yang mengembirakan...diatas amal2 baik yang telah dilakukan atau yang akan dilakukan.
  • ada mimpi yang mengancam..diatas maksiat yang telah dilakukan atau yang sedang dirancang...
  • ada mimpi yang memberi petunjuk...akibat baik atau buruk dari satu2 keinginan..
  • ada mimpi yang Allah pertemukan seseorang dengan roh2 orang lain..sahabat2,guru2, wali2..berkenalan dan berbincang2..sehingga dia kembali kejalan Allah..
  • dan macam2 lagi sebagai kurnia dan ni'mat, rahmat dan belas-kasih Allah swt kepada manusia.

Betapa ramai manusia yang pangkal taubatnya, amal jariahnya, zuhudnya dan bermacam2 kebaikkan... di sebabkan peristiwa2 didalam mimpinya..

Dan ramai juga yang menjadi kaya raya dan memperolehi harta tersimpan disebabkan mimpinya.

Nanti akan ku ceritakan kisah mimpi sahabat2, tabiin2...insyaAllah

>>> continue..mimpi nabi

Friday, 18 November 2011

SURAT CINTA ALLAH KEPADA HAMBA2NYA

Ku kirimkankan secebis dari  pesanan2 Allah kepada hamba2Nya melalui blog ku ini...

..Wahai orang2 beriman..sambutlah seruan Allah dan Rasul..apabila ia menyeru kamu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepada kamu..
..dan ketahuilah..sesungguhnya Allah membatasi manusia melalui hatinya..
..dan kepadaNya kamu akan  dikumpulkan



.dan ku iringi doa yang Allah ajarkan kepada nabi saw..

للَّهمَّ إِني أسألك حُبَّك ، وحبَّ من يحبُّك ، والعَمَل الذي يُبَلِّغُني حبَّكَ


Wahai Allah, ku mohon cintaMu
dan cinta orang2 yang mencintaiMu
dan amalan2 yang membawa cintaMu kepadaku


Ameen Ya Rabbal Aalamin

Wednesday, 16 November 2011

GOOD-BYE MONICA

..hatiku resah,asyik teringat peristiwa tu..tak dapat nak duduk..jantung ku bedebar2..sakit oooo..kakiku jadi sejuk..

..setelah banyak jam..akhirnya aku duduk depan komputer ku dan jari-jemari ku mula menekan keybooard...aku tekan dan aku tekan tanpa berenti..apa yg ada didalam ku..yg meresahkan ku.. mengalir keluar ke keyboard..sambil ia mengalir, barulah semakin lama semakin reda..dah diluahkan semua keluar..aku rasa tenang..maybe itu la yg di maksudkan ilham...

..so ini lah dia.. kisah yang sangat unik dari pengalamanku...percaya atau tidak..tak jadi hal bagiku..

Dated 29 okt 2011

Belakangku didakapi ruh orang mati..berhari2 pinggangku kesakitan, rasa berat ..paling sakit, nak bangun dari pembaringan..nak bangun tahajjud terutama...Aku pun terpaksalah usahakan apa2 yang patut...

Memendekkan cerita, ruh tu dapat dipisahkan dari badanku..dapatlah aku berdailog denganya...ruh tu adalah ruh orang kristian..aku agak2 dia dari gereja Petaling Jaya...aku mulakan perbualan... guna bahasa ibunda...dia diam je..aku tunggu..aku pujuk dia bercakap ngan ku..

Tiba2 dia bersuara.."I am British."

Dalam keadaan terkejut, hatiku terus berbisik..."Holy Cow!"....cakap dalam hati je..kena cool..aku sedang dikelilingi orang2 salih..orang2 yang dekat dengan Allah.

Terus terlintas difikiranku... lecturer aku dulu ke? Rindu jugak aku pada diorang..dah lama tak bersembang2 dalam bahasa British...masa tu umur ku baru 18 tahun dan lecturer2 yang menyayangiku semuanya 50-55 tahun...pernah bekerja di negara2 islam masa penjajahan dulu..nostalgia la agaknya...anggapku seperti anak mereka...masa tu aku memang petah berbahasa British, selalu main tennis dan badminton dengan mereka....senang je kalahkan orang tua2....Harap2 Mr Renshaw atau Mr Warren...

ooops..bukan rupanya.

Ruh tu dalam keadaan sesak nafas...rupanya dia mati gantung diri.

Aku pun terus bertanya.."You are British? So you are from England?"

Dia jawab.."Yes, i'm a British girl."

