Wednesday, 29 February 2012

SPICE OF LIFE














Last nite, 9.30pm, 1st time aku masuk semula kawasan Hospital Selayang. Mula2, masa on d way,  biasa je.Tetiba, depan Hospital tu..ternampak tempat yg aku kunjungi 12 july ..terus rasa nak breakdown..sebab belum pasang defense system diri..ter switch-on la, secara otomatik,emosi yg mencurah2kan air mata.. ter nampak2 selimut putih diatas trolley..masa tu pukul 5 pagi,tiba je disitu, doctor tunjukkan bilik mayat..anakku dah diselimutkan...aku biarkan emosiku melayani diri..sampai ternampak anakku,Maryam, keluar dari pintu Hospital.

Aku tanya dia..apa rasa duduk kat sini?...'Sebak tak tertahan,sebab bila keluar-masuk wad,nampak tempat bersejarah'...itu pun dalam keadaan anakku ni dah mentally n emotionally ready..dibawah ni, aku masukkan coretannya dari FB,minggu lepas..


 YamBee Din Hospital Selayang! saya kembali. Last time went there was...that day..
  Zaharatullaili Md Diah That day, 1st day hari bahgia utk dia,kemuncak kesedihan utk kita.. jgn layan kesedihan kita,bayangkan kegembiraan dia..dtemani malaikat2 n kekasih2 Allah,full of bliss,..syaitan pun dah kalah..bayangkan kita bsamanya dsitu..rehat2,gurau2, burung2 berterbangan,dtaman yg nyaman..ada anak sungai lg..
 YamBee Din Hehehe...lama tak lawat kubur..rindu pulak daah
 Zaharatullaili Md Diah takpe! takpe! bagus!bagus! rindu dapat pahala..hadiahkn ayat2 Quran n doa utknya.klw x rindu..xde la doa,xde la ayat Q..rindu tu gift from Allah..hati2 manusia didalam genggaman Allah..dia yg rationkan..nak sayang kat sape,nak meluat kat sape..cepat!sujud syukur.. 
 YamBee Din Erk! haha..tapi slalu bz,slalu tak ingat..sian anek sunyi..payah la dunia ni...payah nak kejar.. masa.makin pendek. Kalau camni, mmg tamau kerja misi la! heheheheheee
 Zaharatullaili Md Diah adoi,kesitu pulak..
 YamBee Din hik hik hik...kalau ada duit free,kan best. Mak! Doa mintak bukak semua pintu rezki!
 Fatimah Zaharah Nordin Tadi akak kemas bilik ateh n bilik anek. Tgk katil, ternampak2 lagi dia baring kt situ. How I miss him!! soo much!. Jom kita hadiahkan yasin setiap mlm jumaat utk anek
 YamBee Din Yosh! Lawat org kt slayang! muahahaha!!
 Fatimah Zaharah Nordin Jauh sgt lah selayang.
 YamBee Din oh ye. kalo bole, masuk 100 dlm akaun. tggal RMXX.XX sahaja...
 Fatimah Zaharah Nordin Hoho orait. Sms num akaun. Dah terdelete, ngee
 YamBee Din selebet lah selebet

Anakku,Maryam..pelajar nursing di uitm puncak alam.Minggu ni..praktikal dihospital selayang.Aku dapat rasa macam mana dia akan rasa ketika disitu..
Inila kerjaku sekarang..mententeramkn jiwa anak2ku..kesedihan tu masih on..kadang2 volume tinggi,kadang2 rendah..Kalau dah pegi tempat kenangan..mestilah dgn kadar volume tertinggi..bole breakdown!!
Cucu2ku yg 6 thn n yg 4 thn pun..kadang2 sambil baring keluar airmata..bila tanya kenapa?...'dah lama tak jumpa paknik'...Kdg2 ajak pegi kubur..nak jumpa paknik..dah sampai disitu,bukan main gembira lagi..baca fatihah kuat2 sambil berjalan dari tempat parking..

