Friday 30 March 2012

ITTAQILLAH












Dahulu kala..pada zaman nabi saw dan khulafa' ar raasyiduun..
Para sahabat rhm, apabila melihat sahabat2 yg leka atau lalai..mereka akan peringatkan sahabat itu...'ITTAQILLAH..'..yg bermaksud..fear Allah, takutlah kepada Allah. 

Oleh kerana para sahabat, adalah penyuluh jalan..wajarlah kita juga mengikut jejak langkah mereka..jangan takut utk menegur teman2 kita..mereka perlu reminder kita, suka tak suka..nanti satu hari mereka akan berterima kasih pada kita..

Dulu2, masa aku student.. setelah mendapat hidayah, terus aku dakwah, peringatkan juniours ku..mereka jenis yg tak makan saman..maklum laa, muda lagi,nak enjoyyy je..baru sampai negara orang putih pulak tuu..tapi aku tak pernah give-up...

Setelah lebih 20 tahun, aku jumpa semula mereka..mereka dah berubah!!!..rupanya..setelah aku kembali ketanah air ..mereka rasa kehilanganku dan leteran ku (ehem)..terus mereka amalkan nasihat2ku...

Alhamdulillah..  Kalau budaya ini hidup..kita juga akan sentiasa mendapat peringatan dari teman2 kita..kan bahagia hidup kita dunia akhirat ?!!

Firman Allah swt didalam surah Al Hasyru ayat 18

Wahai orang2 beriman, takutlah kepada Allah! Dan hendaklah tiap diri manusia itu melihat apa yg telah disediakan utk dirinya pada hari esok (hari kiamat). Takutlah kepada Allah! Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Di akhirat nanti,
..Para malaikat, langit dan bumi, siang dan malam akan menjadi saksi..
..Seluruh anggota badan akan menjadi saksi amalan2 buruk dan baik, taat dan maksiat..

..Bumi akan menjadi saksi
     - pada para mu'min, bumi akan berkata..' dia telah solat, puasa, haji, berjihad diatas perutku..'
     - dan pada para pemaksiat..'bumi akan berkata..' dia telah musyrik, zina, minum arak, makan haram diatas perutku.'













Diceritakan..
Pada suatu hari, nabi Daud as sedang duduk ditempat ibadatnya..tiba2 ia ternampak seekor ulat merah..maka terdetik dihatinya..

' Apa kiranya kehendak Allah keatas ulat ini? '

Tiba2 dengan kehendak Allah, ulat itu bersuara..

'Wahai nabi Allah ! Disiang hari Tuhanku ilhamkan padaku membaca..subhanallah walhamdulillah walaa ilaha illallah sebanyak 1000x.
Sedang dimalamnya, Tuhanku ilhamkan padaku membaca.. Allahumma salli 'ala muhammadinin nabiyil ummiyi wa'ala aalihi wasahbihi wasallam.. sebanyak 1000x. Lalu apa yg dikau baca hingga aku ingin mengambil faedah daripada mu? '

Nabi Daud as merasa amat kesal menghina ulat itu..lalu bertaubat..

Diceritakan juga..Nabi Ibrahim ketika teringat kesalahan2nya yg lalu..berasa sedih dan risau..
Kemudian Allah swt mengutus jibril as kpdnya seraya berkata..

'Allah kirim salam kepadamu dan berfirman..' Adakah kamu lihat seseorang yg takut pada kekasihnya?'

Kemudian Jibril berkata..
' Jika aku teringat kesalahanku dan takut siksaanNya..maka lupalah aku bahwa aku kekasihNya.'



\








Orang mu'min itu..seluruh anggota badan nya sangat takut kepada Allah.
Mengikut al Laits..Tanda2 takut pada Allah, kelihatan dalam 7 anggota badan...

1..Pada lisannya..
Dia menghindar dari berdusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap..Malah menyibukkan diri dgn zikir, membaca Quran dan muzakarah ilmu.


2..Pada hatinya..
Dia membuang perasaan permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap teman2nya.
     Bersada nabi saw..Hasad dengki menghapus amal saleh sebagaimana api membakar kayu.

3..Pada penglihatannya..
Dia tidak suka memandang maksiat dan perkara2 yg haram dan tidak terpikat pada dunia..nabi saw bersabda.. ' barangsiapa yg memenuhi matanya dengan perkara haram, kelak Allah akan memenuhinya dgn api neraka..'

4.. Pada perutnya..
Nabi saw bersabda..' Sesuap barang haram yg memasukki perutnya..maka seluruh malaikat dilangit dan dibumi akan melaknatinya selama barang itu berada diperutnya. Jika ia mati dalam keadaan demikian..maka tempatnya dineraka.'

