Wednesday, 27 July 2011

ABANGKU...MY HERO



Posted by Maryam Musfirah Nordin


Kalau abang2 saya,dah cerita sedih2 pasal arwah, saya pulak nak cerita sempoi je kenangan2 saya bersama arwah. Kalau nak cerita semua, memang tak muat. Kena buat novel bersiri.

 Dimulakan dengan Bismillah~Hadi Nordin. Abang kepada Yambee Nordin. Hehe..

 Sejak kecik, boleh dikatakn dia la kembar saya..jikalau saya kurus dan slim lah. XD..Mak kata,pernah dulu waktu adik (Aisyah) lahir, nurse kat hospital ingtkan kami (saya dan Hadi la) kembar. Betui ka ni? Dah sama mak,sama ayah. Muka pun sama semuanya lah!





















Panggilan “manja” saya dan adik kepada arwah ialah “anek”. Pernah saya dimarahi arwah kerana tidak memanggilnya dengan panggilan “manja” beliau. Lepas tu taubat, panggil anek je..tapi naik skola menengah, panggil jugak hadi depan kawan2 dia. 

Takut dia malu..huhu..bertimbang rasa jugak adik dia sorg nih..



Secara jurnya, saya banyak terpengaruh dengan arwah. Daripada yang baik kepada la yang jahat (nakal2 sahaja~)..kira2nya arwah merupakan tok guru yang paling disegani dan saya merupakan anak murid yang paling setia di sisinya sehinggakan abah menggelar diri saya tomboy. Namun semua ini 
berlaku hanya pada zaman kanak2.



 Naik sekolah rendah, kami selalu bergaduh tak pasal2 sebab nak berebut pembaris yang dah patah la, ataupun nak tgk cite katun yang agak tak paham bila tengok..semua saya nak berebut dengan dia! 

Kalau dia ejek saya, saya akan mengamuk,terus ponteng sekolah..(alamak,kantoi dgn cikgu2 skola rendah..hehehe). 

Yang paling saya hot..bila dia panggil saya..MAYA THE BEE..terus saya merajuk atas katil..puas mak pujuk ..tak berhasil.


























Tapi satu perkara yang saya memang tak boleh berebut dengan arwah ialah KELEBIHAN.

KELEBIHAN beliau, fuuuh~! Tak terkata.@_@ 

Saya ingat lagi ketika beliau berada di penghujung darjah 3,ada satu program khas untuk murid2 pintar dan pandai untuk melangkah setapak..eh,setahun dari darjah 4 ke darjah 5. Dan arwah merupakan salah seorang yang berjaya melepasi cabaran tersebut. Tapi sebab sayangkan kawan2,  beliau mengambil keputusan untuk kembali  bersama rakan2 seklasnya.

 Arwah juga pernah memegang jawatan pengawas  tetapi pernah dipanggil ke bilik Guru Besar kerana TERtangkap oleh pengawas lain kerana memanjat pagar sekolah untuk menuggu van sekolah diluar pagar, padahal gate sekola sentiasa terbuka (biasalah budak laki, nakal..ADVENTURE gitu!)  

Selain itu, arwah juga memang sudah berkecimpung dalam bidang seni ketika di bangku sekolah rendah. Memang tak sah kalau tak nampak muka beliau di pentas Malam Seni sekolah setiap tahun. Suaranya..masyAllah,semua penuntun yang mengenalnya, tertunggu2..


Permataku - Hadi & Naim

Ibu2 juga pasti tidak pernah lupa, kan??
Beliau merupakan anak murid kegemaran guru2 tak kira di tadika,sekolah rendah atau menengah. Sebut saja Hadi Nordin, semua akan terbayang wajahnya  yang manis, beserta soalan2 killer yang hanya beliau seorang saja yang boleh jawab..

Waktu darjah 6, saya curi2 baca surat peminat kepada arwah..arwah yang low-profile, tersipu2 malu...sepet2 macam cina pun,ramai peminat.

Arwah juga suka berjenaka dan memang kami sekeluarga memang tak kering gusi dengan telatahnya. Macam2 adegan dan aksi ditayangkan.. Kalau anda anggap JoZan adalah pelawak terkemuka tanah air, maka arwah dua kali lima sahaja. Cuma bila ditambah-kuasa dengan abang2 yang lain, memang kalah pelawak no. 1 Malaysia di sini. Beliau memang suka menceriakan suasana sekeliling.

Satu KEKURANGAN arwah ialah, tak pandai meluah perasaan..dianggapnya sebagai mengumpat.. Rahsia dia,memang beribu! Tak satu pun diberitahu kepada kami..(nama pun rahsia,bukan untuk diberitahu ye dak?).

 Tapi, walaupun arwah punya rahsia terpendam sampai ke lubuk hati, beliau tidak dapat sorok perasaannya daripada adiknya a.k.a (also known as) anak murid setia kepada tok gurunya..hehehe.

