Saturday 3 November 2012

SUNGAI HAYAT

An Nahrul Haya....the River of Life

tgh demam2 ni mari tengok air terjun bg hati tenang

Not long ago ..aku tanya peserta2..."Pernah dengar tak pasal sungai Hayaa?"

Minggu lepas..aku tak tanya..tapi aku remind seseorang tentang sungai Haya ni..

..sebabnya dia tanya pendapatku tentang kata2 seorang penceramah.." barangsiapa berkata Laailahaillah semasa hidupnya, dengan ikhlas ..dosa banyak mana pun..akhirnya dia masuk syurga jugak ".

..Semudah itu nak masuk syurga? dia komen..

aku respond .."Yup..itu hadith nabi saw .. apa masaalah?"

..dia kata.." itu bercanggah dengan firman Allah dlm surah al zalzalah..

' barangsiapa yg mengerjakan amal soleh seberat zarrah pun..dia akan mendapat balasan baik..dan barangsiapa yg berbuat kejahatan sebesar zarrah pun ..akan menerima balasan jahat..'

..Allah dah sebut tu haa..buat jahat mesti masuk neraka..mana pulak masuk syurga nya !! "

So aku pun explain.." Memang laa dia masuk neraka sebab buat jahat..dibalas setimpalnya..lepas tu disebabkan ada iman n tak buat syirik...Allah masukkan nya kedalam syurga.."

Then dia jawab.."mana ada ayat Quran cakap macam tu.."

..so aku pun balas  "memang takde tapi ada hadith nabi "


..so aku pun mula laa cerita  pasal sungai Hayaa tu..

 ...belum sempat aku habis cerita..dia terus smash aku...dia kata aku ni tersasar jalan...






















Waduuuiih !! teringat kata2  imam asy-Syafie ..

Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil.. sebab orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu.

..terus aku terdiam.. peace,peace !! ..aku bukan nak berhujah untuk menang...kalau dia tak terima kata2ku..no problem..aku dah biasa senario sebegini..jadi pendakwah macam tu laa..kena coool..

..cool mcm air sungai tu
Photo: Subhan'Allah, how beautiful! This is from Greenland.

Allahu Akbar!


>> ..lagi pun nabi saw berpesan..

Manusia yang paling Allah benci ialah.. yang sangat kuat bertengkar

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

..tapi aku puzzle jugak..dah hampir 30 tahun dia bekerja dalam pertubuhan dakwah.. yg asas macam ni ..takde dalam kamus ilmunya??





..ku tuliskan sedikit kisah dan pengajaran sekitar sungai Hayaa ni..

>> Daripada Abu Sa'id al-Khudri RA, daripada Nabi saw.. baginda bersabda..

Apabila ahli syurga masuk ke Syurga, dan ahli neraka masuk ke Neraka, Allah akan berfirman:

"Keluarkanlah mereka yang dalam hati ada iman meskipun hanya sebesar biji sawi".

Lalu mereka pun dikeluarkan daripada Neraka, akan tetapi ketika itu tubuh mereka telah menjadi warna hitam kerana hangus terbakar, maka mereka dicampakkan ke dalam sungai yang bernama Hayaa atau Hayat

(Imam Malik yang meriwayatkan hadith ini tidak pasti yang mana satu antara Hayaa  atau Hayat).

Kemudian mereka itu tumbuh dan hidup kembali, sebagaimana tumbuhnya benih berhampiran saluran banjir.
Tidakkah engkau melihat bahawa ia (benih itu) akan tumbuh kekuning-kuningan dan dalam keadaan berpintal.

Sahih Bukhari

Wooohhoooo bungeeeee jump. Splaaashhhh
sungai didunia je ni..

>>. .Hadith lain..

Dari Abu Sa'id al Khudri..bersabda nabi saw..

Setelah ahli syurga masuk syurga dan ahli neraka masuk neraka ..

Allah ta'ala berfirman pada malaikat penjaga neraka..

Keluarkan setiap orang yg dlm hatinya ada iman sekalipun seberat biji sawi.

Mereka pun dikeluarkan..dlm keadaan hitam pekat ..

Kemudian mereka dicelup kedalam sungai Hayat

Imam malek..salah seorang yg meriwayat hadith ini..kurang pasti nama sungai itu..apakah haya' atau hayat.

Seterusnya..mereka tumbuh menjadi manusia ..sebagaimana tumbuh biji benih yg dibawa banjir..

Dapatkah kamu bayangkan keadaan tumbuhan itu?

Tumbuhnya dengan mengeluar kan batang kekuningan dan daun yg telungkup

HR BUKHARI




















 >> Dikisahkan juga dalm riwayat lain..para sahabat bertanya..

"Dapat kah dikenali ahli2 neraka di syurga kelak?..

Maka nabi saw bersabda  yg bermaksud..

" Ya..kamu dapat mengenali mereka..pernah kah kamu lihat tumbuh-tumbuhan yg hidup dilereng sungai?..kekuningan dan tidak tegap ? "

Begitulah keadaan orang2 yg melakukan dosa besar tetapi tidak syirik pada Allah..dan hati mereka tetap beriman ..

..tak sama keadaan pokok yg ditanam ..dengan  yg tumbuh secara sendiri..

>> Allah swt berfirman dalam surah Ibrahim ayat 24-25














Perbandingan kalimah yg baik

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللّهُ مَثَلاً كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاء

Tidakkah engkau melihat bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, akar tunjangnya tetap teguh, dan cabang2nya menjulang ke langit.
تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا وَيَضْرِبُ اللّهُ الأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ
Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap musim dengan izin Tuhannya.
Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat.



وَمَثلُ كَلِمَةٍ خَبِيثَةٍ كَشَجَرَةٍ خَبِيثَةٍ اجْتُثَّتْ مِن فَوْقِ الأَرْضِ مَا لَهَا مِن قَرَارٍ
Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.






















>> Dari Abu Zar ra..bersabda nabi saw..

Tidak seorang hamba mengucap LAAILAAHAILLALLAH kemudian dia mati dlm keadaan beriman kecuali dimasukkannya kedalam syurga.

Aku bertanya..walaupun dia berzina dan mencuri?

Baginda menjawab..walaupun dia berzina dan mencuri !

Aku bertanya lagi..walaupun dia berzina dan mencuri?

Baginda menjawab..walaupun dia berzina dan mencuri !

 Aku bertanya lagi..walaupun dia berzina dan mencuri?
 Baginda menjawab..walaupun dia berzina dan mencuri..walau pun Abu Zar tidak setuju.. dia tetap
akan masuk syurga.

HR BUKHARI



klik..manusia terakhir masuk syurga

5 comments:

  1. Memang Best Blog Akak....TAHNIAH
    18 November 2012 at 17:05

    ReplyDelete
  2. Masih terbayang akak kutip rambutan dan nyor kat sebelah rumah saya dulu...

    ReplyDelete
  3. laaa..yeke..haha..ingtkan zam xkenal akak..
    18 November 2012 at 17:26

    ReplyDelete
  4. Memang sernok baca Blog Akak Laili tu Lyas...senyum sorang2 di buat nya...
    18 November 2012

    ReplyDelete
  5. Terbaik kak. Abaikan yg tak setuju

    ReplyDelete