Dari Abdullah bin Umar ra, bersabda rasulullah saw..' Tuhfatul mu'min al-maut..Penyejuk mata orang2 mu'min ialah kematian. '
Dari al Husein bin Ali (cucu nabi saw), rasulullah saw bersabda..' Al mautu raihanatul mu'min.. Kematian itu adalah haruman/pemberian Allah kepada orang2 mu'min.'
Dari Abdullah b Amru, bersabda rasulullah saw..' Dunia itu penjara bagi orang mu'min dan jalan untuk ke akhirat, dan apabila ia terpisah dari dunia, maka ia berpisah dari penjara dan seluruh sistemnya.'
Sahabatku telah kembali kepangkuan Kekasih Agung, pada hari selasa, 6/4/12 pada pukul 10 pagi.
Ku panjatkan kesyukuranku kepada Allah swt, diatas kasih dan rahmatNya, mengizinkan ku bersamanya dan keluarganya ketika saat akhirnya.Terasa puas dihati..dapat juga ku balas budi baiknya ..walaupun tak seberapa... Tak dapat ku lupakan, kehadirannya dirumahku ketika kematian anakku, Hadi..sayu hatiku ..dia ada bersama walaupun masa tu nafasnya sesak..nyawa2 ikan..nak berdiri pun bagai nak tumbang.. masih jovial..masa tu jantungnya sangat lemah..dirumahnya guna gas untuk bernafas.
Malam sebelumnya..sedang bermesyuarat dengan sahabat2ku..JK wanita Ikram Ampang Jaya, dapat call..ROSLINA KRITIKAL..terus kami percepatkan perbincangan dan terus kerumahnya.. 10.30 malam.
Tapi.. aku terpaksa hadiri satu lagi mesyuarat dibilik sebelah..bersama JK Tarbiyah..sebab nak selesaikan beberapa perkara..terkilan jugak sikit2 melihat sahabat2ku gegas2 keluar .. aku pujuk hatiku..pagi2 esok mesti ziarah..
Rupa2nya Allah telah mentakdirkan yang lebih baik untukku..aku bersama 2 lagi sahabat tiba dirumahnya pukul 9.30 pagi..masa tu suami dan anak2nya didalam bilik..so kami duduk di lounge dan baca surah Yasin untuknya dan doa2 yang terbaik untuknya..
Pukul 10pagi..suaminya panggil..kami masuk bilik..sahabatku dalam dakapan suaminya, sambil duduk atas katil..terkulai..telah menarik nafas terakhir..inna lillaahi wainna ilaihi raa ji 'un
Kami dan anak2nya uruskan pembaringannya..dah setel..ajak anak2nya bersama2 baca Yasin.. hadiahkan pada ibu tercinta..
Semuga anak-anak sekelian terus menerus doakan untuk ibu..
Teringat...nak cerita sedikit tentang ziarah kubur...tajuk ni panas di Lembah Klang..ada yang kata , tak elok ziarah kubur, ada yang...tiap pagi ada je dia kat kubur isterinya...tu jiranku..dah pencen, banyak masa lapang..
Pada awalnya, nabi saw, melarang para sahabat menziarahi kubur sebab pada waktu itu iman mereka masih lemah, bimbang mereka akan campur-adukkan adab2 islam dan adab2 jahiliah..yang terkenal suka menyembah kubur.
>> Dari Abdullah bin Buraidah ra, dari ayahnya, Sesungguhnya rasulullah saw bersabda..' Dulu aku melarang kamu menziarahi kuburan tetapi sekarang..ziarahlah kerana sesungguhnya menziarahinya mengingatkan kamu kepada akhirat '....HR Muslim, Ahmad dan Ahlul Sunan.
>> Didalam sahih Bukhari dan Muslim..diriwayakan..bahawa rasulullah saw pernah menyuruh para sahabat kumpulkan mayat2 quraisy dimedan perang Badar untuk dilontar kedalam lubang besar ..kemudian baginda berdiri dimulut lubang itu seraya menyeru mereka..
Baginda ditanya oleh Umar bin Khattab...Wahai rasulullah ! apakah engkau bertutur kepada kaum yang sudah jadi bangkai? Jawab nabi saw.. Demi tuhan yang telah mengutusku dengan kebenaran...kamu tiadalah lebih mendengar terhadap apa yang aku katakan tadi daripada mereka..akan tetapi mereka sudah tidak boleh jawab lagi !
>> Dari Aisyah ra, telah bersabda rasulullah saw..
' Barangsiapa yang datang menziarahi kubur saudaranya ..duduk disisinya..maka dia akan berasa gembira dan menjawab setiap tutur-bicara nya, sehinggalah ia bangun dan pulang.'
>> Dari Abu Hurairah ra, rasulullah saw bersabda..
'Apabila seseorang mendatangi kubur saudaranya yang ia kenali, lalu memberi salam kepadanya, dia akan menjawab salamnya dan mengenalinya. Dan jika kubur itu seorang yang tidak dikenalinya, lalu memberi salam, niscaya salamnya akan dijawab olihnya.'
>> Ketika menziarahi kubur, nabi saw menganjurkan umatnya mengucap...'
salamu'alaikum ahlad diar minal mu'minin wal mu'minaat..sesungguhnya kami sekelian insya allah akan menyusuli kamu. Moga Allah merahmati orang2 yang mendahului kami dan orang2 yang kemudian. Kami mohon pada Allah keselamatan kamu dan kami.
Arwah dapat melihat..
>> Dari Amru bin Dinar (riwayat yang sahih), ia mengatakan bahwa setiap orang mati itu dapat merasakan apa yang dilakukan olih keluarganya sesudah kematiannya, dan dia dapat melihat ketika mayatnya sedang dimandikan dan dikafankan.