5..Pada tangannya..
Dirawikan dari Kaab akhbar..'Sesungguhnya Allah swt telah mencipta bangunan dari zabarjud hijau..didalamnya ada 70 ribu aula..setiap aula punyai 70 ribu pondok..tidak siapa yg boleh masuk kecuali orang2 yg ditawarkan barang haram..namun ia menolak kerana takut kpd Allah.

6..Pada kakinya..
Melangkah hanya utk taat kpd Allah..mencari keredhaannya serta utk bergaul dgn para ulama' dan orang2 soleh.

7..Pada ketaatannya..
Dia menjadikan ketaatannya hanya utk mendapat redha Allah..takut pada riya' dan kemunafikkan


















Rasulullah saw bersabda..

' Sesungguhnya Allah swt mencipta malaikat..sebelah sayapnya mencapai bumi bahagian timur..yg sebelah lagi mencapai bumi barat..kepalanya dibawah arasy dan kedua kakinya didasar bumi ke7..mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk Allah.

Ketika seorang lelaki atau perempuan dari umatku berselawat kepadaku..Allah perintahkan malaikat menyelam kedalam lautan Nur dibawah arasy..

Malaikat itu kemudian keluar..mengibas2 sayapnya sehingga setiap bulu menitis setitis Nur..Dari setiap titisan itu..

Allah jadikan malaikat yang memohon keampunan bagi orang yg berselawat itu sampai hari kiamat.'













Kata Hukama'..
Keselamatan jasad terletak pada sedikitnya makan..
Keselamatan roh terletak pada sedikitnya dosa..
Keselamatan agama terletak pada selawat keatas nabi saw..



Atikel ini dipetik dari buku MUKASYAFAH AL-QULUB..imam al Ghazali..bertajuk Takut kpd Allah swt.

Semuga jadi peringatan dan panduan untuk kita...salaam

Sunday 18 March 2012

ENGAGED...Khamis 15/3/12

        Untuk tatapan anak2ku, kaum kerabat n teman2ku yg tidak dapat bersama..


Besan-to-be ku canggih..

                     ...anakku dan anaknya ditunangkan melalui skype video conference

Mereka menuntut diMesir..anakku belajar syariah tahun 4 dan anaknya belajar medic tahun 2 

     Yang disebelahku ..itu besan-to-be ku..young n vibrant...mengetuai rakan muda masjid Kubang Kerian..baruu balik dari camping..mengenali anakku ketika ziarah anaknya diMesir dan anakku jadi tourist-guide rombongan mereka..terus tackle ..haha..biasa la bagiku..sume anak lelakiku, masa belajar lagi dah kena hook..ehh, book..takpe takpe, no problem..asalkan Allah beraja dihati n anakku disayangii seikhlasnya...

 Yang berbaju hitam tu suaminya..juru ukur, ada syarikat sendiri..tengok wajah pun ,dah tau hatinya..

Awal majlis, imam dari masjid Kubang Kerian..yg pakai serban tu..bacakan doa .. 

AMIIN ..amiin cyber 


...Imam bersuara..'panggil la kedua ibu, tuka2 buah tangan' .. imam puun canggiiih ...

Kami pun angkat-mengangkat lah sambil bilang2..

Ibunda tercinta.. melambai anak2nya di Mesir..


           JOM MAKAN !!......erk..baru nak masak ???


Tempat makan..kat luar rumah tapi attached..kalau hujan pun..tak basah

Menu ??  makanan kelantan yg femes2 tu..besan-to-be ku yg masak..

       Dessert2 yg banyak tu family-friends yg bawak...semuanya sedap..macam mana niih?

Tetamu wanita menunggu giliran..

SEMUGA ALLAH MERAHMATI MU...WAHAI ANAK2 KU..

Baarakallaahu lakuma..amiin ya rabbal 'aalamiin






special wedding..klik..

Saturday 10 March 2012

ALLAH swt KETAWA


Dah lama aku cari hadith ni..nakkan exact text sebab pernah dengar sorang uztaz cerita sikit2 dlm kelas pengajian, kisah Allah swt ketawa. Alhamdulillah..Allah yg maha Pengasih lagi maha Penyayang, yg mendengar bisikan2 hatiku..









Sedang aku santai2 dirumah mak sedara ..aku belek2 rak buku arwah suaminya..dah berhabuk2 buku2nya,tak sape nak baca..scan punya scan..buku tu buku ni..tiba2 ternampak tajuk yg memegunkan aku..HADITH QUDSI YG SAHIH.. Al Hadiithul Qudsiiyah asSahiihah..
..aku sroll index....tiba2..
chiiiinggg!!  

