Friday, 24 January 2014

SURAH JIN













Nak cerita sikit tentang grup usrahku di PERNEC..just nak simpan kenangan..tak tulis nanti lupa..
Tiap lunch hour jumaat, kami ada grup discussion..Jumaat baru ni aku umum dlm grup watsap nak buat surah jin...lantas semua bersetuju, gembira' sekali..terus seorang ahli yg baru sebulan setengah berpindah ke PUTRAJAYA .. mohon dirakamkan ke SKYPE..supaya dia boleh ikuti perbincangan ON AIR.. wadui waduiih !! ini udah kali kedua..canggih sekali !!..ayuh ikuti kisah nyaa


Di dalam al-Qur'an terdapat 22 ayat mengenai jin .

Surah Jin telah  di wahyukan kpd baginda nabi saw mengisahkan perihal segolongan jin yg telah terdengar baginda membaca ayat2 quran dan reaksi mereka..Didalam surah ini juga
diceritakan hakikat kewujudan mereka, kisah2 masyarakat mereka, agama mereka dsb.....

A001
Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya satu rombongan jin telah mendengar (al Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: "Sesungguhnya kami telah mendengar al Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!

Berkata ibn abbas ra bahawa nabi s.a.w. tidak pernah membacakan kepada jin al Quran dan tidak pernah melihat mereka.  (Muslim, Tirmidhi, Musnad Ahmad, Ibn Jarir).  

Ayat ini mengkhabarkan kpd nabi saw bahwa jin mendengar dan memahami apa yg dibaca oleh baginda saw. Malahan mereka memahami maksud dan keindahan ayat2 suci alquran.

Telah di ceritakan bahawa ketika Sahl bin Abdillah berada di negara 'Ad, dia terlihat kesan sebuah kota yang di tengahnya terdapat sebuah gedung batu terukir yang dihuni oleh jin. Dia pun masuk ke dalam gedung itu, dan di lihatnya ada seorang lelaki yang tinggi besar sedang solat mengadap kiblat...memakai jubah yang dibuat daripada bulu yang sangat indah. Sahl bin Abdullah kagum melihat tubuh orang itu yang tinggi besar,  lebih dikaguminya.. keindahan jubahnya.
Kemudian dia pun memberi salam kepadanya. Lalu lelaki itu menjawab salamnya dan berkata: "Hai Sahl, sesungguhnya badan itu tidak merosakkan pakaian tetapi yang merosakkan pakaian adalah bau dosa dan makanan yang haram. Jubah yang aku pakai ini berusia tujuh ratus tahun dan dalam jangka waktu itu aku bertemu dengan Isa dan Muhammad (alaihimas salam). Aku beriman kepada keduanya."
Maka, berkatalah Sahl: "Siapakah tuan?" Lelaki itu menjawab: "Aku termasuk di antara yang disebutkan di dalam ayat: "qul uhiya ilayya annahus tama'a nafarun minaljinni." 
(riwayat Ibnu Jauzi di dalam kitab Shafwatus Safwan dengan sanadnya dari Sahl bin Abdillah)




A002
`... yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.
Ungkapan ini adalah pengisytiharan bahwa..

1..Nubuwah dan wahyu tidak wujud dikalangan jin.

2.. Kaum jin ini serta merta beriman kpd Allah swt  setelah mendengar bacaan nabi saw .. ..berbeza dgn sifat mushrikin quraish...tidak mendapat manafaat dari alquran padahal nabi saw adalah dari keturunan mereka, dibacakan dlm bahasa mereka.


3..Didalam surah Al Ahqaf 29-30..Allah mewahyukan bahwa sekumpulan jin yg telah mendengar bacaan nabi saw adalah pengikut Taurat..mereka terus beriman kpd Al Quran dan berdakwah kpd kaum mereka

A003





Dan sesungguhnya amat tinggi kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.

Ketika mendengar bacaan nabi saw, mereka tersedar akan kesesatan agama mereka..bahwa mereka telah mensyirikkan Allah ..

