Sunday, 25 September 2011

MISTERI MIMPI unveiled..the IMAN way

Mimpi....Mimpi
lupa atau ingat..kita tetap bermimpi tiap hari..


Jika diformatkan ke mathematical formula hidup kita ini..jadilah ia begini..
Reality + Mimpi = Berjaga + Tidur = Kehidupun Harian



Ketika kita sedar, kita ada kehidupan..diisi dengan aktiviti2 fizikal..
Ketika kita tidur, kita berehat...diisi dengan aktiviti2 imaginary..


Rata2, kita terlalu dikongkong oleh sistem didikan sekular sehingga minda kita berat untuk menerima kebenaran dan hakikat keajaiban mimpi.Kita jarang  beri perhatian kepada mimpi kita..terlalu mysterious..illogical..tak penting..
Sebagai seorang yang beriman..Marilah kita kaji sedikit hal mimpi ini melalui ayat-ayat Allah, hadith2 nabi saw, pandangan2 sahabatnya, para tabi'in serta ulama’2 yang kita kasihi..so, ini dia..
AR-RUH...AL-IMAM IBNUL QAYYUM AL-JAUZI
..Surah Az-Zumar ayat 42..
Allah memegang jiwa (manusia) ketika matinya dan memegang jiwa (manusia) diwaktu tidurnya..lalu ditahanNya jiwa yang telah dimatikanNya dan dilepaskanNya jiwa yang lain2 hingga kewaktu yang dijanjikan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda2 kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.

>>maksudnya..ketika kita tidur,Allah keluarkan jiwa/roh kita dari jasad..macam mati laa..sehinggalah dikembalikan jiwa/roh itu ketika kita terjaga dari tidur.. <<
Dari Ibn Abbas ra,katanya..Telah sampai kepada ku berita bahwa roh orang hidup selalu bertemu roh orang mati diwaktu tidur, lalu mereka bertanya2 ..sehingga Allah menahan roh orang mati dan dilepaskannNya roh orang tidur kembali kejasadnya.
Bertanya Umar Al-Khattab ra kepada Ali bin Abi Talib..”Ya aba Hassan, ada orang suka pada seseorang padahal dia tidak pernah beri kebaikan kepadanya. Dan sebaliknya, ada orang membenci seseorang padahal orang itu tidak pernah berbuat jahat padanya“
Berkata Ali ra ..“Benar tu! Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda..Sesungguhnya roh2 itu bagaikan bala tentera yang ramai, mereka bertemu diudara sehingga mereka rasa bosan. Mana yang bermesra diantara mereka, bersatulah hati mereka..mana yang berselisih, niscaya berpecahlah mereka.”
>>maksudnya..instant liking atau instant dislike pada seseorang..ie..menyayangi atau membenci seseorang tanpa dipengaruhi akal (lebih kurang begitu la).. itu adalah disebabkan peristiwa ini<<


Bertanya Umar lagi..”Adakalanya seseorang sedang berbicara, tiba2 dia terlupa..kemudian diketika lain dia teringat semula..”
Berkata Ali ra..”Ya benar! Rasulullah saw pernah bersabda..Sesungguhnya diatas hati manusia itu, ada semacam awan, seperti awan yang menutup cahaya bulan..sedang kita melihat cahaya terang benderang bulan, tiba2  segumpulan awan hitam menyelubungi bulan, maka gelaplah bumi. Setelah awan itu beredar, sekali lagi  terang benderanglah bumi. Begitulah halnya dengan hati..sedang asyik ia berbicara, tiba2 datang semacam kegelapan menutupnya, maka terlupalah dia. Apabila terangkat kegelapan itu..maka dia akan teringat semula.”
Bertanya Umar lagi..”Adakala seseorang melihat sesuatu didalam mimpinya, adakah boleh dipercayai mimpinya?”
Berkata Ali ra..” Rasulullah saw bersabda..Tiada seorang yang tidur nyenyak melainkan rohnya melonjak naik kearah Arasy..sesiapa yang tersedar ketika rohnya masih diArasy, maka mimpinya boleh dipercayai.Dan sesiapa yang terjaga ketika rohnya jauh dari Arasy, maka mimpinya tidak boleh dipercayai.”
bersambung..

