Tempuh ku menjadi ketua wanita ampang jaya berakhir hari ini.
Ku sujud syukur..Alhamdulillah..thank you Allah..
Bukanlah aku tidak suka diberi tanggungjawab .. cuma aku kurang bahagia namaku yang panjang meleret tu tercatit disana-sini..tiap kali ternampak namaku..jantungku berdebar..bahuku terasa berat..
Disini ku turunkan text ucapan terakhirku ..untuk kusimpan..buat khazanah keluarga..dapat jugaklah zuriat2ku mengenali ku..
Alhamdulillahillazi hadaana lihaaza
Wa maaa kunna linahtadii, lau laa an hadaanallah
Asyhadu alla ilaaha illallah
Wa asy hadu anna muhammadarrasulullah
Assalaamu alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Akhawati yang dikasihi,
Allah berfirman dlm surah Hadid ayat 11
Siapakah yang ingin memberi pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik?
Pinjaman itu bolehlah kita kategorikan kepada..
>> wang ringgit..diinfak dan digunakan untuk jalan Allah
>> harta kekayaan.. apa saja harta yang kita miliki, ada bahgian untuk digunakan dijalan Allah
>> tenaga.. kita utamakan kebaktian kepada Allah dari rehat dan bersenang2
>> masa..kita tidak peruntukkan masa kita untuk berpoya dan enjoy..semuanya untuk Allah
>> ilmu.. ilmu yang kita pelajari..disampai2kan melalui lisan dan tulisan kepada manusia
Bermakna, setiap keupayaan dan kelebihan yang kita miliki yang dikurnia Allah,..kita tidak guna untuk diri kita sahaja..tetapi dikorbankan juga untuk membimbing manusia kejalan Allah.
Tetapi kenapa pinjaman?
...sebab sesuatu yang dipinjamkan, pasti akan dipulangkan balik ..iaitu, Allah pasti akan pulangkan balik apa2 saja yang kita korbankan untukNya.
.maksudnya..
>> don't worry, whatever you give.. will be returned..
>> Allah bukan nak mintak free- free
Cubalah bayangkan pulangan yang akan kita perolehi... yang meminjam itu seorang yang kaya-raya dan pemurah!!
Cubalah bayangkan..Allah swt, pemilik setiap harta yang ada dilangit dan dibumi..yang maha Pemurah lagi Penyayang..cubalah bayangkan berapa kali ganda pay-back yang akan diberiNya ??!!
Dalam ayat seterusnya, ie ayat 12, Allah swt berfirman
Pada Hari itu, kamu akan melihat mu'minin dan mu'minat, cahaya mereka bersinar dihadapan dan disebelah kanan mereka.
..iaitu..pinjaman yang Allah minta itu bukan dari kaum mu'minin sahaja...mu'minat sekali!!
Akhawati yang dikasihi,
klik disini..together-we-stand-separated-we-fall.html
Untuk makluman ahli baru..jemaah kita dibina atas 2 asas..
1 Ahli2nya akan dididik dengan ilmu2 asas Islami...ini adalah persediaan dan bekalan
2 Akan ada satu peringkat, mereka akan diguna-pakai untuk fii sabiilillah..iaitu mereka akan diserap menjadi pekerja2/ jawatan kuasa dimedan2 dakwah dan kebajikan seperti tarbiyah, khidmat masyarakat, dakwah non- muslim, aqsa syarif, pendidikan, pemuda..
Oleh itu tiap ahli hendaklah kenal pasti potensi masing2 dan pilihlah mana2 medan yang mereka ingin menyumbang tenaga...
..begitulah pada zaman nabi saw..ada sahabat yang dikhususkan berjuang dimedan peperangan saperti Khalid Al Walid, ada yang dilatih khas untuk berdakwah seperti Muaz bin Jabal, ada yang tinggal bersama dengan nabi saw dan mereka mejadi perawi2 hadith seperti Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas , Anas bin Malek dan seterusnya..
Akhawat yang dikasihi,
Allah berfirman didalam surah an Nisaa ayat 95
Tidak sama orang2 mu'min yang duduk bersenang (qaa'iduun) tanpa uzur dengan orang2 yang berjuang dijalan Allah...
Allah melebihkan mujahidiin diatas qaa'idiin dengan pahala yang besar..iaitu beberapa darjat daripadaNya, ampunan serta rahmat..
Jadi, buatlah pilihan..nak jadi qaa'iduun..tinggal dirumah dan beribadat.. atau berjuang dijalan Allah..tidak sama penempatan mereka diakhirat kelak..syurga ada 100 tingkat, diantara kedua tingkat, sejauh langit dan bumi..so pilihlah dari sekarang..nak tinggal ditingkat atas atau dibawah..
Bagaimana pula dengan wanita.. boleh berjuang dijalan Allah ??
Hoho..jangan lupa sejarah..
>> manusia pertama beriman pada nabi saw adalah seorang wanita..Khadjah binti Khuwailid
>> manusia pertama mati syahid adalah seorang wanita..Sumayyah
>> tak lupa juga Asma' binti Abu Bakar..membahayakan dirinya.. membawa bekalan makanan ketika
rasulullah saw berhijrah
Pernah seorang sahabiah bertanya kepada nabi saw..adakah wanita tidak dapat darjat berjuang dijalan Allah..maka turun lah ayat 195 surah Ali Imran..
Maka Rab mereka memperkenankan permohonannya..'sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan amalan orang2 yang beramal diantara kamu...baik lelaki atau wanita, they are part of each other..mereka2 yang berhijrah, yang diusir dari kampung halaman, yang disakiti dijalanKu, yang berperang dan yang dibunuh...pasti akan Ku hapuskan kesalahan2 mereka dan pasti Aku masukkan mereka kedalam syurga..'
Akhwat yang dikasihi sekelian,
Hari ini adalah hari bersejarah.. ditubuhkan sayap wanita ikram ampang jaya ..secara rasmi..
Ketika memilih barisan kepimpinan, pastikan ada sedikit ahli jawatan kuasa yang berumur dan ramai yang muda..orang2 lama ni dah melalui liku2 perjuangan, banyak pengalaman, dah matang tetapi dah uzur, dah out-dated..jadikanlah mereka penasihat dan pembimbing..
Yang muda2 pulak..mereka dynamic, aggressive, full of energy, ambitious tetapi kurang matang..belum ada pengalaman, belum kenal sign-board perjuangan..
Oleh itu, kita blendkan kedua generasi ini...supaya yang muda2 terus maju kehadapan dengan bimbingan orang2 lama..
Sama2lah kita tegakkan panji2 Allah di bumi Ampang jaya....Allahu Akbar wa lillaahil hamd.
Wabillahi taufiq wal hidaayah wassalaamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.