Wednesday 20 July 2011

Adikku istimewa...a gift from Allah





 Nak cerita sedikit berkenaan adik ana yg baru meninggal, semoga dapat menjawab persoalan2 yg mungkin timbul dari ikhwah... 

Dalam 3 hari ni, macam2 sms mahu pun email bertanya macam2...
hopefully cerita ringkas ini dapat menghuraikan, kalau tak keseluruhan, sebahagian persoalan pun jadilah...

Berkenaan kematian adik ana, tiada apa yg dapat ana perkatakan melainkan ajal sudah datang... Dia jatuh pun, hanya sebagai sebab semata2... Umur tak panjang orang kata...

Ana anak sulung dari 9 orang... 
Abdul Hadi adalah yg ke-7 dan yg paling "blessed with so many gifts".... 
Kalau abg A ada kualiti tertentu, abg B punya skill tertentu, abang C punya sikap tertentu dan kakak D punyai kejayaan tertentu, dan seterusnya adik beradik lain, dia punyai semua yg kami ada, 
dan dia exceed kami in all that...

Educationally, PMR dpt 9A, SPM dpt 10A (kot, saya x ingat) dan terbaru A levels semua bagus... 
kalau ilmu islam, cukuplah ana cakap dia hafiz quran, itu sudah menjelaskan segalanya... 
solat lebih khusyuk drpd kami semua... 
kalau sikapnya, mak & abah tak pernah marah atau tinggikan suara pada dia, kerana dia yg paling well-mannered dan lemah lembut... 
bakat dia, macam2, mengalahkan abg-kakak semuanya, dan bagi ana bakat paling menonjol ialah in science and singing (+nasyid) dan music.. 
kerana music bukan semata-mata talent, it's about intelligence, hanya org berIQ tinggi sahaja dpt fahami ilmu muzik, dan ini terbukti semasa ana di Akademi Seni Kebangsaan (ASK) dulu... 



Ana sendiri arrange music & vocals sbg producer dlm beberapa album, dan juga grup al:masaar (di samping beberapa ikhwah lain), tetapi kreativiti dia lebih terkehadapan dari ana sendiri.. 
I don't know how he can achieve such heights, tapi hasilnya terbukti sedap... 
Kalau singing, he can sing any part, especially in a cappella arrangements... 
pernah bantu al:masaar di dalam banyak persembahan, dan dia boleh ganti any members of al:masaar on any vocal parts, make it baritone, tenor, hi tenor, contralto etc... 
lead singer pun pernah.. kalau tak silap di UKM di kala tak cukup ahli, hanya ana, hamzah & sofyan je ada... (bro Al-amin Jaminon boleh tambah cerita lagi kot pasal al:masaar kalau perlu)

Kalau di sekolah, cikgu2 respek dia... 
dalam semua subjek sains, ada sahaja soalan2 yg pelajar lain tak terpikir, dia dah pikir sampai ke situ... Even teori-teori tertentu dalam sains, dia try to challenge, walaupun tak berhasil... 

Selepas tamat persekolahan, bebas dari ikatan2 peperiksaan dsb, dia juga kaji bermacam2 teori, dan antaranya teori Relativity oleh Albert Einstein, Isaac Newton..yg dia cuba challenge beberapa sudut yg kelihatan terlompong... 
dan malam tadi, kami adik beradik terjumpa satu kajian Abdul Hadi yg ingin mengetengahkan satu teori berkenaan cahaya yg dia nak forward ke some foreign institutions of higher learning utk dibaca dan disahkan oleh professor2 di institut tersebut... 
Kalau professor2 ini approve dan setuju dgn kertas kerja Abd Hadi ni, beberapa undang2 berkenaan cahaya yg digunapakai hari ini akan bertukar utk selama-lamanya

Dan beberapa lagi keistimewaan lain...

Tetapi di dalam pelbagai kelebihan yg dikurniakan Allah subhanahu wa ta'ala, dia juga diuji (dan in termasuk keluarganya)... 

klik disini...

Abang ketiga yg pernah menjadi gurunya di sekolah, mengatakan gangguan makhluk halus ini telah bermula sejak dia form 4/ 5 lagi... 
Tetapi ana sendiri dapat tahu setelah dia habis persekolahan dan sedang nak masuk IPT... 
Itu adalah Ramadhan 3 atau 4 tahun lepas di mana dia balik dalam keadaan berbasah kuyup dan challenge my dad on something that my dad has never done, sort of nak avenge something...

