Sunday, 8 April 2012

LANGIT DAN BUMI MENANGIS..


Even the sky cries💧


Bagi orang2 yang tidak beriman pada yang ghaib, tentulah berita ini tidak masuk akal.

'Only fools belief such nonsense'.

Tapi bagi orang2 yg beriman pada Allah dan RasulNya, berita sebegini dinanti2kan.

Bahagia mendengar cerita2 dari Allah tentang makhluk2 Nya (bukan cerita dongengan fairy-tale tu).
Makhluk2 yg berlainan karekter dari manusia saperti gunung-ganang, laut-lautan, pokok2, binatang2, berinteraksi dengan Allah dan manusia.

Dan Allah swt berfirman didalam al Quran bahawasanya mereka bertasbih dan memuji Allah.

Hati kita tertanya2 " wonder how ? '


see ulat bertasbih waktu siang n selawat waktu malam

Disini saya turunkan kisah2 langit menangis dan bumi menangis melalui firman Allah swt dan hadith2 nabi saw.

1. Dari Anas ra, rasulullah saw bersabda..

Tiada lah bagi manusia itu melainkan untuknya ada dua pintu dilangit,
satu pintu dimana amalannya naik menerusinya dan satu pintu turun darinya rezkinya. 
Maka apabila seorang mu'min itu mati, maka menangislah kedua pintu itu keatasnya.

HR at Tarmizi, Abu Ya'la dan ibn abi Ad-Dunya.

2. Dari 'Ali bin Abi Talib ra,

Sesungguhnya orang yang beriman itu, apabila dia mati, menangislah tempat solatnya dibumi dan juga pintu langit tempat naik amalannya.

HR ibn abi Ad Dunya.

3. Dari Ata' al Khurasani,

Tiadalah seorang yang bersujud kepada Allah disatu tempat dibumi melainkan bumi itu akan menjadi saksi untuknya di hari kiamat dan dia akan menangisi kematiannya.

HR abu Nu'aim.










4. Dari ibn Umair ra, bersabda nabi saw,

Sesungguhnya seorang mu'min itu apabila dia mati, menjadi cantiklah seluruh kubur disitu dengan sebab kebumiannya disitu . Maka tiadalah tempat2 kuburan melainkan mereka berangan2 agar dikebumikan orang mu'min disitu.

HR ibn Adi dlm kitabnya 'Al Kaamil'.

see..."Sesungguhnya kamu amat dicintai semasa berada diatas dadaku,











5. Daripada Zaid bin Aslam,Rasulullah saw bersabda,

Langit menangis melihat hamba yang diberi kesihatan badannya, dilapangkan perutnya dan diberi kenikmatan dunia tetapi malangnya dia sangat zalim sesama manusia.

(Riwayat Jarir al-Tabari,sanad mursal)




LANGIT DAN BUMI TIDAK MENANGIS untuk orang2 kafir

Didalam surah Ad Dukhan ayat 29, Allah berfirman,

Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka

Ya'ni mereka tidak punyai amal saleh yang naik menuju kepintu2 langit sehingga bolih menyebabkan langit itu kesedihan kehilangan mereka.

Dan tidak ada bahgian bumi yang terasa kehilangan mereka..kerana tidak ada mana2 bahgian bumi pun mereka guna untuk mengabdi diri pada Allah.

Malahan kekufuran, kema'siatan, kecongkakan dan kesombongan mereka terhadap Allah swt, membuat bumi mela'nat mereka.

Dari Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah saw telah bersabda,

Adapun sikafir itu apabila dicabut nyawanya dan setelah dicampak kebumi, akan berkata seisi bumi ,


"Kami tidak pernah menghidu bauan sebusuk ini."


"Lalu dibawa roh itu kebumi yang paling bawah.

   see firman Allah swt.."Simpanlah catatan amal jahatnya di dalam neraka Sijjin (tempat simpanan catatan amal jahat orang-orang yang berdosa), yang letakkanya ditengah2 perut bumi. 

Ibn Jarir meriwayatkan dari Syarih bin Ubaid al Hadhrami, nabi saw bersabda,

Islam itu muncul buat pertama kalinya dalam keadaan asing (gharib). Dan kelak akan kembali asing, saperti awal munculnya. Ketahuilah, tidak ada keterasingan bagi seorang mu'min. 

Tidak ada seorang mu'min pun yang mati terasing dari orang2 yang mencintainya melainkan dia akan ditangisi langit dan bumi.













Nabi saw membacakan ayat 29  Ad Dukhan...

'Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka.' 
Kemudian nabi saw bersabda..
'Sesungguhnya kedua2nya itu tidak akan menangisi orang kafir'

 .. see.."Kemudian roh orang itu berselerak di merata jasadnya (kerana takut hendak keluar), lalu disentap rohnya itu oleh Malakul maut..


Jadinya dari kisah diatas, boleh lah kita buat pilihan.

1. Untuk disayangi langit dan bumi atau 
2. Menjadi nobody kepada mereka.

 The choice is ours..







No comments:

Post a Comment