Wahai tuhan kami, sempurnakanlah untuk kami cahaya kami... At Tahrim ayat 8
Wednesday, 16 November 2011
GOOD-BYE MONICA
Hatiku resah, asyik teringat ringat peristiwa tu..tak dapat nak duduk..jantung ku ber-debar2....kakiku jadi sejuk..
Setelah banyak jam..akhirnya aku duduk depan laptopku dan jari-jemari ku mula menekan keybooard...aku tekan dan aku tekan tanpa berenti.
Apa yg ada didalam ku..yg meresahkan ku.. mengalir keluar ke keyboard.
Sambil ia mengalir, barulah perasaan resah tu mereda.
Setelah diluahkan semua keluar,baru aku rasa tenang.
Agaknya itu la yg di maksudkan ilham...
So ini lah dia.. kisah yang sangat unik dari pengalamanku.
Percaya atau tidak..tak jadi hal bagiku..
Dated 29 okt 2011
Belakangku didakapi ruh orang mati. Ber-hari2 pinggangku sakit, rasa berat .Paling sakit, nak bangun dari pembaringan..nak bangun tahajjud terutama.
Aku pun terpaksalah usahakan apa2 yang patut.
Pergi jumpa cerdik pandai dlm bidang ini.
Memendekkan cerita, ruh tu dapat dipisahkan dari badanku.
Maka berdailoglah aku denganya.
Ruh tu adalah ruh orang kristian...mengikut ustaz yg meyarung ruh tu.
Aku agak dia dari gereja Petaling Jaya. Aku mulakan perbualan... guna bahasa ibunda..Bahasa Melayu.
Dia diam saje. Aku tunggu. Aku pujuk dia bercakap dengan ku.
Tiba2 dia bersuara....I am British.
Dalam keadaan terkejut, hatiku terus berbisik....Holy Cow!
Cakap dalam hati je..kena cool..aku sedang dikelilingi orang2 salih..orang2 yang dekat dengan Allah.
Terus terlintas difikiranku... lecturer aku dulu ke?
Rindu jugak aku pada diorang..dah lama tak bersembang2 dalam bahasa British.Masa tu umur ku baru 18 tahun dan lecturer2 semuanya 50-55 tahun. Pernah bekerja di negara2 islam masa penjajahan dulu. Masa tu aku memang petah berbahasa British, selalu main tennis dan badminton dengan mereka. Senang je kalahkan orang tua2 !!!
Harap2 ruh ni ruh Mr Renshaw atau Mr Warren.
Ooops..bukan rupanya.
Ruh tu dalam keadaan sesak nafas. Rupanya dia mati gantung diri.
Aku pun terus bertanya....You are British? You are from England?
Dia jawab...Yes, i'm a British girl.
Aku balas... I see. What is your name?
Dia jawab....MONICA
Aku tanya lagi....How old are you, Monica?
Dia jawab.... Twenty one
Muda nya dah gantung diri. Terasa kesian..kehidupan yg bercelaru lah tu.
"Monica, why do you hang yourself ?"
Dia jawab sesuatu...aku tak dengar, jadi aku pun suruh dia cakap kuat sikit..
"Monica,speak up..speak louder, i cannot hear you."
Dia jawab ..i can't
Ya tak ya, lehernya sedang terjerut..
Dia sambung..
Before i died, i saw 2 people...they came to me.
Terus ditutup mukanya dengan 2 telapak tanganya dalam keadaan takut sekali..sambil menggigil.
Aku biarkan dia sejenak. Ustaz disebelahku bisik..
'Dia nampak malaikat maut la tu'..
Teringat kisah yang aku tulis dalam blog aku ni.. GOOD-BYE, DUNIA..part 2 tentang 2 malaikat yang datang kepada orang2 kafir dalam keadaan ganas sekali..membawa kain kafan dan............
bacalah kisah tu nanti..klik je..
"Monica, is islam the true religion or christianity?"
Dengan tegas dia jawab... islam
Hatiku terasa kesian padanya..Hendak je aku suruh dia mengucap syahadah...tapi apa daya..Allah dah janji..Dia tidak terima taubat selapas kematian. Takkan aku nak mandai2 pulak...silap haribulan, aku buat dosa pulak..langgar ketetapan Allah.
