Sunday, 13 July 2014

QUNUT NAZILAH



Daripada Anas bin Malik RA:
أَنَّ رِعْلاً وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ اسْتَمَدُّوا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى عَدُوٍّ فَأَمَدَّهُمْ بِسَبْعِينَ مِنَ الْأَنْصَارِ كُنَّا نُسَمِّيهِمُ الْقُرَّاءَ فِي زَمَانِهِمْ كَانُوا يَحْتَطِبُونَ بِالنَّهَارِ وَيُصَلُّونَ بِاللَّيْلِ حَتَّى كَانُوا بِبِئْرِ مَعُونَةَ قَتَلُوهُمْ وَغَدَرُوا بِهِمْ فَبَلَغَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَنَتَ شَهْرًا يَدْعُو فِي الصُّبْحِ عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ
 “Bahawa Bani Ri’lin, Zakwan, Usaiyah dan Bani Lahyan pernah meminta pertolongan dari Rasulullah SAW untuk menghadapi musuh mereka. Maka baginda menghantar bantuan seramai 70 orang sahabat dari golongan Ansar. Kami menamakan mereka sebagai al-Qurra, mereka dahulunya mengedarkan makanan untuk orang-orang yang memerlukan pada siang hari dan banyak menunaikan solat pada malam hari. Sehinggalah mereka sampai di Bi’ri Ma’unah, tiba-tiba mereka di bunuh dan dikhanati oleh kabilah-kabilah berkenaan. Apabila berita itu sampai kepada Nabi SAW, baginda membaca qunut (Nazilah) selama sebulan dan berdoa dalam solat Subuh untuk dikenakan balasan ke atas jenayah dan pengkhianatan Bani Ri’lin, Zakwan, ‘Usayyah dan Bani Lahyan.” (HR al-Bukhari)

JOM BACA TIAP KALI HABIS SOLAT...       

                                                                             


Jom Bantu Saudara2 kita
























Anda boleh membantu dengan menyalurkan sumbangan melalui 5 pakej berikut:

1) Pakej Iftar (RM50/set)
2) Pakej Sahur (RM20/set)
3) Pek Makanan (RM300/set)
4) Hadiah Hari Raya (Eid Gift) (RM150/set)
5) Tabung Kecemasan (Perubatan dan keperluan asas lain) 

Salurkan sumbangan anda atas nama "Aqsa Syarif Berhad" melalui
Maybank Islamic (551575-004299)
Bank Islam (1209-20100-34904)

Sila hantarkan maklumat pembayaran kepada projects@aqsasyarif.org.my. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
+603-8733 4636 atau +6013 744 4760

"Ibadah Kita, Kegembiraan Mereka"


UPDATE TERKINI.....18 july 2014
See more...
















Alhamdulillah bantuan makanan dan keperluan asas yang disalurkan oleh rakyat Malaysia melalui Aqsa Syarif kepada penduduk Gaza kini sudah sampai ke penerimanya ketika mereka sedang dihujani peluru dan bom. Pegawai dan sukarelawan Aqsa Syarif di Gaza yang diketuai oleh IR Ahmad Tsabet al hafiz wakil regional office Aqsa Syarif Gaza melakukan koordinasi agihan bantuan termasuk di hospital dan tempat tempat kediamna yang menjadi mangsa bedilan Israel. Mereka turut menyediakan masakan panas untuk saudara kita di sana.

Teruskan menyumbang ke Aqsa Syarif. Boleh lawati FB Aqsa Syarif untuk mengikuti perkembangan saluran bantuan tuan-puan ke sana secara berterusan dan diokemas kini hampir setiap 1 jam. Alhamdulillah

klik...aqsa.syarif





Friday, 11 July 2014

AZAB KAUM THAMUD























"Dan kepada kaum Thamud (Kami telah mengutus) saudara mereka, Shalih. Ia berkata, 
“Hai kaumku, sembahlah Allah, tidak ada Tuhan bagi kalian selain-Nya... Kalian dirikan istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kalian pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kalian merajalela di muka bumi membuat kerosakan.” 
(Surat Al-A’raaf ayat 73-74).

Nabi Saleh diutuskan Allah kepada kaum Thamud. 

Nabi Saleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (QS ALhijr: 80, Huud: 68, Qaaf: 12).






















































Dan di kota itu ada sembilan orang laki-laki yang membuat kerosakan di muka bumi, dan mereka tidak berbuat kebaikan." (QS. an-Naml: 48)

"Maka mereka memanggil kawannya, lalu kawannya menangkap (unta itu) dan membunuhnya." (QS. al-Qamar: 29)

"Bersukarialah kamu sekalian di rumahmu selama tiga hari. Itu adalah janji yang tidak dapat didustakan." (QS. Hud: 65)



 FUSSILAT: 17

Adapun kaum Thamud, maka Kami beri petunjuk kepada mereka, lalu mereka mengutamakan kesesatan dari petunjuk..maka mereka disambar oleh petir azab yang menghina dengan sebab apa yang mereka telah lakukan.

Sesungguhnya Kami hantarkan kepada mereka satu pekikan (yang dahsyat), lalu menjadilah mereka (hancur) seperti ranting-ranting dan daun-daun yang pecah hancur, yang dikumpulkan oleh pemilik kandang binatang ternak.

