A004
`Dan  sesungguhnya sebelum ini ada  pemimpin kami yang kurang akal yg mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran..

Sebelum ini,mereka beriman dgn agama yg direka2 oleh pemimpin2 mereka yg jahil. ..iaitu pengikut2 iblis dan ulama mereka yg beragama yahudi, kristian , hindu, majusi dll

A005
`Dan  sesungguhnya kami menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.

Mengikut imam ar razi...ini adalah pengakuan mereka bahwa mereka telah terjerumus dlm kejahilan dan kesesatan disebabkan taqlid buta kpd pemimipin2 mereka terdahulu..


Mereka mentaati orang2 alim mereka kerana mereka tidak pernah terfikir ulama mereka sanggup menipundalam hal2 agama..

A006
`Dan bahawa sesungguhnya  beberapa orang dari manusia, memohon perlindungan  dari  ketua-ketua golongan jin, maka dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah angkuh dan jahat.

Di dalam ayat  ini, jin sendiri yang menceritakan hubungan manusia dengan mereka.

Mujahid menafsirkan.. iaitu karena manusia pergi memperlidungkan diri kepada jin, maka si jin itu menjadi sombong.

  Qatadah, Abul 'Aliyah, Rabi' dan Ibnu Zaid menafsirkan...Oleh karena manusia telah pergi memperlindungkan diri kepada jin, dia pun diperbodoh oleh jin itu, sehingga makin lama fikirannya dikacau dan ditakut oleh  jin. Padahal Allah menentukan tempat takut hanyalah Allah.

 Qatadah mengatakan bahwa apabila dia meminta perlindungan kepada jin selain dari Allah, maka jin makin menambahkan gangguannya dan membuatnya semakin takut.

Sa'di bin Jubair menafsirkan, bahwa lantaran si manusia itu memperlindungkan diri kepada jin, maka bertambah lama bertambah condonglah si manusia tadi kepada kekufuran.

Al-Qurthubui menegaskan...Tidak tersembunyi lagi bahwa pergi memperlindungkan diri kepada jin, bukan kepada Allah adalah syirik dan kufur.

As-Saddi mengatakan bahwa dahulu bila seseorang melakukan perjalanan bersama keluarganya,.. dan di suatu tempat ia turun berehat, maka ia mengatakan..Aku berlindung dgn pemimpin jin lembah ini agar aku jangan diganggu atau hartaku atau anakku atau ternakku.


Ibnu Abu Hatim mengatakan.. dari Ikrimah bahwa dahulu jin takut kepada manusia, sebagaimana sekarang manusia takut kepada jin, malah lebih2 lagi.

 Dan tersebutlah bahwa pada mulanya apabila manusia turun berehat di suatu tempat, maka jin yang menghuni tempat itu melarikan diri. Tetapi pemimpin manusia mengatakan...Kami mohon perlindungan  pimpinan jin, penghuni lembah ini.

Maka jin berkata...Nampaknya manusia takut kepada kita, sebagaimana kita dulu takut kepada mereka.

 Akhirnya mereka mengganggu manusia sehingga manusia menjadi bertambah  takut dan gerun kpd jin dan kadang2 sehingga histeria dan berpenyakit gila.

Jin2 itu pernah berkata sesama mereka  ' nampaknya kita menjadi raja manusia dan jin sekaligus..




A007
`Dan bahawa sesungguhnya  manusia menyangka sebagaimana yang kamu sangka,  bahawa Allah tida  akan mengutuskan sebarang Rasul (atau membangkitkan manusia pada hari kiamat)


A008
`Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencuri berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.

Telah diceritakan oleh Ibn Abbas ra...diriwayatkan oleh al Bukhari bahwa baginda s.a.w. bersama rombongan sahabat telah menuju ke pasar Ukaz.

Ketika itu juga, jin dan syaitan telah dihalang mendengar perbualan malaikat dilangit..mereka dihalang oleh lontaran bintang2 berapi Lalu mereka pulang dan menceritakan hal tersebut kpd kaum mereka. Mereka pun berkata .."Kita tidak mungkin terhalang dari berita langit melainkan kerana ada sesuatu berlaku. Bertebaranlah kalian ke Timur dan Barat dan lihat apa sebenar telah berlaku."

Maka, bertebaranlah mereka ke Timur dan Barat sehingga sebahagian daripada mereka  tiba di Tuhamah. Ketika itu nabi s.a.w. sedang solat Subuh. Mereka mendengar bacaan nabi saw dgn khusyu' lalu berkata: "Demi Allah, inilah yang menghalang kita untuk mendapatkan berita dari langit."

Lalu mereka pun pulang kpd kaum mereka sambil berkata ..Wahai kaum kami ! kami telah mendengar bacaan quran yg mena'jubkan membimbing ke jalan kebijaksanaan dan kami beriman kpd nya... Maka, turunlah ayat ini . [At Tirmizi, juz 5, hal 98-99, hadis 3379] (Diriwayatkan oleh al Bukhari dan at Tirmizi dan yang lainnya)



Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar.. maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya

Imam Ahmad,Tirmidzi dan Nasa'i telah meriwayatkan dari Ibn Abbas...

Jin2 punyai tempat yg khusus dilangit untuk mendengar wahyu. Apabila mereka mendengar satu kalimah,mereka menokok-tambah dgn 9 perkara. Kalimah yg mereka dengar itu adalah benar, manakala yg mereka tambah adalah bathil. Tetapi tiba2 langit dikawal dan dihujani bebola api.Lalu mereka mengadu kpd iblis. Iblis berkata..ini semua adalah disebabkan sesuatu berlaku didunia ini lalu ia mengutuskan perisik2 nya untuk menyiasat.. Akhirnya mereka ketemu rasulullah saw yg sedang solat subuh dicelah dua buah bukit mekah.
Mereka terus beritahu iblis dan dia berkata...inilah peristiwa yg berlaku didunia ini.

A010
`Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah (dengan adanya kawalan langit yang demikian). Tuhan hendak menimpakan bala bencana kepada penduduk bumi, atau pun Tuhan hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka.

Sebelum itu memang pernah juga terjadi pelemparan bintang-bintang api tetapi tidak banyak ,hanya sesekali saja.
 Al-Abbas menceritakan.. bahwa kami sedang duduk bersama Rasulullah saw., tiba-tiba ada bintang yang dilemparkan (di langit) sehingga bintang itu menyala terang.

 Maka Rasulullah saw. bertanya, “Bagaimanakah pendapat kalian tentang peristiwa ini?” Kami menjawab, “Kami beranggapan bahwa ada seorang yang besar dilahirkan, atau ada orang besar meninggal dunia.” 

Maka Rasulullah saw. menjawab, “Bukan demikian, tetapi apabila Allah memutuskan suatu urusan di langit, maka para malaikat bergetar mengepak-ngepakkan sayapnya karena ketakutan terhadap firman-Nya, dari sayap mereka keluar bunyi seperti rantai yang dijatuhkan di atas batu licin. Dan apabila ketakutan telah dihilangkan dari hati mereka, maka sebagian dari mereka bertanya kepada sebagian yang lain, “Apakah yang difirmankan oleh Tuhan kalian?” Maka mereka menjawab “Al Haq, dan Dialah Yang Mahatinggilagi Mahabesar.”

Lalu pembicaraan itu dicuri dengar oleh syaitan2 yang mencuri-curi dilangit. Syaitan2 itu sebagian berada diatas sebagian yang lainnya. Lalu syaitan yg mendengar itu  menyampaikannya kepada temannya yang ada dibawahnya, lalu si penerima berita menyampaikannya lagi kepada temannya yang ada di bawahnya. Demikianlah seterusnya hingga sampai pada syaitan yang paling bawah, lalu berita tersebut disampaikannya kepada penyihir dan tukang tenung. 

Terkadang2  syaitan yang di paling atas tertembak oleh bintang api sebelum ia sempat menyampaikannya kepada syaitan yang ada dibawahnya. Kadang2 syaitan itu sempat menyampaikannya sebelum terkena lemparan bintang api, maka ia mencampuri berita itu dengan seratus kedustaan darinya.

