Anda pernah dengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370?
Perkara ini berlaku seperti ini...
Amerika telah keluar daripada Afghanistan.
Salah satu sistem kawal dan perintah
(command and control system - CNC)
mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone
tanpa pemandu) telah
dirampas
oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika
sedang bergerak ke bawah dari
salah satu pangkalan di atas bukit.
Taliban menyerang hendap konvoi tersebut
dan membunuh 2 kakitangan
Navy Seal Amerika, merampas
peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya
20 tan dan dimasukkan ke dalam 6 peti.
Peristiwa ini berlaku lebih kurang pada Februari
2014.
Tiada liputan tentangperistiwa ini
Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka
mahu menjual sistem CNC
tersebut kepada Rusia atau China. Rusia
terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine.
China pula amat dahagakan teknologi sistem ini.
Bayangkan jika China dapat menguasai
teknologi di belakang sistem CNC ini, semua
Drone Amerika akan tidak berguna lagi. Oleh itu
China telah menghantar
8 saintis pakar pertahanan mereka untuk
memeriksa sistem yang dirampas tersebut
dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk
itu.
Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China
tersebut bersama 6 peti
melakukan perjalanan mereka ke Malaysia,
dengan berpendapat laluan ini adalah
yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan.
Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan
China di bawah perlindungan diplomatik.
Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan
Israel, bersama-sama
merangka pelan untuk memintas dan menawan
semula kargo tersebut.
China berfikiran adalah lebih selamat untuk
mengangkut kargo tersebut
menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan
syak wasangka. Lagipun penerbangan
terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya
4 jam setengah, dan Amerika dipercayai
tidak akan merampas atau memudaratkan
pesawat awam itu.
Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik.
Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah
biasa dengan operasi
Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran"
dengan pasport curi kemungkinan diantaranya.
Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang
udara Malaysia dan melapor diri
kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat
AWACS Amerika telah menyekat
isyarat komunikasi mereka (jammed the
signal), mematikan sistem kawalan juruterbang
dan menukar kawalan kepada mode kawalan
jauh (remote control).
Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara
tiba-tiba untuk seketika.
Bagaimana AWACS boleh melakukannya?
Ingat peristiwa 911?
Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing
(Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan
sistem kawalan jauh untuk menentang
rampasan pesawat oleh pengganas. Sejak itu
semua Boeing boleh terbang dengan kawalan
jauh oleh menara kawalan di daratan.
Sistem kawalan jauh yang sama digunakan
untuk mengawal pesawat pengintip
tanpa pemandu dan Drone.
Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil
alih kawalan
pesawat, mematikan transponder dan sistem
komunikasi yang lain, mengubah
laluan dan terbang ke arah barat. Mereka tidak
terbang timur, ke Filipina atau Guam
kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang
udaranya diawasi sepenuhnya
oleh radar dan satelit pengawasan China.
Radar tentera Malaysia, Thailand dan India
sebenarnya telah mengesan
pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti
dijangka mereka bertindak
balas secara tidak profesional.
Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra
Utara, Anambas, India
Selatan dan kemudian mendarat di Maldives
(beberapa penduduk kampung
menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak
dan meneruskan penerbangannya
ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di
tengah-tengah Lautan Hindi. Sebaik
mendarat, kargo dikeluarkan dan
kotak hitam ditanggalkan.
Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui
kaedah secara semula jadi,
iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya
orang mati sahaja yang
tidak akan membocorkan rahsia. Pesawat
MH370 dengan penumpang yang sudah mati
sekali lagi berlepas dan
diterbangkan dengan kawalan jauh menuju
selatan Lautan Hindi, untuk supaya
orang percaya bahawa pesawat kehabisan
minyak dan akhirnya terhempas ke lautan,
dengan menyalahkan kapten dan pembantu
juruterbang yang degil.
Amerika telah melakukan persembahan
yang baik. Pertama, mereka
mengalihkan semua perhatian dan usaha carian
di Laut China Selatan padahal
MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi.
Kemudian mereka dengan bantuan media-media
mereka telah
mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang
bercanggah dan bukti-bukti untuk
mengelirukan dunia. Australia
memainkan peranan sebagai pembantu pelakon.
APA ADA DI DIEGO GARCIA?
Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China,
dari segi bilangan pesawat carian,
kapal dan satelit, mula-mula mencari di
Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka
dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini
menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan
kerana ramainya penumpang awam China,
tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat
dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya.
Jangan percaya cerita? Saya tidak mengharapkan
anda untuk mempercayai
tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana
episod ini mendedahkan diri akhirnya nanti.
Atau mungkin ia tidak akan berlaku
sehingga kemunculan Edward Snowden
– pakar komputer US, bekas kakitangan
CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan
pelbagai program dan dokumen rahsia US).
klik disini...siri 3