Wednesday, 29 February 2012

SPICE OF LIFE














Last nite, 9.30pm, 1st time aku masuk semula kawasan Hospital Selayang. Mula2, masa on d way,  biasa je.Tetiba, depan Hospital tu..ternampak tempat yg aku kunjungi 12 july ..terus rasa nak breakdown..sebab belum pasang defense system diri..ter switch-on la, secara otomatik,emosi yg mencurah2kan air mata.. ter nampak2 selimut putih diatas trolley..masa tu pukul 5 pagi,tiba je disitu, doctor tunjukkan bilik mayat..anakku dah diselimutkan...aku biarkan emosiku melayani diri..sampai ternampak anakku,Maryam, keluar dari pintu Hospital.

Aku tanya dia..apa rasa duduk kat sini?...'Sebak tak tertahan,sebab bila keluar-masuk wad,nampak tempat bersejarah'...itu pun dalam keadaan anakku ni dah mentally n emotionally ready..dibawah ni, aku masukkan coretannya dari FB,minggu lepas..


 YamBee Din Hospital Selayang! saya kembali. Last time went there was...that day..
  Zaharatullaili Md Diah That day, 1st day hari bahgia utk dia,kemuncak kesedihan utk kita.. jgn layan kesedihan kita,bayangkan kegembiraan dia..dtemani malaikat2 n kekasih2 Allah,full of bliss,..syaitan pun dah kalah..bayangkan kita bsamanya dsitu..rehat2,gurau2, burung2 berterbangan,dtaman yg nyaman..ada anak sungai lg..
 YamBee Din Hehehe...lama tak lawat kubur..rindu pulak daah
 Zaharatullaili Md Diah takpe! takpe! bagus!bagus! rindu dapat pahala..hadiahkn ayat2 Quran n doa utknya.klw x rindu..xde la doa,xde la ayat Q..rindu tu gift from Allah..hati2 manusia didalam genggaman Allah..dia yg rationkan..nak sayang kat sape,nak meluat kat sape..cepat!sujud syukur.. 
 YamBee Din Erk! haha..tapi slalu bz,slalu tak ingat..sian anek sunyi..payah la dunia ni...payah nak kejar.. masa.makin pendek. Kalau camni, mmg tamau kerja misi la! heheheheheee
 Zaharatullaili Md Diah adoi,kesitu pulak..
 YamBee Din hik hik hik...kalau ada duit free,kan best. Mak! Doa mintak bukak semua pintu rezki!
 Fatimah Zaharah Nordin Tadi akak kemas bilik ateh n bilik anek. Tgk katil, ternampak2 lagi dia baring kt situ. How I miss him!! soo much!. Jom kita hadiahkan yasin setiap mlm jumaat utk anek
 YamBee Din Yosh! Lawat org kt slayang! muahahaha!!
 Fatimah Zaharah Nordin Jauh sgt lah selayang.
 YamBee Din oh ye. kalo bole, masuk 100 dlm akaun. tggal RMXX.XX sahaja...
 Fatimah Zaharah Nordin Hoho orait. Sms num akaun. Dah terdelete, ngee
 YamBee Din selebet lah selebet

Anakku,Maryam..pelajar nursing di uitm puncak alam.Minggu ni..praktikal dihospital selayang.Aku dapat rasa macam mana dia akan rasa ketika disitu..
Inila kerjaku sekarang..mententeramkn jiwa anak2ku..kesedihan tu masih on..kadang2 volume tinggi,kadang2 rendah..Kalau dah pegi tempat kenangan..mestilah dgn kadar volume tertinggi..bole breakdown!!
Cucu2ku yg 6 thn n yg 4 thn pun..kadang2 sambil baring keluar airmata..bila tanya kenapa?...'dah lama tak jumpa paknik'...Kdg2 ajak pegi kubur..nak jumpa paknik..dah sampai disitu,bukan main gembira lagi..baca fatihah kuat2 sambil berjalan dari tempat parking..

Susah jugak nak faham..dalam keadaan redha 100% pun, bole bersedih lagi?..
bukan sikit2 pulak tu..tiba2 je jantung bedebar2,sakit dada,susah nak bernafas, airmata mencurah2 keluar!! ..dah solat hajat,doa2...baru hilang..berat rupanya bila kehilangan seseorang..

Dulu, aku tak berapa faham..kenapa Allah ganjari dengan ganjaran yg begitu besar skali bagi mereka2 yg kematian anak atau orang2 yg dikasihi ..now, baru aku faham..
-----------------------------------------------------------------------------------------

Telah bersabda rasulullah saw, apabila mati anak seorang hamba,..Allah swt berfirman kpd MalaikatNya..

'Wahai malaikat Maut! apakah engkau telah mengambil nyawa anak kepada hambaKu?
Sudahku laksanakan ,wahai Tuhanku!
Apakah yg engkau cabut itu..buah hati nya?
Benar, wahai Tuhanku!
Lalu ..apakah yg diucapkan hambaku itu?
Dia memujimu ,wahai Tuhanku serta mengucap kalimat istirja' ( innalillahi wa inna ilaihi rajiun)
Bangunkanlah untuknya rumah disyurga dan namakan ia Rumah Pujian ( Baitul- Hamdi)
HR Tirmizi.