Dan syaitan itu berkata..Telah disampaikan kepada kita bahwa hari anu akan terjadi anu dan anu, dan secara kebetulan bersesuaian dengan kalimat yang didengar dari langit.

Hadis ini diriwayatkan  oleh Imam Bukhari . Imam Abu Daud, Imam Turmuzi, dan Imam Ibnu Majah telah meriwayatkannya melalui hadis Sufyan ibnu Uyaynah dengan sanad yang sama

Telah ditanya kepada Az-Zuhri,” Apakah di masa Jahiliah pun langit itu sudah dijaga dengan bintang-bintang tersebut?”
 Az-Zuhri menjawab, “Ya, tetapi di masa Nabi Saw. lebih diperketat.” 

Rasulullah Saw. bersabda :
“Sesungguhnya bingang-binang itu dilemparkan bukan karena matinya seseorang atau lahirnya seseorang, tetapi manakala Tuhan kita menetapkan suatu urusan, maka bertasbihlah para malaikat pemikul ‘Arasy, kemudian bertasbih pula penduduk langit (para malaikat) yang ada di bawah mereka, sehingga tasbih sampai kepada penduduk langit yang terdekat.

Kemudian penduduk langit yang ada di bawah para malaikat pemikul ‘Arasy,  bertanya, dan mereka mengatakan kepada para malaikat pemikul ‘Arasy, “Apakah yang telah difirmankan oleh Tuhan kalian?” 

Lalu malaikat pemikul ‘Arasy menceritakannya kepada mereka, selanjutnya para malaikat penerima berita itu menyampaikannya kepada penduduk langit yang ada di bawah mereka, sehingga berita itu sampai kepada para malaikat yang ada di langit yang terdekat.

Dan jin mencuri dengar berita itu, lalu mereka dilempari bintang api. Maka apa yang disampaikan oleh para jin adalah benar, tetapi para jin itu selalu mencampuradukkannya dengan tambahan dari mereka sendiri.”

Kesimpulannya...Syaitan2 itu ditegah mencuri dengar berita langit supaya mereka tidak dengar apa2 dari alQuran lalu memberitahu tukang tilik atau bomoh. hingga hakikat dan fakta akan menjadi keliru dan tidak diketahui mana yg benar. 

A011
Dan bahawa sesungguhnya ada di antara kami golongan yang saleh dan ada yang sebaliknya, kami masing-masing menurut jalan dan cara yang berlainan.

Memang ada jin yang kafir dan ada jin yang Islam. Meminta perlindungan kepada jin kafir bermakna meminta kpd Iblis...ini terang2  melanggar larangan Allah..
"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala."   (QS. Faathir, 35: 6).

A012
`Dan bahawa sesungguhnya kita (sekarang) mengetahui, bahawa kita tidak sekali-kali akan dapat melepaskan diri dari balasan Allah (walau di mana sahaja kita berada) di bumi, dan kita juga tidak sekali-kali akan dapat melarikan diri dari balasanNya (walau ke langit sekalipun).

A013
`Dan bahawa sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk (Al-Quran), kami beriman kepadanya (dengan tidak bertangguh lagi); kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya yang baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan.

A014
`Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang beragama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar 



dakwah-nabi-saw-kpd-kaum-jin.html
ayat-kursi.html
JINN

Thursday, 2 January 2014

THE KNIGHTS TEMPLAR, PENGASAS FREEMASONRY

Sebelum memulakan cerita, saya paparkan dulu Firman Allah swt

1 Ketika iblis enggan sujud pada nabi adam..dia berdailog dgn Allah..surah isra 62-65

'Iblis berkata..inikah orang yg Kau muliakan atas diriku?
Sesungguhnya jika Kau beri tangguh kpd ku hingga  hari kiamat,
pasti akan aku sesatkan keturunan nya, kecuali sedikit sahaja .

