Friday, 30 March 2012

ITTAQILLAH












Dahulu kala..pada zaman nabi saw dan khulafa' ar raasyiduun..
Para sahabat rhm, apabila melihat sahabat2 yg leka atau lalai..mereka akan peringatkan sahabat itu...'ITTAQILLAH..'..yg bermaksud..fear Allah, takutlah kepada Allah. 

Oleh kerana para sahabat, adalah penyuluh jalan..wajarlah kita juga mengikut jejak langkah mereka..jangan takut utk menegur teman2 kita..mereka perlu reminder kita, suka tak suka..nanti satu hari mereka akan berterima kasih pada kita..

Dulu2, masa aku student.. setelah mendapat hidayah, terus aku dakwah, peringatkan juniours ku..mereka jenis yg tak makan saman..maklum laa, muda lagi,nak enjoyyy je..baru sampai negara orang putih pulak tuu..tapi aku tak pernah give-up...

Setelah lebih 20 tahun, aku jumpa semula mereka..mereka dah berubah!!!..rupanya..setelah aku kembali ketanah air ..mereka rasa kehilanganku dan leteran ku (ehem)..terus mereka amalkan nasihat2ku...

Alhamdulillah..  Kalau budaya ini hidup..kita juga akan sentiasa mendapat peringatan dari teman2 kita..kan bahagia hidup kita dunia akhirat ?!!

Firman Allah swt didalam surah Al Hasyru ayat 18

Wahai orang2 beriman, takutlah kepada Allah! Dan hendaklah tiap diri manusia itu melihat apa yg telah disediakan utk dirinya pada hari esok (hari kiamat). Takutlah kepada Allah! Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Di akhirat nanti,
..Para malaikat, langit dan bumi, siang dan malam akan menjadi saksi..
..Seluruh anggota badan akan menjadi saksi amalan2 buruk dan baik, taat dan maksiat..

..Bumi akan menjadi saksi
     - pada para mu'min, bumi akan berkata..' dia telah solat, puasa, haji, berjihad diatas perutku..'
     - dan pada para pemaksiat..'bumi akan berkata..' dia telah musyrik, zina, minum arak, makan haram diatas perutku.'













Diceritakan..
Pada suatu hari, nabi Daud as sedang duduk ditempat ibadatnya..tiba2 ia ternampak seekor ulat merah..maka terdetik dihatinya..

' Apa kiranya kehendak Allah keatas ulat ini? '

Tiba2 dengan kehendak Allah, ulat itu bersuara..

'Wahai nabi Allah ! Disiang hari Tuhanku ilhamkan padaku membaca..subhanallah walhamdulillah walaa ilaha illallah sebanyak 1000x.
Sedang dimalamnya, Tuhanku ilhamkan padaku membaca.. Allahumma salli 'ala muhammadinin nabiyil ummiyi wa'ala aalihi wasahbihi wasallam.. sebanyak 1000x. Lalu apa yg dikau baca hingga aku ingin mengambil faedah daripada mu? '

Nabi Daud as merasa amat kesal menghina ulat itu..lalu bertaubat..

Diceritakan juga..Nabi Ibrahim ketika teringat kesalahan2nya yg lalu..berasa sedih dan risau..
Kemudian Allah swt mengutus jibril as kpdnya seraya berkata..

'Allah kirim salam kepadamu dan berfirman..' Adakah kamu lihat seseorang yg takut pada kekasihnya?'

Kemudian Jibril berkata..
' Jika aku teringat kesalahanku dan takut siksaanNya..maka lupalah aku bahwa aku kekasihNya.'



\








Orang mu'min itu..seluruh anggota badan nya sangat takut kepada Allah.
Mengikut al Laits..Tanda2 takut pada Allah, kelihatan dalam 7 anggota badan...

1..Pada lisannya..
Dia menghindar dari berdusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap..Malah menyibukkan diri dgn zikir, membaca Quran dan muzakarah ilmu.


2..Pada hatinya..
Dia membuang perasaan permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap teman2nya.
     Bersada nabi saw..Hasad dengki menghapus amal saleh sebagaimana api membakar kayu.

3..Pada penglihatannya..
Dia tidak suka memandang maksiat dan perkara2 yg haram dan tidak terpikat pada dunia..nabi saw bersabda.. ' barangsiapa yg memenuhi matanya dengan perkara haram, kelak Allah akan memenuhinya dgn api neraka..'

4.. Pada perutnya..
Nabi saw bersabda..' Sesuap barang haram yg memasukki perutnya..maka seluruh malaikat dilangit dan dibumi akan melaknatinya selama barang itu berada diperutnya. Jika ia mati dalam keadaan demikian..maka tempatnya dineraka.'

5..Pada tangannya..
Dirawikan dari Kaab akhbar..'Sesungguhnya Allah swt telah mencipta bangunan dari zabarjud hijau..didalamnya ada 70 ribu aula..setiap aula punyai 70 ribu pondok..tidak siapa yg boleh masuk kecuali orang2 yg ditawarkan barang haram..namun ia menolak kerana takut kpd Allah.

6..Pada kakinya..
Melangkah hanya utk taat kpd Allah..mencari keredhaannya serta utk bergaul dgn para ulama' dan orang2 soleh.

7..Pada ketaatannya..
Dia menjadikan ketaatannya hanya utk mendapat redha Allah..takut pada riya' dan kemunafikkan


















Rasulullah saw bersabda..

' Sesungguhnya Allah swt mencipta malaikat..sebelah sayapnya mencapai bumi bahagian timur..yg sebelah lagi mencapai bumi barat..kepalanya dibawah arasy dan kedua kakinya didasar bumi ke7..mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk Allah.

Ketika seorang lelaki atau perempuan dari umatku berselawat kepadaku..Allah perintahkan malaikat menyelam kedalam lautan Nur dibawah arasy..

Malaikat itu kemudian keluar..mengibas2 sayapnya sehingga setiap bulu menitis setitis Nur..Dari setiap titisan itu..

Allah jadikan malaikat yang memohon keampunan bagi orang yg berselawat itu sampai hari kiamat.'













Kata Hukama'..
Keselamatan jasad terletak pada sedikitnya makan..
Keselamatan roh terletak pada sedikitnya dosa..
Keselamatan agama terletak pada selawat keatas nabi saw..



Atikel ini dipetik dari buku MUKASYAFAH AL-QULUB..imam al Ghazali..bertajuk Takut kpd Allah swt.

Semuga jadi peringatan dan panduan untuk kita...salaam

1 comment: