Monday 21 January 2013

KEWAFATAN NABI saw...saat akhir baginda PART 2




klik..kewafatan-nabi-saw..saat-akhir-baginda..PART 1

Sambungan kisah saat akhir baginda saw..

Nabi saw memanggil fatimah azzahrah ..Ya fatimah, marilah dekat padaku.
Fatimah lalu menghampiri baginda..kemudian mengangkat kepalanya..dia tidak berkata apa2..matanya kelihatan berkaca2 (dipenuhi air mata)..

Nabi saw memanggilnya kembali..Ya fatimah, dekat padaku..

Fatimah menundukkan kepala ke baginda saw..kemudian dia tersenyum..

Kemudian kedua cucu baginda saw mendekatinya..lalu baginda mencium mereka ..

Kemudian malaikat maut datang..memberi salam dan meminta izin dari baginda saw ..baginda saw mengizinkan..dan bertanya malaikat maut pada baginda saw..

'Apa yang kau perintahkan kepadaku, ya muhammad ? '

Nabi saw menjawab..'Temukan aku dengan Rabku sekarang.'

Malaikat maut berkata..'Baiklah..dihari ini..sesungguhnya Tuhanmu sangat merindui mu...Untuk selain engkau, Dia tidak melarang aku masuk tanpa izin...tapi Dia melarang aku masuk..kecuali setelah mendapat izin darimu..maka kini saatmu ada didepanmu..'

Kemudian malaikat maut keluar..

Jibril kemudian datang dan berkata..' Salam sejahtera , ya rasulallah..ini kali terakir aku turun kebumi.. Aku tidak ada keperluan lain..melainkan untuk mendatangiimu.'

Kemudian aku (aisyah ra) mendekati nabi saw..dan aku memeluknya..hatiku sedih sekali...

Kening baginda keluar peluh..yg tidak pernah aku lihat dari seseorang..aku menapu peluhnya dan menciumnya..sungguh aku tidak pernah bertemu bau sewangi itu..

Aku berkata..' Ya rasulullah, kening mu berpeluh.'

Baginda bersabda..Ya aisyah ..sesungguhnya jiwa seorang mu'min itu keluar dengan peluh...sedangkan jiwa orang kafir itu keluar dari sudut mulutnya seperti jiwa himar.'


Wafatnya nabi saw... 12 Rabi’ul Awwal 11 H
Di saat2 akhir, datang Abdurrahman bin Abubakar ..abang dari Aisyah ra..dan ia membawa siwak..
.. Lalu nabi saw  duduk bersandar pada Abdurrahman.

Setelah selesai bersiwak, baginda saw memandang ke atas, dan bibir baginda berbisik hingga Aisyah ra mendekatkan wajahnya dan mendengar baginda saw berdo’a..


مع الذين أنعمت عليهم من النبيين والصديقين والشهداء والصالحين، أللهم اغفرلي وارحمني والحقني بالرفيق الأعلى.. أللهم الرفيق الأعلى.. أللهم الرفيق الأعلى.. أللهم الرفيق الأعلى..


“Bersama orang-orang yang telah Engkau beri nikmat dari golongan para Nabi..orang-orang yang jujur.. para syuhada dan para shalihin. 
Ya Allah..ampunilah dosaku..sayangilah aku..dan pertemukan aku dengan-Mu .. Wahai Allah..Kekasihku Yang Maha Tinggi.. Wahai Allah..Kekasihku Yang Maha Tinggi.. Wahai Allah..Kekasihku Yang Maha Tinggi.


Setelah membaca kalimat di atas, nabi saw membasuh wajahnya dengan air yang tersedia di sisi baginda.. dan kembali melafazkan ..

إن للموت لسكرات.. أللهم الرفيق الأعلى.. أللهم الرفيق الأعلى.. أللهم الرفيق الأعلى..

Artinya:

“Sesungguhnya kematian itu akan menghadapi sakaratul maut...Ya Allah.. Kekasihku Yang Maha Tinggi.. Ya Allah.. Kekasihku Yang Maha Tinggi..Ya Allah Kekasihku Yang Maha Tinggi..”

Lalu Rasulullah-pun menghembuskan nafas terakhirnya.. setelah menyampaikan pesan terakhir baginda saw kepada ummatnya..mengikut aisyah ra..

Solatlah solatlah..sesungguhnya kamu akan tetap kuat selama kamu semua bersolat       

'Baginda wafat akhir waktu Duha dan mendekati tengahari isnin..'

Mengikut riwayat Ali ra..ayat terakhir yg dibisikkan oleh nabi saw ialah.....ummati ummati ummati'

Para malaikat mengkafani baginda saw...



Dalam satu riwayat...bahawa ketika Abu Bakar ra mendengar khabar kewafatan baginda saw..
beliau segera masuk kerumah nabi saw..dan mensolatkan baginda dengan kedua matanya berlinangan air mata..

Kemudian ia membuka wajah baginda ..lalu mencium dan mengusap baginda saw..

Setelah itu, ia berkata..Ya rasul Allah, ketika hidup..namamu begitu harum...setelah wafat pun namamu harum...

..telah terputus sebab kematianmu apa yg tidak terputus oleh kematian seorang pun dari nabi2..

..kalau kematian ini bukan kerana pilihanmu..tentulah kami akan bertambah sedih..

..kalau kau tidak melarang kami menangis..tentulah air mata kami akan habis..

..INGAT LAH KAMI..YA MUHAMMAD..KETIKA DISISI TUHANMU...



Dalam riwayat lain...setelah memberi pengumumannya..Abu bakar lalu masuk menghampiri Rasulullah saw..memeluknya dan menciumnya..lalu berkata...

' Ya rasulullah,Allah tidak memberi maut 2x kepadamu. Demi Allah rasulullah telah wafat.'

Kemudian beliau keluar dan berseru..

' Wahai sekelian manusia..
.. barangsiapa menyembah Muhammad..maka Muammad telah wafat.
..barangsiapa menyembah Tuhan Muhammad..maka Dia tetap hidup tidak mati..'

Ali imran-144
' Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul..sesungguh telah berlalu beberapa rasul sebelumnya. Jika rasul itu mati atau terbunuh, adakah kamu akan kembali kafir?





Di saat akhir..baginda masih risaukan umatnya...Betapa cinta dan kasihnya nabi saw kepada kita..





klik..roses-from the prohet saw..


2 comments:

  1. Ya Allah...terasa macam baru semalam je kewafatan Baginda S.A.W...:-(

    ReplyDelete
  2. Sedih nya saat kewafatan Nabi Muhammad s.a.w :'(

    ReplyDelete