Sunday, 25 December 2011

RUMAH BERHANTU



Kisah seram dan suspen ni ku petik dari blog anakku...kisah pengalamannya berkongsi rumah dengan hantu dll...mana ada orang yang tak takut bila berdepan dengan hantu..tapi kreatifnya anakku ni...cerita berat menjadi ringan..
Setelah lama menyelami selok-belok dan memahami kekuatan dan kelemahan hantu2 ni... now.. alam hantu dan jin ni jadi gedung toysrusnya...smuga Allah melindungi anakku ni disetiap kerdipan mata dan setiap hembusan nafasnya...amin ya rabbal alamin..

ni kisahnya..
Bagi aku standard la kalau dalam rumah ni ada jin or hantu..cuma kita je yang tak tau mereka ni ada. Ramai yang bila dengar jin or hantu takut sampai terkancing gigi, kadang2 smpai tgk cerita hantu pun takut.. 


Realitinya hampir dalam setiap rumah orang yang tidak ada 'NUR" didalamnya berpotensi mendapat penumpang tidak diundang. Hantu betul JIN ni !! dah la masuk rumah kita, makan minum tidur kat rumah kita, yang paling aku marah tak bayar SEWA pulak tu...hish hish ...ada ka patut...

 Ada satu kes..ehheh,jgn marah ya makcik ,saya tumpang cerita sekali...makcik msg kat aku , dia tanya apa ada dalam bilik tu ...makcik dengar suara menyanyi lagu " we wish u a merry chrismas '3 x beturut...ada hantu kristian ke? tanya makcik tu...saya kata adala tu, apa lagi, kasi hantam la hantu tu...makcik tu pun tanya, masuk bilik tu baca yasin boleh tak? nanti dia tak serang ke...? aku pun jawab la , kalu dia serang kasi fire la balik...lepas 2-3 jam makcik tu msg aku balik, dah bakar dah semua hantu tu,sempat diorang pulas tangan kiri makcik..mengantuk terus,KO la jugak...hehehe, gitu la kisah dia lebih kurang...


 Nak tau umah makcik tu kat mana? ini bukan cerita rumah jauh pendalaman dalam hutan..ni tengah BANDAR KEY ELL.. SO ,anda2 yang berada di KEY ELL..hati2 yooo, jgn ingat yang berpenunggu tu hanya di pendalaman...

SOalanya ada lah ....Bagaimanakah kita ingin mengetahui di dalam rumah kita ada JIN or HANTU... jeng jeng...ini KISAH BENAR ye... di bumbung rumah selalu dengar bende jalan mcm mengesot...seramnya..hantu dia muka macm JO ON.... Tangga selalu berbunyi orang melangkah..

..teringat kisah silam aku ketika kanak-kanak ribena..masa tu kecik lagi ,sekolah menengah lagi...ayah aku ni ustaz, siang mengajar di UKM , mlm orang datang mengubat...so tau2 je la kan, , nama pun mengubat..mestilah orang yg dtg berubat tu bawak hantu kan kan kan..ayah aku memang la terel tak kene kacau ngn jin2 or hantu orang tu, tapi yang jadi mangsa kami adik beradik la...setiap mlm kene usik..aku masa tu duk bilik tingkat atas..tangga tu jenis kayu...hampir seetiap malam aku akan dengar bunyi tangga tu di pijak orang..ek uk euuk ek uk,bunyi tangga tu..makin lama, makin meninggi bunyi tu ( maksudnya lembaga tu nak smpai tingkat atas la tu ) ..lepas tu bunyi tu hilang....lepas 2-3 jam berbunyi ek uk ek uk balik...(mcm lirik lagu la pulak )..korang bayangkan la betapa bedegup jantung ku


 ..maka keesokan hari tu aku kira berapa anak tangga kat rumah aku tu...ada 20 anak tangga...esok aku kira bunyi tapak kaki tu balik...hampir setiap malam aku dengar bunyi tapak kaki tu...aku pun kira..1..2...3....4...5...6...7...8...9..
..senyap..fuh..selamat,tak smpai naik atas lagi...
..eh berbunyi lagi la..10...11...12...mampus aku! ..ni..dah nak dekat ni...nak lari mana ni? 
kalu nak turun bawah kene lalu tangga tu jugak......last2 masuk dlam selimut...

