Nak ceritakan sedikit prihal dilemma orang Barat.
Mereka ni.. kalau nak masuk alam sains,mereka kena tinggalkan religion..sebab falsafah religion mereka bertentangan dengan falsafah sains..
..sebab asas dan prinsip religion mereka adalah hasil dari rekaan padri2 dan cerdik-pandai gereja..sempit, cetek,fanatik, penuh dengan mysticism yg extreme dan tak masuk akal..
..dan mereka tulis dalam buku2 dan mereka namakan buku2 itu sebagai
The Holy Book from God.
Ketika orang2 Barat mengambil semua ilmu2 sains dari orang2 islam pada dulu..mereka ambil yang bahgian sains sahaja dan mereka tinggalkan bahagian keimanan kepada Allah..sebab mereka beranggapan agama islam sama seperti agama kristian mereka..
Pada masa tu..kalau ada sesiapa yg mengeluarkan hujah yg bertentangan dengan gereja..mereka akan dibakar hidup2.
Contoh yg berlaku..seorang pengkaji yg menyatakan bumi ini bulat..padahal mengikut pendapat gereja..bumi ini 4 segi..Malang sungguh nasibnya selepas itu!
Tapi tanpa kita sedari..sebab ceteknya ilmu agama yg kita ada..dan bangga sangat ilmu sains yg kita miliki..fikiran kita juga sama macam mereka..
Contohnya..berapa orang doktor2 islam yg percaya penyakit schizo atau bipolar itu asalnya disebabkan gangguan syaitan??
.. boleh dibilang dengan jari,kan?..itu pun kalau ada..
Mereka lebih percaya..ia adalah disebabkan kekurangan atau berlebihan bahan kimia didalam otak.. lepas tu mereka sogokkan dadah2 beracun kepada pesakit..jadilah pesakit2 ni robot2 dan zombie manusia sepanjang hayat...
Jadi..disini aku turunkan kisah2 kerasukan yg berlaku dizaman rasulullah saw..
Kisah2 kerasukan dizaman nabi saw..
Dari othman bin Abil ra katanya.."Ketika aku ditugaskan oleh rasulullah saw ke Ta'if..pada waktu itu, aku diganggu oleh sesuatu dalam solatku hingga aku tidak tahu entah solat apa yg sedang aku kerjakan..lalu aku pergi menemui rasulullah saw.
..maka baginda saw pun bertanya..'Apa terjadi wahai othman?
'..maka aku pun sampaikan kisah ku.
Rasulullah saw pun bersabda..'Itu adalah gangguan syaitan,dekatlah kepadaku, wahai uthman'.
Maka aku pun duduk berdepan dengan rasulullah saw..lalu baginda memukul dadaku dengan tangannya dan menghembus kedalam mulutku sambil bersabda..'Keluar, wahai musuh Allah'...sebanyak 3 kali..selepas itu baginda bersabda..'Teruskan kerjamu,wahai uthman'
..Demi Allah! selepas itu aku tidak pernah diganggu lagi.
Hadith riwayat Ibn Majah.
Ibn Mas'ud ra berkata..Bila rasulullah saw akan memulai solatnya..baginda saw membaca doa..
' Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari syaitan yg terkutuk, dari penyakit gila/ racau yg ditimbulkannya, dari tipu muslihatnya dan dari sya'irnya '.
Yg dimaksudkan didalam doa itu..Al Hamaz..ialah penyakit gila yg menimpa atau kerasukan jin..
Dari Safiyah binti Huyai...Rasulullah saw bersabda..'Sesungguhnya syaitan itu mengalir pada tubuh anak adam seperti aliran darah.'
Ata' bin Rabah berkata..Telah berkata Ibn Abbas kepadaku..'Mahukah aku tunjukkan kepada kamu seorang wanita ahli syurga?'
Aku jawab..'Ya'..
Maka Ibn Abbas berkata..' Seorang wanita hitam datang kepada rasulullah saw serta mengadu..'Ya rasulullah, sesungguhnya aku diserang penyakit gila...dirasuk jin.. sehingga terbuka pakaianku..doakanlah untukku.'