Susah jugak nak faham..dalam keadaan redha 100% pun, bole bersedih lagi?..
bukan sikit2 pulak tu..tiba2 je jantung bedebar2,sakit dada,susah nak bernafas, airmata mencurah2 keluar!! ..dah solat hajat,doa2...baru hilang..berat rupanya bila kehilangan seseorang..

Dulu, aku tak berapa faham..kenapa Allah ganjari dengan ganjaran yg begitu besar skali bagi mereka2 yg kematian anak atau orang2 yg dikasihi ..now, baru aku faham..
-----------------------------------------------------------------------------------------

Telah bersabda rasulullah saw, apabila mati anak seorang hamba,..Allah swt berfirman kpd MalaikatNya..

'Wahai malaikat Maut! apakah engkau telah mengambil nyawa anak kepada hambaKu?
Sudahku laksanakan ,wahai Tuhanku!
Apakah yg engkau cabut itu..buah hati nya?
Benar, wahai Tuhanku!
Lalu ..apakah yg diucapkan hambaku itu?
Dia memujimu ,wahai Tuhanku serta mengucap kalimat istirja' ( innalillahi wa inna ilaihi rajiun)
Bangunkanlah untuknya rumah disyurga dan namakan ia Rumah Pujian ( Baitul- Hamdi)
HR Tirmizi.

Allah Maha Mengetahui hati hamba2Nya..yg berat dipikul, setimpallah lah ganjarannya.

Ketika rasulullah saw dan para sahabat menghadap anak baginda saw, yg sedang sakit dan waktu itu  nafasnya tercungap2,bibirnya bergerak2..maka keluar airmata baginda saw. Saad bin Waqas ra pun bertanya..'Ya rasulullah, apa erti semua ini?'

Baginda menjawab..'Ini adalah rahmah yg dianugerahkan Allah kedalam hati hamba2nya. Ketahuilah! sesungguhnya Allah mengasihi hamba2nya yg mempunyai hati yg belas kasih.'

Anas bin malek ra berkata 'Kami menghantar putri rasulullah saw kekuburan..ketika itu baginda saw sedang duduk dikuburan, airmata baginda mengalir..

----------------------------------------------------------------------------------

Dari Anas bin Malik ra..ketika kami melihat Ibrahim tidak sedarkan diri,maka menangislah rasulullah saw.Baginda memangkunya sambil bersabda,

 'Wahai anakku, sesungguhnya aku sedikit pun tidak berhak atas dirimu kecuali Allah swt'.
  Pada waktu itu, abdul Rahman bin Auf ra pun berkata..
  'Ya rasulullah,mengapa menangis?'

Baginda saw pun menjawab..Wahai Abdul Rahman, sesungguhnya tangisan ku ini adalah belas kasih..dan orang yg tidak punyai belas kasih..maka ia tidak akan dikasihi .

Kemudian baginda saw bersabda lagi..'Sesungguhnya airmata yg mengalir..itu adalah kerana hati yg merasa sedih..dan aku tidak akan mengatakan sesuatu kecuali apa yg diredhai Allah.. ketahuilah..sesungguhnya aku merasa sedih untuk berpisah dengan anakku ini.
Hadith riwayat Bukhari Muslim.
------------------------------------------------------------------------------

Ibn Abbas ra berkata..Ketika Zainab, putri rasulullah saw wafat,maka ramai wanita menangis..Umar ra memukul wanita2 itu dengan cambuk. Melihat keadaan demikian..maka baginda saw memegang tangan Umar ra lalu bersabda..'Bersabarlah wahai Umar!'
Kemudian baginda saw bersabda kpd wanita2 yg menangis..