" What is your name?"

"MONICA"

Aku tanya lagi.."How old are you, Monica?'

Dia jawab.." twenty one "

Muda nya dah gantung diri. Terasaa kesian..kehidupan yg bercelaru lah tu..

 "Monica, why do you hang yourself ?"

 Dia cakap sesuatu...aku tak dengar, jadi aku pun suruh dia cakap kuat sikit..

"Monica,speak up..speak louder, i cannot hear you."

 Dia jawab.. "i can't " ..

Ya tak ya, lehernya sedang terjerut..

Dia sambung.."Before i died, i saw 2 people...they came to me"...

.terus ditutup mukanya dengan 2 telapak tanganya dalam keadaan takut sekali..sambil menggigil...

Aku biarkan dia sejenak...ustaz disebelahku bisik..'Dia nampak malaikat maut la tu'..

..teringat kisah yang ku tulis dalam blog aku ni.. GOOD-BYE, DUNIA..part 2..tentang 2 malaikat yang datang kepada orang2 kafir dalam keadaan ganas sekali..membawa kain kafan dan.....
bacalah kisah tu nanti..klik je..

"Monica, is islam the true religion...or christianity?"

Dengan tegas dia jawab...' islam '

Hatiku terasa kesian padanya..Hendak je aku suruh dia mengucap syahadah...tapi apa daya..Allah dah janji..Dia tidak terima taubat selapas kematian...takkan aku nak mandai2 pulak...silap haribulan, aku buat dosa pulak..langgar ketetapan Allah..

" Monica, why do you come to me?"

" i like you."

...Haiiisy...parah parah...kalau wali2 Allah yang like, ada la class sikit..hmmm..

" Monica, what do you want me to do for you?"

" Life !..i want life !..i want to live again"

Yaaa Allah..sayu nyaa..hatiku sedih tiba2..benarlah firmanMu, ya Allah dalam surah As Sajdah..

Dan (alangkah ngerinya)sekiranya kamu melihat ketika orang2 yang berdosa itu menundukkan kepala mereka didepan Allah..Wahai tuhan kami,kami telah melihat dan kami telah mendengar, kembalikanlah kami (kedunia) ,kami ingin mengerjakan amal salih,sesungguhnya kami orang2 yang telah yakin.

Aku tanya Monica.."inna muuqinun? (kamu dah yakin sekarang?)"

Dia jawab .."yes"

Jiwaku menangis untuknya..aku tak dapat nak tolong dia..
Berat nak beritahu dia..aku paksa diriku...walaupun berat mulutku nak keluarkan kata2....

"Monica, i'm not God..i cannot help you "

Aku terpaksa akhiri pertemuan ini...aku kenal sangat budaya orang2 British...mereka tak suka ucapan good-bye...sebab itu bermakna..selamat tinggal selama2nya...

..lama jugak aku pause..nak keluarkan perkataan good-bye ni..aku tahu aku akan 'break her heart'...tapi nak tunggu sampai bila??? 

Akhirnya aku luahkan juga...GOOD-BYE MONICA!!!

Terus dia merayu, suaranya sayu dan sedih...."Please don't say that."

Selama sehari selepas peristiwa  itu, bibir dan hatiku tak berhenti2 baca ayat2 Sajdah tu...tiba2 je...macam datang ilham... aku teringat!...memoriku tiba2 jadi jelas..masa solat malam hari tu..dalam pukul 5 pagi..

...semasa solat tu sebelum peristiwa tu...aku baca surah Sajdah..sampai pada ayat 12 hingga ayat 14..

tiba2 aku rasa sedih sangat-sangat..tak dapat nak kawal emosiku..terus air mataku mengalir dengan banyak sekali..burst into tears.. suaraku tersekat2, hidungku tersumbat..

12..Dan (alangkah ngerinya)sekiranya kamu melihat ketika orang2 yang berdosa itu menundukkan kepala mereka didepan Allah....Wahai tuhan kami,kami telah melihat dan kami telah mendengar, kembalikanlah kami,kami ingin mengerjakan amal salih, sesungguhnya kami  adalah orang2 yang yakin.

13..Dan Kami kehendakki kiranya setiap jiwa itu mendapat petunjuk...akan tetapi benarlah perkataan dariKu..pasti Aku penuhi neraka jahannam itu dengan jin dan manusia bersama2.

