Wednesday, 7 May 2014

HALAL TURKEY FOR NON MUSLIM AMERICANS?














MASYA ALLAHU KAANA...ini lah satu keajaiban Allah...
..dibukakan Nya pintu hati hamba2 Nya
..tetiba Non - Muslim Americans prefer makan ayam belanda di sembelih secara islam....










klik....obama-in-malaysia.html



Friday, 2 May 2014

Fahami TPPA


Presiden Obama dalam ucapannya beberapa hari lepas di Universiti Malaya berkata ;

MALAYSIA tidak akan maju selagi Malaysia tidak memberikan PELUANG yang sama rata kepada semua kaum dan agama di Malaysia ini.





SHAH ALAM 24 APRIL:.


Warganegara asing di negara ini bebas memiliki hartanah termasuk hartanah kediaman di negara ini apabila Kerajaan Malaysia bersetuju menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) nanti..

Mantan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakob berkata, ini berlaku apabila perjanjian itu tidak membenarkan sebarang sekatan kepada warga dan pelabur asing di negara ini untuk memiliki hartanah dengan menikmati keistimewaan yang sama dinikmati warga tempatan.

“Kedatangan Barrack Obama adalah untuk memastikan Malaysia tandatangani TPPA ini.


Di bawah TPPA rakyat Amerika, Jepun dan negara lain bebas membuat perniagaan dan membeli apa-apa sahaja di dalam negara itu.


“Tentunya salah satu yang jadi tumpuan mereka adalah melabur dalam pemilikan hartanah termasuk perumahan.


“Ini akan menolak harga ke atas.Harga hartanah jadi lebih tinggi, rakyat sendiri kena bersaing dengan pelabur asing yang mempunyai kewangan yang lebih baik untuk memiliki hartanan di negara sendiri,” kata Dr Rosli ketika dihubungi Selangor Kini di sini hari ini.


Beritahu beliau lagi, kouta dan keistimewaan potongan tujuh peratus yang dinikmati kaum Bumiputra dalam pembelian hartanah pada masa ini juga bakal terhakis sekiranya TPPA dilaksanakan selaras dengan dasar Layanan Adil dan Sama Rata (FET).


Mengulas kedatangan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama, Dr Rosli berkata lawatannya itu bagi memastikan Kerajaan Malaysia bersetuju menandatangani perjanjian TPPA.


“Rakyat kena sampaikan mesej kepada kerajaan, kita tolak kerana TPPA boleh gadaikan kedaulatan negara.“Jangan biarkan negara dijadikan alat politik dalam agenda Amerika untuk mengekang kemaraan ekonomi negara China di persada dunia,” kata Dr Rosli lagi.


KLIK...whats-wrong-with-the-tppa
klik..obama-in-malaysia.html