Allah berfirman...Pergilah, barangsiapa yg mengikuti kamu, maka neraka jahannam adalah balasan bagi
 kamu semua,sebagai pembalasan yg setimpal.
 Dan hasunglah mereka sedaya kamu dgn hasutan kamu dan kerah lah mereka dalam pasukan kamu, berkuda dan berjalan kaki dan bersyarikatlah kamu dgn harta dan anak pinak mereka dan buat lah perjanjian...sesungguhnya tidak lah yg dijanjikan iblis itu kecuali penipuan belaka.
Sesungguhnya hamba2Ku, kamu tidak akan dapat menguasai mereka......

2 Ketika Allah swt menurunkan datuk kita,Nabi Adam as dan iblis laknatullah kebumi, Dia telah berpesan dlm surah Toha ayat 123..

'Turunlah kamu berdua bersama2..sesama kamu bermusuhun..'

Saya ketengahkan ayat2 ini supaya kita tidak kehilangan punca ketika melihat permusuhan dan peperangan yg melanda dunia, khususnya yg melanda umat islam...iblis tidak akan berhenti merosakkan keturunan Adam as hingga hari kiamat.

Dan saya paparkan juga perancangan iblis dan tentera2 nya dari golongan manusa... hingga kini hampir2 mereka mengusai dunia...













Ketika iblis merikrut manusia ke pasukan nya, dia tidak memilih manusia yg lemah malas dan dungu... dia pilih 'the best of people'...ikutilah kisah nya..

Asal usul tentera iblis yg tersusun rapi dari kalangan manusia..

The Knights Templar...kisah mereka mirip kisah  Qarun, sepupu nabi Musa as, yg pada awalnya seorang soleh yg zuhud...tetapi setelah Allah kurniakan kekayaan dan kekuasaan padanya, dia terus lupa diri, lupa Allah sehingga menyembah dewa2.

Begitulah kisah The Knights Templar.. pejuang2 salib/crusaders yg datang dari Eropah ke Jerusalem..religious, zuhud sehingga mendapat gelaran..the poor fellow soldiers of christ, very 'pious, committed to the Holy War'...tetapi setelah dijanji dgn kekayaan dan kekuasaan, mereka lupa God, terus menyembah Lucifer, iaitu iblis laknatullah .

The Knights Templar... penyembah iblis















Siri Peperangan Salib telah bermula pada tahun 1099.

Pada tahun 1118, sekumpulan tentera yang bernama The Knights Templar telah dibentuk.

Mereka adalah pasukan tentera yang hebat..bukan saja dlm bidang ketenteraan tetapi juga dlm bidang ekonomi (mereka pengasas sistem banking dan travellers cheque), perancangan masyarakat Jerusalem dan juga penyusunan keselamatan crusaders dan christian pilgrims yg datang dari Eropah...malahan kuda2 mereka juga sangat terlatih dalam peperangan.

Mereka juga berjiwa kerahiban,good christians...mereka akan berjuang bermati-matian ..demi mendapat syurga

Tetapi sesuatu yang unik telah berlaku keatas kumpulan the Knights Templar ini, yang jarang kita dengar.

Kumpulan tersebut telah menemui “harta karun” yang tidak ternilai di bawah tanah ,tapak masjid Al-Aqsa.

“Harta”tersebut adalah kitab2 sihir purba milik bani Israil yang diharamkan dan dirampas oleh Nabi Sulaiman as..

Mereka mengkaji  dan mempelajari simbol2 dan sihir-sihir purba Bani Israil...hasilnya menakjubkan mereka.

Sihir-sihir tersebut sangat hebat, mereka dapat menembusi alam syaitan, lantas mereka meninggalkan agama Kristian dan mengamal upacara penyembahan Iblis, Lucifer

Mereka dapat berhubung dengan Al-Masih Ad-Dajjal yang masih dirantai.

Dajjal menjanjikan mereka kekuasaan, kekayaan dan segala macam kenikmatan.