14..Maka rasailah kamu (siksa ini) disebabkan kealpaan kamu akan pertemuan pada hari ini..sesungguhnya Kami pun telah melupakan kamu dan rasakanlah siksa yang kekal, disebabkan apa yang selalu kamu kerjakan.

..aku bercakap didalam hatiku..ketika aku sedang membaca ayat2 tu...masa dalam solat tu.....

"kenapa dengan aku ni?.. tak pernah pulak aku rasa sedih dengan ayat ni...rasa takut ada la...kalau aku menangis pun..itu sebab aku rindu sangat pada Allah...bukan dengan ayat2 sebegini !!"

..so now baru laa aku faham...rupa2nya yang sedih dan yang menangis terisak-risak itu ialah MONICA....

Rasa2nya, aku akan teringatkan Monica tiap kali aku baca surah kegemaranku ini..

..how to forget her?? So strange and yet so real...

Benar lah kata2 hikmah orang2  inggeris...TRUTH IS STRANGER THAN FICTION..

ALLAHU AKBAR..ambillah pengajaran dari kisah ini...wahai anak2ku....





Wednesday, 9 November 2011

IN MY HEART, LIES A MEMORY.....





Fatimah azZaharah Nordin>>> huhuhu really really miss my little brother. 3 months already, huhu
22 October at 11:35...Nazir Othman>>> Allahummaghfirlahu warhamhu wa'aafihi wa'fu'anhu.
22 October at 14:40  Fatimah azZaharah Nordin>>> ameen
22 October at 14:40  Mu'adz 'mu' Zayd>>> I miss him too
22 October at 15:10 YamBee Din>>> baru tengok gambar semalam..hensem
22 October at 17:00 fauziah Husain>>> everyone miss him....only good memories thats left.. really deep inside our heart...
26 October at 22:53 Abdul Basith>>> insyaAllah, doakan dia selalu~~



31 okt 2011   we miss him too...
10 okt 2011  we miss him more










rinduuu kat paknik !!! salaamualaikum pakniik !













Baca Al Fatihah untuk paknik...we love you paknik...always and forever ! Jumpa paknik kat Syurga...

                                                                                           
....IN LOVING MEMORY...

In my heart lies a memory....
of you..
Though i try to forget you...
somehow.. you shine and glow ever more


You're that little star in the night sky..
twinkling and glittering whole night long..
always up there
whenever i look up..

you're the pulse of my heart..

beating loud and clear..

we never stop loving you..
we miss you....

Ya Allah ..
Rahmatilah kesayangan kami, Abdul Hadi bin Zaharatullaili...
Ampunilah segala dosa2nya ...
Tinggikanlah maqamnya disisimu..
Himpunkanlah kami bersama diakhirat sepertimana Dikau himpunkan kami didunia..
bersama para anbiya' wal mursaliin wa syuhada' wa solihin..
Amin ya Rabbal amin.



klik..The day-i-lost-my-son-to-the-devils
klik..bakat-semulajadi.html
klik..munajat-ku.html
klik..My brother my-hero.html
klik..kehidupan-ini.html
KLIK HADI%20AT%20SCHOOL

Monday, 7 November 2011

SLAUGHTERING IN ISLAM




This is a question-answer session with a medical practitioner on the benefits of the Islamic method of slaughtering animals.

 Q.. Dr. John, if the veins that are in the front part of the neck of the animal are cut, what would happen to that animal?
Dr. John... Scientifically speaking, when an animal or human has his veins that are found in the front part of the neck cut, he will faint immediately. 



To clarify, he said that if someone was strangled, he would suffer extreme dizziness and lack of concentration because it is difficult for the blood to reach the brain, and if the duration of strangling was longer, he will lose sensation and faint.


Q...So, cutting the veins that are in the front part of the neck of the slaughtered animal and letting the blood flow outside its body leads to unconsciousness?
Dr. John...Yes, definitely.

Question..Does the slaughtered animal feel any pain immediately after having its neck cut?
Dr John...Of course not, as it is totally unconscious.

Question..Then, why does the animal do such spasmodic movements that give the feeling that it is in pain?
Dr. John...This is because when the veins are cut without breaking the bones of the slaughtered animal’s neck,  which is exactly the case in the Islamic way of slaughtering, the brain does not receive blood while the cerebrum is still alive and the neurological system that is at the back part of the neck is still linked to all the systems of the body. Thus, the neurological system sends signals to the heart, the muscles, the intestines and all the cells of the body to send blood to the cerebrum. This makes all the cells, intestines and muscles of the body make spasmodic movements to push the blood to the heart which sends the blood to the brain. However, the blood leaves the animal’s body instead of going to the brain because the veins of the neck are already cut. The neurological system continues to send signals and blood leaves the animal’s body until all the blood flows out. The widespread idea that animals suffer from pain when slaughtered by this method was scientifically proven to be wrong as animals faint and totally lose sensation as soon as the veins are cut.

