Monday 29 August 2011

Menutup Tirai Ramadhan 1432

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni 29 Ramadan.Esok Raya, insyallah.Sebelum menutup tirai Ramadan, ingin ku turunkan ilmu yang ada kelainan yang ku perolehi dibulan Ramadan  ni...dated 18.8.2011 bersamaan 18 Ramadhan 1432. Nak buat khazanah.
Kisahnya..

Ketika tu aku menziarahi ibuku diIpoh. Ibuku ni sangat pandai menghargai teknoloji komunikasi..berupaya memanafaatkan radio dan TV ketahap optimum..setiap ceramah, tazkirah, drama..dihayatinya.Rasanya, ibuku ni dah bolih jadi pendakwah..dengan kekayaan ilmu yang dihimpunnya..cuma sayangnya, ilmu2 tu tak pernah dicatit..ibarat jala ikan yang banyak lubang..ikan2 yang terperangkap dalam jala, dapat melepaskan diri. Akhirnya, tinggal seekor dua je dalam jala tu...

apa yang nak didakwahkan??






Aku pasang2 telinga...tiba2 terdengar suara ustaz dr Harussani, ex-mufti Perak...terus aku sediakan pen dan kertas..ku catit dan ku catit...jadi hari ni nak ku ceritakan semula..susah rupanya nak alih bahasa percakapan kebahasa penulisan...anyway, inilah hasilnya..

..Manusia dikuasai nafsu dan aqal. Nafsu dan aqal bertapak didalam qalbu (hati..bukan yang liver tu).

Gelanggang nafsu dibahagian bawah qalbu dan gelanggang aqal dibahagian atas.

Nafsu..markas iblis beroperasi..sebab itu nafsu ada ciri2 kesyaitanan.

Aqal...ibu pejabat malaikat...sebab itu ada manusia yang bersifat kemalaikatan.

Nafsu pula lebih matang dari aqal sebab nafsu bertapak dalam qalbu manusia lebih awal dari aqal..
kita lahir saja, terus ada nafsu tetapi aqal, dapat dimanafaat hanya masa baligh...

Oleh itu, lebih mudah nafsu membimbing kita dari aqal...




















Sifat2 iblis tu...sombong, bongkak, ujub,dengki, pemarah..dan asyik buat hal2 yang kontra dengan perintah Allah.

Sifat2 malaikat pulak...semua yang pleasing..apa saja perintah 
Allah ditaati.

KITA yang MANA??

Ada satu lagi fakta yang disebut oleh ustaz bistari...iaitu..survival hidup kita ini serupa dengan haiwan..makan, minum,tidur,membiak..
Bermakna..kita ada satu lagi sifat...sifat kehaiwanan atau dalam bahasa pasar..sifat kebinatangan.
Sifat2 kehaiwanan tu...ganas, tamak, menindas, kejam. bebas tanpa batas, tak malu...dan banyak lagi..

Allah syariatkan berpuasa supaya kita dapat kawal ketahap maximum sifat2 kesyaitanan dan kehaiwanan yang kita miliki ini...ALLAHU AKBAR.

Jadi, selepas graduate dari institusi puasa, semuga jadilah kita manusia yang bersifat kemanusiaan..


  • kita yang kawal nafsu kita..bukan iblis dan syaitan
  • kita yang kawal survival kita...bukan naluri kehaiwanan
  • kita lunakkan sifat kemalaikatan hingga  keparas ketaqwaan                                                        
Dengan sifat kemanusiaan ini, Allah memilih manusia menjadi
khalifahNya...mentadbir seluruh makhluqNya dibumi ini....
Allah berfirman, surah Al Baqarah : ayat 30 (ketika Allah mencipta Nabi Adam as ),

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat.."Aku ingin menjadikan khalifah dibumi..."


...satu penghormatan dan kemuliaan yang kurang kita hargai...
Allah berfirman, surah Al Isra' ayat 70,

"Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak2 Adam, Kami angkut mereka dilautan dan didaratan, dan Kami beri mereka rezki dari yang baik2, dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakkan makhluq yang telah Kami ciptakan."

...Qaliilan maa tasykurun...sedikit sangat (manusia) yang bersyukur.


..Ya Allah, jadikanlah kami diantara yang sedikit ini..Amiin Ya Rabbal 'Alamin.

ALLAHU-AKBAR ALLAHU-AKBAR WA LILLAHIL HAMDU

No comments:

Post a Comment