Sebagai balasan, para penyembah Iblis ini perlu bekerjasama dgn Dajjal dalam melaksanakan semua

konspirasi agungnya termasuklah membina Haikal Sulaiman...singgahsana Dajjal  apabila memerintah kelak.

 “Dan mereka mengikut apa yang telah dibacakan oleh syaitan-syaitan di zaman kerajaan

Nabi Sulaiman. Dan bukanlah Nabi Sulaiman itu kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir.

Mereka mengajarkan sihir kepada manusia...” (Al-Baqarah :102)

















Malang sekali bagi The Knights Templer.. Jerusalem akhirnya berjaya dirampas  kembali oleh tentera2 islam di bawah pimpinan Salahuddin al Ayubi.

 The Knights Templar terpaksa pulang ke Eropah...terus mereka bina semula kekuatan dan penyembahan iblis di Eropah.

Raja-raja dan gereja Eropah telah mengharamkan Knights Templar setelah amalan penyembahan Lucifer (anti-christ) terbongkar .

Hampir semua ahli dan pengikut The Knights Templar ditangkap, disalib dan dibakar hidup-hidup

Tetapi kita diajar di dalam sejarah kononnya mereka yang ditangkap itu adalah ahli saintis yang tidak sehaluan dengan pihak gereja di zaman Kegelapan Eropah ( The Dark Ages).

Segelintir dari mereka dapat menyelamatkan diri.

Kelahiran Freemasons

Mereka berkumpul dan menyusun semula barisan dan menuukar nama menjadi “The Freemasons”.

Mereka kembangkan keahlian dikalangan manusia terbaik dan mereka jalankan konspirasi mengulingkan semua raja-raja Eropah dan pihak gereja melalui revolusi...The French Revolution, The Russion Revolution... revolusi di Denmark, Hungary, Italy,Sweden, Autria, Rumania, Russia.Poland dll...

Berlaku peperangan saudara yg trajis..Eropah dan soviet Union dibanjiri darah dan mayat manusia...
penyiksaan dan pembunuhan kejam...
Raja2 dan keluarga mereka dibunuh, padri2 gereja diseksa dan dibunuh, begitu juga rakyat yg disyakki setia pada raja dan agama...



Setelah mereka hapuskan kuasa raja dan gereja, mereka bangunkan semula negara dgn sistem kerajaan baru ..The Democratic Goverment..kerajaan pilihan rakyat konon nya.Slogan mereka.."By the people for the people " tetapi sebenarnya rakyat telah ditipu.Presiden dan kabinet yg mereka pilih sebenarnya adalah ahli2 Freemason.

Maka lahirlah negara2 anti agama (komunisme), dan secular di Eropah dibawah pemerintahan pemimpin2
ahli freemason..saperti yg ada sekarang..

Ahli2 freemason tumbangkan pemerintahan beraja dan sekali gus kuasa gereja..agar mereka berpeluang memegang tampuk pemerintahan negara.Yang menjadi mangsa kegilaan mereka adalah rakyat jelata.

 Demi menutup konspirasi jahat mereka, mereka perkenalkan istilah “renaissance”dlm sejarah..

Maka dengan itu, segala perancangan jahat mereka dilihat “mulia” dalam liputan sejarah.

Tertipulah seluruh bangsa Eropah, sedang mereka diperintah oleh para penyembah iblis, anti-christ.

Setelah mereka menguasai Eropah, mereka memperluaskan kuasa mereka ke seluruh dunia.

Yahudi Eropah dijadikan kambing hitam/ scapegoat

Haikal Sulaiman mesti didirikan untuk Dajjal...Mereka mesti dapatkan kembali Jerusalem..Siapa yg harus dijadikan kambing hitam?.

THE JEWS OF COURSE !! 

Orang2 Yahudi saja yg mahu tinggal diJerusalem
Oleh itu, langkah pertama, orang-orang Yahudi perlu ditindas, ditekan, diseksa, sengsarakan hidup mereka... supaya mereka tersepit, terdesak dan ketika itu akan bersedia untuk mewujudkan negara sendiri, tidak merempat dinegara orang...

