Ramadhan.. tetamu istimewa
Sudah menjadi sunnah nabi saw, baginda menunggu - nunggu kedatangan bulan Ramadhan..
Allahumma, berkatilah kami dibulan Rejab dan Sya'ban dan pertemukan lah kami dgn Ramadhan..
Baginda saw menyiapkan diri dari 2 bulan sebelum nya lagi..Rejab dan Sya'ban supaya apabila Ramadhan sampai, baginda sudah bersedia menyambutnya dgn penuh gemilang ..meraih setiap ganjaran yg dibawa bersamanya...
Begitu istimewa nya Ramadhan, baginda saw menyuruh kita berdoa agar Allah sampaikan kita kebulan itu...
Bulan2 lain datang dan kemudian berlalu...tidak pulak nabi saw menyuruh kita berdoa utk di pertemukan..
Didalam al Quran juga..bulan Ramadhan sahaja disebut khas oleh Allah swt..Syahru Ramadhan...Al baqarah ayat 185..
Lumrahnya, apabila kita ingin menyambut tetamu, sekiranya ia istimewa, kita akan meyibukkan diri membuat persediaan sambutan awal2 lagi....tidak ada apa2 lagi yg difikirkan...asyik tetamuu tu saja...hal2 lain ditolak ketepi..
Betapa risau nya kita..takut apa2 yg buruk menimpa keatas tetamu itu atau kita menjadi sakit pada hari yg ditunggu2 itu dll sehingga tiap saat hati kita tidak berhenti memohon Allah mempermudahkan pertemuan itu...
Sebalik nya, kalau kita tak kenal tetamu itu atau tidak ada apa2 istimewa nya tetamu itu...kita sambutnya ala kadar sahaja malah kadang2 disebabkan ia sgt membebankan, kita harap agar dia membatalkan sahaja kedatangannya..
Begitulah sikap kita semua terhadap Ramadhan....
* Ada yg sudah bersiap sedia...menelaah buku2, mendengar tazkirah2, berpuasa sunat, berdoa, berzikir..dibulan rejab dan Sya'ban lagi...tu disebabkan dia betul2 kenal status tetamu yg kunjung tiba.
* Ada yg tak kisah sikit apapun, 'lantak dia lah'....tu disebabkan dia tak kenal langsung siapa yg kunjung tiba.
* Ada yg bersiap dgn bekalan2 makanan dan minuman...tu disebabkan dia kurang faham atau salah faham akan keistimewaan tetamu itu.
Apa istimewa nya tetamu ini ?
Allah swt telah menghimpunkan kemuliaan dan kemurahan kpd hamba2nya dibulan ini.
Rasulullah saw bersabda..
“Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkat, Allah mewajibkan untuk kamu berpuasa. Di bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup, sejahat-jahat syaitan dibelenggu. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa yang terhalang dari mendapat kebaikan (pahala) pada malam itu; bererti dia telah terhalang untuk mendapatkan kebaikan yang banyak”
* Allah telah memilih bulan Ramadhan utk menurunkan Kitab Agunng Nya kebumi....surah albaqarah ayat185
* Allah telah memilih siang Ramadhan utk org2 beriman berpuasa pada malam nya, bersolat tarawih dan sahur.
* Allah telah memilih Ramadhan utk meng-optimum-kan limpahan Berkat dan Rahmat Nya kpd org2 beriman
* Allah telah memilih Ramadhan utk meng-sifar-kan dosa org2 beriman serta mengembalikan mereka kpd keadaan fitrah ciptaan mereka.
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Barangsiapa yg berpuasa disiang ramadhan dgn penuh keimanan dah pengharapan, diampunkan segala dosanya yg lalu
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Barangsiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan keimanan dan pengharapan, diampunkan segala dosanya yang lalu (Muttafa’ Alaih)
dinilai seperti 1000 bulan ibadat , seluruh penghuni langit dibawa kebumi semata2 utk mengaminkan doa2 para ibadat dan memohon keampunan mereka
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Malam lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan.
* Paling top, Allah sediakan ganjaran yg sangat2 istimewa, very personal from Him utk para 'Saa imuun' ....
- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَال- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ هُوَ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ.
(رواه مسلم)
... Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda
Allah Azza wa Jalla berfirman maksudnya: "Segala amal bakti anak Adam adalah untuknya, kecuali amalan
puasa,ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang membalasnya
الصِّيَامَ هُوَ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ
Maksud hadith Qudsi.. puasa itu utk Aku , Aku yg akan membalasinya..
...Amalan puasa itu sgt tinggi darjatnya maka Allah sandarkan ganjaran nya pada sisi Nya..
.. Apabila Allah nisbah kan sesuatu itu pd diriNya..itu bermaksud Allah ingin memuliakan nya, menaikkan derjatnya memartabatkan nya diatas yg lain2.
Dianatara sebab Allah menyandarkan puasa kpd diri Nya ialah..
* Amalan puasa adalah amalan yg paling minimum unsur riya dibandingkan dgn ibadat2 lain.
* Ibadah plg lama tempuh nya hamba bersama Allah..1 bulan.
* Satu2 nya ibadah yg tidak di guna oleh kaum musyrikin utk mendekat diri pd Allah
* Ketika berpuasa, mereka sdg berakhlaq dgn akhlaq Allah swt....
* Darjat kerohanian org2 berpuasa sgt tinggi disisi Allah swt.
ilal liqa' ya Ramadhan
Orang2 saleh, ketika Ramadhan berlalu , mereka terasa sgt sedih...
seolah-olah orang kesayangan akan pergi jauh merantau dan hanya akan kembali setahun kemudian...betapa hatinya berharap agar kesayangan nya itu tidak kemana2 lagi...tinggal saja bersamanya..
Nabi saw pun ada bersabda...
... kalau kamu tahu kelebihan Ramadan nescaya kamu mengharapkan Ramadan itu sepanjang tahun.
Semuga kita berbahagia bersama Ramadhan dan mendapat segala nikmat yg Allah sediakan bersamanya.....Aamiin.
klik..khutbah nabi saw---ttg ramadan.
No comments:
Post a Comment