Question...Medically speaking, is it better to leave the blood inside the body of the animal or let the blood flow  out of the body.
 Dr. John...Blood is one of the most fertile environments where germs grow and it also carries substances that are harmful for the human body. So, if the blood remained in the meat directly after the death of the animal, it will be a fertile environment for germs, in addition to the harmful substances that are present in it.

 Question...What do you think of the other ways of slaughtering animals especially the way that is used in most European countries which is hitting the animal on its head so that it would faint, then slaughtering it afterwards?
Dr. John...This method has dangerous ramifications on the health of humans. This is because the animal dies slowly when it is hit in this method and this causes the membrane that lines the large intestines to lose its ability to retain the bacteria that is in the large intestines. Therefore, the bacteria penetrates the body of the animal, finds the blood and swims in it while interacting with it until it spreads throughout the entire body of the animal. The safest way of eating meat that is free from blood and bacteria is by getting rid of the blood of the animal and letting it flow out.



klik..haj-muslim-pilgrimage.html

Sunday, 6 November 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDUL ADHA

Besok Hari Raya Kurban...Eidul Adha



Sempena Hari mulia ni, aku tulis sikit kisahnya..reminder untuk diriku..senang nak cari hadith and ayat Quran nanti..bila kena quiz ke...

Hari ni 9 zulhijjah iaitu Hari Arafah..kita disunatkan berpuasa... sepertimana sabda nabi saw..
                                      
                       صَوْمُ يَوْمِ عَرَفَةَ يُكَفِّرُ سَنَتَيْنِ مَاضِيَةً وَمُسْتَقْبَلَةً وَصَوْمُ عَاشُوْرَاَء يُكَفِّرُ سَنَةً مَاضِيَةً

Puasa hari Arafah menebus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang dan puasa Asyura.. 10 Muharram, menebus dosa setahun yang telah lalu.
HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud dari Abi Qotadah

Bagi Hari Raya Aidul Adha  pula..ada sunnah penyembelihan binatang sempena kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail...surah as-saffat ayat 100 hingga 110

102..Maka ketika anaknya itu sampai.. ke peringkat umur yang membolehkan dia.. berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu.. maka fikirkanlah apa pendapatmu?"
Anaknya menjawab: “Wahai bapaku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”.

103..Setelah keduanya berserah bulat-bulat, dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya atas pelipisnya..

104..maka Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim!

105..sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu. Sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

106..Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata

107..Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;

108..Dan Kami abadikan untuk Ibrahim..nama yang harum..di kalangan orang-orang yang datang kemudian

109“Salam sejahtera keatas Ibrahim!”.

110..Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang  mengerjakan kebaikan.

111..Sesungguhnya ia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman.  

....ALLAHU AKBAR..Ujian Allah kepada seorang nabi...
....Ganjarannya pun...Allahu Akbar....harum semerbak dunia dan akhirat..

...Macam mano nak tinggal sekampung dengan nabi2 kat akhirat?????
... Tak upayo den.. nak kurban macam tu..
....Ya Rahman Ya Rahim..rahmatilah kami..



Tentang pembahagian daging kurban...
1/3.. untuk keluarga dan sedara-mara
1/3..untuk kawan2..tak kira miskin atau kaya, muslim atau non-muslim..sape2 aje
1/3 untuk kaum fakir miskin

SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA

Tuesday, 25 October 2011

LABBAIKALLAA HUMMA LABBAIK 2

..klik..labbaikallah 1...

..Setelah musyrikin Mekah menghalang rombongan nabi saw di Hudaibiyyah dan selesainya Perjanjian Hudaibyyah... berlakulah dailog antara Umar ra dengan nabi saw...


Umar.."Ya Rasulullah, bukankah engkau memberitakan kepada kami bahwa kita akan keBaitullah dan bertawaf disana?
Rasulullah pun menjawab.." Benar, ya Umar, benar sekali, akan tetapi apakah aku beritahu tawaf itu pada tahun ini?
Umar.." Tidak, ya rasulullah".
Rasulullah pun bersabda.." Sesungguhnya kamu pasti akan datang kepadanya dan melakukan tawaf."


