Malam ini malam 23 Ramadan..malam diantara malam2 ganjil yang dijanjikan Lailatul Qadar didalamnya..
-
Allah menyebut kisah lailatul qadar dalam surah Al Qadar ayat pertama..
- "Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran pada malam Lailatul Qadar."
Al Quran diturunkan Allah seluruhnya dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah dilangit dunia pada malam Lailatul Qadar....Allah himpunkan seluruh Al Quran disitu..kemudian pada 17 ramadan, ayat pertama diturunkan pada Rasululullah saw dari Baitul Izzah kebumi, iaitu Iqra' bismi rabbikallazi khalaq..
Pada hari itu, kita namakannya sebagai hari nuzul Quran..mudahnya, kita lakar dalam flow-chart...
Quran diturunkan : 2 kali
1..seluruh Quran..dari Luh Mahfuz keBaitul Izzah dilangit dunia...pada malam Lailatul Qadar
2..ayat pertama (iqra'..)..dari Baitul Izzah kepada Rasulullah saw digua Hira'..pada 17 ramadan
Selepas itu Allah turunkan sedikit demi sedikit ayat2 Quran dari Batul Izzah kepada Rasulullah saw selama 23 tahun.
Qadar mempunyai 3 pengertian :
1 Kemuliaan
2 Ketetapan
3 Sempit
1 Malam kemuliaan..kerana pada malam itu
.
...Allah turunkan kitab muliaNya..dari Luh Mahfuz turun ke langit bumi..
-
..Allah jadikan malam itu lebih baik dari 1000 bulan..1 ibadat dimalam itu digandakan pahala seolah dilakukan lebih dari 1000 bulan
-
..Allah turunkan semua malaikatNya dan malaikat termulia, Jibrail ,dari 7 petala langit dan dari sidratul muntaha.. memenuhi ruang bumi..membawa bersama cahaya, fadhilat, keberkatan, kebajikan kepada hamba2 Allah yg mu'min lagi soleh..mengaminkan doa2 mereka..memohon keampunan untuk mereka
..Allah tetapkan al Quran sebagai panduan hidup orang2 beriman
..Takdir manusia untuk satu tahun ditentukan pada malam itu..seperti mana Allah berfirman..
"Pada malam itu ditentukan segala urusan dengan penuh kebijaksanaan" (ad Dukhan;4)
3 Malam yang sempit
..Para malaikat memenuhi ruang bumi sehingga keadaan bumi menjadi penuh dan sesak..
ALLAHU AKBAR
3 Malam yang sempit
..Para malaikat memenuhi ruang bumi sehingga keadaan bumi menjadi penuh dan sesak..
ALLAHU AKBAR
Ibnu Kathir dan al-Suyutiy menukilkan daripada Abu Hatim yang menukilkan daripada `Urwah katanya.. diceritakan kepada rasulullah saw berkenaan empat lelaki dari kaum Bani Isra’il. Mereka beribadat kepada Allah selama 80 tahun tanpa melanggar perintahNya walau sekelip mata. Mereka ialah Ayyub, Zakariyya, Hazqil ibn al-`Ajuz dan Yusha` ibn Nun.
Urwah berkata.. lalu para sahabat Rasulullah saw pun merasa kagum dengan ketekunan mereka. Lalu Jibril datang dan berkata...
wahai Muhammad, umatmu kagum dengan lelaki tersebut yang beribadat
.. sesungguhnya Allah swt menurunkan kepada kamu perkara yang lebih baik daripada itu.
.. sesungguhnya Allah swt menurunkan kepada kamu perkara yang lebih baik daripada itu.
Jibril pun membaca
إِنَّا أَنزلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ .
Perkara ini lebih utama dikagumi olehmu dan umatmu.
`Urwah berkata, perkara tersebut telah mengembirakan Rasulullah SAW dan para sahabat yang bersamanya.
Itulah kemuliaan Lailatul Qadr. Sesiapa yang berjaya menghidupkannya dia diberi ganjaran seumpama ahli ibadat dan mujahid yang beribadat dan berjihad hampir lapan puluh tiga tahun empat bulan. Satu ganjaran yang hampir mustahil diperoleh oleh kita pada zaman ini.
-
"Maka barangsiapa yang dijauhkan dari kebaikan dan kelebihan pada malam itu, maka ia benar-benar dalam kerugian"
- Selamat bertemu Lailatul Qadar....aamiin......
No comments:
Post a Comment