Wednesday, 21 September 2011

AIDILFITRI 2011



Posted by Maryam Musfirah Nordin

Assalaaamualaykum! 

...maka muncullah lagi saya di kertas yang sama~ macam blog sendiri pulak jadinye... mana taknye, dah dijadikan amanah untuk berceloteh di “titik blog” ibunda nih..

*mayam buat ni,mak…mayam buat niih!! XD*

So, ada apa dengan RAYA 2011??  Macam-macam ada~!

 Raya kali ni lebih kurang sama dengan raya2 yang lepas.Cuma ada satu kelainan atau mungkin boleh dikatakan penambahan?? 

YEzza~! Inilah ceritanya…eh,xde cerita pun..gamba je..hehe..

Pagi raya, plan awal2 sebelum bertolak balik ke Kg Manjoi, Jelapang, Ipoh ialah untuk ziarah kubur arwah anek selepas solat sunat raya aidilfitri. Yang dapat join, just family Angah n kami yang bujang2 ni ha..yang lain sume da balik ikut isteri2 tersayang ke kampung halaman mereka..uhuhu~

.. So tunggu la angah pagi tu dari PJ.. dah solat raya dan setel  makan2 sume, gerak la pi ke kawasan perkuburan Ulu Klang..dekat masjid Ar Ridwan.

Bukan promote bag..ada banyak buku Yasin dalam tu! ..kat belakang kami tu kubur arwah.*tak nampak sebab kami beSAU~*


    Anas !! simpan lidah dalam mulut..Baca al-fatihah untuk paknik..

Walaupun raya kali ini terasa kehilangan yang teramat sangat, namun hidup mesti diteruskan. 

Yang pergi takkan kembali..tapi kenangan bersama, masih di hati..in loving memory....eh, macam bermadah pulak..


 Secara jujur, inilah kali pertama kami menziarahi kubur pada pagi raya. Even ibunda pun jarang membawa kami ziarah kubur atuk, *ade la sekali kot, time sekolah menengah rasanya*


 Alhamdulillah, bila kita sentiasa ziarah kubur, kita akan rasa betapa dekatnya kematian. Lagi2, bila tiap kali kita datang, ada je kubur ditambah yang masih fresh tanahnya di sekeliling, sepanjang ramadhan

 
Sepanjang raya hari tu, asyik terkenang gelagat arwah..bila teringat.. semua kesenyuman .. yelaa..pak lawak antarabangsa !..nyaman..rasaaa rindu...gugur juga beberapa titis air hujan. 

Semoga roh arwah sentiasa dilimpahi rahmat dan berada di kalangan orang2 soleh. Ameen~

 And Thank you,Allah, mengurniakan kepada kami seorang dari hambaMu yang sangat istimewa..walaupun buat seketika..

Syukran, syukran, ya Rabbana..




Then, Ipoh Mali~!

Sampai je rumah opah, jumpa maksu sefamily, dok tunggu kami...nak suroh raso lomang nya...fuih! meleleh abes!!

Depa dok menanti kami dari malam... sekali kami tak jadi balik malam tu, abeh muncung memanjang maksu kami tu....

haish..sorry morry la maksu ek??? hehehe..


Raya kedua, kami dijemput beraya ke rumah atok kakDe dekat2 dengan lapangan terbang..

..ntah.jangan tanye kat mane..xde airport pun teman tengok..

..seperti biase,makan manyak Masyuuuuk woo~

adoi..anak sapo ni, makan mcm tikuih?? penuh pipi!


uda..host..sedang layan tetamu vip

Eh! lupo nak kabo..Ayahanda takdo time ni. Ta'mau ikut kami.. kata dia, nak pi openhouse kengkawan surau kat KL..geng2 pencen..

..so ibunda pun buat lagak macam bujang, konon muda.kekeke...rayo2 ni..ampun maaf, ibunda.