..didalamnya ada hadith yg aku cari2 tu!!!





 Alhamdulillah!..Thank you Allah,Thank You, Thank You, Love You sooo much.....



Dengan itu dapatlah aku kongsikan bersama2..pendengar dan pembaca..

Matan hadith pun ada, tapi laptop aku ni, not up-to-date, tak dapat nak ku turunkan..

Dari ibn Mas'ud ra..Rasulullah saw telah bersabda..' Yg terakhir masuk syurga adalah seorang hamba yg berjalan selangkah dan jatuh tersungkur  dan disambar api, sebab dia menjenguk api  ketika melaluinya, lalu ia berkata..

'Maha Suci Zat yg telah menyelamatkan aku dari engkau!! Sesungguhnya Allah telah kurniakan kpd ku sesuatu yg tidak diberiNya kpd orang2 terawal maupun yg terkemudian.'

Kemudian, ditegakkan sepohon pokok untuknya.

Dia berkata..' Wahai Tuhanku! dekatkanlah aku pada pohon itu supaya aku boleh berteduh dibawah bayangannya dan meminum air darinya.'

 Allah azzawajalla berfirman..' Hai anak Adam! sekiranya Aku beri, kamu akan minta lagi yg lain.'

Dia menjawab  'Tidak, wahai Tuhanku. '

Lalu Allah swt menyuruh ia berjanji utk tidak meminta lagi.Dan Allah menerima janjinya.

Allah swt dekatkannya pada pohon itu, lalu ia berteduh dan meminum air daripadanya.
Kemudian Allah swt meninggikan sepohon pokok lain yg lebih baik dari yg pertama tadi.

Lalu hamba itu berkata..'Wahai Tuhanku! dekatkan lah aku pada pohon itu agar aku minum airnya dan berteduh dibawah bayangannya. Saya tidak akan meminta lagi selepas ini'

Allah swt pun berfirman  ' Wahai anak Adam! bukankah kamu telah berjanji kepadaKu, kamu tidak akan meminta lagi yang lain?  Sekiranya Aku beri, kamu pasti akan meminta lagi dariKu yg lain.'

Lalu hamba itu berjanji tidak akan meminta lagi dan Allah pun menerima janjinya dan meletakkannya dekat dengan pohon itu.
Kemudian Allah swt tinggikan sepohon lagi pokok yang lebih baik dari yg kedua itu, terletak didepan pintu syurga.
 Maka berkata hamba itu..'Wahal Allah! dekatkanlah aku pada pohon itu.. supaya aku dapat minum dan berteduh dibawahnya. Aku tidak akan minta yg lain lagi.'

Allah swt berfirman.. ' Wahai anak Adam! bukankah kamu telah berjanji kepadaKu, kamu tidak akan meminta lagi yang lain?'

Jawab hamba itu..'Benar, Wahai Tuhanku! setelah ini aku tidak akan minta lagi kepadaMu yang lain.'

Ketika Allah dekatkannya kepohon itu, terdengar olehnya suara2 ahli syurga. maka dia berkata kepada Allah azzawajalla

  ' Wahai Allah! masukkanlah aku kedalam syurga!'

Berfirman Allah swt..'wahai anak Adam! apakah yg akan menghentikan permintaanmu kepadaKu? Belum puas kah kamu, pemberian Ku kepadamu dunia dan seluruh isinya?

Hamba itu menjawab..' Wahai Allah! apakah Dikau menyindirku sedangkan Dikau adalah Tuhan semesta alam?'

Lalu ibn Mas'ud ra tertawa sambil berkata..' Mengapa kamu semua tidak bertanya kenapa aku ketawa?'

Lalu para sahabat pun bertanya..'Kerana apa kamu ketawa?'

Ibn mas'ud menjawab..

'Beginilah rasulullah tertawa kerana Allah, Tuhan semesta alam, tertawa ketika hamba itu berkata..

'Apakah Dikau menyindirku sedang Dikau adalah Rabbul Alamin?'

 Allah swt menjawab..'Sesungguhnya Aku tidak menyindirmu..Aku kan berkuasa atas apa saja yg Aku kehendakki ! !

HR Muslim dalam kitabnya..Kitabul iman..bab Ahli neraka paling akhir keluar.

..Allah yg Maha Agung..terhadap manusia..sangat pengasih dan penyayang..terhadap hambanya yg berdosa..masih mengusik-usik..berseloroh..

..sebenarnya boleh aje Allah letakkan hamba tadi terus ketempatnya di syurga..tapi Allah bergurau2 dengan nya..

..Allahu Ra'uufur Rahim..

klik...sungai hayat