Sunday 28 August 2011

GOOD-BYE DUNIA Part 2 (JENAZAH KAFIR)

Roh kafir berselerak..

Baginda S.A.W bersabda lagi:
"Dan sesungguhnya orang yang kafir (ketika sakarat) apabila ia berada dalam keadaan terputus dari dunia dan sedang menghadapi akhirat, akan turunlah kepadanya malaikat-malaikat dari langit, hitam muka mereka, dengan membawa kain-kain kasar seperti kain kadut, lalu mereka duduk jarak daripadanya sejauh mata memandang.

 Kemudian datang Malakal maut, lalu duduk di sisi kepalanya sambil menyerunya dengan berkata:
"Hai jiwa yang jahat! Keluarlah engkau menuju ke tempat kebencian dan kemurkaan Allah".
Baginda S.A.W bersabda lagi:
"Kemudian roh orang itu berselerak di merata jasadnya (kerana takut hendak keluar), lalu disentap rohnya itu oleh Malakul maut sebagaimana sebatang besi pembakar daging disentap dari segumpal bulu yang basah.

 Malakul maut pun mengambilnya, maka apabila ia mengambilnya, Malaikat-malaikat tadi tidak membiarkannya di tangan Malakul maut walau sekelip mata sekalipun sehingga mereka meletakkannya dalam kain kasar tersebut, dan keluar pula dari roh itu bau yang busuk, sebusuk-busuk bau bangkai yang ada di atas muka bumi. 

Kemudian mereka membawanya naik ke langit, maka mereka tidak melalui mana-mana kumpulan malaikat melainkan kumpulan malaikat itu berkata:

 "Roh yang jahat ini roh siapa?" 


Mereka menjawab: "Roh si fulan anak si fulan," (dengan menyebutkan seburuk-buruk namanya yang biasa dipanggil dengan nama-nama itu di dunia); (demikianlah halnya) sehingga berakhirlah perjalanan mereka membawanya ke langit dunia..

.. setelah itu mereka meminta dibukakan pintu langit untuknya, tetapi tidak dibukakan baginya.

Kemudian Rasulullah S.A.W membaca (Surah al-A'raf ayat 40) 

  ".....Tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak dibenarkan memasukki syurga, sehinggalah unta  dapat memasukki lubang jarum."

Kemudian Baginda S.A.W bersabda lagi:

"Lalu Allah 'Azza wa Jalla berfirman kepada malaikat:

"Simpanlah catatan amal jahatnya di dalam neraka Sijjin (tempat simpanan catatan amal jahat orang-orang yang berdosa), yang letakkanya ditengah2 perut bumi. "

(HR Ahmad, Abu Dawud)

>>bersambung part 3





No comments:

Post a Comment