Raya ketiga baru ayahanda datang, pi Kelantan esoknya..ikut lebuhraya Grik..sebab ado seseorang tu, tak sabau2 nak ikat tali~
Hensem ka?? eh jaga mataaa..dah berpunyo ~


haih..banyak lagi teman nak ceghita.. tapi nanti penuh page ni..biasa la raya~ kalo boleh sebulan tu nak raya pi sana sini, ye dak? hehe..nafsu semata-mata! Astaghfirullah~


wokeyh la! nak study~ nanti kena sound dengan ibunda..ya ampun!!

 orait orait..anak mak nak study la nih..nak pi dah ni..~

Wassalam.


Cucu2 Opah!! Bila la nak tambah lagi se..?

 
Ade style jadi camera-girl~

jejaka idaman malaya


 Phamilya~ Weehee~!
 OOOPs!! 

nanti dulu...nak tengok bakat terpendam yang memang "WALAWEY!!" ??

Anda yakin anda boleh lakukan perkara yang sama?? hehehe...

Hanya segelintir sahaja yang boleh lakukannya! Anda boleh??


..maka kalahlah anda dengan kanak2 ribena..

SAKSIKAN..

Tajuk Karya: Opahku Sayang..   Hasil Karya : Anas Muqaffa..  Effect : radial blurrr

Hadiah hari jadi opah...2 september..


SALAM AIDIL FITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN





Tuesday, 20 September 2011

GOOD-BYE DUNIA...forever..part 5

>> from part 4

Roh melihat tempatnya disyurga..

gambar perhiasan saja


















Didalam riwayat lain, Rasulullah saw menceritakan kisah  roh ketika di Arash...

Dari Ibn Abbas ra, dia berkata..Sekali peritiwa ketika Rasulullah saw sedang duduk2, baginda membaca ayat berikut :

 "...dan sekiranya kamu melihat orang2 yang berdosa itu didalam penderitaan sakaratul-maut, dan para malaikat mengembangkan tangan2 mereka, sambil berkata..Keluarkanlah nyawa kamu!..pada hari ini, kamu dibalas dengan azab yang hina disebabkan kamu mengatakan perkara2 yang tidak benar terhadap Allah dan kamu menyombong diri terhadap ayat2 Allah."   (surah Al an'am :93)


















Kemudian baginda saw bersabda :

"Demi jiwa Muhammad yang berada didalam genggamanNya! tiada satu jiwa yang berpisah dengan dunia  melainkan dia dapat  melihat tempatnya di syurga dan neraka. Ketika itu para malaikat akan berbaris dua barisaan antara Timur dan Barat, wajah2  mereka bercahaya seperti matahari..lalu dia melihat kepada mereka...di tiap tangan mereka, ada kain kafan, dan wangian.

Jika dia itu seorang mu'min, mereka akan mengembirakannya dengan masuk Syurga, seraya berkata :

"Keluarlah wahai jiwa yang baik, kepada keridhaan Allah dan syurgaNya. Sesunggunnya Allah telah menyediakan untuk kamu satu kemuliaan yang mana ianya lebih utama dari dunia dan segala isinya."

Mereka terus-menerus mengembirakannya dan mengalu2kannya, sedang sikap mereka lebih lembut dan lebih penyayang dari seorang ibu kepada anaknya.

Kemudian, mereka pun menarik rohnya dari bawah setiap kuku dan tulang-belulangnya, lalu matilah satu demi satu anggota2 itu dengan senang, walaupun kamu melihat keadaannya amat sukar sekali, hinggalah sampai ke kerongkongnya.
.
Baginda saw menyambung :

Disitu, amat berat sekali keluarnya roh dari jasad, lebih berat dari keluarnya bayi dari rahim ibunya..maka tiap malaikat berebut2 hendak menariknya, sehingga malakat-maut menguasai penerimaannya..

Baginda saw pun membaca firman Allah:

" Katakanlah: kamu akan diwafatkan oleh malaikat-maut yang telah diserahkan untuk kamu... kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan." (As Sajdah: 11)

Malaikat-maut menyambut roh itu dengan kain kafan yang putih, lalu dirangkul roh itu ketubuhnya, dimana rangkulan itu lebih erat daripada rangkulan seorang ibu kepada anaknya.

