Friday, 5 December 2014

Fadhilat Selawat ..

 بسم الله الرحمن الرحيم                                                     

اللهم صل على محمد وآل محمد                                             



.Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi(1). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya(2).”  (Surah Al-Ahzab: 56).

Mengikut tafsir ibn Kathir..berselawat ertinya.. 
1.Kalau dari Allah bererti memberi rahmat 
2.Kalau dari malaikat bererti meminta keampunan 
3.Kalau dari orang-orang yang beriman bererti berdoa supaya diberi rahmat 

 Mengikut Abul ‘Aliyah..
صَلاَةُ اللَّهِ ثَنَاؤُهُ عَلَيْهِ عِنْدَ الْمَلاَئِكَةِ

“Salawat Allah adalah pujian-Nya kepada baginda saw di hadapan para malaikat.” HR. Bukhari no. 10

Siti Aisyah ra. berkata..

 “Sesiapa yg mencinta Allah Taala, maka dia banyak menyebutNya dan hasilnya ialah Allah akan mengingati dia, juga memberi rahmat dan keampunan kepadanya, serta memasukkannya ke syurga bersama para Nabi dan para wali. Dan Allah memberi kehormatan juga kepadanya dengan melihat keindahan-Nya. 

Dan sesiapa mencinta Rasulullah SAW maka hendaklah ia banyak membaca selawat untuk Nabi SAW, dan hasilnya ialah ia akan mendapat syafaat dan akan bersama Rasulullah SAW di syurga.”
.
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda

“Sesiapa yg membaca selawat untukku kerana memuliakan ku, maka Allah Ta’ala akan mencipta dari kalimat (selawat) itu satu malaikat yang mempunyai dua sayap, yang satu di timur dan satu lagi di barat. Sedangkan kedua-dua kakinya di bawah bumi sedang lehernya memanjang sampai ke Arasy. Allah Ta’ala berfirman kepadanya: “Bacalah selawat untuk hamba-Ku, sebagaimana dia telah membaca selawat untuk Nabi-Ku. Maka Malaikat pun membaca selawat untuknya sampai hari kiamat.”

 Antara hadis-hadis lain yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah SAW ialah..
  1. “Barangsesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. “ (Riwayat Tabrani)

  2. “Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali.  Dan sesiapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka.  Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid.” 
  3. [Riwayat At-tabrani].
 .
  1. ” Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku, maka aku mendengarnya. Barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” 
  2. (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).
 .
  1. “Sesungguhnya orang yang dekat kepadaku daripada kalangan kamu pada hari kiamat pada setiap tempat aku berada ialah orang yang lebih banyak berselawat kepadaku di dunia.”

Tiada seseorang pun yang memberikan salam kepadaku (setelah kewafatanku),melainkan Allah mengembalikan rohku sehinggalah aku dapat menjawab salam orang itu.”

 HR Abu Daud dan Ahmad,Riyadus Solihin -1398,Sahih menurut Imam Nawawi 

“Barangsiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” 

 Sahih Muslim-0408

“ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.”  HR An-Nasaie-1271 

“Seutama-utama manusia dengan aku di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” 
HR At-Tirmizi-0483 dan beliau berkata hadith ini adalah hasan Gharib. Riyadus Salihin -1395 ]
Hadith Sahih. Hussain bin Ali memberitakan daripada ayahnya Ali bin Abi Talib (ra)

.. bahawa Rasulullah (saw) telah bersabda :


”Apakah tidak lebih baik aku khabarkan kepada kamu tentang orang yang dipandang sebagai manusia yang paling bakhil?

”maka kami(para sahabat) menjawab : “Baik benar Rasulullah!
” Maka Rasulullah (selawat Allah dan salam ke atasnya) meneruskan: 
“ Orang yang disebut namaku di hadapannya, maka tiada ia berselawat kepadaku, itulah manusia yang paling bakhil.!”
[HR At-Tirmizi,Misykat Al-Masbih-3/299,no : 311.Riyadus Salihin -1440. Imam At-Tirmizi berkata hadith ini adalah sahih. Juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Ibnu Hibban dan Al-Hakim ]
Hadith Hasan. Ali bin Abi Talib (ra) berkata :

 “Doa seseorang itu terdinding (terhalang) sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya.”
[ kitab Al-Mu’jam Al-Ausat oleh Imam Ath-Thabrani. Hadith Hasan

 “Tiadalah suatu kaum berada di sesuatu majlis di mana mereka tidaklah menyebut nama Allah dan mereka tidak pula berselawat ke atas Nabi mereka.melainkan mereka pasti akan 
 ditimpa penyesalan di hari Kiamat; sekali pun mereka dapat memasuki syurga bagi pahala amalan-amalan lain yang mereka kerjakan.”  
[Musnad Imam Ahmad. Disemak semula sebagai Sahih oleh Imam Al-Hakim, Adz-Dzahabi dan Al-Haitami]