Monday, 9 January 2012

MIMPI NABI...sambung

>> 4 jan 2012

..telah bersabda rasulullah saw...

Aku melihat seorang umatku sedang menepis2 bahang api dan percikan2nya dari mukanya, lalu menjelmalah sedekahnya..maka sedekahnya itu menabiri mukanya dan kepalanya dari bahaya api itu.

Aku melihat seorang umatku sedang diseret oleh malaikat zabaniah kemerata tempat..lalu menjelmalah amar ma'ruf dan nahi munkarnya..lalu menyelamatkannya dari cengkaman malaikat zabaniah dan diserahkannya kepada malaikat rahmat.

Aku melihat seorang umatku sedang merangkak2 ..antaranya degan Allah ,dipasangkan tabir..lalu menjelmalah akhlaq mulianya ie budipekertinya..lalu memimpinnya sehingga dibuka tabir dan masuklah ia kehadrat Allah swt.

Aku melihat seorang umatku terheret kesebelah kiri oleh buku catatannya..lalu menjelmalah perasaan takutnya kepada Allah..lalu menukarkan haluannya kesebelah kanan.

Aku melihat seorang umatku terangkat timbangannya keatas..lalu menjelmalah anak2nya yang mati kecil..lalu menekan timbangan itu sehingga menjadi berat.

Aku melihat seorang umakku sedang berdiri dipinggiran jahannam..lalu menjelmalah perasaan gerunnya terhadap siksa Allah..lalu membawanya jauh dari tempat itu.

Aku melihat seorang umatku terjerumus kedalam api neraka..lalu menjelmalah air matanya yang mengalir kerana  Allah..lalu menyelamatkannya dari api itu.

Aku melihat seorang umatku sedang meniti sirat (titian) sedang seluruh tubuhnya menggigil seperti goncangan dedaun yang ditiup angin..lalu menjelmalah sangkaan baiknya (husnul-zan) terhadap Allah..lalu mententeramkan gigilannya..dan mudahlah ia meniti hingga kehujung titian.

Aku melihat seorang umatku meniti sirat ..kadang2 dalam keadaan merangkak dan kadang2 dalam keadaan meniarap..lalu menjelmalah selawatnya keatasku..lalu memegang tangannya dan membimbingnya berdiri serta mengapitnya hingga kepenghujung titian.

Aku melihat seorang umatku sudah hampir kepintu syurga..tiba2 pintu2 itu tertutup..lalu menjelmalah syahadahnya..lalu membukakan pintu2 syurga itu untuknya sehingga ia masuk kedalamnya.

..Berkata al-Hafiz Abu Musa..hadith ini adalah hadith hasan yang diriwayatkan dari Said Musayyib,Umar bin Zar dan Ali bin Zain bin Jad'an.

Semuga riwayat tadi dapat menjadi check-list untuk kita..mana2 amal penyelamat yang belum kita laksanakan..agar kita tidak tersadai dimana2 roadblock pun.Hanya amal tu sajalah yang menjadi pas..no pas no entry !!..
Pas tu pulak hanya boleh ditempah didunia sahaja..dah masuk je alam barzakh..takda turning back.. NO U-TURN !!
Harus juga kita ingat.. penjaga2 roadblock tu tidak menerima rasuah macam didunia ni..no way!!..penjaga2nya adalah para malaikat yang sifat mereka, diceritakan oleh Allah swt didalam surah at-Tahrim ayat 6..
..penjaganya malaikat2 yang kasar dan keras..maksudnya..rude and stern..yang tidak pernah mendurhakai perintah Allah ..dan sentiasa mengerjakan apa yang diperintahkan..

Ya Allah..kurniakanlah kepada kami taufiq dan hidayah Mu supaya kami tidak tenggelam dan hanyut didalam dunia yang fana ini..amiin ya rabbal alamin

No comments:

Post a Comment