Kemudian, tercium dari roh itu, bauan yang sangat wangi dari bauan misk, lalu para malaikat berkata : 

Selamat datang..dengan jiwa yang baik dan roh yang baik. Ya Allah ya Tuhan kami, turunkanlah rahmat Mu keatas roh ini, dan  keatas jasad yang ia keluar daripadanya !.

Para malaikat itu pun membawanya keatas, sedang Allah azzawajalla punyai ramai makhluqNya diudara, tiada siapa pun yang mengetahui bilangannya selain Dia. Wangi-wangian tadi merebak dan dihidu oleh semua makhluq2 itu, lalu mereka terus-menerus memohon rahmat Allah untuknya dengan penuh perasaan gembira.

Pintu2 langit pun dibukakan untuknya, lalu dipohon rahmat setiap malaikat yang dilalui oleh roh itu sehigga dia menghadap Allah azzwajalla..maka akan sujudlah para malaikat..dan sesudah itu akan bersujudlah roh..lalu Allah azzawajalla menyambutnya :

"Selamat datang, wahai jiwa yang baik  dari jasad yang baik."

Tatkala Allah azzawajalla mengatakan saja "Selamat datang!" niscaya setiap makhluk-Nya akan mengucapkan ucapan yang sama, dan ketika itu akan terhapuslah dari roh itu segala yang menghimpitkannya (penderitaan didunia).

 Kemudian Allah berkata pada jiwa yang baik itu:

Masukkanlah dia ke dalam syurga, dan tunjukkanlah kepadanya tempatnya di dalam syurga! Kemudian nampakkanlah kepadanya apa yang telah Aku sediakan untuknya dari segala macam penghormatan dan kenikmatan! Kemudian kembalikanlah dia ke bumi, sebab Aku telah putuskan bahwasanya Aku telah menciptakannya daripada tanah, dan kepadanya Aku akan kembalikannya, dan daripadanya juga Aku akan keluarkannya sekali lagi.

Sambung baginda saw lagi:

 "Demi jiwa Muhammad yang berada di dalam genggamanNya.. ketika itu, jiwa itu sangat sukar untuk dikeluarkan daripada syurga, sesukar ia hendak dikeluarkan daripada jasadnya."

Jiwa itu terus protes : "Kemana kamu (wahai para malaikat) hendak membawa aku lagi? Apakah kepada jasad, yang baru tadi aku keluar daripadanya?"

Jawab para malaikat: " Kami diperintahkan untuk berbuat begitu, dan tidak boleh tidak kamu mesti kembali kepadanya."

Maka para malaikat pun membawanya turun... ketika itu, jasadnya baru saja habis dimandikan dan dikafankan, maka mereka pun memasukkan roh itu ke dalam jasadnya dan diantara kafannya....

















Wednesday, 14 September 2011

ISTAWUU..ALLIGN YOURSELVES



In a program called ,ONE FAMILY on MAJD channel,  the speaker was
Dr.Yahya Alyahya, head of the 'Call to Islam Committee
'.

He said that Muslims are never disorganized; they just need to be CONVINCED
.
 
Then he told a story of a non-muslim American,who was discussing about Islam with him while watching live on TV, the Broadcast of Salat Isya in Masjidil Haram.


The American   man was amazed of the crowd in the masjid... more than 3 million muslims were there on the last night of the holy month of Ramadan..


..so crowded.. so disorganized.

The sheikh asked the American, "How long do you think they'll take to organize themselves in rows and start the Salaat?" 
He answered: at least 2-3 hours. 

The sheikh said: but the masjid has four floors. 
The man said: 
Oh, then it will be about 12 hours.

The sheikh saidput in your mind that they are from countries all over the world with different languages. 
The American man said:


 Then it'IMPOSSIBLE TO ORGANIZE THEM BY ANY MEANS!!

Then the Salaat time cameand sheikh Sudais of Makkah stood up and said... 

ISTAWUU... 
......within seconds.. the whole scene changed and the crowd of million Muslims arranged themselves in well-organized rows in NO TIME !!

