21 july 2011..Hari ni first day ramadhan 1433..SALAM RAMADHAN ..
Kali ni aku ingin share kisah yang memegunkan aku..inilah kali pertama aku baca kisah ni..ramai jugak yang dah tahu..tapi takpa..aku nak share dengan orang2 yang equally blank macam aku..
Buku tu dah lama jugak aku beli..sebab masa tu nak cari clue keturunanku..tentang Kesultanan Melayu..takda kisah tok-nek yang aku cari!!..so aku letak laa balik dalam almari buku aku..sampai dilupakan..
3 4 minggu lepas.. anakku cerita2 tentang ahlul-bait...sebab dia berketurunan nabi saw..ayahnya ada simpan khazanah tu..beruntung nya!! aku cakap dalam hati....aku tak tahu sangat significance ahlul bait ni..aku ni product sistem pendidikkan secular penjajah.. ini ilmu baru bagiku..
Itu la yang mengkagumkan ku..Sultan2 melayu ni or penasihat2 mereka.. kebanyakkan mereka berdarah nabi saw..akhlak dan perjuangan hidup mereka mencontohi nabi saw.. sebab tu la rakyat menjunjung titah perintah Raja..taat pada Raja bermakna taat pada Allah dan Rasul Nya..
Mereka juga dinobatkan oleh Syarif2 Mekah...bernaung dibawah pemerintahan Khalifah Islam..
..pheww! HEBATnya!..Kalau mereka bangun smula..pasti aku akan bersama mereka..
...Tak salah laa ramalan Nostradamus..
Oh..nak haba' skit....ahlul Bait maksudnya..keturunan nabi saw..cucu-cicit baginda dari Hassan dan Hussien..
gambar orang2 dahulu kala
Kemunculan ahlul Bait dibumi Nusantara..Pasai
..di mulakan dengan..petikan dari catatan SEJARAH MELAYU karya Tun Seri Lanang..
'Sebermulanya maka tersebutlah pada zaman Rasulullah saw, baginda bersabda pada segala sahabat..
.. Pada akhir zaman kelak, ada sebuah negeri dibawah angin, Samudera namanya, maka apabila kamu mendengar khabarnya negeri Samudera itu, maka segeralah kamu pergi kenegeri itu, bawa isi negeri samudera itu masuk islam, kerana dalam negeri tu banyak wali Allah akan jadi, ada pula seorang fakir dinegeri mu'tabari namanya, ia kamu bawak beserta kamu'.
Setelah beberapa lamanya kemudian daripada sabdanya nabi saw..maka terdengarlah kepada segala negeri datang ke Mekah..pun kedengaran nama negeri Samudera itu. Syarif di Mekah menyuruh sebuah kapal membawa segala perkakas kerajaan..alat kebesaran di Raja.. seraya disuruhnya singgah dinegeri Mu'tabari..adapun nama nakhoda kapal itu Syeikh Ismail.
Maka kapal itu pun belayarlah, ia singgah dinegeri Mu'tabari. Adapun raja dinegeri itu, Sultan Muhammad namanya..
Adapun Sutan Muhammad itu dari anak-cucu Abu Bakar as siddiq ra. ( Menurut sumber lain, sultan muhammad adalah seorang raja yang asyik belajar agama sehingga baginda menjadi seorang sufi dan
dipanggil orang sebagai 'Fakir Muhammad' ).
..Maka baginda pun bertanya..'Kapal dari mana ni?'
Maka sahut orang dari kapal..' Adalah kami ini kapal dari Mekah, hendak pergi ke negeri Samudera..kerana kami pergi dengan sabda nabi saw '.
Setelah didengar olih Sultan Muhammad sabda rasulullah saw itu, baginda menobatkan anaknya yang tua menjadi raja mengganti dirinya.Maka baginda dan anaknya yang muda, mengenakan pakaian rakyat biasa, meninggalkan kerajaan Mu'tabari, turun dari istana lalu naik kapal itu.
Kata baginda..'Kamu bawalah hamba ke negri Samudera.'
Maka berkatalah hati orang2 diatas kapal itu..' Mudah2an inilah fakir yang seperti sabda rasulullah saw itu.'
Lalu belayar lah mereka..hingga sampai di Samudera..
Maka fakir pun turun kedarat..maka ia bertemu dengan Merah Silu, yang berkarang dipantai..
Maka fakir pun bertanya kepadanya..' Apa negeri ini?
Maka sahut Merah Silu..' Adapun nama negri ini Samudera.'
Maka kata fakir itu..' Siapa nama pengetuanya dalam negeri ini?
