Monday, 7 April 2014

KESIAN MH370...theory konspirasi drone US

siri 1..klik di sini                                                                                                                                                     
SO..NOW WHAT ? WHERE IS MH370 ?                                                                                
                                                                           
Walaupun tak confirm, hatikecil ku percaya la jugak..                   


TERDAPAT 5 AGEN AMERIKA DAN ISRAEL YANG MATIKAN TRANSPONDER PESAWAT MH370?

 Anda pernah dengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? 
Perkara ini berlaku seperti ini...

Amerika telah keluar daripada Afghanistan. 

Salah satu sistem kawal dan perintah 

(command and control system - CNC) 
mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone 
tanpa pemandu) telah 
dirampas 
oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika 
sedang bergerak ke bawah dari

 salah satu pangkalan di atas bukit. 


Taliban menyerang hendap konvoi tersebut

 dan membunuh 2 kakitangan 
Navy Seal Amerika, merampas 
peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 
20 tan dan dimasukkan ke dalam 6  peti. 

Peristiwa ini berlaku lebih kurang pada Februari 

2014. 
Tiada liputan tentangperistiwa ini

Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka
 mahu menjual sistem CNC 
tersebut kepada Rusia atau China. Rusia 
terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. 
China pula amat dahagakan teknologi sistem ini.



 Bayangkan jika China dapat menguasai 

teknologi di belakang sistem CNC ini, semua 
Drone Amerika akan tidak berguna lagi. Oleh itu
 China telah menghantar 
8 saintis pakar pertahanan mereka untuk
 memeriksa sistem yang dirampas tersebut 

dan bersetuju untuk  membayar jutaan dollar untuk
 itu. 

Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China 
tersebut bersama 6 peti 
melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, 
dengan berpendapat laluan ini adalah 
yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. 
Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan 
China di bawah perlindungan diplomatik. 

Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan

 Israel, bersama-sama 
merangka pelan untuk memintas dan menawan 
semula kargo tersebut. 

China berfikiran adalah lebih selamat untuk 
mengangkut kargo tersebut 
menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan
 syak wasangka. Lagipun penerbangan 
terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 
4 jam setengah, dan Amerika dipercayai 
tidak akan merampas atau memudaratkan 
pesawat awam itu.

 Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik.


Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah
 biasa dengan operasi 
Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran"
 dengan pasport curi kemungkinan diantaranya.

Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang
 udara Malaysia dan melapor diri 
kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat 
AWACS Amerika telah menyekat 
isyarat komunikasi mereka (jammed the 
signal), mematikan sistem kawalan juruterbang 
dan menukar kawalan kepada mode kawalan
 jauh (remote control). 

Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara
 tiba-tiba untuk seketika. 

Bagaimana AWACS boleh melakukannya? 

Ingat peristiwa 911? 

Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing 
(Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan 
sistem kawalan jauh untuk  menentang 
rampasan pesawat oleh pengganas. Sejak itu 
semua Boeing boleh terbang dengan kawalan
 jauh oleh menara kawalan di daratan. 

Sistem kawalan jauh yang sama digunakan

 untuk mengawal pesawat pengintip 
tanpa pemandu dan Drone. 

Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil
 alih kawalan 
pesawat, mematikan transponder dan sistem
 komunikasi yang lain, mengubah 
laluan dan terbang ke arah barat. Mereka tidak
 terbang timur, ke Filipina atau Guam 
kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang 
udaranya diawasi sepenuhnya 
oleh radar dan satelit pengawasan China. 

Radar tentera Malaysia, Thailand dan India
 sebenarnya telah mengesan 
pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti 
dijangka mereka bertindak 
balas secara tidak profesional. 

Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra
 Utara, Anambas, India 
Selatan dan kemudian mendarat di Maldives
 (beberapa penduduk kampung 
menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak
 dan meneruskan penerbangannya 
ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di 
tengah-tengah Lautan Hindi. Sebaik 
mendarat, kargo dikeluarkan dan 
kotak hitam ditanggalkan. 

Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui

 kaedah secara semula jadi, 
iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya
 orang mati sahaja yang 
tidak akan membocorkan rahsia. Pesawat 

MH370 dengan penumpang yang sudah mati 

sekali lagi berlepas dan 
diterbangkan dengan kawalan jauh menuju
 selatan Lautan Hindi, untuk supaya
 orang percaya bahawa pesawat kehabisan 
minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, 
dengan menyalahkan kapten dan pembantu 
juruterbang yang degil.


Amerika telah melakukan persembahan
 yang baik. Pertama, mereka 
mengalihkan semua perhatian dan usaha carian 
di Laut China Selatan padahal 
MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi. 

Kemudian mereka dengan bantuan media-media

 mereka telah 
mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang 
bercanggah dan bukti-bukti untuk 
mengelirukan dunia. Australia 
memainkan peranan sebagai pembantu pelakon.

APA ADA DI DIEGO GARCIA?



Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China,
 dari segi bilangan pesawat carian,
 kapal dan satelit, mula-mula mencari di 
Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka 
dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini 
menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan 
kerana ramainya penumpang awam China,
 tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat 
dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya. 

Jangan percaya cerita? Saya tidak mengharapkan
 anda untuk mempercayai 
tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana 
episod ini mendedahkan diri akhirnya nanti.
 Atau mungkin ia tidak akan berlaku 
sehingga kemunculan Edward Snowden
 – pakar komputer US, bekas kakitangan 
CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan 
pelbagai program dan dokumen rahsia US).




klik disini...siri 3

3 comments:

  1. Logic theory explainationKak.. ..cume nak "sentuh" sikit je....walau transponder aircraft di matikan, mana2 radar di laluan 777 pasti akan dapat detect aircraft tersebut. Yep! agreed radar frequency can be jammed BUT..just wondering mampu kah AWAC jammed berpuluh radar dengan sekelip mata?...ATAU radar security atau awarness di persekitaran Malaysia, Thai or Vietnam dan mana2 negara laluan "turnback" 777 tersangat lemah...

    ReplyDelete
  2. Thanks zam...so ada beberapa keberangkalian/probability...yg lebih aneh, betul ?

    ReplyDelete
  3. Only ALLAH knew what going on......:-)

    ReplyDelete