 


The American man stared at the TV screen for momentand then said..

ASY HADU AN LA ILAHA ILLA ALLAH

WA ASY HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH

  



Didalam surah Al Anfal : ayat 24, Allah berfirman,
...dan ketahuilah sesungguhnya Allah membatasi manusia melalui hatinya..
...and know that Allah cometh in between a man through his heart....

Didalam surah Al Baqarah : ayat186, Allah berfirman,
...dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Rasulullah saw), tentang Aku, maka sesungguhnya Aku sangat dekat..
...and when my servants ask Thee concerning Me..I am indeed close to them..

Didalam surah Al Qaf (50) : ayat 16, Allah berfirman,
...dan sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan hatinya..dan kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya..
...and it was We who created man..and We know the whispers in his heart..for We are nearer to him than his jugular vein..
  

Monday, 12 September 2011

ZAKAT YANG DIRINTIHI..

...Kisah salah seorang dari 12 individu yang dikaitkan dengan isu murtad baru-baru ini.Mereka ditangkap ketika didalam gereja.
Sedih mendengar ceritanya.

Menurutnya, dirinya seorang janda yang ditinggalkan suami. Terpaksa menanggung hidup tiga orang anak. Dalam kesempitan hidup yang amat, diminta keluar dari rumah sewa dan tenat mencari sesuap nasi untuk diri dan anak-anak...dia pergi merintih di pejabat zakat.

Dia tidak dilayan. Bahkan pegawai bertugas dengan tegas memberitahunya peruntukan sudah habis. Rayuannya tidak diendahkan. Dia keluar berusaha lagi. Dia berjaya mendapatkan surat sokongan ahli politik.

Kembali ke pejabat zakat membawa surat tersebut.. terus sahaja dia mendapat peruntukan zakat. Peruntukan yang kononnya sudah habis sebelum itu, kembali ada untuknya.

Dengan berbekalkan wang zakat itu dia berusaha untuk survive. Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat...juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit.

Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin, maka ada rakan sekerja yang beragama kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan.

Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya..dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil...memerlukan makanan dan perlindungan. Pihak gereja membantu keperluan hidupnya. Diberikan wang serta menziarahi keluarganya.

Mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan 'mesra dan sayang'.

Hatinya terpaut dengan kehalusan budi. Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya.

Bagaimana mungkin untuk dia merasai kehebatan Islam di saat penganut yang seagama dengannya tidak memperdulikannya. Bahkan enggan membantunya. Bagaimana pula dia dapat melihat kesilapan pihak gereja secara lahiriahnya sedangkan ternyata merekalah penyelamatnya?

Orang mungkin berfalsafah dan berceramah secara retorik, namun jiwa insani dipengaruhi  apa yang dirasai hati. Sakit demam anak-anaknya..pihak gereja yang mengambil berat.
Makan-minum mereka..pihak gereja yang membiayai. Bahkan keperluan rumah juga diberikan satu persatu.

Menurutnya, dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya. Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Baginya..semua itu untuk survival.


Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja. Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja.

Menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja. Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi.

Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama Islam mengetahui dia ke gereja, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar. Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media, barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat.

Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu.

Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi. Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya.

Terkapai-kapai ketika itu...pihak gereja jugalah yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut.

Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang.

Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan 'tukaran'.

Semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan, dia berada dalam gereja berkenaan bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya.

Walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad, cumanya ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad.

Alhamdulillah dia masih kekal dengan keislamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup. Terus-terang dia sebut "semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya."

Menurut dia, memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan. Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit Aids dan juga muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan.

Apa lah yang hendak dihairankan sangat kerja2 mengkristiankan orang ramai?... memang itulah tabiat orang2 agama.. yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan... kerana itu memang tanggung-jawab gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam ! !

Yang pelik itu... apabila ada negara Islam yang rakyatnya memiliki PhD dan sarjana dalam pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan..tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam ! !


Salahkan gereja?