Sahut Merah Silu..' Hamba lah pengetua sekelian mereka itu.'
Maka oleh sifakir itu di islamkannya dan diajarinya kalimah Syahadah. Setelah Merah Silu islam, maka Merah Silu pun kembali ke istana nya.
Syahadan pada malam itu, Merah Silu pun tidur, maka ia bermimpi dirinya berpandangan dengan rasulullah saw. Maka sabda rasulullah saw..' ngangakan mulutmu.'
Maka oleh Merah Silu di ngangakan mulutnya..diludahi oleh rasulullah saw mulut Merah Silu.
Maka terjagalah Merah Silu dari tidur. Diciumnya bau tubuhnya seperti narawastu.
Telah siang hari, maka fakir pun turun kedarat membawa Quran. Maka oleh Merah Silu dibacakan
nya Quran itu.
Maka kata fakir itu pada nakhoda kapal..' inilah negri samudara seperti sabda nabi saw itu.'
Maka oleh syeikh Ismail, segala pekakasan kerajaan yang dibawanya itu, semua diturunkannya dari
dalam kapal itu.Maka Merah Silu dirajakannya dan dinamai Sultan Malikus Saleh.'
Begitulah kisah sejarah berharga..aku cuba maintain keaslian bahasa..ubah sikit2 je..perenggan2kan supaya jadi simple n easy to read..
Sejak pengislaman Merah Silu dan penobatannya atas titah syarif mekah sendiri, maka sebagai
sebuah daulah islam yang dibawah penaungan syarif mekah..penyebaran islam mulai dijadikan dasar pemerintahan negara.. kerana pada masa itu dakwah islamiyyah merupakan teras pemerintahan Khalifah dan syarif2 Mekah.
Oleh itu, mana2 negara yang diislamkan dan diberi daulat kepada rajanya, maka di ajarkan kepada raja itu akan tanggung-jawab nya yang pertama dan utama sebagai
wakil Allah dan rasulNya, berperanan sebagai penyambung warisan rasulullah saw...
Sepanjang pemerintahan Sultan Malikus Salih, baginda telah menjalinkan hubungan diplomatik
dengan negara2 Arab..sehingga Pasai menjadi pusat perdagangan islam yang terkenal..menerima pengunjung2 dari dunia Arab, Farsi, India dan Cina.
Sepanjang kewujudan kesultanan Pasai, sebagai pusat islam yang pertama di Nusantara..
13 - 15 masihi..para da'i dan alim ulama' arab telah datang beramai2 menyebarkan islam secara besar2an..hingga terbina tapak dakwah yang kukuh..
Seiring dengan itu..dalam abad yang sama..terjadi peristiwa tragik..serangan dan penaklukan tentera Mongol keatas Pusat kekhalifahan diBaghdad..1258 masihi..
Peristiwa itu menjadi pencetus kepada penghijrahan kelompok ahlul-Bait.. yang datang beramai2 secara langsung khususnya dari tanah hijaz seperti Ta'if, Mekah dan Madinah..Mereka adalah alim ulama' sufi yang bertanggung-jawab menyebarkan islam dengan meluasnya dirantau ini.
Golongan ahlul-Bait bertaraf sufi inilah yang mewujudkan kelompok ahlul-Bait Gelombang Pertama di alam Nusantara.
Ketika ibn Batuta mengunjungi Pasai..ia menemui 2 orang ulama' ..dari Isfahan dan Parsi, membantu Sultan Malikus Zahir..cucu Sultan Malikus Salih..dalam pentadbiran negara. Sultan Malikus Zahir adalah biras ahlul-Bait nabi saw..Sayyid Hussein Jamadil Kubra.