' Jagalah diri kamu dari laungan syaitan! Selagi tangisan itu dgn airmata serta sedih didalam hati..maka yg demikian itu adalah dari Allah..begitu juga dari rasa belas kasih..Akan tetapi, jika disertai dgn tangan dan pekikan..sesungguhnya itu dari SYAITAN.'  HR Ahmad.
----------------------------------------------------------------------------

Dari ibnu Muraidah, dari ayahnya, ia berkata..Rasulullah saw selalu menziarahi kaum Ansar. Pada suatu hari, baginda saw mendengar berita tentang seorang wanita yg bersedih kerana kematian anaknya.Lalu baginda saw menemui wanita itu dan menasihatinya supaya bersabar dan bertaqwa kpd Allah.Wanita itu pun berkata..Wahai rasul Allah, saya tidak lagi dapat melahirkan anak. Maka bersabda rasulullah saw..

Tiada seorang islam,lelaki atau perempuan yg telah kehilangan anaknya, 3 orang atau 2 orang atau seorang melainkan Allah memasukkannya kedalam syurga.

Sesungguhnya Allah yg maha Agung telah berfirman..

'Tidak ada balasan bg hambuku yg mu'min yg telah aku ambil darinya sesuatu yg ia cintai, baik berupa anak atau hartanya, melainkan Aku akan masukkannya kedalam syurga.'
------------------------------------------------------------------------

Bersabda Rasulullah saw..

'Bila Allah telah menentukan sesuatu kedudukkan yg tinggi bagi hambaNya,yg tidak akan mungkin dapat dicapai dgn sebab amalnya, maka Allah akan turunkan cubaan pd dirinya atau kpd anaknya atau kpd hartanya, disamping itu Allah kurniakan ketabahan sehingga dgn kesabarannya itu, ia dpt mencapai kedudukan yg telah ditentukan Allah azzawajalla, bagi dirinya.
Dari kitab 'al-amradi wal kaffarat'.
-----------------------------------------------------------------------------

Dari Anas bin Malik ra, Rasulullah saw bersabda,.. berfirman Allah swt,

'Apabila Aku menimpakan musibah atas hambaKu,baik kpd dirinya atau hartanya atau anaknya, lalu ia menerima semuanya dgn penuh kesabaran dan kepujian, maka Allah berasa malu pd hari kiamat utk menimbang amalnya dan membuat perhitungan atasnya...HR Ibn Adi
-------------------------------------------------------------------------------
Begitulah diantara hadith2 nabi saw yg dapat ku turunkan dlm blogku ini...banyak lagi sebenarnya.


Nabi pun berasa sedih dan menangis..apatah lagi kita..






Friday, 10 February 2012

RASUKAN SYAITAN..part 2

>> rasukan syaitan dari.. part 1



Nak ceritakan sedikit prihal dilemma orang Barat.

Mereka ni.. kalau nak masuk alam sains,mereka kena tinggalkan religion..sebab falsafah religion mereka bertentangan dengan falsafah sains..

..sebab asas dan prinsip religion mereka adalah hasil dari rekaan  padri2 dan cerdik-pandai gereja..sempit, cetek,fanatik, penuh dengan mysticism yg extreme dan tak masuk akal..

..dan mereka tulis dalam buku2 dan mereka namakan buku2 itu sebagai 
The Holy Book from God.

 Ketika orang2 Barat mengambil semua ilmu2 sains dari orang2 islam pada dulu..mereka ambil yang bahgian sains sahaja dan mereka tinggalkan bahagian keimanan kepada Allah..sebab mereka beranggapan agama islam sama seperti agama kristian mereka..

Pada masa tu..kalau ada sesiapa yg mengeluarkan hujah yg bertentangan dengan gereja..mereka akan dibakar hidup2.
Contoh yg berlaku..seorang pengkaji yg menyatakan bumi ini bulat..padahal mengikut pendapat gereja..bumi ini 4 segi..Malang sungguh nasibnya selepas itu!

Tapi tanpa kita sedari..sebab ceteknya ilmu agama yg kita ada..dan bangga sangat ilmu sains yg kita miliki..fikiran kita juga sama macam mereka..

Contohnya..berapa orang doktor2 islam yg percaya penyakit schizo atau bipolar itu asalnya disebabkan gangguan syaitan??