HOLOCAUST dirancang...penyiksaan dan penyembelihan beramai2 bangsa yahudi Eropah oleh tentera Nazi dibawah pimpinan Adolf Hitler..Lebih 11 juta bangsa yahudi yg tidak berdosa telah dibunuh Diantara alat yg diguna adalah gas chamber dan incinerator..




Gerakan Zionis

Setelah itu, kumpulan freemasons menubuhkan Gerakan Zionis...bertujuan  menyatukan kaum yahudi Eropah..mereka naikkan semangat kebangsaan Yahudi. Secara halus dan terancang,Yahudi Eropah dihasut.. untuk membina sebuah negara di Palestin, iaitu Israel Raya, supaya mereka tidak lagi dihina,ditindas di negara orang...

Maka berhijrah lah kaum Yahudi kenegara baru....ISRAEL

Selepas itu mereka dihasut pula supaya membina Haikal Sulaiman...

walhal, di dalam Talmud terdapat larangan  bangsa Yahudi  membina Negara sendiri.

Orang Yahudi telah dijadikan kambing hitam bagi menubuhkan Haikal Sulaiman untuk menyambut

kedatangan  Al-Masih Ad-Dajjal.
















Sebahagian Rabbi Yahudi yang menyedari agenda jahat tentera Dajjal ini telah berusaha

menyedarkan dunia bahawa orang-orang Yahudi ini telah ditipu oleh Gerakan Zionis.




















klik..ultra-orthodox-jews-protest-israeli-draft-

Ketika ini juga, freemason telah menjatuhkan Khalifah Uthmaniah....membahagi2kan negara islam dan meletakkan ahli2 mereka menjadi ketua2 negara ... saperti yg wujud sekarang !! Mereka sengaja wujudkan suasana 'unrest' supaya umat islam tidak dapat bersatu semula.




PBB..SUPER-HERO DUNIA
















Setelah seluruh dunia dikuasai mereka melalui Perang Dunia 1 & 2 dan penjajan negara2 islam....

mereka cipta PBB ...konon nya berperanan menjaga keamanan dunia.

Kemudian Perang Dingin/ Cold War (antara Soviet Union dan US)  pula dirancang dan watak Amerika pula

di pamerkan sebagai penyelamat dunia (dari ancaman dan kejahatan negara komunis Soviet Union).
.
Mereka  ingin memanipulasi sejarah kononnya merekalah pembawa keamanan kepada dunia selepas

 menamatkan Perang Dunia mengalahkan “raksasa Nazi & Soviet” ciptaan mereka sendiri.

Ramai pengkaji konspirasi “antichrist” telah membuktikan bahawa Perang Dunia dan Perang Dingin hanyalah

 lakonan semata-mata.

Pemimpin pakatan bersekutu (allied forces), pemimpin aliran Fasis dan pemimpin aliran Soviet tidak pernah

berpecah!!!.

Hanya tentera-tentera mereka dijadikan korban untuk menjayakan konspirasi agung Al-Masih Dajjal.















Apabila raksasa Soviet sudah dipadam, raksasa baru harus dicipta.

Oleh itu, peristiwa 11 September telah dirancang.

Peristiwa 11 September adalah kerja Amerika sendiri...

Osama bin Laden pula tidak pernah wujud. Dia sebenarnya adalah seorang ejen CIA yang bernama

Tim Osman.

 Al-Qaeda juga tidak pernah wujud. Seorang wartawan British telah mendedahkan bahawa rakyat

Afghanistan sebelum itu tidak tidak pernah mendengar nama Osama dan juga Al-Qaeda.

Kedua-dua nama tersebut adalah dongeng Amerika.

Turut menjayakan dongeng tersebut ialah alat media Al-Jazeera.

Al-Jazeera telah disahkan mempunyai hubungan sulit dengan kerajaan Amerika demi menjayakan

propaganda perang anti pengganas. Yang wujud hanyalah Taliban sahaja.

Al-Jazeera lah punca kita semua mempercayai bahawa Al-Qaeda dan Osama itu betul-betul wujud.

