Sedang aku santai2 dirumah mak sedara ..aku belek2 rak buku arwah suaminya..dah berhabuk2 buku2nya,tak sape nak baca..scan punya scan..buku tu buku ni..tiba2 ternampak tajuk yg memegunkan aku..HADITH QUDSI YG SAHIH.. Al Hadiithul Qudsiiyah asSahiihah..
..aku sroll index....tiba2..
chiiiinggg!!
..didalamnya ada hadith yg aku cari2 tu!!!
Alhamdulillah!..Thank you Allah,Thank You, Thank You, Love You sooo much.....
Dengan itu dapatlah aku kongsikan bersama2..pendengar dan pembaca..
Matan hadith pun ada, tapi laptop aku ni, not up-to-date, tak dapat nak ku turunkan..
Dari ibn Mas'ud ra..Rasulullah saw telah bersabda..' Yg terakhir masuk syurga adalah seorang hamba yg berjalan selangkah dan jatuh tersungkur dan disambar api, sebab dia menjenguk api ketika melaluinya, lalu ia berkata..
'Maha Suci Zat yg telah menyelamatkan aku dari engkau!! Sesungguhnya Allah telah kurniakan kpd ku sesuatu yg tidak diberiNya kpd orang2 terawal maupun yg terkemudian.'
Kemudian, ditegakkan sepohon pokok untuknya.
Dia berkata..' Wahai Tuhanku! dekatkanlah aku pada pohon itu supaya aku boleh berteduh dibawah bayangannya dan meminum air darinya.'
Allah azzawajalla berfirman..' Hai anak Adam! sekiranya Aku beri, kamu akan minta lagi yg lain.'
Dia menjawab 'Tidak, wahai Tuhanku. '
Lalu Allah swt menyuruh ia berjanji utk tidak meminta lagi.Dan Allah menerima janjinya.
Allah swt dekatkannya pada pohon itu, lalu ia berteduh dan meminum air daripadanya.
Kemudian Allah swt meninggikan sepohon pokok lain yg lebih baik dari yg pertama tadi.
Lalu hamba itu berkata..'Wahai Tuhanku! dekatkan lah aku pada pohon itu agar aku minum airnya dan berteduh dibawah bayangannya. Saya tidak akan meminta lagi selepas ini'
Allah swt pun berfirman ' Wahai anak Adam! bukankah kamu telah berjanji kepadaKu, kamu tidak akan meminta lagi yang lain? Sekiranya Aku beri, kamu pasti akan meminta lagi dariKu yg lain.'
Lalu hamba itu berjanji tidak akan meminta lagi dan Allah pun menerima janjinya dan meletakkannya dekat dengan pohon itu.
Kemudian Allah swt tinggikan sepohon lagi pokok yang lebih baik dari yg kedua itu, terletak didepan pintu syurga.
Maka berkata hamba itu..'Wahal Allah! dekatkanlah aku pada pohon itu.. supaya aku dapat minum dan berteduh dibawahnya. Aku tidak akan minta yg lain lagi.'
Allah swt berfirman.. ' Wahai anak Adam! bukankah kamu telah berjanji kepadaKu, kamu tidak akan meminta lagi yang lain?'
Jawab hamba itu..'Benar, Wahai Tuhanku! setelah ini aku tidak akan minta lagi kepadaMu yang lain.'
Ketika Allah dekatkannya kepohon itu, terdengar olehnya suara2 ahli syurga. maka dia berkata kepada Allah azzawajalla
' Wahai Allah! masukkanlah aku kedalam syurga!'
Berfirman Allah swt..'wahai anak Adam! apakah yg akan menghentikan permintaanmu kepadaKu? Belum puas kah kamu, pemberian Ku kepadamu dunia dan seluruh isinya?
Hamba itu menjawab..' Wahai Allah! apakah Dikau menyindirku sedangkan Dikau adalah Tuhan semesta alam?'
Lalu ibn Mas'ud ra tertawa sambil berkata..' Mengapa kamu semua tidak bertanya kenapa aku ketawa?'
Lalu para sahabat pun bertanya..'Kerana apa kamu ketawa?'
Ibn mas'ud menjawab..
'Beginilah rasulullah tertawa kerana Allah, Tuhan semesta alam, tertawa ketika hamba itu berkata..
'Apakah Dikau menyindirku sedang Dikau adalah Rabbul Alamin?'
Allah swt menjawab..'Sesungguhnya Aku tidak menyindirmu..Aku kan berkuasa atas apa saja yg Aku kehendakki ! !
HR Muslim dalam kitabnya..Kitabul iman..bab Ahli neraka paling akhir keluar.
..Allah yg Maha Agung..terhadap manusia..sangat pengasih dan penyayang..terhadap hambanya yg berdosa..masih mengusik-usik..berseloroh..
..sebenarnya boleh aje Allah letakkan hamba tadi terus ketempatnya di syurga..tapi Allah bergurau2 dengan nya..
..Allahu Ra'uufur Rahim..
klik...sungai hayat
No comments:
Post a Comment