.. boleh dibilang dengan jari,kan?..itu pun kalau ada..

Mereka lebih percaya..ia adalah disebabkan kekurangan atau berlebihan bahan kimia didalam otak.. lepas tu mereka sogokkan dadah2 beracun kepada pesakit..jadilah pesakit2 ni robot2 dan zombie manusia sepanjang hayat...

Jadi..disini aku turunkan kisah2 kerasukan yg berlaku dizaman rasulullah saw..




Kisah2 kerasukan dizaman nabi saw..

Dari othman bin Abil ra katanya.."Ketika aku ditugaskan oleh rasulullah saw ke Ta'if..pada waktu itu, aku diganggu oleh sesuatu dalam solatku hingga aku tidak tahu entah solat apa yg sedang aku kerjakan..lalu aku pergi menemui rasulullah saw.

..maka baginda saw pun bertanya..'Apa terjadi wahai othman?

'..maka aku pun sampaikan kisah ku.

Rasulullah saw pun bersabda..'Itu adalah gangguan syaitan,dekatlah kepadaku, wahai uthman'.

Maka aku pun duduk berdepan dengan rasulullah saw..lalu baginda memukul dadaku dengan tangannya dan menghembus kedalam mulutku sambil bersabda..'Keluar, wahai musuh Allah'...sebanyak 3 kali..selepas itu baginda bersabda..'Teruskan kerjamu,wahai uthman'

..Demi Allah! selepas itu aku tidak pernah diganggu lagi.
Hadith riwayat Ibn Majah.

Ibn Mas'ud ra berkata..Bila rasulullah saw akan memulai solatnya..baginda saw membaca doa..

' Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari syaitan yg terkutuk, dari penyakit gila/ racau yg ditimbulkannya, dari tipu muslihatnya dan dari sya'irnya '.

Yg dimaksudkan didalam doa itu..Al Hamaz..ialah penyakit gila yg menimpa atau kerasukan jin..

Dari Safiyah binti Huyai...Rasulullah saw bersabda..'Sesungguhnya syaitan itu mengalir pada tubuh anak adam seperti aliran darah.'

Ata' bin Rabah berkata..Telah berkata Ibn Abbas kepadaku..'Mahukah aku tunjukkan kepada kamu seorang wanita ahli syurga?'

 Aku jawab..'Ya'..

Maka Ibn Abbas berkata..' Seorang wanita hitam datang kepada rasulullah saw serta mengadu..'Ya rasulullah, sesungguhnya aku diserang penyakit gila...dirasuk jin.. sehingga terbuka pakaianku..doakanlah untukku.'

Rasulullah saw pun bersabda..'Jika kamu sabar menanggungnya, bagimu syurga. Jika kamu mau aku doakan..aku akan doakan kesembuhanmu'

Wanita itu pun berkata..'Aku akan sabar tetapi penjahat itu akan menelanjangiku'.

 Maka rasulullah saw pun mendoakan untuk wanita itu.'

  Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Ya'la bin Murrah berkata'....ketika kami dalam satu perjalanan..kami lalui seorang wanita yg sedang duduk bersama anaknya,lalu ia menyapa rasulullah saw..

'Ya rasulullah,sesungguhnya anakku ini terkena musibah..dan kami juga terkena musibah itu..entah berapa kali dalam sehari ia dirasuk."

Rasulullah saw pun bersabda..' Dekatkan lah anak itu kepadaku'....lalu rasulullah saw membuka mulut anak itu dan menghembusinya nya 3 kali seraya berkata..'Bismillah, aku adalah hamba Allah..keluar lah engkau, 
wahai musuh Allah.'

Kemudian rasul saw menyerahkan anak itu kembali kepada ibunya seraya bersabda..'Temui lah kami disini ketika kepulangan kami kelak.'

Ya'la bin Murrah berkata..' Kami bertemu semula wanita itu..
dengan membawa 3 ekor kambing.. 