Thursday, 10 July 2014

SALAM ALAIKA , YA RAMADHAN

KHUTBAH NABI SAW MENJELANG RAMADHAN


 Dari Salman al-Farisi r.a. beliau berkata: “Rasulullah  berkhutbah di depan kami di hari akhir bulan Syaaban..

وَعَن سَلْمَانَ الْفَارِسِيِّ ، رَضِيَ الله عَنْهُ , قَالَ : خَطَبَنَا رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم آخِرَ يَوْمٍ مِنْ شَعْبَانَ فَقَالَ :

 يَا أَيُّهَا النَّاسُ ، إِنَّهُ قَدْ أَظَلَّكُمْ شَهْرٌ مُبَارَكٌ ، فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ ، فَرَضَ الله صِيَامَهُ ، وَجَعَلَ قِيَامَ لَيْلِهِ تَطَوُّعًا ، فَمَنْ تَطَوَّعَ فِيهِ بِخَصْلَةٍ مِنَ الْخَيْرِ كَانَ كَمَنْ أَدَّى فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ ، وَمَنْ أَدَّى فِيهِ فَرِيضَةً كَانَ كَمَنْ أَدَّى سَبْعِينَ فَرِيضَةً ، فَهُوَ شَهْرُ الصَّبْرِ ، وَالصَّبْرُ ثَوَابُهُ الْجَنَّةُ ، وَهُوَ شَهْرُ الْمُوَاسَاةِ ، وَهُوَ شَهْرٌ يُزَادُ رِزْقُ الْمُؤْمِنِ فِيهِ ، مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ عِتْقَ رَقَبَةٍ ، وَمَغْفِرَةً لِذُنُوبِهِ قِيلَ : يَا رَسُولَ الله ، لَيْسَ كُلُّنَا يَجِدُ مَا يُفَطِّرُ الصَّائِمَ ! قَالَ : يُعْطِي الله هَذَا الثَّوَابَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا عَلَى مَذْقَةِ لَبَنٍ أَو ْتَمْرَةٍ ، أَوْ شَرْبَةِ مَاءٍ ، وَمَنْ أَشْبَعَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مَغْفِرَةً لِذُنُوبِهِ ، وَسَقَاهُ الله مِنْ حَوْضِي شَرْبَةً لاَ يَظْمَأُ حَتَّى يَدْخُلَ الْجَنَّةَ ، وَكَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَجْرِهِ شَيْئًا ، وَهُوَ شَهْرٌ أَوَّلُهُ رَحْمَةٌ وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ ، وَمَنْ خَفَّفَ عَنْ مَمْلُوكِهِ فِيهِ أَعْتَقَهُ الله مِنَ النَّارِ.


Wahai manusia! telah datang kepadamu bulan yang diberkati, di dalamnya ada malamyg lebih baik dari seribu bulan. Allah mewajibkan puasa, menjadikan sholat malam sebagai ibadah sunnah,
 Barang siapa melakukan kebajikan dalam satu perkarabaik, maka ia seperti telah menjalankan kewajiban pada perkara lainnya, 
Barangsiapa melakukan satu kewajiban maka (pahalanya) seperti menjalankan 70 kewajiban.
Ia merupakan bulan kesabaran, orang sabar berpahala syurga, ia bulan tuntunan, pada bulan itu rizqi seorang mukmin ditambahkan,
Barangsiapa memberi makan orang puasa, maka pahalanya sama dengan memerdekakan seorang hamba dan penghapusan dosa-dosanya.

 Mereka (para sahabat) berkata : “ Ya Rasulullah! Tidak semua dari kami mempunyai sesuatu yang dapat diberikan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka.”

Rasulullah ﷺ menjawab: “Allah سبحانه وتعالى akan memberikan pahala ini kepada orang yang memberi buka puasa walaupun dengan sebiji kurma, atau seteguk susu, atau seteguk air. 

Sesiapa memberi makan hingga kenyang kepada orang yang berpuasa maka ia berhak mendapatkan ampunan atas dosa-dosanya, dan Allah سبحانه وتعالى akan memberinya minuman dari telagaku dengan minuman yang olehnya ia tidak akan merasa haus hingga memasuki syurga, dan ia mendapatkan pahala seperti orang yang berpuasa tadi tanpa kurang sedikitpun.”
















Inilah bulan yg awalnya Allah menurunkan
rahmat, pertengahannya maghfirah dan akhirnya pembebasan hamba2nya dari api neraka..
Barangsiapa yang meringankan hamba suruhan di bulan ini, maka Allah swt akan mengampuninya dan membebaskannya dari api neraka.”









Hadis tersebut diriwayatkan oleh Haris bin Usamah dan Ibnu Huzaimah dalam kitab Sahihnya. Ibnu Huzaimah berkata, sekiranya hadis ini sahih, dari jalurnya diriwayatkan oleh Baihaqi dan Ibnu Hayyan.
 [Shahih ibnu Khuzaymah no. 1887]
Hadis mengenai khutbah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad Rasulullah ﷺ pada hari terakhir bulan Syaaban ini dianggap lemah, namun ia merupakan himpunan dari banyak hadis yang sahih dan sudah dituliskan dalam sekurang-kurangnya 25 riwayat dan pada makna-makna kalimatnya juga telah disokong oleh hadis-hadis sahih.




klik...sambung part 2

 
klik..solat-tarawih.html..
klik..menutup tirai ramadhan..