 Saya perasan arwah mula kesunyian sejak abang kami, Na’im berhijrah ke Mesir ketika arwah darjah 6. Untuk pengetahuan semua, arwah memang rapat dengan abang kami yang ke-6 dan ke-5 sejak kecil.



 Namun, bila seorang demi seorang sudah menjejak langkah ke sekolah menengah, jarak antara mereka makin ketara. Kemungkinan perasaan kehilangan seorang kawan mula menguasai dirinya lebih2 lagi ateh (Naim) telah pergi ke bumi Nabi Musa.



 Namun begitu, arwah masih berusaha menyesuaikan diri dgn persekitaran dan menjadikan adik2nya sebagai bahan bulian..hehe.

Dari pelusuk jiwa dan raga saya, sejujurnya memang saya memandang tinggi arwah. Dari seorang abang, kepada seorang kawan, kepada seorang anak, kepada seorang pelajar, semuanya saya sanjung. Segala ciri arwah memang saya sanjung bak idola.

 Di sekolah, saya dapat nama pun dari arwah. Mana2 saya pergi, orang akan cakap “tu adik Hadi Nordin”. Saya jadi  femes disebabkan kefemesan yang dimilikinya. Sangat hebat bukan? Hehe..



Saya berada dalam dilema pada awal semester ini kerana terlalu risaukan dirinya. Memang muka nampak xde prasaan, tapi dalam hati saya ada taman yang indah~  Saya sudah berazam untuk cuba mengakrabkan diri dengan arwah pada awal tahun ini. Tapi hasutan syaitan melemahkan diri. Saya sering tersasar dari azam saya untuk cuba meluangkan masa, melayan cerita dan menjadi pendengar setia nyanyiannya.




 Mula semester ini, saya dapat tahu arwah dimasukkan ke tempat yg saya x pernah terbayang. Bila dengar berita dari bunda, saya terus membuat azam baru. Saya mahu pulang ke rumah setiap minggu utk mengikuti perkembangan arwah walaupun terpaksa pulang & pergi sendiri.





Tapi, disebabkan ada tanggungjawab yg diberi, maka hajat saya tak kesampaian. Berbagai cara saya cuba untuk menolak tanggungjawab tersebut. Hasilnya, diri saya tak keruan dan sentiasa dalam dilema. Tanggungjwb tersebut? Menjadi pengarah projek komuniti. Saya minta maaf terlebih dahulu kepada rakan2 seperjuangan kerana memang saya bukanlah diri saya yang sebenarnya pada waktu itu.


 Pada 10 Julai, angah n family bersama kakak dtg melawat utk mnghantar barang2. Soalan pertama saya tanya “pe cite anek?”.. memang tak sah kalau saya tak tanya soalan tersebut setiap kali pulang atau bertemu ahli keluarga.



 Pada hari Selasa, 12 Julai, kami di Puncak Alam, terpaksa bergerak ke UiTM Shah Alam before subuh. Pukul 5 pagi dah terpacak atas padang kawad. Atas bas uitm, kiri kanan kengkawan saya tidur tapi mata saya tak lelap2. 

Tepat 6.39 am, terima mesej dari kakak.

                “Hadi dah meninggal”

                “Hah?”

                “Nak balik tak? Mintak angah ambik ke. Akak nak pegi hospital ni”

Terima sahaja mesej di atas, berderai-derai air mata berjatuhan. Sungguh, sangat tak dijangka. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, tak berenti air mata berguguran. Namun bila ternampak wajah bunda, terus berusaha menahan air mata.. bertakungan..

 Saya volunteer teman mak dihospital sebab nak bersama arwah.Yang lain terpaksa tunggu dirumah sebab pagi2 lagi, pengunjung dah tiba. Abah kat balai polis..






















Walaupun saya x dpt luangkan masa bersama arwah sebelum ini, kali ini biarlah saya luangkan masa bersama arwah pada saat perjalanan terakhirnya ke alam seterusnya. Memang dari pagi sampai ke hospital, saat memandikan, perjalanan ke tapak masjid naik van jenazah, sehingga ke saat talkin diakhiri, saya berada di sisi arwah.





















 Walaupun  penyesalan teramat dirasakan kerana tidak dpt bersama arwah pd saat2 akhirnya, namun melihat wajahnya yang tenang selepas dimandikan, masjid dan perkuburan dilimpahi manusia, urusan jenazah yang efisyen sekali, menimbulkan rasa redha terhadap Ilahi kerana ini adalah yang terbaik bagi dirinya.

Kerana Allah menyayangi dirinya. 
Kerana doa dan berkat bunda untuk melepaskan titipan nya. 
Kerana tamat sudah perjuangannya menahan ujianNya. 

Kini giliran kami untuk meneruskan perjuangannya.
Sungguh, dirinya membawa sejuta perubahan pada kami semua.