Allah Maha Mengetahui hati hamba2Nya..yg berat dipikul, setimpallah lah ganjarannya.

Ketika rasulullah saw dan para sahabat menghadap anak baginda saw, yg sedang sakit dan waktu itu  nafasnya tercungap2,bibirnya bergerak2..maka keluar airmata baginda saw. Saad bin Waqas ra pun bertanya..'Ya rasulullah, apa erti semua ini?'

Baginda menjawab..'Ini adalah rahmah yg dianugerahkan Allah kedalam hati hamba2nya. Ketahuilah! sesungguhnya Allah mengasihi hamba2nya yg mempunyai hati yg belas kasih.'

Anas bin malek ra berkata 'Kami menghantar putri rasulullah saw kekuburan..ketika itu baginda saw sedang duduk dikuburan, airmata baginda mengalir..

----------------------------------------------------------------------------------

Dari Anas bin Malik ra..ketika kami melihat Ibrahim tidak sedarkan diri,maka menangislah rasulullah saw.Baginda memangkunya sambil bersabda,

 'Wahai anakku, sesungguhnya aku sedikit pun tidak berhak atas dirimu kecuali Allah swt'.
  Pada waktu itu, abdul Rahman bin Auf ra pun berkata..
  'Ya rasulullah,mengapa menangis?'

Baginda saw pun menjawab..Wahai Abdul Rahman, sesungguhnya tangisan ku ini adalah belas kasih..dan orang yg tidak punyai belas kasih..maka ia tidak akan dikasihi .

Kemudian baginda saw bersabda lagi..'Sesungguhnya airmata yg mengalir..itu adalah kerana hati yg merasa sedih..dan aku tidak akan mengatakan sesuatu kecuali apa yg diredhai Allah.. ketahuilah..sesungguhnya aku merasa sedih untuk berpisah dengan anakku ini.
Hadith riwayat Bukhari Muslim.
------------------------------------------------------------------------------

Ibn Abbas ra berkata..Ketika Zainab, putri rasulullah saw wafat,maka ramai wanita menangis..Umar ra memukul wanita2 itu dengan cambuk. Melihat keadaan demikian..maka baginda saw memegang tangan Umar ra lalu bersabda..'Bersabarlah wahai Umar!'
Kemudian baginda saw bersabda kpd wanita2 yg menangis..

' Jagalah diri kamu dari laungan syaitan! Selagi tangisan itu dgn airmata serta sedih didalam hati..maka yg demikian itu adalah dari Allah..begitu juga dari rasa belas kasih..Akan tetapi, jika disertai dgn tangan dan pekikan..sesungguhnya itu dari SYAITAN.'  HR Ahmad.
----------------------------------------------------------------------------

Dari ibnu Muraidah, dari ayahnya, ia berkata..Rasulullah saw selalu menziarahi kaum Ansar. Pada suatu hari, baginda saw mendengar berita tentang seorang wanita yg bersedih kerana kematian anaknya.Lalu baginda saw menemui wanita itu dan menasihatinya supaya bersabar dan bertaqwa kpd Allah.Wanita itu pun berkata..Wahai rasul Allah, saya tidak lagi dapat melahirkan anak. Maka bersabda rasulullah saw..

Tiada seorang islam,lelaki atau perempuan yg telah kehilangan anaknya, 3 orang atau 2 orang atau seorang melainkan Allah memasukkannya kedalam syurga.

Sesungguhnya Allah yg maha Agung telah berfirman..

'Tidak ada balasan bg hambuku yg mu'min yg telah aku ambil darinya sesuatu yg ia cintai, baik berupa anak atau hartanya, melainkan Aku akan masukkannya kedalam syurga.'
------------------------------------------------------------------------

Bersabda Rasulullah saw..

'Bila Allah telah menentukan sesuatu kedudukkan yg tinggi bagi hambaNya,yg tidak akan mungkin dapat dicapai dgn sebab amalnya, maka Allah akan turunkan cubaan pd dirinya atau kpd anaknya atau kpd hartanya, disamping itu Allah kurniakan ketabahan sehingga dgn kesabarannya itu, ia dpt mencapai kedudukan yg telah ditentukan Allah azzawajalla, bagi dirinya.
Dari kitab 'al-amradi wal kaffarat'.
-----------------------------------------------------------------------------

Dari Anas bin Malik ra, Rasulullah saw bersabda,.. berfirman Allah swt,

'Apabila Aku menimpakan musibah atas hambaKu,baik kpd dirinya atau hartanya atau anaknya, lalu ia menerima semuanya dgn penuh kesabaran dan kepujian, maka Allah berasa malu pd hari kiamat utk menimbang amalnya dan membuat perhitungan atasnya...HR Ibn Adi
-------------------------------------------------------------------------------
Begitulah diantara hadith2 nabi saw yg dapat ku turunkan dlm blogku ini...banyak lagi sebenarnya.


Nabi pun berasa sedih dan menangis..apatah lagi kita..






No comments:

Post a Comment