...SEKARANG bila aku dah jadi Super Saiya, baru la aku tau, jin tu warna hijau, badan gemuk besar, patut la tangga aku berbunyi..
..aiyoooo JIN, pegila SEWA umah lain...

 Bilik selalu terbuka sendiri tu or tingkap buka sendiri tu, standard la kan, orang bodoh je kata takda hantu kalau umah dah kene smpai mcm tu sekali kan...tu tanda dia buka pintu nak masuk la..ada 2 cara kalu nak tau jenis jin or hantu yang boleh buka pintu ni..
1.. kalu dia buka slow je..ha..tu tanda dia nak mengacau orang dlam bilik or dalam rumah..
2.. dia buka laju2..tu tanda dia tak tahan nak masuk toilet..hehehhe

.. tanda2 biasa ialah bila kita pegi satu2 kawasan dalam rumah kita tu, kita rasa meremang semacam je...perasaan seram tu datang kat kita..tu pun tanda dia ada lahhh...



 selalu tidur kene tindih..itu pun tanda ada la ..selalunya yang suka menindih ni HANTU RAYA ..ish serammmm, BADAN dia dia bebulu hitam..macam siamang tu la..tapi lagi besar ..selalu kalau dia kacau aku, aku bakar bulu dia ..kasi dia NAKEEDD ...tapi kalu dia himpit aku masa aku tidur , mmg aku cincang terus

...teringat balik memori daun pisang aku masa mengubat kawan aku yang kena santau...masa tu aku baru super saiya tahap 1 je...maksudnya masa tu rambut aku belum panjang sampai ke punggung la bila jadi saiya tu...selepas aku bergelut dengan HANTU2 RAYA yang berkumpulan tu, dan selepas kedatngan NGAUMAN SILUMAN HARIMAU di luar rumah..real ckp lu..BUNYI ngimau mengaum...semua orang dengar..smpai aku baca doa pun suara aku jadi mengggeletar... 


Maka selepas settle mengubat, aku pun balik rumah, lepak dalam bilik sorang2, sebab masa tu wife aku balik kampung...tengah2 baring mengereng ke kanan, aku mula rasa lain mcm...aku pun ngereng ke kiri..mak oiiii.besarnya hantu raya tengah baring sebelah aku sekali...kaki dia terlebih dari katil aku sampai ke dinding bilik,tangan dia panjang berbulu..tak sempat aku nak menjerit dia terus peluk aku n nak smack down aku...sesak nafas aku dia buat nya...nak menjerit pun suara tak keluar...ngeri betul bila ingat balik..bukan apa ,ketiak dia busuk..heheh..gurau je... dia mmg nak kasi aku KO..tapi nasib baik la Allah tolong...selamat juugak la..kalu tak takda la korang semua dapat baca coretan TOK SAID lagI...

 Tanda2 lain yang ada di rumah, ialah suami isteri selalu bergaduh, anak tak suka duk dalam rrumah...bayi suka menangis tengah malam...selalu ternampak kelibat...nampak benda melayang warna putih (puntianak la tu)... so, nasihat aku, kalau ada benda2 ni semua, tanda2 mengerikan baik halau la semua, panggil la orang yang pandai datang pagar dan buang...jangan sayangkan duit...sayangkanla anak isteri..yang penting banyakkan la NUR di dalam rumah...


 Banyakkan NUR bukan maksud kawin dengan nur elya ke,kawin ngn Nursuhaila ke..kang balik rumah cerita ngn isteri, tok said suh tambah nur la..abg ingat abg nak tambah Nursalmah janda jiran hujung tu la..bukan apa, nak halau Jin dalam rumah...eh eh eh..lain pulak poinyo..den suruh banyakkkan solat n zikir n mengaji la...

cr: bentengjiwa




klik..rasukan-syaitan-dlm-manusia.html


Sunday, 18 December 2011

BACAAN TALKIN

Bersabda rasulullah saw..