Selepas lebih kurang seabad..kedaulatan kesultanan Pasai mulai malap.. apabila raja yang mengambil alih kuasa dari Sultan Malikus Zahir ke-2..cucunda Sultan Malikus Salih..tersangat muda dan kurang berwibawa. Kerajaan besar..empayar Siam dan Majapahit..telah mengambil kesemptan menundukkan Pasai..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Periode | Nama Sultan atau Gelar | Catatan dan peristiwa penting |
---|---|---|
1267 - 1297 | Marah Silu Sultan Malik as-Saleh | Hikayat Raja-raja Pasai dan makam raja |
1297 - 1326 | Sultan Muhammad Malik az-Zahir | Koin emas telah mulai diperkenalkan |
1326 - 1345 | Sultan Mahmud Malik az-Zahir | Dikunjungi Ibnu Batutah |
1345 - 1383 | Sultan Ahmad Malik az-Zahir | Diserang Majapahit |
1383 - 1405 | Sultan Zain al-Abidin Malik az-Zahir | Dikunjungi Cheng Ho |
1405 - 1412 | Sultanah Nahrasiyah | Raja perempuan, (janda Sultan Pasai sebelumnya) |
1405 - 1412 | Sultan Sallah ad-Din | Menikahi Sultanah Nahrasiyah |
1412 - 1455 | Sultan Abu Zaid Malik az-Zahir | Mengirim utusan ke Cina |
1455 - 1477 | Sultan Mahmud Malik az-Zahir II | |
1477 - 1500 | Sultan Zain al-Abidin ibn Mahmud Malik az-Zahir II Sultan Zain al-Abidin II | |
1501 - 1513 | Sultan Abd-Allah Malik az-Zahir | |
1513 - 1521 | Sultan Zain al-Abidin III | Penaklukan oleh Portugal |
Tetapi dengan takdir Allah, muncul pula kesultanan Melayu Melaka..menyambung obor2 penyebaran islam selepas Pasai..
Kisah ini bersiri..nanti akan ku sambung .. insya Allah..
1..kegemilangan daulah islam kesultanan melayu melaka dengan kerjasama ahlul-Bait
2..penyelewengan..akibat terperangkap dalam modus operandi penjajah..merubah secara halus
peranan mereka..dengan sistem pendidikan secular..hingga mereka menjadi raja tidak berdaulat..
3..keunggulan ahlul-Bait sepanjang zaman
see...part 2
Interesting, apa cerita ttg sultan mansur shah, alaudiin riayat shah dan mahmud shah. A revelation dgr nama2 sultan malikul salih, sultan zahir dll
ReplyDeleteKak ...yang dikatakan hadith dari rasulullah itu (ttg tempat bernama Samudera) tidak disertakan sanad dan perawi hadith. Mungkin kita kena sahkan dulu perkara ini sebagai hadith atau tidak ...sy musykil...
ReplyDeletekalu petikan hadis dari buku ahlul bait rasullallah kesultanan melayu melaka, hadis2 meemang tak dinyatakan sanad serta perawi, tetapi buku ni telah disahkan oleh Muhamad salleh sheikh osman jalaluddin , NAzir dan Mudir Madrasah Manabi"ul ulum, yang tinggal di Mekah Mukarramah..
ReplyDeleteso saya rasa sapa nak tolak boleh tolak, nak terima sekadar pengetahuan pun boleh
mahanom dear, selain merujuk sanad n perawi hadith utk mengesahkn kesahihan sesuatu berita..ada satu lagi cara ie..tsiqah or trust.
ReplyDeletedlm kitab2 imam al-ghazali,ibn Qayyim,ibn kathir, dll..banyak hadith2 yg tidak disahkan.bagaimana sikap kita?..ya..kita terus hukum hadith2 itu benar sbb penulis2nya bukan calang2 orang..ulama'mu'tabar.
meaning ..kalau kita yg kerdil ni pun takut nak berbohong kerana takutkn Allah..mereka ini lagi2 lah..
begitu jgk buku yg akak rujuk ..dah di iktiraf org yg sgt alim seperti komen atas dan ramai lagi org2 yg tsiqah..so dun worry, berbanggalah dgn perjuangan nenek-moyang kita..sejarah kita telah d putar-belit olih musuh2 islam hingga kita pun bosan nak baca..
kenalilah jenis² hadith terdahulu, selemah² hadith (dho'if) pun boleh diamal/praktikal cuma tidak boleh berhujah.
ReplyDeletecontoh, hadith mauquf, tidak boleh dijadikan/dikeluarkan hujah utk sesuatu hukum, tetapi boleh jd penguat utk sesuatu hukum yg telah disebut dlm hadith lain, atau masyhur.
hadith bkn sekadar kalam, ta'rif hadith tu sndiri meluas, yakni dari perkataan, perbuatan, kesan dan lain². ruj: http://zeenit.forum.st/t6-pengertian-hadits
boleh juga rujuk ulum hadith, http://halaqah.net/v10/index.php?topic=10449.0
yang pasti.. ramai pendakwah dari keturunan Ahlul bait memasuki tanah melayu dan berdakwah sehingga Islam tersebar luas di asia tenggara
ReplyDeleterujuk ibrahim al-bajuri juga takrif ahl al-bayt bukan melalui darah/genetic/sperm saja. ini agak sempit. Rujuk juga nawadir al-usul oleh imam al-tirmidhi (kitab arab yang belum diterjemah ke mana2 bahasa melayu atau inggeris
ReplyDelete