..rasulullah saw pun bertanya keadaan anak itu.Wanita itu menjawab..'Demi Allah yg mengutus mu dengan kebenaran..kami tidak lagi merasakan ada sesuatu dalam anak ini dan telah menyembelih kambing2 ini,'

Rasulullah saw pun berkata kepada Ya'la..'Turunlah dan ambil satu diantara kambing tersebut dan kembalikan yg lebihnya kepada wanita itu.'

 Hadith riwayat Ahmad dan Tabarani.

Diceritakan olih Az-zari'..Kami telah pergi menemui rasulullah saw dengan membawa anak saudara perempuanku yg sedang gila...

'Ya rasulullah, sesungguhnya aku membawa anak saudara perempuanku yg sedang gila..tujuanku agar dikau dapat mendoakannya kepada Allah.

Maka bersabda rasulullah saw..'Bawalah anak itu kemari'.

Aku terus pergi mengambilnya dikenderaanku..aku lepaskan ikatannya..aku tukarkan pakaian musafirnya..dan menggantikan dengan pakaian yg baik..aku pegang tangannya..hingga mengadap baginda saw..

Lalu baginada saw bersabda,,'Dekatkan anak itu kepadaku menghadap belakang'. 

Kemudian baginda saw mengambil kain yg bersimpul diatas dan bawahnya..lalu baginda saw memukul belakangnya
..sambil bersabda..'Keluar ! wahai musuh Allah ! Keluar wahai musuh
 Allah !

Tidak berapa lama kemudian kedua mata anakku melihat dengan pandangan yg sihat.
Rasulullah saw menundukkan anakku dihadapannya..berdoa untuknya ..kemudian mengusap mukanya...Setelah itu tidak seorang pun diantara rombongan kami yg lebih baik dari anakku.'

Itulah diantara riwayat2  yg dapat ku taipkan buat masa ni..ada banyak lagi..aisyah ra juga pernah disihir...aku ceritakan kemudian..

Buku rujukanku ialah..Wiqaayatul insan minal jinni wasyayaatin..Syeikh Abdul Wahid AbdusSalam...

Tidaklah aku ketahui tentang ilmu ni sehinggalah anakku diserang syaitan dengan ganas sekali..hingga ke akhir hayatnya..Subhanallah...

Aku ni berpendidikan dalam bidang sains.. sampai lanjut pelajaran kenegara orang putih..mana lah nak yakin sangat  perkara2 ghaib..percaya tu ada laa.. tapi tak yakin sangat hantu2 ni ada power atas manusia..

..sebab tu laa hantu2 ni wenang2 serang kita...sebab kita ni stupidly arrogant!!! 

kena tipu dengan saintis2 yg tak percaya kepada kewujudan Allah dan semua perkara2 yg ghaib..ATHEIST la maksudku..

Berhati2 lah..wahai teman2ku!!



klik../surah-jin



Thursday, 9 February 2012

SELAWAT DAN SALAM..



Soon..pada 12 rabi'ul awal..bersamaan 4 feb..maulidurrasul..ie birth day rasulullah saw..

Walaupun tidak menjadi sunnah dan budaya para sahabat menyambut birthday baginda..para ulama zaman sekarang tidak pula membantah menyambutnya...

Apa salahnya kita meriahkan hari2 sebegini...dapatlah manusia merasakan kewujudan nabi kita saw..

Disini ku turunkan reminder... apa seharusnya kita ra'ikan mengikut sabda2 nabi saw sendiri..
Allah berfirman didalam surah al-ahzab ayat 56..

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya bersalawat keatas nabi...wahai orang2 yang beriman..bersalawatlah kamu keatas nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.



 Dikatakan oleh Abul ‘Aliyah..
صَلاَØ©ُ اللَّÙ‡ِ Ø«َÙ†َاؤُÙ‡ُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ عِÙ†ْدَ الْÙ…َلاَئِÙƒَØ©ِ
“Salawat Allah adalah pujian-Nya kepada baginda saw di hadapan para malaikat.” (HR. Bukhari no. 10)


Dari rujukanku..tafsir ibn kathir..
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Said bin Jubair bahwa Ibn Abbas ra berkata..