Kemudian nabi saw pun menyeru para sahabat,


 " Wahai umat manusia, sembelihlah kurban dan bercukur!"


 Akan tetapi tidak seorang sahabat pun menyahut seruan nabi saw. Sehingga kali ketiga, para sahabat tidak respond, baginda pun pergi menemui Ummu Salamah dan bertanyakan hal mereka. Ummu Salamah pun menjawab..


"Wahai Rasulullah,  jiwa mereka sedang dirasuk (sedih dan kecewa). Oleh itu jangan ajak mereka berbicara, akan tetapi sembelihlah binatang kurbanmu dan bercukurlah...pasti mereka akan mengikuti jejakmu".


 Maka nabi saw pun melakukan penyembelihan dan bercukur tanpa berbicara dengan para sahabat. Para sahabat pun melakukan perkara yang sama dalam keadaan diam (tidak ceria).
 Setelah itu, turun lah wahyu dari Allah swt...surah Al Fath..


 Sesungguhnya Kami telah memenangkan kamu dengan kemenangan yang nyata,supaya Allah mengampuni dosa kamu yang lepas dan yang akan datang serta menyempurnakan ni'matNya atas kamu dan memimpin kamu kepada jalan yanglurus dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat....


Bertanyalah salah seorang sahabat, " Wahai Rasulullah, apakah peristiwa ini merupakan kemenangan?"
Rasulullah saw menjawab, " Benar sekali! Demi jiwaku yang berada didalam genggamanNya, ini benar2 kemenangan!"



Pada tahun hadapannya, tahun ke 7 hijrah...mengikut perjanjian Hudaibiyah..dibulan zulqaedah, nabi saw beserta para sahabat ...melebihi 1000 orang..bertolak ke Mekah menunaikan umrah...UMRAH QADA'.
Baginda stationed 200 sahabat bersenjata, kira2 20km dari Mekah.
Para pemimpin Quraisy mengosongkan Mekah..para penduduk mekah, duduk diatas dataran tinggi dan di atap rumah mereka untuk memerhati rombongan kaun muslimin...


Ketika sampai diKota Mekah, nabi saw dan para sahabat pun mengucapkan talbiah..
LABBAIK ALLAHUMMA LABBAIK...( here i am, at your service, o Allah )


Nabi saw ketika itu mengendarai kudanya, Quswah..
Baginda terus mengucup Hajar Aswad, tawaf dan sa'i.Kemudian mereka lakukan kurban dan tahallul. Mereka tinggal selama 3 hari diMekah... azan dan solat berjamaah dihadapan Kaabah.....


Hari pertama, kaum muslimin diMekah, timbul khabar angin ..bahwa nabi saw dan para sahabat telah ditimpa wabak demam Yathrib.. beberapa orang musyrik pun duduk disudut berhadapan Hajar Aswad sambil memerhati kaum muslimin, untuk melihat kepincangan mereka ..


Allah swt menceritakan pada nabi saw tentang apa yang telah mereka perkatakan. Maka Rasulullah saw pun memerintah para sahabat untuk berlari2 kecil pada 3 kali tawaf pertama agar kaum musyrikin melihat kekuatan fizikal kaum muslimin..dan berjalan ketika diantara 2 sudut(rukun) dimana penglihatan kaum musyrikin dihadang..ini adalah untuk menyimpan tenaga dalam putaran2 seterusnya.Begitulah juga nabi saw memerintah para sahabat membuka kain ihram disebelah bahu untuk diperlihatkan kekuatan fizikal mereka..


Ibn Abbas berkata.." Nabi saw melakukan sa'i diBaitullah dan diantara bukit Safa dan Marwah agar orang2 musyrik dapat melihat kekuatan beliau." Hadith riwayat Imam Ahmad,Imam Muslim dan Nasa'i.


Setelah itu, ramai orang2 berpengaruh dari kalangan kaum musyrikin Mekah mengucap syahadah...diantara mereka...Khalid alWalid, Amru bin al-As...


Allahu Akbar...tiap musibah yang dikurniakan Allah sebenarnya hanyalah untuk menguji dan memantapkan iman kaum mu'minin...disebalik ujian itu Allah sediakan kemenangan..

Sekiranya ada diantara kita yang kecewa, tidak dapat menunaikan haji pada tahun ini...tak hairanlah..sebab para sahabat pun frust jugak sehingga memboycott perintah nabi saw...
>> ampunilah kami, ya Allah..