Sunday, 22 June 2014

RAMADHAN IS COMING













Ramadhan is in the air !!

Begitu lah yg dapat ku rasa buat masa ni..bukan atas kesedaran sendiri...
...ni haaa, anak2 buahku..

ustazah ! akak ! makcik ! bonda ! ...panggilan2 glamour , hihi...

"Bagi la tazkirah Ramadhan "

"ekk, dah Ramadhan ke ? " ni ujar-an ku laa... always belated..

" Dekat dah, bagi skit semangat "

"Tiap tahun dah bagi ! " ..hehe, diorang ni tak bosan ke dengar aku bercakap... kat tv tu haa, azatizah hebat2 bg tazkirah...tak cukup ke ?

" Dah lupa, setahun skali..mana nak ingaaat "

ooo Ok laa !..aku suka prepare bahan tazkirah.. sebaabbb... masa tu baru lah aku ada alasan nak bukak Quran n  buku2 rujukan....untungnya dapat kat aku jugak ..

Nak cerita lah jugak satu pengalaman dgn non-muslim doctors kat Ampang Hospital baru2 ni....

..Masa tu bulan Mei...doktor muda Cina, dia nak bg appointment pembedahan kpd ku...Sedang dia scroll kalender, dia bagitau aku, dia nak cari haribulan sebelum julai, sebab julai nanti dah mula puasa !!

Err..haaa...dia dah tau bila nak puasa ? Hehe hebat doktor ni !! Malunya aku !!
 Aku doa dlm hati semuga Allah beri taufiq dan hidayah Nya pd doktor comelll ni..

Selepas buat pembedahan, doktor muda India pulak... dia scroll kalender nk bagi follow-up appointment..
"Okay, 26th jun... that will be before Ramadan"

Huh, dia pun tau bila Ramadan !! ketawa aku dlm hati....sweet sweet doctor ! May Allah open your heart to islam..

Pagi tadi ada satu group buat Qiamul-lail ...aku di jemput mengisi tazkirah subuh..
Hebat sungguh anak2 muda ni..































Tajuk..tafsir pendek Al Baqarah ayat 183 - 185

1 " Wahai orang2 beriman " .....Allah menyeru orang2 yg beriman dgn Nya sahaja utk menunaikan puasa.

2  " Telah ditentukan berpuasa keatas kamu sebagaimana ditetapkan keatas orang2 mu'min terdahulu "..
       ..jadi ibadat puasa adalah amalan kaum mu'min dari zaman nabi Adam as lagi..

3 " Agar kamu bertaqwa....
...mengikut pendapat umar ra, taqwa itu maksud nya, seseorang itu takut melakukan amalan maksiat dan dosa saperti mana seseorang yg berhati2 ketika berjalan ditempat yg berduri.

....mengikut Ali ra...taqwa itu adalah....

    i Takut kpd Allah al Jalil...al khauf bil Jalil
   ii  Beramal dgn wahyu yg diturunkan dari allah swt...al 'amal bil tanzil
   iii  Bersyukur dgn kurniaan Allah walaupun sedikit ..al iqna' bil qaliil
   iv  Bersiap siaga dgn bekalan amal utk ke akhirat ...al isti'daad bil rahil




2:184

1 Beberapa hari yg ditentukan...
 i..mengikut tafsir Ibn Kathir , sebelum turunnya ayat 185, kaum muslimin diwajibkan berpuasa 3 hari setiap bulan sebagaimana amalan kaum muslimin sejak zaman nabi Nuh as lagi.
ii ..ayat ini telah dimansukh dan dinasakhkan  dgn ayat 185...faman syahida minkumusyahra, fal yasumhu..

2:185

1 Didalam bulan Ramadhan telah diturunkan al Quran...

i ....Atiyyah bin al Aswad telah bertanya kpd Abdullah bin Abbas..
'Sungguh hairan didalam hatiku dgn firman Allah ( di atas ) dan juga..
" Kami telah turunkankan al Quran di malam Lailatul Qadar "..
..padahal ada kala nya diturunkan di bulan Syawwal, zulqaedah, zulhijjah muharam, safar dan rabi' ?

Al Quran diturunkan  sekaligus dari Luh Mahfuz ke Baitul- Izzah ( di langit dunia ) dibulan Ramadhan pd malam Lailatul Qadar. Kemudian diturunkan beransur2 mengikut keadaan dan keperluan selama 23 tahun.
Ayat pertama yg diturunkan kpd nabi saw dari baitul Izzah adalah pd malam Nuzul Quran ia itu 17 ramadhan.

ii ... Semua kitab2 dan suhuf diturunkan dibulan Ramadhan

iii ... pada malam lailatul Qadar, Allah telah sediakan pahala berlipat ganda bagi tiap ibadat..
   ....bumi disempitkan dgn kehadiran semua malaikat dari langit..mereka memohon keampunan dan mengaminkan doa2 para abid.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebagai peringatan...
..ketika Allah swt bermurah untuk mengampun dosa2 hambanya, ada 4 golongan yg tidak Allah ampunkan dosa2 mereka dibulan Ramadhan..

i   Penagih arak..tidak berniat utk berhenti minum arak
ii  Derhaka kpd ibu bapa... tidak beradab/ kasar/ bengis terhadap mereka
iii Pemutus silaturrahim ..biasanya berlaku disebab lidah yg jahat
iv Pendendam / pendengki ...mereka yg berhati busuk / kotor
Maka rugi lah puasa mereka....

Semuga tazkirah yg ringkas ini dapat dijadikan panduan kpd saudara2ku...
Semuga dgn amalan saudara2ku, dapat lah aku tumpang pahala utk ditambahkan kpd amalan ciput ku.


Jesus & Ramadan
In this video you will discover:1- What is Ramadan & its purpose?2- Was fasting started by Muslims?3- Did Jesus (peace be upon him) fast during Ramadan?#Darussalam #Ramadan #Jesus #Fasting
Posted by Darussalam Publishers & Distributors on Tuesday, 14 July 2015
..aamiin
klik..puasa-2013
klik..salam-alaika-ya-ramadan


No comments:

Post a Comment