..Telah bertanya bani israil kepada nabi Musa as..

..'Apakah Tuhanmu berselawat,wahai Musa?'

Kemudian Allah wahyukan kepada nabi Musa as..

..'Katakanlah kepada mereka wahai Musa,

' Benar! Aku  dan para malaikatKu berselawat untuk nabi2Ku'...



Allah swt berselawat juga kepada hamba2Nya yang mu'min..surah al ahzab ayat 41-43

Wahai orang2 yang beriman..berzikirlah kepada Allah dengan sebanyak2 zikir..dan bertasbihlah memujiNya diwaktu pagi dan petang..Dia (Allah) berselawat untuk kamu..begitu juga para malaikatNya....















Begitu juga didalam surah al baqarah ayat 156-157

..dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar..iaitu orang2 yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan..inna lillahi wa inna ilaihi raajiun..Allah berselawat untuk mereka dan mengurniakan rahmatNya..dan merekalah orang2 yg mendapat petunjuk..



Diriwayatkan oleh imam Ahmad dari Amir bin Rabah yg mendengar ayahnya berkata..Aku telah mendengar rasulullah saw bersabda..
*Barangsiapa bersalawat kepadaku..maka para malaikat bersalawat kepadanya selama ia bersalawat kepadaku..maka terserahlah kepadanya untuk mempersedikit atau memperbanyak selawatnya kepadaku..

Diriwayatkan oleh at tarmizi dari abdullah bin mas'ud bahwa rasulullah saw bersabda..
*Orang yg paling dekat denganku pada hari kiamat ialah orang yg paling banyak selawatnya kepadaku.

Pada suatu hari,rasulullah saw dgn wajahnya berseri2 bersabda kpd para sahabat...

'Seorang malaikat datang kepadaku hari ini dan berkata..

Ya muhammad, tidakkah kau redha bahwa Allah berfirman...

*Tidak ada seorang pun umatmu berselawat melainkan Aku berselawat untuknya 10 kali dan tidak seorang pun dari ummatmu yg mengucap salam padamu melainkan Aku ucapkan salam untuknya 10 kali..

..maka aku pun berkata..bahkan (aku sangat redha).

Diriwayatkan oleh imam Ahmad..dari abu hurairah ra..rasulullah saw bersabda..

*Berselawatlah kamu untukku kerana ia pensuci bagi kamu
..dan mohonlah kepada Allah untukku al wasiilah
..ia adalah tingkat syurga tertinggi syurga yg hanya dikurniakan kepada seorang
..dan aku harap orang itu ialah aku.

Diriwayat juga oleh imam Ahmad dari abu hurairah..rasulullah saw bersabda..

*Barangsiapa memohon kepada Allah al wasiilah untukku..maka wajiblah ia memperoleh syafaatku di hari kiamat.

Diriwayatkan oleh imam ahmad dari aus as saqafi bahwa rasulullah saw bersabda..

*Diantara hari2 yg paling utama ialah hari jumaat...pada hari itu adam as diciptakan dan
..pada hari itu juga ia diwafatkan..
..pada hari itu sangkakala ditiup dan makhluk dikejutkan...
..maka perbanyakkanlah selawat untukku pada hari itu

..Para sahabat bertanya..Apakah juga setelah engkau wafat dan jasad mu telah hancur, ya rasulullah?

...Lalu baginda menjawab..Sesungguhnya Allah telah mengharamkan tanah memakan jasad2 para nabi.

Dari abu hurairah ra..bersabda rasulullah saw..

*Sesungguhnya orang yg paling kikir ialah orang yg tidak berselawat kepadaku ketika mendengar namaku disebut.





Oleh itu..khasnya untuk anak2ku ..meriahkanlah hidup kita dengan berselawat kepada baginda saw.

klik..i love my prophet..

klik...kewafatan-nabi-saw.....saat-akhir-baginda