 Mak, abah, along, kaklong, angah, kakngah, ude, kakde, akak, acik, kakcik, ateh, aisyah..Ini bukan PENGAKHIRAN, tetapi hanyalah PERMULAAN bagi kita...















I remember those old days
You always make me cry
Calling me names and try to pick a fight
When I look back now
You just wanna make me strong


There were days when I was down
You will come and stick around
Telling me stories and your silly jokes
When I look back now
You just wanna make me smile


I really envy you back then
For everything you have
Teachers, friends, they really like you
When I look back now
You just wanna make me proud
Having a brother like you…


When you were around
I never look for you
When you were away
I never try reaching for you
Now you are gone
I really miss you
But there’s one thing
That will keep me going all day...
I will just remember
Your silly smiling face..






































Adik dan kawan,
Maryam Musfirah Nordin
26  JULY 2011

The day-i-lost-my-son-to-the devils..english version.
klik...day-i-lost-my-son-to-devils
klik...in-my-heart-lies-memory-of-you

9 comments:

  1. 12 july 2011
    Salam
    Innalillahiwainna ilaihiriji'un
    Dukacita dimaklumkan anakanda Abdul Hadi, anak akh Hj Nordin Shaffie dan ukht Hjh Zaharatullaili (KW IKRAM AJ) telah kembali ke rahmatullah pagi ini.
    Jenazah akan disempurnakan di Surau Al Muhajirin, Taman Sri Ukay, Hulu Kelang pagi ini,insyaAllah.
    Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu
    Al fatihah
    JKKA AJ

    ReplyDelete
  2. On Jul 12 2011 at 9:40
    Assalamualaikum
    Sehingga pukul 930 am ini; jenazah anakanda Hadi (anak akhi nordin dan ukhti laili) masih di Hospital. Jangka 1-2 jam lagi, insya Allah akan dibawa terus ke Masjid Ar Ridwan, ULu Klang (tepi MRR2) untuk urusan Mandi, Solat Janazah dan Pengkebumian di situ.
    Mari kita doakan moga urusan pengurusan jenazah ini dimudahkan dan dilancarkan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  3. 12 july 2011
    Assalamu’alaikum,
    Maklumat dari YDP Selangor Ust Shamsul, jenazah Abdul Hadi anak akh Hj Nordin Shaffie dan ukht Hjh Zaharatullaili (KW IKRAM AJ) yang telah kembali ke rahmatullah pagi ini.
    akan disempurnakan di Masjid Ar-Ridzuan Hulu Klang (tepi MRR2) selepas solat asar petang ini.
    Ikhwah akhawat yang berkelapangan sila hadir sama.
    RH

    ReplyDelete
  4. dari hosp selayang23 July 2012 at 16:27

    On Jul 12, 2011, at 14:40, roohaida.othman@gmail.com wrote:
    Salam,
    Jenazah masih di Hospital Selayang. Doakan agar dipermudahkan segala urusanTuesday,

    July 12, 2011 4:54 PM
    wan fauziah
    salam
    Alhamdulillah urusan jenazah selamat disempurnakan.
    Dalam perjalanan ke masjid arRidhuan, Hulu Kelang

    ReplyDelete
  5. syed zakaria tydp amp jay23 July 2012 at 16:31

    Tuesday, July 12, 2011 6:08 PM
    Baru sahaja anak Akh Nordin , arwah Abd Hadi disemadikan..
    Talqin sedan dbacakan..

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Innalillahi wainna ilaihi raji'un.
    Semoga almarhum anakanda diampunkan dosanya dan rohnya dihimpunkan di kalangan para solihin. Akhawat IKRAM Selangor mendoakan agar k laili sekeluarga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi saat-saat yang sukar ini.
    Roohaida Othman
    KW IKRAM Selangor

    ReplyDelete
  7. Tuesday, July 12, 2011 11:11 AM
    Kpd Akh Nordin dan Ukht Laili, ucapan ta'ziyah dari ana dan Akmar.
    Innalillahi wainna ilaihi raaji'uun
    Allahummaghfirlahu warhamhu wa'aafihi wa'fu'anhu

    ReplyDelete
  8. Salam

    Tue 12 Jul 2011 09:58
    Innalillahi wa inna ilaihi rajiun....
    allahummagfirlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu
    Tazkiah dr ikram SJ. Semoga dilimpahi kesabaran atas ketentuan ilahi.
    Ydp
    Ikram SJ

    ReplyDelete
  9. 2011/7/11
    Assalam
    Innalilah...rajiun, semoga arwah mendapat keampunan dari Allah dan berbahagia di akhirat sana.
    Semoga akh Nordin dan keluarga diberi kesabaran dan ketabahan dalam ujian ini
    Wassalam
    Zul Ali
    Bersama warga IKRAM TERENGGANU

    ReplyDelete