تَكُونُ النُّبُوَّةُ فِيكُمْ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا
ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةٌ عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ
ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ اللَّ يَرْفَعَهَا
ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا عَاضًّا فَيَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا
ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا جَبْرِيَّةً فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا
ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ثُمَّ سَكَتَ
[HR Ahmad dan Baihaqi dari Nuaman bin Basyir dari Hudzaifah]
1 Zaman pertama bagi umat ini adalah ketika Nabi saw masih hidup. Zaman itu sudah berlalu.
2 Kemudian, datang pula zaman pemerintahan yang mengikut cara kenabian. Pada zaman
itu, umat Islam diperintah oleh 4 khulafa’ ar rashidin. Zaman itu juga sudah berlalu.
3 Kemudian datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang “menggigit”. “Menggigit” di dalam
hadith tersebut bermaksud mereka menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka. Kita
dapat lihat pada fasa ini, kerajaan Umayyah, Abbasiyyah dan Uthmaniah yang berkuasa dengan
menggunakan sistem monarki. Zaman ini juga telah berlalu.
4 Kemudian datang pula satu zaman yang dunia diperintah oleh pemerintah yang zalim dan
bermaharajalela dan fasa itu ialah zaman sekarang. Kemudian, setelah berlalunya fasa ke 4,
akan datang pula fasa ke 5
5 Pada masa Fasa ke 5, dunia akan kembali diperintah mengikut cara Nabi berasaskan syariat Islam.
6 Setelah habis bercerita mengenai 5 fasa tersebut, tiba-tiba nabi saw diam dan diam
tersebut bermaksud “sejarah manusia sudah tamat”...
Rasulullah saw pernah mengingatkan umatnya yang akan hidup pada fasa ke 4 ini akan kedatangan
satu fitnah... fitnah Kubro.. Fitnah yang paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia..itulah fitnah Al-
Masih Ad-Dajjal.
Dajjal tidak akan datang dalam fasa ke 5 kerana fasa ke 5, kekuasaan telah berada di
pihak orang-orang yang beriman. Dajjal juga tidak akan muncul selepas fasa ke 5 kerana selepas itu
sejarah ketamadunan manusia sudah tamat.
Hanya fasa ke 4 sahaja peluang untuk Iblis mengumpul pengikutnya seramai mungkin yang akan ke neraka.
Dan fasa ke 4 itu adalah zaman yang kita berada di dalamnya SEKARANG..sebelum turunnya Nabi Isa as
dan munculnya Imam Mahdi yang akan memindahkan kita ke fasa yang ke 5...seterusnya mengakhiri sejarah
ketamadunan manusia dan mengalahkan usaha Iblis di peringkat terakhir zaman manusia.
Pertembungan dakwah islam dan musuh2 islam berlaku sejak azali
Surah Al Isra' 61 - 65
Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka sujudlah mereka kecuali iblis... ia berkata: "Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah yang di adun ?"
Ia berkata lagi: "Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing dan menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit ".
Allah berfirman "Pergilah lakukanlah apa yang engkau rancang ! Barangsiapa yang mengikutimu di antara mereka, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.
Dan desak lah sesiapa yang engkau dapat dengan pujukanmu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan hamba2Ku, dan bersekongkol lah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)". Sesungguhnya tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan muslihat semata.
1 Dari Jabir, dia berkata: Aku Pernah mendengar Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesungguhnya syaithan telah putus asa untuk disembah oleh orang-orang yang salat di Jazirah Arab, akan tetapi syaithan (tidak putus asa untuk) mengadu domba (menciptakan permusuhan) diantara mereka”. (HR Muslim 2812)* Berdasarkan hadist yang mulia ini, da’wah tauhid tidak akan pernah hilang atau lenyap dari jazirah Arab.
2 Dari Jabir, dia berkata: Aku pernah mendengar Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesungguhnya singasana iblis ada di lautan**. Maka (setiap hari) dia mengirim bala tentaranya untuk mengganggu manusia. Maka yang paling besar (kedudukannya) diantara mereka (bala tentara itu) di sisi iblis adalah yang paling besar diantara mereka gangguannya (kepada manusia)”. (HR Muslim 2813
3 Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”
4 Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.
Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.” Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a...
klik..tentera iblis dari kalangan manusia..
klik..ketua2 negara islam dari kalangan tentera iblis
Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.” Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a...
klik..tentera iblis dari kalangan manusia..
klik..ketua2 negara islam dari kalangan tentera iblis