>> Diriwayatkan olih Mujahid , ia berkata..'setiap penghuni kubur itu akan gembira dengan segala kebaikkan yang dilakukan olih anak2nya sesudah kematiannya.'
Riwayat dari orang2 salih..kisah dalam kubur
>> Berkata ibnu Abid-Dunia, dari Sadaqah bin Sulaiman al Jaafari..
' Aku seorang yang berkelakuan buruk. Apabila ayah aku meninggal, aku menyesal dan bertaubat. Lama kemudian, aku kembali ketabiat asal...Kemudian aku bermimpikan ayahku. Dia berkata,
'Wahai anakku! tiadalah yang lebih mengembirakanku apabila kamu didedahkan kepada kami ( ahli Barzakh) dengan amalan2 salihmu. Tetapi kali ini, kelakuanmu sungguh memalukan aku..aku sangat kecewa..lantaran itu, jangan lah kamu memalukan aku lagi dihadapan rakan2 ku dikalangan ahli Barzakh dengan kelakuan kamu yang buruk itu.'
....Selepas itu aku bertaubat dengan sebenar2 taubat..
>> Berkata ibnu Abid-Dunia, telah bercerita kepadaku Abu Qilabah..
' Apabila aku sampai di Basrah dari Syam, aku berhenti disuatu tempat, berwudhu' dan salat 2 rakaat sebelum aku tidur bermalam disitu. Aku letakkan kepalaku diatas sebuah kubur, dan terus tertidur. Tidak lama kemudian, aku bermimpi.. Tuan kubur itu mengadu kepadaku..
' Kau telah menggangguku pada malam ini..Kamu sekelian kaum yang boleh beramal tetapi tidak mengetahui. Manakala kami mengetahui tetapi tidak dapat beramal lagi. 2 rakaat sunat yang kau kerjakan tadi lebih baik dari dunia dan seisinya. Muga2 Allah memberi sebaik2 balasan kepada ahli dunia yang datang menziarahi kami dengan mengucapkan salam kepada kami..kerana setiap kali mereka memberi salam dan berdoa..akan menyelubungi kami satu cahaya yang besar seperti gunung.'
>> Dari Abdul Haq, katanya..Seorang saudaraku telah meninggal dunia, lalu aku bermimpikannya..Aku berkata kepadanya..
Wahai saudaraku! Apa khabar..setelah kau diletakkan kedadam kubur?
Jawabnya..Aku lihat ada lembaga yang datang dengan satu pancaran api.. kalau lah tidak kerana ada orang yang mendoakan untukku ketika itu, niscaya binasa lah aku'
>> Berkata al hassan bin Haruri..Aku telah mendatangi kubur saudara perempuanku..lalu aku bacakan surah at tabaaruk (Al Mulk)..Tidak lama kemudian, datang seorang lelaki lalu berkata kepadaku..
' Aku bermimpi, saudara perempuanmu berkata..'Muga2 Allah beri balasan pada Abu Ali ( yaitu al Hasan), dengan segala kebaikkan. Sesungguhnya aku mendapat kebaikkan yang banyak dari bacaannya.'
>> Dari Abu Bakar bin At Trusi, dia bercerita..Ada seorang lelaki, datang kekubur ibunya pada hari jumaat.. lalu membaca surah Yasin disitu..lalu aku pun pergi kekubur ibuku dan membaca surah Yasin, kemudian aku angkat tanganku berdoa..
'Ya Allah Ya tuhanku..sekiranya memang Dikau memberi pahala bagi orang2 yang membaca surah ini, maka jadikanlah ia pahala bagi sekelian ahli kubur disini.'
Apabila tiba jumaat yang berikutnya, aku telah ditemui oleh seorang wanita ..dia bertanya..Apakah kau fulan bin fulanah? .. lalu ia terus bercerita..
Putriku telah meninggal dunia..aku bermimpikan dia, sedang duduk diatas kuburnya..lalu aku bertanya..'mengapa kau duduk disini?..dia menjawab..
'sifulan anak fulanah itu, telah datang kekubur ibunya seraya membacakan surah Yasin dan dijadikan pahalanya untuk sekelian ahli kubur..maka aku pun telah mendapat bahgian darinya dan dosaku pun telah diampunkan kerananya..'
Begitulah kisah2 dari hadith nabi saw, sahabat2 baginda dan orang2 salih dizaman salafussalih.. Ku turunkan kisah2 itu...
semuga dapat dijadikan panduan ..dan semuga arwah kesayangan kita dapat jugak la manafaat dari kita...
dan semuga zuriat2 kita juga mencontohi amalan kita...sepertimana didalam al Quran...surah Al Ahqaf ayat 15 ..
' wa aslihli fi zuriyati....dan tambahkanlah kebaikkan padaku melalui zuriat2ku'..
AMIN Ya Rabbal Alamin
| |||
memang terlalu banyak keistimewaan orang yang hidup..kerana kita yang hidup sentiasa bersama Allah..Allah tiupkan rohNya kepada kita,tetapi sedikit yang bersyukur..."Apabila Aku sempurnakan kejadiannya,dan Kutiupkan RohKu kepadanya, maka mereka sujud kepada nya."shaad72..
ReplyDeleteapabila matinya anak adam..maka berpisahla roh Allah dengannya..yang jasad kembali ke bumi, roh pulang ke pangkuan Allah..tinggal lah nafs semata-semata..maka Nabi pun besabda,mahfumnya
"Apabila matinya seorang anak Adam, terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariahnya, ilmu yang dimanfaatkannya dan doa anak yang soleh kepadanya"- Hadis sahih riwayat Abu Daud
ketika ini tiada lagi Roh yang boleh memberi manfaat, hanya amalan ketika hidup saja semata-mata..