 Mata dan rupa wajahnya lain, semacam je, ramadhan pulak tu (bukan syaitan kene ikat ke time ni?)... 
Macam nak gaduh dgn Abah... 
Pelik, anak yg sorang ni tak pernah marah, tak pernah confront sesiapa pun, apatah lagi parents sendiri (yg kaki gaduh adalah ana sendiri, ada la beberapa budak masa sek rendah dulu pernah sakit dan luka ana kerjakan, tp dah minta maaf)... 
Sejak itu macam2 kami tempuhi, dan macam2 cara dah diusahakan...

Terbaru, adalah usaha mak dan abah utk menghantar Abd Hadi ke sebuah rumah kebajikan (sebenarnya pusat pemulihan aqidah)... 
Dia tidak rosak aqidah... tetapi kami sengaja nak bagi environment yg betul2 beribadat supaya dia dapat motivasi serta kekuatan dan berusaha melawan gangguan syaitan-syaitan durjana itu...

 Petugas2 rumah tersebut datang ke rumah parents utk menjemput beliau dan membawa ke pusat tersebut... 
belum pun sempat masuk rumah tersebut, dia collapse, jatuh, kepalanya terhentak di atas jalan berturap tar, dan dia tertidur... 
mereka terus mintak izin parents utk bawa ke hospital selayang... 
Doktor melaporkan beliau meninggal officially jam 4 pagi...

Jadi itulah serba sedikit ceritanya... 
All in all, it's a big relief for us in the family, dan ultimately for Abdul Hadi himself, kerana dia sekarang ada Ar-Rabbul Jalil sebagai Protector, dan kami pun dah penat menjalankan tugas kami yg tak pernah pernah perfect sebagai his protectors.

Harapan kami sekeluarga, semoga dia menjadi syafaat buat kami sekeluarga, kerana sepanjang hidup dia as abdul hadi yg original (uninfluenced), dia selalu dengar kata dan taat, bukan setakat dengar kata parents and above tetapi juga abang2 dan kakak2 nya (termasuk in-laws)... seolah-olah budak baru lahir yg bersih dari sebarang kesalahan

Semoga pemergian beliau menjadi pengajaran dan ibrah kepada kami sekeluarga... dan semoga beliau ditempatkan di kalangan para anbiya', syuhada', dan solihin... amin

Allahumma ighfir lahu wa irhamhu wa 'aafihi wa i'fu 'anhu wa akrim nuzulahu wa wassi' madkhalahu

Wallahu waliyyut taufiq

Wassalamualaikum warahmatuhu wabarakatuhu.

Abdul Aziz Nordin (14 Julai 2011)




Permataku - Hadi & Naim


 Sample Recording "Janji Kita" - Hadi      

                                                                                 
1.klik hadi-masa-tingkatan-1-pt2.html                               
2.klik..my-hero.html                                                     
3.klik..amanat-ibukuselasa-19-april-20111220-pm.html                                   
4.klik...in-my-heart-lies-memory-of-you.html                                                   


9 comments:

  1. slm klaili,kami terutama ahmad rashid yg rapat dgn hadi ms zaman sriaa, turut berdukacita atas kepulangan anakanda hadi bertemu Rabnya..semuga segala dosanya diampunkan dn rohnya d himpunkn bersama para solihin.d doakn jg klaili, suami dn k'ga sabar, tabah dn redha dgn ujian ini..ahmad tlh kami maklumkan.dia sampaikn salam buat kliali n family serta trt mndoakn..

    ReplyDelete
  2. zulkarnain jamaludin23 July 2012 at 15:31

    12 JULY 2011

    Salam,

    Takziah kepada Pakcik Nordin, Akhi Aziz, Fatah sekeluarga...

    Cuba hubungi akhi Aziz, hpnya off... tadi sudah ke rumah pakcik Nordin dlam pukul 11 am, tapi jenazah masih di hospital. Terpaksa balik dulu untuk siapkan video yang bermacam2 (termasuk video Wacana semalam yang perlu siap by tgh hari).

    Takziah dari kami sekeluarga...

