Sunday, 29 July 2012

SOLAT TARAWIH

Atikel kali ni ku tuliskan khas untuk cikgu Halimah, guru Al Amin KL.

Maaf la cikgu..delay2 ni..lupo!!! Minggu lepas lagi,cikgu dah pesan '..post dalam blog, ya akak
..senang saya rujuk..'

Semalam cikgu tanya..baru teringat..tengok muka cikgu cemas je..sebab nak sampaikan tazkirah ni pada hari selasa..

..so subuh2 tadi..dah solat subuh terus usahakan..muka cemas cikgu Halimah duk terbayang dalam kepala....hehe..INSPIRASI..

Akak buat se simple2 nya untuk Halimah..mudah difahami..

Selamat berdakwah, cikgu...kongsi pahala semangkuk ..


 Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati..

Tarawih  disebut juga dengan Qiyamu Ramadan.

Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan solat isya' dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.

 Abu Hurairah berkata..Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan solat tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.

Baginda bersabda..Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.


Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan solat.


Aisyah r.a. berkata..Rasulullah s.a.w mengerjakan solat tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-s yang datang  semakin ramai. Pada malam ketiga.. sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi baginda tidak hadir. Besok paginya.. Rasulullah berkata kepada mereka;

“Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut solat itu diwajibkan ke atas kamu.”

Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.


 Solat terawih termasuk solat Tahajjud atau shalatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.


Bilangan Rakaat

Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab, beliau menjadikan solat tarawih 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan solat sebanyak itu.

 Mengikut Aisyah r.a... Rasulullah S.A.W. tidak pernah mengerjakan solat sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih dari 4 rakaat.. kemudian baginda kerjakan lagi empat rakaat, kemudian baginda tambah lagi tiga rakaat yakni witir.
Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim

Dalam isu bilangan rakaat yang harus dilakukan dalam solat tarawih..Rasulullah SAW tidak pernah menetapkan berapa rakaat yang perlu dilakukan. Malahan Rasulullah menggalakkan umatnya untuk bersolat sunat berterus-terusan tanpa ada batasan.

 Imam Bukhari dan Muslim dalam Kitab Sahihnya merekodkan bahawa Ibnu Umar berkata..

Rasulullah saw bersabda.. Bersolatlah kamu dua rakaat-dua rakaat.. dan jika kamu bimbang akan terbitnya waktu subuh maka bersolatlah witir satu rakaat sebagai penutup.

Ahli Madinah yang tahu mengenai perkara ini, tidak pernah mengehadkan jumlah rakaat dalam solat tarawih mereka.

 Menurut Imam Malik pada zaman beliau iaitu di penghujung kurun pertama dan awal kurun kedua hijrah, beliau dapati ahli Madinah melaksanakan solat tarawih dengan bilangan 36 rakaat dan 3 rakaat witir.

Kenyataan ini disokong Daud bin Qois iaitu seorang tabien di dalam Fathul Bari, yang dinukil Imam Ibnu Hajar As-qolani. Beliau berkata,

“Aku menjumpai orang pada zaman pemerintahan Aban Ibnu Usman dan Umar Ibnu Aziz di Madinah.. mereka melaksanakan solat tarawih dengan 36 rakaat dan 3 rakaat witir.

Di Masjidil Haram , Makkah, solat terawih dilakukan dengan diikuti oleh jemaah yang besar. Kebiasaannya imam membaca satu juzu' al-Quran pada setiap kali tarawih dan menamatkan seluruh al-Quran pada malam ke-29 Ramadan.




Kepada semua pembaca..ku ucapkan RAMADHAN KARIM...semuga Allah pertemukan kita dengan malam LAILATUL QADAR..amiin ya Rabbal aalamiin..taqabbalallahu minna..

ALLAHUMMA BALLIGHNA LAILATAL-QADRI

http://applerosejournal.blogspot.com/2011/08/salam-alaika-ya-ramadan.html

http://applerosejournal.blogspot.com/2011/08/lailatul-qadar.html

No comments:

Post a Comment