Jika kita ingin melepaskan diri, mudah sahaja, kita letakkan kesalahan ini kesemua di pihak gereja. Kita tuduh merekalah punca segalanya. Kemudian kita buat demonstrasi, kita bakar semangat orang awam untuk bangun menentang gereja yang melakukan aktiviti bantuan dan 'dakwah'.

Adapun kita yang tidak membantu dan berdakwah ini, tidak perlulah disalahkan. Begitukah kita? Supaya orang dapat melupakan kesilapan kita, kita letakkan segala dosa ke atas orang lain.

Cubalah bayangkan jika ada sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga yang besar dan kaya tiba-tiba salah seorang ahli rumah itu lari ke rumah jiran atas atasan tidak diberikan perhatian dan mendapat perlindungan serta makanan.

Sementara si jiran sebelah pula menghulurkan bantuan dengan pelbagai tawaran. Apakah suatu penyelesaian yang tuntas dengan hanya kita mencadangkan agar dibakar rumah jiran, atau ditangkap si jiran atau dihukum si jiran kerana mempengaruhi ahli keluarga kita.
Dalam masa yang sama kita, kita tidak persoalkan tanggungjawab kekeluargaan yang kita abaikan selama ini.


Zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih satu bilion. Itu setiap tahun.


Cari, bukan tunggu penerima zakat

Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah. Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Tiba-tiba si miskin kita terpaksa merintih simpati dari gereja?


Sesetengah pegawai zakat bersifat begitu materialistik.
 Berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tetapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat. Tiada semangat dakwah dan ukhuwah Islamiah.




Pemohonan...sulit dan sukar. Apatah lagi jika mak cik tua yang uzur disuruh mengisi borang. Maka, pemohon zakat bagaikan peminta sedekah. Sebab itu barangkali ramai fakir yang tidak sanggup ke pejabat zakat.

Jika program "Bersamamu" boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula pihak zakat gagal mengesan mereka. Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat.

Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pihak zakat. Menurut al-Quran, yang miskin tidak meminta itu lebih patut diutamakan.

Firman Allah (maksudnya): "(Pemberian infaq itu) adalah untuk golongan fakir miskin yang terikat dijalan Allah(oleh jihad..berkhidmat,mendalami agama,membela Islam..), yang tidak upaya berusaha (..keadaan hidup yang sangat terdesak) dimuka bumi... orang yang tidak mengetahui menyangka mereka kaya, kerana mereka memelihara diri dari meminta-minta. Kamu kenal mereka dengan (melihat) sifat2 mereka, mereka tidak meminta daripada orang secara mendesak, dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang baik maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya". (Surah al-Baqarah ayat 273)


Berilah zakat kepada mereka, kerana itu memang hak mereka. Jangan jadikan mereka pengemis di pejabat zakat. Berilah dengan kasih mesra dan perancangan yang sistematik agar mereka keluar dari kemelut kemiskinan.

Kata Saidina 'Umar RA: "Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka."
Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): "Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini." (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut:Dar al-Kutub al-'ilmiyyah).
Bahkan zakat boleh diberikan kepada bukan muslim yang miskin atas peruntukan fakir dan untuk dakwah atas peruntukan muallaf. Lihatlah perbahasan fekah yang lebih luas.


Jika zakat berfungsi, non-muslim akan tertarik dengan Islam.


Jika zakat tidak berfungsi, yang sudah Islam pun..ingin keluar dari Islam!


Saturday, 10 September 2011

GOOD-BYE DUNIA....forever.. part 4

>>from part 3
Roh orang kafir disoal Munkar dan Nakir..

Kemudian roh itu akan dihumban kebumi.
 Rasul saw membacakan firman Allah swt..surah Al Haj : 31,
"Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka adalah ia seolah2 jatuh dari langit , lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ditempat yang jauh."

Kemudian roh itu dikembalikan kejasadnya, dan datanglah dua malaikat, Munkar dan Nakir, duduk disisinya dan bertanya kepadanya : Siapa Tuhan kamu?
Dia akan menjawab : Aku tak tahu.
Malaikat akan tanya lagi :Siapa manusia yang diutus kepada kamu?
Dia akan menjawab : Aku tak tahu.

