Tuesday, 19 March 2013

KAYAKAN LAH AKU DENGAN ILMU










I am sad.....















...sekali sekala nak express jugak perasaan....tapi jangan konfius pulak...sad tak sama ngan sadis !!

Sediiih sesangat.. bila partner...menganggap dirinya dah cukup pandai..orang2 alim di kritik..

.. aku pulak.. tak puas2 nak belaja ..ikutkan hati, aku nak gear-up..nak drive laju2..maklum lah, umur dah

lanjut .tapi aku baru masuk tadikanya...dah kena block....macam road block JPJ tuu...

kene check road tax, lesen, ic, bunga tayar..macam2 lagi....hingga aku di tahan....kene denda..

mana mungkin aku dapat lepas...imam shafie pun tak lulus..

Imam Syafie pernah berkata..Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu 

tetapi aku pasti  kalah berhujah dengan seorang yang jahil...

 kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu




..aku silap langkah..gamble nasib sebenarnya..nak pinjam kerete dia pegi klas sebab kawan yg aku selalu tumpang tu ada hal...kantoi rupanya..last last..sume kelas ilmu kene ban...sabar je la...dia mana faham kemanisan menuntut ilmu ..tahan air mata... tunggu bantuan Allah...insya Allah.. it will come..dah biasa dah...as always..




Ilmu itu pelita hati...memancar cahaya..

..memancar kedalam, menambahkan iman..

.. memancar keluar, membuahkan amal mulia

Ilmu itu penghias lidah...
bagai biji2  mutiara ..

..orang berilmu.. bila bersuara....kata2nya indah, penuh hikmah...

Diamnya tafakkur...kata2nya zikir.

Pencari ilmu ..bagaikan mujahid di medan jihad...


Tinta ulama' setimbang darah Syuhada'...


 Jika pedang mujahid memancung  kebatilan....pena ulama' mencantas kejahilan 




Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 11; 

Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dikalangan kamu 

dan juga yang menuntut ilmu,

 dan sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Daripada Abu Darda’, Rasulullah saw bersabda:

“Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, 


Allah akan permudahkan jalannya ke syurga ..

dan sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang

 menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, 

dan sesungguhnya seseorang yang  mengajar kebaikan..

 akan dipohon ampun oleh makhluk yang ada di langit dan di bumi hingga ikan yang berada di dalam air. 

Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar , tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, 

dan barang siapa yang menuntut ilmu itu, maka sesungguhnya dia telah mendapat bahagian yang paling banyak.”

(Hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)
















Saiyydina Ali ra pernah berkata...

Pena itu lebih tajam dari mata pedang...

Si miskin menjadi mulia kerana ilmu..


Si kaya jatuh dengan ketandusan ilmu..

Harta akan habis jika dibelanjakan..tetapi ilmu akan bertambah jika diamalkan..

Mencari ilmu adalah ibadat yang paling lama..tiada batas masa dan usia .

Seseorang akan tetap menjadi 'alim..selama dia terus menerus belajar...


 Apabila dia  tertipu.. disangkanya dia telah pandai...

maka.. pada hakikatnya dia adalah... BODOH....


















2 comments:

  1. Keep it up kak...i yakin you can..do whatever you wanna do...selagi mengikut landasan kebenaran..insyaAllah....i`ll pray for you...:-)

    ReplyDelete
  2. TQ zam..org yg down mmg perlu kata2 semangat..

    ReplyDelete