    Takziah sekali lagi, mewakili warga kerja IKRAMedia/JIMedia... Allahyarham pernah merakamkan lagu dalam album Aku Ori Bukan Fotokopi, terbitan Wanita JIM & JIMedia, bersama sahabat2 Cresendo (Oh ya malam tadi baru bersembang2 dengan Muaz Shahrom, satu kumpulan Cresendo dulu). Muzik lagu tersebut dibuat oleh anak Dr Tahir - Faizal Tahir, sebab waktu tu ana sudah cram, ada 5 lagu perlu disiapkan muziknya, yang mampu siapkan 3, dan muzik lagu yang dinyanyikan Cresendo di siapkan oleh Faizal...

    Tak sangka pula, dalam sekelip mata, Allah boleh ambil nyawa kita bila-bila masa

    ReplyDelete
  3. 12 july2011

    Assalamualaikum wmt wbkth

    Ana selaku YDP IKRAM Selangor mewakili IKRAM Selangor mengucapkan salam takziah dan merakam rasa sedih dan dukacita tidak terhingga di atas kepulangan anakanda Hj Nordin dan Isteri sekeluarga kerahmatullah pada pagi ini.

    Semoga ruhnya digolongkan dalamkalangan mukminin dan syuhada.

    Kepada seluruh warga IKRAM Selangor marilah kita ringankan beban sahabat kita dengan kata-kata yang baik dan doa ketika sahabat kita sedang diuji oleh Allah SWT.

    Sekian, wassallam wmt.wbkth

    Saudara Kamu
    YDP IKRAM SEL

    ReplyDelete
  4. shamsudin abdullah23 July 2012 at 15:40

    12 july 2011

    Assalamua'alaikumw.w.
    Innalillahi wa innalilahi wa inna ilai hirajiun
    Ana juga selaku YDP IKRAM Pahang ingin mengucapkan takziah bagi pihak semua warga IKRAM Pahang atas pemergian anakanda Hadi. Semoga akih Hi Nordin dan ukhti Laili diberiakan Allah kesabaran atas ujian Allah ini; dan semoga roh anakanda Hadi digolongkan di kalangan syuhada.

    ReplyDelete
  5. 12 july 2011
    Innalillahi wainna ilaihirojiuun. Salam takziah buat Ukht Laili dan Akh Nordin sekeluarga atas kembalinya Quratul'ain antum kepada kekasih abadinya- ALlah azzawajalla.
    Kami sekeluarga dan seluruh warga IKRAM Perak Tengah mendoakan agar roh anakanda dipilih oleh ALlah swt dengan redha dan rahmatNya untuk jannatul firdausNya, InsyaAllah, serta diberikan kekuatan keimanan kepada ayah dan bonda serta seluruh keluarga dalam merestui pengembaliannya kepada Allah swt.
    Wassalam,
    Akhi Kamil & Umi Ina
    Warga IKRAM Perak Tengah

    ReplyDelete
  6. 12 july
    Salam,
    Innalilahi wainna ilaihi rajiuun
    Semoga Allah memberi kesabaran pd akhi Nordin dan keluarga.
    Maaf, kenape arwah meninggal dunia ? Sakit apa ya ?
    Just curious nak tahu ...
    Wassalam
    Husni
    YDP Ikram Kuantan

    ReplyDelete
  7. 12july 2011
    Takziah kepada sahabatku Akhi Nordin (orang kuat JKPE/Mubin Pusat) serta isteri dan keluarga...
    Semoga Allah merahmati roh anakanda tercinta...
    Taufek
    JKPE PP

    ReplyDelete
  8. 2011/7/12 Ammar Mohd. Zain
    Baru shj call Abdul Malek (Abg Hadi) katanya akan disolatkan di Masjid Ridhwan Hulu Kelang. Cuma belum tahu lagi jam berapa kerana jenazah masih dihospital dan keluarga sdg buat polis report.
    Ana sekelas dgn abgnya (Abdul Malek) sejak tingkatan 1 di Al-Amin. Manakala Abdul Aziz adalah senior ana yg sekelas dgn Anfaal sejak tingkatan satu juga. Allahyarham Hadi ni mmg junior jauh, sebaya dgn adik Anfaal yg nama Muhallab tu.
    Dia dan Muadz (anak Pck Hj. Shahrom) adalah penasyid sekolah.
    Moga Allah merahmati ruhnya

    ReplyDelete
  9. Tuesday, July 12, 2011 11:34 AM
    ni adik fattah uia ke?
    kenapa meninggalnya?
    ya'akob yusof

    ReplyDelete