" Monica, why do you come to me?"
" i like you."
Haiiisy...kalau wali2 Allah yang like, ada la class sikit. Mmmm
" Monica, what do you want me to do for you?"
" Life ! i want life ! i want to live again"
Yaaa Allah.. Hatiku sedih tiba2. Benarlah firmanMu, ya Allah dalam surah As Sajdah..
Dan (alangkah ngerinya)sekiranya kamu melihat ketika orang2 yang berdosa itu menundukkan kepala mereka didepan Allah..Wahai tuhan kami,kami telah melihat dan kami telah mendengar, kembalikanlah kami (kedunia) ,kami ingin mengerjakan amal salih,sesungguhnya kami orang2 yang telah yakin.
Aku tanya Monica.."inna muuqinun? (kamu dah yakin sekarang?)"
Dia jawab ..yes
Jiwaku menangis untuknya..aku tak dapat nak tolong dia.
Berat nak beritahu dia..aku paksa diriku...walaupun berat mulutku nak keluarkan kata2....
"Monica, i'm not God..i cannot help you "
Aku terpaksa akhiri pertemuan ini. Aku kenal sangat budaya orang2 British. Mereka tak suka ucapan good-bye sebab itu bermakna selamat tinggal selama2nya.
Lama jugak aku pause..nak keluarkan perkataan good-bye ni.
Aku tahu aku akan 'break her heart' tapi nak tunggu sampai bila???
Akhirnya aku luahkan juga...GOOD-BYE MONICA!!!
Terus dia merayu, suaranya sayu dan sedih....Please don't say that.
Selama sehari selepas peristiwa itu, bibir dan hatiku tak berhenti2 baca ayat2 Sajdah tu. Tetiba...macam datang ilham... aku teringat!
Memoriku tiba2 jadi jelas..masa solat malam hari tu..dalam pukul 5 pagi..
Semasa solat tu sebelum berjumoa Monica...aku baca surah Sajdah..sampai pada ayat 12 hingga ayat 14..
Tetiba aku rasa sebak..sedih sangat-sangat..tak dapat nak kawal emosiku. Terus air mataku mengalir dengan banyak sekali..burst into tears.
Suaraku te-resak2, hidungku tersumbat..
12..Dan (alangkah ngerinya)sekiranya kamu melihat ketika orang2 yang berdosa itu menundukkan kepala mereka didepan Allah....Wahai tuhan kami,kami telah melihat dan kami telah mendengar, kembalikanlah kami,kami ingin mengerjakan amal salih, sesungguhnya kami adalah orang2 yang yakin.
13..Dan Kami kehendakki kiranya setiap jiwa itu mendapat petunjuk...akan tetapi benarlah perkataan dariKu..pasti Aku penuhi neraka jahannam itu dengan jin dan manusia bersama2.
14..Maka rasailah kamu (siksa ini) disebabkan kealpaan kamu akan pertemuan pada hari ini..sesungguhnya Kami pun telah melupakan kamu dan rasakanlah siksa yang kekal, disebabkan apa yang selalu kamu kerjakan.
Aku bercakap didalam hatiku..ketika aku sedang membaca ayat2 tu...masa dalam solat tu.....
Kenapa dengan aku ni?
Tak pernah pulak aku rasa sedih dengan ayat ni. Rasa takut ada la.
Kalau aku menangis pun..itu sebab aku rindu sangat pada Allah...bukan dengan ayat2 sebegini !!"
Now baru laa aku faham. Rupa2nya yang sedih dan yang menangis terisak-risak itu ialah MONICA.
Rasa2nya, aku akan teringatkan Monica tiap kali aku baca surah kegemaranku ini..
How can i forget you, Monica??
So strange and yet so real...
Benar lah kata2 hikmah orang2 inggeris...
TRUTH IS STRANGER THAN FICTION..
ALLAHU AKBAR..ambillah pengajaran dari kisah ini...wahai anak2ku....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
..testing kepercayaan anda..caya ke x?
ReplyDelete4 November 2011 at 12:00
ReplyDelete..kak laili...yah percaya!! alam itu dah jadi mainan kita kannnn...haha senasib!!
tq2,sy suka baca blog ni!!
ReplyDelete4 November 2011 at 10:19