Rasulullah saw pun bersabda..'Jika kamu sabar menanggungnya, bagimu syurga. Jika kamu mau aku doakan..aku akan doakan kesembuhanmu'.
Wanita itu pun berkata..'Aku akan sabar tetapi penjahat itu akan menelanjangiku'.
Maka rasulullah saw pun mendoakan untuk wanita itu.'
Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Ya'la bin Murrah berkata'....ketika kami dalam satu perjalanan..kami lalui seorang wanita yg sedang duduk bersama anaknya,lalu ia menyapa rasulullah saw..
'Ya rasulullah,sesungguhnya anakku ini terkena musibah..dan kami juga terkena musibah itu..entah berapa kali dalam sehari ia dirasuk."
Rasulullah saw pun bersabda..' Dekatkan lah anak itu kepadaku'....lalu rasulullah saw membuka mulut anak itu dan menghembusinya nya 3 kali seraya berkata..'Bismillah, aku adalah hamba Allah..keluar lah engkau,
wahai musuh Allah.'
Kemudian rasul saw menyerahkan anak itu kembali kepada ibunya seraya bersabda..'Temui lah kami disini ketika kepulangan kami kelak.'
Ya'la bin Murrah berkata..' Kami bertemu semula wanita itu..
dengan membawa 3 ekor kambing..
..rasulullah saw pun bertanya keadaan anak itu.Wanita itu menjawab..'Demi Allah yg mengutus mu dengan kebenaran..kami tidak lagi merasakan ada sesuatu dalam anak ini dan telah menyembelih kambing2 ini,'
Rasulullah saw pun berkata kepada Ya'la..'Turunlah dan ambil satu diantara kambing tersebut dan kembalikan yg lebihnya kepada wanita itu.'
Hadith riwayat Ahmad dan Tabarani.
Diceritakan olih Az-zari'..Kami telah pergi menemui rasulullah saw dengan membawa anak saudara perempuanku yg sedang gila...
'Ya rasulullah, sesungguhnya aku membawa anak saudara perempuanku yg sedang gila..tujuanku agar dikau dapat mendoakannya kepada Allah.
Maka bersabda rasulullah saw..'Bawalah anak itu kemari'.
Aku terus pergi mengambilnya dikenderaanku..aku lepaskan ikatannya..aku tukarkan pakaian musafirnya..dan menggantikan dengan pakaian yg baik..aku pegang tangannya..hingga mengadap baginda saw..
Lalu baginada saw bersabda,,'Dekatkan anak itu kepadaku menghadap belakang'.
Kemudian baginda saw mengambil kain yg bersimpul diatas dan bawahnya..lalu baginda saw memukul belakangnya
..sambil bersabda..'Keluar ! wahai musuh Allah ! Keluar wahai musuh
Allah !
Tidak berapa lama kemudian kedua mata anakku melihat dengan pandangan yg sihat.
Rasulullah saw menundukkan anakku dihadapannya..berdoa untuknya ..kemudian mengusap mukanya...Setelah itu tidak seorang pun diantara rombongan kami yg lebih baik dari anakku.'
Itulah diantara riwayat2 yg dapat ku taipkan buat masa ni..ada banyak lagi..aisyah ra juga pernah disihir...aku ceritakan kemudian..
Buku rujukanku ialah..Wiqaayatul insan minal jinni wasyayaatin..Syeikh Abdul Wahid AbdusSalam...
Aku ni berpendidikan dalam bidang sains.. sampai lanjut pelajaran kenegara orang putih..mana lah nak yakin sangat perkara2 ghaib..percaya tu ada laa.. tapi tak yakin sangat hantu2 ni ada power atas manusia..
..sebab tu laa hantu2 ni wenang2 serang kita...sebab kita ni stupidly arrogant!!!
kena tipu dengan saintis2 yg tak percaya kepada kewujudan Allah dan semua perkara2 yg ghaib..ATHEIST la maksudku..
Berhati2 lah..wahai teman2ku!!
klik../surah-jin
No comments:
Post a Comment