Ketika itu akan terdengar satu suara dari langit ...HambaKu ini seorang pendusta! Hamparkan baginya neraka, dan bukakan baginya pintu keneraka.

Maka tiba2 datanglah kepadanya kepanasan dan bahang.. dan kuburnya mula menghimpitnya..hingga berkecailah tulang belulangnya.
Kemudian datanglah kepadanya seorang yang berwajah buruk, berpakaian buruk dan bau yang amat busuk seraya berkata:
Terimalah segala yang mencelakakan kamu! Inilah hari yang pernah dijanjikan kepada kamu!
Dia pun bertanya : Siapa kamu? Wajah kamu adalah wajah yang membawa kecelakaan!
Orang itu menjawab : Akulah amalan jahat kamu !
Maka dia pun memohon : Ya Allah, Janganlah kau datangkan Kiamat itu !
(Hadith riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud...dan disetujui semua golongan ahli sunnah dan ahli hadith)

Dari Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah saw telah bersabda,
...adapun sikafir itu, apabila dicabut nyawanya dan setelah dicampak kebumi, akan berkata seisi bumi :
"Kami tak pernah menghidu bauan sebusuk ini."
....Lalu dibawa roh itu kebumi yang paling bawah.

>> bersambung part 5

Thursday, 8 September 2011

GOOD-BYE DUNIA....forever..part 3

>> from part 2
Roh mu'min disoal Mungkar dan Nakir..


Rasulullah saw pun membaca ayat berikut.. surah To Ha: ayat 55
"Daripadanya (tanah) Kami ciptakan kamu, dan kepadanya Kami kembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi."
Bersabda Rasulullah saw ,

Apabila mayat seorang mu'min itu diletakkan pada lubang lahadnya (kuburnya), maka akan berkata bumi kepadanya:

"Sesungguhnya kamu amat dicintai semasa berada diatas dadaku, kini kamu berada didalam perutku... akan ku tunjukkan kepadamu apa yang akan ku lakukan kepadamu !"

 Maka bumi pun melapangkan baginya tempat didalam kuburnya sepanjang mata dapat memandang.


..kembali kepada kisah roh tadi..
Kemudian roh itu akan dikembalikan kejasadnya.Maka akan datang kepadanya dua malaikat (Munkar dan Nakir) dan duduk disisinya, seraya bertanya kepadanya :


Malaikat :"Siapa Tuhan kamu?"
Dia akan menjawab : "Tuhanku ialah Allah."
Malaikat : "Apa agama kamu?"
Dia akan menjawab : "Agamaku adalah islam."
Malaikat : "Siapa yang telah diutuskan kepada kamu?"
Dia akan menjawab : "Dia ialah Rasul Allah."
Malaikat : "Apa yang kamu tahu tentangnya?"
Dia akan jawab :"Aku telah membaca kitab Allah, lalu aku percaya dan membenarkannya."

Ketika itu terdengar satu seruan dari langit :

"Memang Benar kata hambaku itu ! Bentangkan untuknya hamparan dari langit dan bukakanlah untuknya pintu Syurga!"

Maka ketika itu akan tercium olehnya segala bauan yang wangi dari syurga dan kuburnya pun akan dilapangkan sepanjang2 mata memandang.

Kemudian akan menjelma seorang pemuda tampan, berpakaian indah dan berbau harum, lalu berkata kepadanya : "Bergembiralah kamu dengan apa yang menyenangkan hati kamu !
Inilah hari yang dijanjikan kepada kamu !"

Dia pun bertanya : "Siapakah kamu? Wajah kamu adalah wajah yang membawa kebaikkan."

Pemuda itu menjawab : "Aku adalah amalan soleh kamu."

Kemudian dibukakan baginya pintu keSyurga, maka dapatlah dia melihat tempat tinggalnya dan rumahnya dari kuburnya itu, hingga keHari Kiamat.

Dikatakan kepadanya.."Berehatlah dengan senang hati.."

Ketika itu dia akan merasakan tiada yang lebih dicintainya daripada ketibaan Kiamat.. 

>>bersambung...part 4