TALKINKANLAH  ORANG2 MATI KAMU MEMBACA LAA ILAAHA ILLALLAH















Banyak kali aku ditanya tentang bacaan talkin ni..
lately, bacaan talkin ini menjadi isu controversial dikalangan masyarakat  yang rajin hadhiri kuliah2 agama..
dilembah kelang  terutama.. 

Aku pun seperti mereka..punyai teman2 yang menganggap bacaan talkin pada simati itu sebagai amalan bid'ah...tidak diamal oleh nabi saw...sehingga ada sorang temanku...bergelar ustazah.. yang menghalang qariah masjid bacakan talkin untuk ibunya ketika dikuburkan...jadi isu panas laa lepas tu..

Mengikut teman2ku..bacaan talkin itu hanyalah untuk orang2 hidup yang mengiringi jenazah saja,sebagai peringatan dan pengajaran.. ..tidak berguna lagi untuk simati...

Bagi mereka, hadith talkin itu lemah (hadith tu ada kat bawah tu)..
Ini juga hujah mereka....Menurut al-imam Abu Hanifah dan hambali..sunat diajarkan 2 kalimah syahadat kepada seseorang yang hampir mati..bukan selepas dikuburkan.

Pada mulanya aku tak ambil kisah sangat hal ni..hal2 khilaf fiqh ni tak payah la nak jadi isu besar..tetapi apabila anakku mendapat gangguan dan meninggal secara mengejut..baru laa aku tercari2....Disini ku turunkan hadith rasulullah saw ..

Didalam kitab Mu'jam at Tabari..bertaraf dha'if..dari Abu Umamah, katanya...telah bersabda rasulullah saw..

'Apabila mati seorang kamu dan telah diratakan kuburnya..maka hendaklah seorang kamu berdiri diatas kuburnya seraya berkata.."wahai fulan bin fulanah !"
..nanti simati akan mendengar tetapi tidak boleh menjawab.

Kemudian hendaklah kamu berkata lagi.."
wahai fulan bin fulanah !"....simati akan bangun dan duduk.

Kemudian hendaklah kamu berseru lagi..
."wahai fulan bin fulanah !"

Kini simati akan menjawab..
" tunjukilah aku..moga2 Allah merahmati kamu ! "

.....akan tetapi kamu sekelian tidak dapat mendengarnya.

 Kemudian hendaklah kamu berkata lagi..

..."ingatlah sesuatu yang kerananya kamu keluar dari dunia ini...iaitu syahadat..laa ilaha illallah wa muhammadar rasulullah dan engkau redho Allah sebagai tuhan..muhammad sebagai nabi dan Quran sebagai pimpinan....niscaya Munkar dan Nakir berundur dari situ sambil berkata..." mari kita pergi dari sini..tak perlu lagi kita disini, orang ini dah diberitahu hujah2 kita...Allah dan rasul akan jadi pelindungnya."

Kemudian seseorang berkata.."wahai rasulullah..kalau kita tidak tahu nama ibunya?"

Baginda menjawab "serulahlah namanya dengan dibinkan kepada ibunya Hawwa."

Mengikut Ibn Qayyim al Jauzi....walaupun hadith ini tidak sabit sahihnya, namun perbuatan orang2 mu'min mentalkin, telah tersebar luas dan tidak diingkari oleh para alim...itu saja dah cukup menjadi bukti untuk diamalkan...

Abu daud telah meriwayatkan satu hadis didalam sunannya  ..

Nabi saw pernah menghadiri satu jenazah..setelah selesai jenazah itu dikebumikan..baginda bersabda..

"doakan bagi saudara kamu ini supaya dia teguh kerana sekarang dia sedang disoal."

Mengikut imam as Shafie dan imam Hambali, sunat membaca talkin keatas mayat yang mukallaf dan orang yang membaca talkin duduk dibahagian kepala kubur.

Kisah dibawah ini dapat menjelaskan keadaan orang yang telah mati...