Konspirasi Dajjal hampir ke kemuncaknya. Mereka hanya menunggu keruntuhan Al-Aqsa untuk

mendirikan Haikal Sulaiman yang tidak pernah wujud itu untuk menyambut kedatangan semula

Dajjal.





















Selepas serangan 11 September, Amerika telah membina pangkalan tenteranya di 10 buah

negara sekitar Israel untuk menjaga  pusat pemerintahan Dajjal kelak.

Setelah Afghanistan hancur, watak Saddam, Iran dan Hizbullah pula dinaikkan sehingga sekarang.

Siapa tidak tahu yang Saddam Hussein adalah ahli 33 freemason..mereka jadikan dia penentang Amerika

Iran sendiri mempunyai hubungan sulit dengan Amerika ketika Amerika menyerang Afghanistan dan Iraq.

Israel pula pura-pura berperang dengan Hizbullah pada tahun 2008 kemudian berpura-pura kalah

Hakikatnya, yang menjadi korban dalam peperangan palsu tersebut hanyalah rakyat Sunni Lebanon dan

 pelarian Palestin.

Gaya tabik tentera Iran dan Hizbullah yang menyerupai gaya tabik Nazi...gaya tabik ini merupakan

gaya yang diamalkan oleh para penyembah syaitan.



Yahudi dan Kristian bersekutu ?  

Orang2 Yahudi dan Kristian tidak pernah berdamai...tidak pernah sama sekali dalam sejarah dan hingga kini!!
Orang2 Yahudi telah melakukan jenayah paling besar yg tidak boleh di ampuni...menyalib dan membunuh Tuhan orang2 kristian. Maka kesannya... sentiasa timbul kemarahan, kebencian dan permusuhan di antara mereka.

Allah befirman dalam surah Al-Maidah ayat 51,

 “Wahai orang2 beriman, janganlah kamu mengambil Yahudi dan Nasrani menjadi rakan sekutu kamu... sebahagian mereka adalah rakan sekutu sebahahagian yg lain.” (Al-Maidah :51)

Siapakah Yahudi dan Nasrani yg dimaksudkan didalan ayat ini?
Bilamasa Yahudi dan Nasrani menjadi rakan sekutu ?

Yg Allah firmankan didalam ayat ini ialah..sebahagian atau segelintir dari mereka, bukan semua Yahudi dan Kristian..

Jika begitu, golongan Yahudi dan Kristian yang manakah yang dimaksudkan ?

Jadi sebenarnya, 1400 tahun yg lalu, Allah telah membongkarkan suatu kejadian pelik, yg tidak terfikir oleh orang2 Yahudi dan Kristian....kewujudan jalinan persahabatan dan pakatan Yahudi -Kristian.

Kerana hakikatnya mereka bukanlah Yahudi dan bukan juga Kristian. Mereka adalah penyembah iblis.

1400 tahun yg lalu, Allah telah memberi amaran....ketika kejadian ini berlaku..iaitu kesepakatan Yahudi dan Kristian.. maka ummat islam perlu berhati2...jangan sekali-kali menjalin hubungan persahabatan dengan mereka..kerana ini akan menyebabkan hilangnya keislaman seseorang.



N.W.O...new world order
















TAMADUN MODEN BARAT....
..yang sedang diamalkan di negara2 islam adalah hasil ciptaan sekutu2 iblis..

Semakin jelas ketika ini..peperangan dan pembunuhan yang sedang berlaku adalah peperangan antara pasukan hamba2 Allah yg mukhlasin dgn tentera2 iblis laknatullah

“Orang-orang  beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang kafir berperang di

jalan Taghut (iblis). Maka, perangilah sekutu2  syaitan itu kerana tipu daya

(konspirasi) syaitan itu adalah lemah” (An-Nisa’ :76)

















 

klik..nabi saw menceritakan zaman2 selepas nya
freemasons ketuai negara2 islam
Mysteries of the Freemasons
klik..Hidden Camera Masonic Ritual Satan Worship Exposed


 bersambung..