Didalam sahih bukhari dan muslim, terdapat riwayat bahwa nabi saw pernah menyuruh kumpulkan mayat2 quraish dimedan badar untuk dilontar kedalam lubang besar..kemudian baginda berdiri dimulut lubang itu seraya menyeru mereka dengan nama2 mereka..

wahai fulan bin fulan ! wahai fulan bin fulan ! apakah kamu  mendapati janji tuhan kamu itu benar? Sesungguhnya aku mendapati apa yang dijanjikan Tuhanku itu benar !

Baginda telah disampuk oleh Umar bin Khattab...

"wahai rasulullah ! apakah engkau bertutur kepada kaum yang sudah jadi bangkai?"

Jawab nabi saw..

" demi tuhan yang telah mengutusku dengan kebenaran...kamu tiadalah lebih mendengar terhadap apa yang aku katakan tadi daripada mereka..akan tetapi mereka sudah tidak boleh jawab lagi !

Dari Aisyah ra..bersabda rasulullah saw...

."Tidaklah seseorang itu datang menziarahi kubur saudaranya, kemudian duduk disisinya melainkan mayat didalam kubur itu akan merasa bahagia dengannya dan menjawab segala tutur bicaranya sehinggalah orang itu pulang.."

Ada banyak lagi nas2 dari rasulullah saw......















Bagiku,pemergian seseorang itu, bukanlah end of a story...kita tetap boleh communicate dengannya..kita tak dengar response dia saja..  begitulah yang dikehendakki Allah...

cuma, jangan la over sangat..nanti syaitan join sekali....ambillah hadith2 nabi saw sebagai panduan...walaupun dha'if..ia tetap datang dari nabi saw..

Diriwayat lain yang sahih dari nabi saw..bahwa simati itu dapat mendengar tapak kaki orang2 yang mula beredar pulang dari kuburnya....

InsyaAllah akan ku kisahkan riwayat tu..next time...



  >> sambungan ..


Monday, 12 December 2011

LUNCH BREAK

Suasana  LAPAR..

ORANG MISKIN : Nak makan apa hari ni?


ORANG MIDDLE-CLASS : Nak makan lauk apa hari ni?


ORANG KAYA : Nak makan kat hotel 5-star mana hari ni?


---------------------------------------------------------------------------

ORANG MISKIN BERIMAN : Alhamdulillah..berlapar menjinakkan nafsu kita..




ORANG MIDDLE-CLASS BERIMAN : Alhamdulillah..dapat jugak kita makan hari ni..ada orang tak dapat makan langsung..




ORANG KAYA BERIMAN : Kita bagi orang miskin makan..tak payah tunggu kenduri kawin ke.. kenduri arwah ke..

--------------------------------------------------------------------------------
ORANG KAYA MAKAN HARAM :
Kita nak makan siapa hari ni ?


Keadilan dan keluasan Islam

Firman Allah swt..
"Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan."
surah Al A'raf ayat 60

Sabda Nabi saw..
"Barangsiapa yang mati melarat sedang ia berada dikalangan orang2 kaya,maka terhindarlah orang2 kaya itu dari perlindungan Allah dan rasulNya ."

Pada suatu ketika, Umar ra menemui orang2 menganggur, lalu ia bertanya..
Umar.."Kamu ni golongan apa?"
Penganggur.."Kami semua bertawakkal kepada Allah"
Umar.."Kamu berdusta!..orang yang bertawakkal itu adalah orang yang menanam benih dibumi..kemudian dia bertawakkal kepada Allah..Tidak dibenarkan seorang pun dari kamu duduk dirumah dan meninggalkan usaha mencari rezki sambil berdoa kepada Allah..ya Allah, kurniakan kepadaku rezki..padahal dia tahu bahwa langit tidak pernah menghujankan emas atau perak." 

Pernah suatu ketika Umar ra memberi nasihat.."Wahai kaum fakir miskin! Berlumba2lah mencari kebaikkan..jangan sampai kamu menjadi beban kepada kaum muslimin.." 

..Pengangguran yang dibenarkan..golongan oku,usia tua, berpenyakit dsbnya.. muslim dan non-muslim..

..dan banyak lagi..later insyaAllah..